Saturday, 26 January 2019

Cik CT beli no baru U Mobile

Okay....petang tadi Cik CT lepas balik keje terus keluar dengan Mirrah pegi Taipan. Apa tujuan kami ke sana?? Tujuan kami adalah nak tukar simcard kepada U Mobile.....

Hohoho. Sume orang duk kata U Mobile ni jimat bukan main. Semuanya unlimited. Tapi tengok pada plan yang diambillah.

Plan asalnya, nak tukar jer no yang kitorang gune sekarang ni kepada U Mobile. Pre-paid to postpaid. Tapi, Mirr sorang jer yang tukar. Aku p beli no U Mobile yang baru. Kononnye, nak setialah sangat pada Celcom. Hahahaha..Hampehhh!!!! So, aku tukar no baru, Mirrah tukar plan Red One die kpd U Mobile. Kalau beli no baru on the spot jer. Tapi kalau ko tukar plan jer, kene tunggu dalam 2 ke 3 hari untuk no ko bertukar pada plan U Mobile.

Kitorang amik Plan Hero P48. Hanya RM48 sebulan. Apa yang Plan Hero P48 ni tawarkan kepada kita???

Free Data for Video Onz 5GB - Video Onz ni mcm Youtube lah. Tapi bagi aku 5GB ni tak cukup benonye. Hahahaha....

Free Data for Music Onz Unlimited - Gune lah tanpa had. Ko nak dengar JooX ke, Spotify ke, iTunes ke...Dengar sampai lebam. Yang ni, aku kureng lahh....

Free Data for App Onz Unlimited - Yang ni best....Memang aku sentiasa gune apps2 ni.. Whatsapp, Instagram, Facebook, Telegram, dan so on. Main sampai lebam, sampai muntah...

Apa lagi Hero P48 ni bagi lagi????

Waze Unlimited - Tapi aku tak guna WaZe..Huhuhu...

Free Call Onz Unlimited - Free call to all network. So, tak ada excuse lagi untuk tidak call mak ayah di kampung ye Cik CT. Hehehe....Free call ni kot...Semua rangkaian okayy...

High Speed Data 5GB - Lets say, kalau free data video onz dah habis, 5GB speed data ni yang akan dideduct. Okay lah!!! Habis 10GB ni kat Youtube jer lah. Hahaha....

SMS (U Mobile - U Mobile) - 3 sen/SMS

SMS (Rangkaian Lain) - 8 sen/SMS

Amacam???? Macam best kan!!! Tapi kan, line slow lah. Lambat macam siput. Huhuhu. Ke kat tempat aku ni jer. Atau phone aku ni ha. Oh ya, btw aku masuk 2 simcard dalam phone ni. Slot 1 masih lagi no Celcom, slot 2 pulak no U Mobile. Mungkin slot 1 jer yang 3G kot, tu sebab line U Mobile kat slot 2 tak berapa cun. Esok aku try tukar Simcard U Mobile p slot 1 pulak. 

Kalau sama jugak tahap kelajuannya, baiklah aku terminate. Bayar mahal-mahal tapi tak puas hati buat ape kan. Hahaha. 

So, selamat menjadi pengguna U Mobile Cik CT...





Thursday, 24 January 2019

Novel Review: Tiga Titik

Novel: Tiga Titik

Penulis: Fandy Taher

Rate: 6/10

Tarikh Pembacaan: 21-24/01/2019

Sinopsis Kulit Belakang:

Reshad hanya mempunyai satu impian yakni memiliki basikal. Selepas itu, lari dari rumah dan keluar mengembara. Manusia sejal awal kehadirannya ke bumi adalah pengembara. Berpindah dari satu kawasan ke kawasan yang lain dengan pelbagai cara. Dan Reshad telah memilih basikal sebagai penerus tradisi nenek moyang tersebut. Setelah kecewa dengan kemiskinan keluarga, dia nekad menyerahkan seluruh takdir kehidupannya di jalan raya berbumbungkan langit, di atas sadel. Mengayuh dan terus mengayuh.

