Novel: Seyogia
Penulis: Amal Hamsan
Rate: 7/10
Tarikh Pembacaan : 06 January 2019
Penulis: Amal Hamsan
Rate: 7/10
Tarikh Pembacaan : 06 January 2019
Kakinya selayaknya teguh berdiri, tanpa perlu diangkat tinggi untuk terus berlari.
Sinopsis Kulit Belakang:
Pertemuan mereka berdua tidak berdiri atas dasar kebetulan. Rasa yang terselit antara mereka berdua dengan seorang lagi manusia, berlainan. Walaupun permulaannya sama, namun yang hujungnya jelas tiada persamaan.
Cinta antara mereka tidak pernah bertemu muka. Cinta antara mereka terus-terusan membuta. Cinta antara mereka hanya mengait rasa derita.
.
.
.
.
Review Cik CT:
Novel yang aku beli di Kedai Buku I AM LEJEN, SS15. Lepas je lepak makan butter chicken kat Gold Chilli ngan bebudak ni, kitorg singgah masuk jap kedai buku. Gamat seketika bookshop tu dibuatnye dengan kehadiran kami bertujuh. Macam-macam soalan yang ditanya. Dan tak pasal-pasal tu jugaklah, aku dah jadi ahli I AM LEJEN. Dan tak pasal-pasal tu jugaklah aku dah rembat 3 biji novel dengan harga ahli. Beli 1 RM10, beli 3 RM20. Haruslah beli 3 biji teruskan. 3 biji novel tu adalah SEYOGIA, KEKASIHKU MUTAN & TIGA TITIK. So, baru petang tadi, di Taman Hutan Bandar USJ3, aku tamatkan pembacaan Seyogia.
Sehari je novel ini dihabiskan. Aku start pembacaan malam semalam, dan tamatkan pada petang tadi. Aku ambil novel ni sebab adik yang jaga bookshop tu kata, Seyogia ini adalah salah satu masterpiece atau bestseller dorang. So, tanpa lengah aku terus capai novel ni. Banyak lagi novel yang lain, tapi biarlah aku ambil yang ni jugak as sinopsis novel ni nampak menarik. Aku tak dapat tangkap maksud sinopsisnya. Tu yang aku tertarik dengan naskhah yang satu ini. Nak tahu, novel ni cerita tentang apa.
Pada permulaan aku nampak novel ni dan tengok siapa penulisnya, aku ingatkan penulis ini adalah lelaki. Tapi aku rasa aku silap. Mungkin penulis novel ini seorang perempuan. Aku dapat katakan novel ni kalau korang bukan yang jenis suka ayat-ayat yg putar belit dan ayat yang penuh dengan maksud tersirat mesti bosan dah baca novel ni. Aku bukan kata ayat dalam buku ni berbunga-bunga atau pun berkias-kias, tapi hurmmm...korang bacalah sendiri. Hahaha...Seriously, pada permulaan cerita aku tak paham situasi si Jard dan abangnya itu.
Tapi, aku dapat bayangkan Jard seorang anak yang kehilangan kasih sayang ayah dan ibunya. Dia cuma ada abang yang sangat menyayanginya. Tu pun abangnya dah pergi jauh darinya. Namun, abangnya dah buat yang terbaik untuknya. Tak mahu dia berada dalam keadaan susah walaupun dia dah tak ada. Aku cukup kagum dengan tanggungjawab yang ditunjukkan Jazman sebagai seorang abang untuk adiknya yang tersayang. Sedih bila part Jazman dimatikan macam tu jer. huhuhu.
