Novel: Tiga Titik
Penulis: Fandy Taher
Rate: 6/10
Tarikh Pembacaan: 21-24/01/2019
Sinopsis Kulit Belakang:
Reshad hanya mempunyai satu impian yakni memiliki basikal. Selepas itu, lari dari rumah dan keluar mengembara. Manusia sejal awal kehadirannya ke bumi adalah pengembara. Berpindah dari satu kawasan ke kawasan yang lain dengan pelbagai cara. Dan Reshad telah memilih basikal sebagai penerus tradisi nenek moyang tersebut. Setelah kecewa dengan kemiskinan keluarga, dia nekad menyerahkan seluruh takdir kehidupannya di jalan raya berbumbungkan langit, di atas sadel. Mengayuh dan terus mengayuh.
" Jangan jadi seperti katak bawah tempurung. Fikirnya akan selamat melindungi diri, namun hakikatnya, dia telah menutupi diri dari pandangannya terhadap dunia yang luas yang seharusnya diterokai, dijelajahi dan dinikmati." - Pak Cik Lim
.
.
.
.
Review Cik CT:
First sekali, aku nak cakap aku "kureng" dengan novel ini. Hahaha. Mungkin aku bukanlah seorang pembaca tegar novel-novel genre yang boleh aku katakan agak berat dan memerlukan kau berfikir jauh. Mungkin juga diluar kotak. Pada permulaan cerita, aku sedikit tidak faham jalan cerita sebenarnya. Si Reshad ni tengah bercakap dengan siapa sebab penulis menggunakan kata ganti diri "aku". Tetiba pulak guna kata ganti diri Reshad. Pada pertengahan plot barulah aku faham yang watak Reshad ni sedang berceritakan kisahnya pada Mei Li, anak Pak cik Lim yang telah membantu Reshad yang lututnya cedera ketika sedang mengayuh di tepi jalan raya. Halla..Halla...Halla...Hahaha..
Actually, novel ni bagus sebenarnya. Sangat baguslah aku kira. Hahaha. Tapi bukan minat aku genre-genre novel yang sebegitu. Cube korang try baca novel ni nanti. Korang suka ke tak??
Nak aku 'hihglight' kan sedikit di sini antara kata-kata yang menarik yang boleh kita jadikan panduan.
" Manusia kalau ingin terlalu lekas mengejar harta dunia, akan mudah tergelincir jalannya. Namun manusia yang tidak berusaha, tidak membuat apa-apa pekerjaan dalam kehidupan sehariannya, juga akan tumbang menyembah bumi. Dalam berbasikal, dalam menjalani kehidupan, kedua-duanya perlu bergerak dengan teratut dan waspada. Dan sederhana. Ingat kata kuncinya. Sederhana." - Petikan dari M/S 205
Hehehe..Pandai penulis mengaitkan naik basikal dengan kehidupan manusia. Betullah tu. Bila baru belajar naik basikal, jangan lah gopoh dan tamak sangat nak mengayuh tu. Same lah jugak dengan kehidupan. Slow-slow. Chill & Easy!!
Dalam novel ni jugak, ada diterangkan mengenai cara-cara nak menjahit tau. Jenis jahitan. Jenis kain. Even, penulis sanggup mengambil kelas menjahit untuk dia menjiwai watak yang dia tulis tu. Perghh!!
" Baju kurung kita ni nampak mudah dan sememangnya ia direka untuk memudahkan. Badannya dipotong empat segi, tangannya empat segi, kekek pesaknya pun empat segi. Tak perlu kepada pola pun. Dijahit tanpa harus merisaukan kerampingan di badan dan di dada dengan mengira lisunya. Tapi di sebalik kemudahannya, ia penuh dengan falsafah. Lihat pada namanya sahaja kita sudah dapat meneka. Baju kurung yang akan mengurung. Mengurung aurat dan iman." - Petikan dari M/S 68-69
Perghh!! Deep weiii!! Baju kurung yang mengurung!! Tapi kebanyakan baju kurung sekarang dah macam baju kurung yang menyendat. Rasa insaf pulak dengan diri sendiri. Lepas ni pastikan baju kurung aku tu sentiasa longgar. Huhuhu..