" Jangan jadi seperti katak bawah tempurung. Fikirnya akan selamat melindungi diri, namun hakikatnya, dia telah menutupi diri dari pandangannya terhadap dunia yang luas yang seharusnya diterokai, dijelajahi dan dinikmati." - Pak Cik Lim
.
.
.
.
Review Cik CT:

First sekali, aku nak cakap aku "kureng" dengan novel ini. Hahaha. Mungkin aku bukanlah seorang pembaca tegar novel-novel genre yang boleh aku katakan agak berat dan memerlukan kau berfikir jauh. Mungkin juga diluar kotak. Pada permulaan cerita, aku sedikit tidak faham jalan cerita sebenarnya. Si Reshad ni tengah bercakap dengan siapa sebab penulis menggunakan kata ganti diri "aku". Tetiba pulak guna kata ganti diri Reshad. Pada pertengahan plot barulah aku faham yang watak Reshad ni sedang berceritakan kisahnya pada Mei Li, anak Pak cik Lim yang telah membantu Reshad yang lututnya cedera ketika sedang mengayuh di tepi jalan raya. Halla..Halla...Halla...Hahaha..

Actually, novel ni bagus sebenarnya. Sangat baguslah aku kira. Hahaha. Tapi bukan minat aku genre-genre novel yang sebegitu. Cube korang try baca novel ni nanti. Korang suka ke tak??

Nak aku 'hihglight' kan sedikit di sini antara kata-kata yang menarik yang boleh kita jadikan panduan.

" Manusia kalau ingin terlalu lekas mengejar harta dunia, akan mudah tergelincir jalannya. Namun manusia yang tidak berusaha, tidak membuat apa-apa pekerjaan dalam kehidupan sehariannya, juga akan tumbang menyembah bumi. Dalam berbasikal, dalam menjalani kehidupan, kedua-duanya perlu bergerak dengan teratut dan waspada. Dan sederhana. Ingat kata kuncinya. Sederhana." - Petikan dari M/S 205

Hehehe..Pandai penulis mengaitkan naik basikal dengan kehidupan manusia. Betullah tu. Bila baru belajar naik basikal, jangan lah gopoh dan tamak sangat nak mengayuh tu. Same lah jugak dengan kehidupan. Slow-slow. Chill & Easy!!

Dalam novel ni jugak, ada diterangkan mengenai cara-cara nak menjahit tau. Jenis jahitan. Jenis kain. Even, penulis sanggup mengambil kelas menjahit untuk dia menjiwai watak yang dia tulis tu. Perghh!!

" Baju kurung kita ni nampak mudah dan sememangnya ia direka untuk memudahkan. Badannya dipotong empat segi, tangannya empat segi, kekek pesaknya pun empat segi. Tak perlu kepada pola pun. Dijahit tanpa harus merisaukan kerampingan di badan dan di dada dengan mengira lisunya. Tapi di sebalik kemudahannya, ia penuh dengan falsafah. Lihat pada namanya sahaja kita sudah dapat meneka. Baju kurung yang akan mengurung. Mengurung aurat dan iman." - Petikan dari M/S 68-69

Perghh!! Deep weiii!! Baju kurung yang mengurung!! Tapi kebanyakan baju kurung sekarang dah macam baju kurung yang menyendat. Rasa insaf pulak dengan diri sendiri. Lepas ni pastikan baju kurung aku tu sentiasa longgar. Huhuhu..

Aku suka menulis. Tak kisahlah tulis apa pun. Dulu masa belajar, aku ada sebuah buku yang aku kira macam diari. Menceritakan hal-hal yang aku lakukan sepanjang hari di sekolah mahupun di rumah. Kiranya memang macam diarilah. Dulu Cik CT mana pandai tulis blog ni. Ahakss!!!

Terkadang aku rasa, aku punyer penulisan sangatlah amatur. Hahaha.

" Cikgu Bahasa Melayu aku pernah memberitahu, kalau nak tulisan menjadi bagus dan baik, kena banyak membaa tulisan orang lain. Membaca tulisan seseorang, seumpama masuk kedalam diri orang itu. Makin banyak membaca, makin banyak diri dikenali. Dari situ, kita akan mengerti banyak perkara dari pengalaman penulisnya..........." - Petikan dari M/S 61-61

Sesiapa yang rajin usha blog aku, agak-agak pernah tak korang rasa macam masuk ke dalam diri aku??? Hahaha. Komen kat bawah tau!!! Hahaha...

Tapi betullah apa penulis ni tulis. Cikgu BM aku dulu pun pernah cakap macam tu. Ehhh!! Iye ke??????

Oh ya!! lagi satu..Menurut penulis lagi, gaya tulisan tangan kita pun mencerminkan peribadi seseorang itu tau. Kalau tulisan menyenget orangnya macam mana..Kalau tulisan kemas dan tersusun camne orangnya pulak. Banyak lagi lah ada dalam novel ni. Sometimes aku rasa macam tengah baca buku motivasi pulak. Hahaha.

