Novel: Kekasihku Mutan
Penulis: Fadzillah Omar
Rate: 7/10
Tarikh Pembacaan: 8 - 11/1/2019
Sinopsis Kulit Belakang:
Nahas kapal terbang ketika Marsyanda sedang belajar di New York meragut nyawa seluruh ahli keluarganya. Dia keseorangan pulang ke Malaysia selaku pewaris sah syarikat ayahnya, Biotechgen. Namun dia memilih menjadi selebriti, lalu terjun ke dunia lakonan.
Dalam kemasyhuran, seorang peguam muncul menyampaikan satu amanah. Kotak kayu berukir diterima dengan kemusykilan. Sejak itu dia diganggu memori silam tentang Adib, lelaki misteri yang muncul dari hutan di pinggir kediaman.
Siapa Adib sebenarnya? Apa kandungan kotak yang diterima oleh Marsyanda? Kenapa mereka perlu bersatu tenaga menghadapi bencana angkara manusia serigala? Ini cinta dalam perang. Ini cinta tak terhalang.
.
.
.
.
Review Cik CT:
Dah lame dah habis baca novel ni tapi macam biasalah tak dan nak buat review. Agak gigih jugaklah aku nak habiskan baca novel ni sebenarnya. Mula-mula plot agak membosankan, namun lama-lama bila dah sampai dipertengahan cerita, memang sangat-sangat mendebarkan. Suspen, penuh debaran dan memang thrill lah novel ni. Bagi aku novel ni boleh dikatakan menarik. Bila dah part tengah tu, kita dah rasa tak sabar-sabar nak tahu kesudahan cerita. Apa yang terjadi pada Adib dan Dahlia? manusia mutan yang dicipta dari idea gila saintis yang mengejarkan keuntungan semata-mata. Berjayakah Marsyanda memperbetulkan segala perkara yang tak sempat arwah ayah dia perbetulkan?
Aku tertarik dengan kisah cinta antara Adib & Marsyanda. Mereka seakan-akan mempunyai perasaan yang sama. Kalau Marsyanda dalam kesusahan, Adib juga merasakannya. Tapi penulis tak elaborate details pulak kenapa. Mungkin itulah dinamakan jodoh kot. Hahaha. Cubit peha kiri peha kanan terasa jugak. Cuma aku agak kecewa lah pada bahagian storyline specimen botol berwarna hijau yang beriya-iya Prof Jalis & Prof Bagot sembunyikan. Rupa-rupanya, diakhir cerita botol specimen tu pecah macam tu jer. Dan cara nak hapuskan manusia serigala tu mudah jer... Hahaha.. Tak perlukan specimen tu pun xper benonye..Dan agak kecewa gaklah, mati-matilah aku ingat botol specimen tu boleh mengembalikan gen mutan Adib & Dahlia kembali normal semula. Huhuhu......
Bace novel ni, aku rasa macam tengah berada dalam dunia komik Marvel pulak. Hahaha... Iyer lah, saintis giler duk lah beriya-iya nak meng"combine"kan sel binatang dengan sel manusia. Maka, terjadilah manusia mutasi yang mempunyai pelbagai kebolehan. Boleh jadi superhero dah Adib dan Dahlia ni. Hahahaha....
Aku suka novel ni. Plot story memang lain dari naskhah Tuan RAM tapi masih lagi memberikan sentuhan thriller yang menarik serta mendebarkan. So, tak rugi aku grab novel ni masa kat bookshop I AM LEJEN tempoh hari. Hahahaha....
Comments
Post a Comment