Skip to main content

KL International New Year Run 2019 - 01 Jan 2019 -

Larian pertama untuk tahun 2019 ini. KL International New Year Run 2019. Tahun kedua aku join larian tahun baru ini. Kalau last year aku lari berdua dengan Uji, kali ini aku lari bersama Lydia, Hazirah dan Syuhada. Penyertaan dah lama dibuat, sejak tahun lepas lagi. Punyer lah eksaited kan. Target tahun baru ni nak memperbanyakkan join larian. Paling kurang sebulan kena ada sekali join running event. Di samping boleh menyihatkan badan, boleh jugak dapat kenalan-kenalan baru. Mungkin jugak jodoh. Opppss!!! Hehehe...


1st larian Cik CT untuk tahun 2019

Aku dan yang lain join 5KM jer. Bukan lari mana pun. Kitorang lebih kepada jalan-jalan melihat keindahan Kuala Lumpur di pagi tahun baru. Flag off untuk 5KM dalam pukul 7.30 pagi. Kitorang dah lambat sampai benonye. Orang ramai pun dah start lari waktu tu. Kitorang pun apalagi, join lah sekali di pertengahan jalan tu. Syuhada kami tak jumpa lagi. Jumpa dia lepas masing-masing dah sampai finish line. 

Actually, dah awal dah gerak dari USJ tu. Tapi disebabkan tunggu Lydia yang lewat tiba kat LRT Taipan, kitorang naik LRT menuju ke Masjid Jamek dalam pukul 6.45 pagi. Hazirah dah bengang dah awat kami tak sampai-sampai lagi. Hahaha. Sorry Zirah!! 

Kitorang akhirnya berjaya menamatkan larian dalam masa lebih kurang 50 minit. Itu baru je jalan-jalan laju, kalau lari laju-laju mesti dah cepat sampaikan. Hahaha. Uolss nak tahu, ada peserta buat 5KM dalam masa 15 minit je. Giler ahh...ada superpower ke boleh lari selaju dan sepantas itu. Ohmaiii!!!

Untuk larian new year kali ini, agak tak berapa nak teratur lah perancangannya. Baucer pun tak dapat banyak. Sekadar satu baucer RM60 off untuk pembelian sport bra yang mana aku boleh dapat kat SOGO atau Aeon Mall dengan harga berbelas ringgit ataupun paling mahal berpuluh ringgit. Hahaha. Cabutan bertuah?? Semestinya, no bip aku tak pernahnya bertuah. Bertuah pun sekali jer time join KL Fun & Ride @ Titiwangsa. Itu pun dapat tempat letak botol air kat basikal yang mana bendanya aku tak ingat mana aku dah campak. Hahaha...

Tapi, untuk larian kali ini aku tersangatlah suka dengan baju running eventnye. Meriah dan penuh warna-warni uolss..Bila penuh dengan lautan manusia yang pakai baju yang sama nampak lagi cantik. Hehehe. Medal jugak sangat cantik compare dengan medal last year run 2018.


My 1st Medal


Wajah semestinya kena ade senyuman yang indah walaupun penat dan letih



Lepas jer habis event, perut masing-masing lapar mintak diisi. Mana taknya, kami berlari tanpa makan sarapan terlebih dahulu. Mujur juga tak pengsan masing-masing. Area masjid jamek, dataran merdeka tu mana lah ada kedai makan. Kalau ada pun fast food or kedai mamak. Taknaklah kami. Maka menapaklah kami ke pusat membeli belah SOGO mencari makanan. Sampai SOGO masuk lah DUBUYO. Belum gaji dah makan mahal-mahal. Hohohoho...Ohmaii...dah lah belum gaji, SOGO tengah sales. Setiap tingkat penuh dengan sales. Ade lah jugak hasil tangkapan yang sempat kami capai kat dalam tu. HoHoHoHo...Nasib gaji belum masuk lagi time tu. Kalau tak, tak tahu nak kata ape dah. 

Penat berjalan, lapar balik...Nampak pulak street churros.. Makan lagi. See, sia-sia je kalori terbuang masa berlari tadi. Ehhh, ditekankan di sini. Kami tak berlari ye. Cuma berjalan laju je. So, tak ade lah rasa terkilan sangat bila dah melantak banyak tu. Kita anggap as reward di tahun baru lah yer. Hahaha..

Lepas makan dan shopping, kitorang dah sangat tak larat. Weolss sampai USJ pukul 4.30 okay!! Dari pagi sampai ke petang di luar. So, itu jer lah aktiviti kami di hari pertaman 2019. Lari, jalan, shopping dan makan....


Cantikkan tak warna baju kitorang semua. Dah macam warna aiskrim




Yesss...We did it..



Boleh sangat ni kalau nak kurus lagi.


Wajah kepenatan selepas berlari (lari lah sangat kann!!) Nak makan!!!




Jangan ngelat pulak p naik tren.


Sempat lagi benti ambil gambo..



Haruslah kene ada gambo gigit medal.


Next running event bulan 2 nanti, Seniman Run 2.0.


Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Novel Review : Dia Imamku

Novel: Dia Imamku Novelis: Siti Rosmizah Rate: 9/10 Tarikh Bacaan: 27 - 28 Jun 2020 "Lemah ke seorang lelaki andai dia menitiskan air mata?" Sinopsis Kulit Belakang: Sombong! Berlagak! Itulah diri Cempaka Humairah. Dia benci dengan cucu angkat neneknya. Amiruddin, lelaki kampung yang tak dipandang sebelah mata. "Suka kamu kata Bangla. Budin ni ada kebun pisang." tegur Nenek Bunga. Kebun pisang? Lagilah Humairah tak pandang. Amiruddin itu kekasih Dahlia, sepupu Humairah. Dahlia ni tak adalah baik mana. Mata duitan. Boleh pula jatuh cinta dengan Rafiq, kekasih Humairah. Peranglah jawabnya. Amiruddin dianiaya oleh pak longnya. Nenek Bunga dapatkan dia kerja sebagai pemandu Humairah. Kesian Amiruddin, hari-hari kena marah, kena maki. Sabar aje dia. Kalau orang lain, dah naik pelempang kat muka. Datin Orkid ibu Humairah, kecewa dengan suaminya, Dato' Malik kerana menjadi wali pernikahan Lily, anak sulungnya. Demi cin...

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...