So, korang..apa lagi try lah baca novel indie (memandai jer aku kan..) karya Fandy Taher ni tau. Tak rugi pun baca. Hehehe.

P/S: Agak-agak kalau penulis Fandy Taher baca entri aku ni, harapnya dia tak marah lah aku petik sedikit petikan dari novel beliau ni. Hehehe..Kalau tak, aku boleh jer delete. Hohoho.

So, guys..Dapatkan novel Tiga Titik karya Fandy Taher di kedai buku I AM LEJEN!!!!


Monday, 21 January 2019

Pishang Weekend Yus

Happy Holiday!!!

Happy Thaipusam!!!

Jom Batu Caves esok!!! Hehehe....

Yeayy!!! esok cuti, tak keje (ehhh esok pulak, dah hari Isnin dah lah yus hari ni) Hehehe...Weekend ni memang aku pishang sungguh duduk kat rumah weiii. Sabtu tahan lagi sebab masa aku terisi dengan baca novel 7 Hari Mencintaiku 2. So, memang aku akan fokus pada pembacaan aku. 

Tapi bila masuk hari ahad aku dah start pishang. Buntu wei tak tahu nak buat apa. Kalau aku tahu cuti 3 hari ni tak buat ape-ape baiklah aku balik kampung Jumaat ri tu. 

Actually, why aku tak balik kg cuti Thaipusam ini adalah disebabkan aku akan balik jugak cuti tahun baru cina nanti. Seminggu aku cuti. Dan lagi satu, plumber nak datang rumah sewa nak betulkan paip sink rumah sewa kitorang. Tapi sampai kesudah tak datang-datang. Aku dah malas dah nak wassup banyak kali si wanso tu. Kata nak datang Sabtu ri tu, datang jer lah. Ini datang bila kitorang tak ade kat rumah buat apa. Arghhh!!! malas lah nak fikir. 

Kononnya weekend ni nak masak sedap-sedap lah, tapi dah paip sink rupe gitu tak ada mood dah aku nak masak. 

Jap gi aku nak keluar berjalan. Kalau wanso datang budak-budak rumah lain ada. Pandai-pandailah dorang. Asyik nak harapkan aku je sokmo. 

Ug ajak makan boat noodle kat ioi mall Puchong. Biarlah, dah dua hari aku terperuk kat rumah. Mood nak baca novel aku dah ke laut walaupun la ni aku tengak on going baca novel Tiga Titik. Rest lah sekejap. Mata aku pun dah naik berpinar ni. Hahaha....

Jap g aku nak ambil angin luar. Nak nikmati zaman single puas-puas. Nak makan apa yang aku suka. Puas dah aku pishang sorang-sorang kat rumah ni. Hahaha.

Tu lah..degil x nak balik kampung. Kihkihkih....

Saturday, 19 January 2019

Novel Review: 7 Hari Mencintaiku 2

Novel: 7 Hari Mencintaiku 2

Penulis: Siti Rosmizah

Rate: 9/10

Tarikh Bacaan: 17-19/01/19


Andai abang pergi bawa cinta Mia....
Semadikan cinta itu dengan jasad abang....
Andai Mia yang pergi....
Jasad Mia akan bersemadi bersama cinta abang.

Sinopsis Kulit Belakang:

Mia Adriana dan Khuzairi melayari hidup bahagia berumah tangga. Ditambah pula dengan kehadiran cahaya mata kedua.

"Kebahagian abang bila sayang dan anak-anak ada di sisi." Itulah kata-kata yang sering diucap Khuzairi pada isterinya.

Di saat mereka diulit bahagia, Puan Hayati dan Dato' Johari kembali dengan dendamnya. Hebat Puan Hayati mengatur rancangan. Mia Adriana termakan dengan kata-katanya. Syakila tak kurang hebatnya.

"Dosa tu bukan datang dari mama! Dosa tu datang dari suami mak! Abah yang tergilakan mama! Sampai sanggup nak buat perkara terkutuk! Dosa abah tu yang akan terpalit dalam rumah ni! Suami mak tu gatal!

Hilang hormatnya pada Pak Samad. Seorang lelaki yang dihormati selama ini. Mak Leha mula membenci Mia Adriana.

"Kau ingat! Seorang anak perlukan restu ibu! Kalau kau nak Khuzairi dapat restu aku! Kau tinggalkan dia! Selagi kau masih jadi isteri dia! Sampai bila-bila dia tak akan dapat restu aku! Tanpa restu ibu, Khuzairi tak akan bahagia!"