Aku tak paham kenapa mak dan ayah Jard dan Jazman tak sukakan mereka berdua. Serasanya, mereka berdua tu bukan anak mereka. Kalau iyapun sayangkan anak, bukan itu caranya dengan memaki hamun, memukul dan menumbuk. Disebabkan kurangnya kasih sayang itulah, Jard memberontak. Dia jadi seorang gadis yang rebel. Ponteng sekolah dan merokok. Tapi Jard ade abang yang sangat sayangkan dia. Jard juga bertemu dengan insan yang baik-baik dalam dia cube melarikan diri sekejap dari masalahnya. Die jumpa Laila, die jumpa Kak Mas. Kedua-dua insan ni berkait rapat dengan kehidupan dia sebenarnya. Laila, seorang gadis yang periang namun rupa-rupanya menderita sakit kanser otak dan ingin membantu orang yang die suka untuk mendapatkan orang yang disukainya. Berbelitkan???? Aku sendiri terperanjat bila dapat tahu ape kaitan Laila, Jard dan juga Azzad. Rupenye pertemuan mereka bukan secara kebetulan. Kak Mas pulak boleh kuanggap sebagai contoh masa hadapan Jard. Lari dari rumah, bila balik kepangkuan keluarga rupa-rupanya mak ayah dah tiada. Samalah seperti Jard. Bila dah bersedia balik ke rumah, tapi apa yang diharapkan tak menjadi kenyataan bila mana ayah dan ibunya telah tiada. Tapi aku tak pahamlah kenapa mak ayah Jard buat begitu ekk. Apa masalahnya? Tak sayangkah mereka kepada anak-anak mereka yang dua orang itu je. Bagi aku, mak ayah patut menunjukkan rasa kasih sayangnya pada anak-anak. Bukanlah berlebihan sehingga anak-anak naik kepala tapi cukuplah sekadar anak-anak tahu yang ayah dan emak sayangkan mereka. Hurmmm....
Terlalu berat ujian yang dilalui oleh Jard. Dia kehilangan abang yang satu-satunya harapan dia. Dia kehilangan terus kedua-dua orang tuanya. Dalam dia ingin kembali ke jalan yang lurus dan benar, dia diuji sebegitu sekali. Tapi, mujur dia ada Azzad.....
Cerita ni habis takat tu jer...Hehehe....Tapi, banyak pengajaran yang aku dapat dari buku ni. Kasih sayang sesama saudara dimana dapat dilihat dalam hubungan antara Jard dan Jazman. Sayangnya Jazman kepada adiknya itu.
Intitusi rumah tangga yang berantakkan menyebabkan anak-anak jadi rebel. Memberontak. Mereka rasa tidak disayangi lagi. Mereka melakukan perkara-perkara yang tidak elok untuk mendapatkan perhatian ibu bapa.
Jangan terlalu mengerja duniawi sehinggakan hal akhirat terabai. Dapat dilihat dalam watak mak dan ayah Jard. Solat ditinggalkan, memberikan satu contoh yang tidak baik pada anak-anak.
Aku suka dengan jalan cerita antara Laila dan Jard. Sedih bila Laila dah tak ada. Menitik jugaklah air mata aku ni tadi. Huhuhu...Dia inginkan Jard berubah dan tidak terus jauh hanyut seperti dahulu. Dan dia tahu Azzad boleh menarik Jard semula sepertimana Azzad menariknya dahulu. Sebuah percintaan segi tiga pulak bila aku baca. Tapi tergantung macam tu jer. Hehehe....
So, ni 1st time aku baca novel yang macam ni genrenye. Bukan novel romantis, bukan novel cinta. Lebih kepada novel motivasi pun iye gak. Sedih pun iye jugak. Macam novel karya Hlovate. Yeszzaa. betul...ada iras-iras karya HLovate...Tetibe rindu dengan penulis tu. Dah tak menulis lagi ek die...huhuhu...
Itu jer lah review aku tentang novel Seyogia ni. Aku tak tahu apa yang dimaksudkan dengan Seyogia ni. Kejap lagi aku cari tahu...Hehehe...
Next novel ~ Kekasih Ku Mutan ~ Novel yang aku beli jugak di bookshop I AM LEGEN hari tu.
Comments
Post a Comment