Skip to main content

Done day 2 out of 365

Hari ke-2 untuk tahun 2019..Masih sama, menjalani rutin-rutin harian seperti biasa. Bangun pagi, mandi dan pergi kerja. Hari ni jugak sekolah dah start.

Untuk adik-adik yang baru melangkah ke darjah 1, akk yus ucapkan selamat mengharungi hari-hari mendatang sebagai seorang murid. Belajar rajin-rajin. Nikmati sepuas-puasnya zaman indahnya sekolah. Kenali lebih ramai lagi rakan-rakan. Jangan nangis-nangis. Sekolah ni best tau!!! Dapat jumpe dengan ramai kawan-kawan baru.

Akak yus lupe dah zaman mula-mula akak yus masuk darjah 1 dulu. Mungkin seperti adik-adik sekalian. Setelah sekian lama duduk di rumah, bermanja dengan mak dan ayah, tetibe dah kene bangun awal pagi dan berada di sekolah hingga ke tengah hari. Pulak tu dah lah x dapat tengok citer kartun yang selalu ditonton. Dah menangis pulak kat sekolah. Hahaha... tapi ternyata, itu lah kenangan yang indah dah manis untuk dikenang kan!!!

Belajar elok-elok ye semuanya....

Berbalik semula kepada rutin kerja aku di opis. Untuk hari pertama bekerja di tahun baru ni tak berape banyak order masuk. Cume tadi ada dua shipment keluar ke spore ptg tadi. Kelam kelibut jugak nak menyiapkn shipping document semua. Mujurlah semuanya berjalan dengan baik. Mestilah kan!!! Aku dah hampir 6 tahun dalam bidang ni kot. Hahaha....

Ordering je cuma x banyak. Mungkin sebab masih di awal tahun dan baru lepas closing next year punye akaun. In sha Alla, untuk hari-hari yang mendatang aku bakal sibuk.

Tadi di opis celebrate birthday dik Mirrah. Belated birthday benonye since besday die bulan Dec ri tu. Tapi tak dan nak celebrate. Hanya berkesempatan celebrate tgh hari tadi waktu lunch. Seronok benar die dapat kek, kirenye surprised kami menjadi lah. Hahaha....

Sempena tahun baru ni, aku nak list kan lah ye wish list aku ataupun azam aku.

1) skytrex shah alam extreme challenge 23/2/2019
2) seniman run 2.0 16/2/2019
3) trip ho chin minh bulan 7 nanti
4) berazam takkan sentuh or keluarkan duit simpanan asb kecuali kedaan benar-benar terdesak
5) maintain bayar ptptn tiap-tiap bulan
6) join running event setiap bulan at least
7) join Standard Chattered Half Marathon 2019 27/09/2019
8) join Doctor Run 2019 24/03/3019

Hurmmm...rasenye macam takat tu jer lah. Mayb ade lagi, tapi ini je yang teringat.

So, done sudah hari ke-2 2019...

Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Novel Review : Dia Imamku

Novel: Dia Imamku Novelis: Siti Rosmizah Rate: 9/10 Tarikh Bacaan: 27 - 28 Jun 2020 "Lemah ke seorang lelaki andai dia menitiskan air mata?" Sinopsis Kulit Belakang: Sombong! Berlagak! Itulah diri Cempaka Humairah. Dia benci dengan cucu angkat neneknya. Amiruddin, lelaki kampung yang tak dipandang sebelah mata. "Suka kamu kata Bangla. Budin ni ada kebun pisang." tegur Nenek Bunga. Kebun pisang? Lagilah Humairah tak pandang. Amiruddin itu kekasih Dahlia, sepupu Humairah. Dahlia ni tak adalah baik mana. Mata duitan. Boleh pula jatuh cinta dengan Rafiq, kekasih Humairah. Peranglah jawabnya. Amiruddin dianiaya oleh pak longnya. Nenek Bunga dapatkan dia kerja sebagai pemandu Humairah. Kesian Amiruddin, hari-hari kena marah, kena maki. Sabar aje dia. Kalau orang lain, dah naik pelempang kat muka. Datin Orkid ibu Humairah, kecewa dengan suaminya, Dato' Malik kerana menjadi wali pernikahan Lily, anak sulungnya. Demi cin...

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...