Aku suka menulis. Tak kisahlah tulis apa pun. Dulu masa belajar, aku ada sebuah buku yang aku kira macam diari. Menceritakan hal-hal yang aku lakukan sepanjang hari di sekolah mahupun di rumah. Kiranya memang macam diarilah. Dulu Cik CT mana pandai tulis blog ni. Ahakss!!!
Terkadang aku rasa, aku punyer penulisan sangatlah amatur. Hahaha.
" Cikgu Bahasa Melayu aku pernah memberitahu, kalau nak tulisan menjadi bagus dan baik, kena banyak membaa tulisan orang lain. Membaca tulisan seseorang, seumpama masuk kedalam diri orang itu. Makin banyak membaca, makin banyak diri dikenali. Dari situ, kita akan mengerti banyak perkara dari pengalaman penulisnya..........." - Petikan dari M/S 61-61
Sesiapa yang rajin usha blog aku, agak-agak pernah tak korang rasa macam masuk ke dalam diri aku??? Hahaha. Komen kat bawah tau!!! Hahaha...
Tapi betullah apa penulis ni tulis. Cikgu BM aku dulu pun pernah cakap macam tu. Ehhh!! Iye ke??????
Oh ya!! lagi satu..Menurut penulis lagi, gaya tulisan tangan kita pun mencerminkan peribadi seseorang itu tau. Kalau tulisan menyenget orangnya macam mana..Kalau tulisan kemas dan tersusun camne orangnya pulak. Banyak lagi lah ada dalam novel ni. Sometimes aku rasa macam tengah baca buku motivasi pulak. Hahaha.
So, korang..apa lagi try lah baca novel indie(memandai jer aku kan..) karya Fandy Taher ni tau. Tak rugi pun baca. Hehehe.
P/S: Agak-agak kalau penulis Fandy Taher baca entri aku ni, harapnya dia tak marah lah aku petik sedikit petikan dari novel beliau ni. Hehehe..Kalau tak, aku boleh jer delete. Hohoho.
So, guys..Dapatkan novel Tiga Titik karya Fandy Taher di kedai buku I AM LEJEN!!!!
Terkadang aku rasa, aku punyer penulisan sangatlah amatur. Hahaha.
" Cikgu Bahasa Melayu aku pernah memberitahu, kalau nak tulisan menjadi bagus dan baik, kena banyak membaa tulisan orang lain. Membaca tulisan seseorang, seumpama masuk kedalam diri orang itu. Makin banyak membaca, makin banyak diri dikenali. Dari situ, kita akan mengerti banyak perkara dari pengalaman penulisnya..........." - Petikan dari M/S 61-61
Sesiapa yang rajin usha blog aku, agak-agak pernah tak korang rasa macam masuk ke dalam diri aku??? Hahaha. Komen kat bawah tau!!! Hahaha...
Tapi betullah apa penulis ni tulis. Cikgu BM aku dulu pun pernah cakap macam tu. Ehhh!! Iye ke??????
Oh ya!! lagi satu..Menurut penulis lagi, gaya tulisan tangan kita pun mencerminkan peribadi seseorang itu tau. Kalau tulisan menyenget orangnya macam mana..Kalau tulisan kemas dan tersusun camne orangnya pulak. Banyak lagi lah ada dalam novel ni. Sometimes aku rasa macam tengah baca buku motivasi pulak. Hahaha.
So, korang..apa lagi try lah baca novel indie
P/S: Agak-agak kalau penulis Fandy Taher baca entri aku ni, harapnya dia tak marah lah aku petik sedikit petikan dari novel beliau ni. Hehehe..Kalau tak, aku boleh jer delete. Hohoho.
So, guys..Dapatkan novel Tiga Titik karya Fandy Taher di kedai buku I AM LEJEN!!!!
Comments
Post a Comment