Skip to main content

Novel Review: KASYAF AIN

Novel: Kasyaf Ain

Penulis: Ramlee Awang Murshid

Rate: 10/10

Tarikh Bacaan: 5 Januari 2019



PENGHASUT ADALAH SYAITAN LAKNATULLAH. KHILAFNYA ADALAH KETOHORAN DALAM AGAMA. PENYEBABNYA ADALAH CINTA.


Sinopsis Kulit Belakang:

Rosman dan Anita - dua pegawai polis siasatan jenayah sedang memburu penjenayah kejam di ibu kota. Tiap malam bulan mengambang, kejadian kejam sering berlaku, yang mana mangsa pembunuh bersiri itu mati dalam keadaan aneh. Setiap mangsa ditemui mati mengering tidak berdarah. Disifatkan dibunuh atas tujuan ritual songsang yang menjurus kepada kematian paranormal.

Hanum Saskia, lunak suaranya telah memukau hati Syamel. Dari mata turun ke hati, wajah jelita bagaikan puteri itu telah membuat Syamel jatuh cinta. Namun Hanum Saskia telah dibunuh oleh Syamel. Aneh! Mengapa Hanum Saskia dibunuh saat cinta Syamel dibalas? Siapa Syamel?
.
.
.
RAMLEE AWANG MURSHID dengan berani menampilkan NASKHAH SULUNG terbitan RAM Typewriter iaitu syarikat penerbitan beliau sendiri. Menghidangkan sebuah cerita berkonsepkan psycho-thriller yang pasti menggugat fikiran anda. Semestinyasebuah karya WAJIB dimilik!
.
.
.
.
Review Cik CT:

Alhamdulliah...akhirnya Kasyaf Ain berjaya menjadi milik aku. Karya terbaru dari penulis No. 1 Thriller Malaysia. Ternyata sebuah karya yang sangat-sangat menarik. Yang semestinya tak akan kutinggalkan pembacaannya. Tak sabar-sabar rasanya nak mengakhiri pembacaan. Ingin tahu apa kesudahan dan apa cerita disebalik semua kejadian itu. Ternyata karya Tuan RAM membuatkan aku sangat teruja dengan jalan ceritanya yang tidak disangka-sangka. 

KASYAF AIN ~ Terpikir sejenak aku apa maksudnya? Apa kaitannya dengan kisah Hanum Saskia & Syamel ni sebenarnya. Hehehe. Tak diperincikan pulak kenapa tajuk novel ini diberi tajuk KASYAF AIN. Pasti akan ada kesinambungannya. Kita nantikan sambungan KASYAF AIN ini.

Tak banyak aku nak ceritakan mengenai karya terbaru Tuan RAM ini. Aku syorkan korang baca lah sendiri. Pasti korang akan rasa lagi lebih teruja dan eksaited. Sememangnya aku sendiri sangat eksaited. Karya ini aku habiskan dalam masa sehari saja. Dan aku sangat berpuas hati dengan karya Tuan RAM ini. Pastinya, aku akan mendapatkan karya-karya beliau yang akan datang.

Dalam Kasyaf Ain ini, tidak disangka-sangka akan pengakhiran ceritanya. Finally, kebatilan dapat dicegah. Tapi rupanya kejahatan dan kebatilan itu akan sentiasa ada sehinggalah ke hari kiamat. Kita sebagai hamba Allah Yang Maha Esa wajib membanteras kejahatan itu dari terus berleluasa.

Aku pasti akan ada sambungannya. Hishh, tak sabar rasanya nak tunggu sambungan Kasyaf Ain ni. Aku beli novel ni direct melalui RAMFC Book Store melalui IG mereka. Harga cuma RM45 termasuk postage. Novel akan didatangkan dengan tanda tangan Tuan RAM dan beberapa barangan premium naskhah Kasyaf Ain. Aku memang sangat teruja. Memang tak sabar-sabar nak baca. Serasanya, tak dijual lagi Kasyaf Ain ni di pasaran. 

Aku tak sabar nak dapatkan Anding Ayangan II pulak lepas ni. Hehehe...

Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Novel Review : Dia Imamku

Novel: Dia Imamku Novelis: Siti Rosmizah Rate: 9/10 Tarikh Bacaan: 27 - 28 Jun 2020 "Lemah ke seorang lelaki andai dia menitiskan air mata?" Sinopsis Kulit Belakang: Sombong! Berlagak! Itulah diri Cempaka Humairah. Dia benci dengan cucu angkat neneknya. Amiruddin, lelaki kampung yang tak dipandang sebelah mata. "Suka kamu kata Bangla. Budin ni ada kebun pisang." tegur Nenek Bunga. Kebun pisang? Lagilah Humairah tak pandang. Amiruddin itu kekasih Dahlia, sepupu Humairah. Dahlia ni tak adalah baik mana. Mata duitan. Boleh pula jatuh cinta dengan Rafiq, kekasih Humairah. Peranglah jawabnya. Amiruddin dianiaya oleh pak longnya. Nenek Bunga dapatkan dia kerja sebagai pemandu Humairah. Kesian Amiruddin, hari-hari kena marah, kena maki. Sabar aje dia. Kalau orang lain, dah naik pelempang kat muka. Datin Orkid ibu Humairah, kecewa dengan suaminya, Dato' Malik kerana menjadi wali pernikahan Lily, anak sulungnya. Demi cin...

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...