Nadia putus tunang dengan Zaidi. Helmi bercerai dengan Sofi dan Khuzairi pula bergolak rumah tangganya. Nurul Ain muncul dalam hidup mereka. Mak Leha berkenankan gadis ini. Nurul Ain begitu sempurna dimatanya.

"Mi nak mak tanya Nurul. Kalau abang long tu hanya kerja jaga kambing, dia nak tak? Lepas tu mak nilai, mana permata, mana batu jalan." Helmi cuba menyedarkan emaknya.

Khuzairi rasa tercabar. Dia bagaikan melukut di tepi gantang. Khuzairi pujuk, Khuzairi rayu, Mia Adriana tetap nak pergi. Khuzairi tak mampu menggapainya lagi.

"Pergi Mia! Pergi! Saya dah tak nak tengok muka awak! Pergi sejauh mana yang awak nak! Moga hidup awak akan lebih bahagia tanpa cinta Khuzairi."

Sayu mata Mia Adriana memandang anak-anaknya.

"Maafkan ibu sayang. Ibu terpaksa pergi!"

Die merenung suaminya buat kali terakhir. Walau 7 Hari Mencintaiku, cinta Khuzairi tiada lagi.

Selamat tinggal abang. Selamat tinggal sayang. Kata-kata yang diucap dalam hati bersama deraian air mata.
.
.
.
.
Review Cik CT:

Seriouss ahh aku memang respek dengan Siti Rosmizah ni.. Macam mane lah die boleh tulis kisah yang sangat meruntun hati sesiapa yang membaca karya beliau. Boleh aku katakan, semua karya-karya beliau memang akan membuatkan semua pembaca-pembacanya mengalirkan air mata dengan setiap babak dan jalan cerita yang digarapkan. Aku memang peminat setia karya beliau selain Tuan RAM. Novel terbaru mereka berdua memang sentiasa aku nanti-nantikan.

Sorang, Master Thriller Msia manakala yang sorang lagi Master Air Mata Msia. Hahaha.

Novel 7 Hari Mencintaiku 2 ni aku dah beli setahun yang lepas, tak silap masa tu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Aku sempat bergambar dan mendapatkan tanda tangan penulis yang memang aku minat ni. Beli tahu lepas, tahun ni baru nak baca. Why??? Kenapa aku asyik tunda nak baca novel beliau ni?? Sebab aku perlukan suasana yang tenang dan ceria untuk aku hayati setiap jalan cerita novel ini. Lagipun, aku kalau tak datang mood nak membaca, memang aku tak selak-selak lah semua novel aku tu. Hahaha...


Hari tu, time aku nak tido, aku duklah scroll2 youtube then aku jumpe video2 drama 7 Hari Mencintaiku lakonan Siti Saleha & Syukri Yahya ni. Bila aku tengok tu, rasa rindu lah pulak dengan novel die. Pastu tetibe lah pulak rasa nak baca kesinambungan novel ini. Itu yang aku eksaited nak bace novel 7 Hari Mencintaiku 2. Tak sabar-sabar nak tahu kesudahan kisah cinta mereka berdua. Apalagi masalah yang terjadi dalam rumah tangga mereka. So, finally, baru je tadi aku tamatkan pembacaan. Happy ending!!!!!

Memang Khuzairi diciptakan untuk perempuan bernama Mia Adriana. Seriously ahh, memang Khuzairi jer yang mampu bertahan dengan kerenah Mia bila Mia berubah disebabkan oleh hasutan mamanya. Tenang sangat Khuzairi handle kerenah isteri dia. Ade ker suami macam tu kat luar sana ekk..??? Sayang giler-giler dengan isteri. Terkadang aku geram jugak dengan watak Khuzairi, sayang sangat isterinya tak kene dengan tempat. Huhuhu. Mia Adriana macam biasalah, bila dah kene cucuk dengan mamanya, karekter dia yang sombong, angkuh dan kurang ajar tu datang lah. Annoying sungguh dengan Mia. Biarpun dah 5 tahun hidup bersama Khuzairi masih jugak tetap sangsi dengan kasih sayang Khuzairi tu. Kadang-kadang aku tak faham lah apa yang Mia ni nak sebenarnya. Ego nya tinggi melangit.

Mak Leha....Mak Leha pun boleh tahan annoying giler. Keras kepala. Tak sebulu langsung dengan Mia. Mak Leha pun ego nya tinggi melangit. Mulut pun boleh tahan. Tak sabar aku nak tengok lakonan Liza Abdullah kalau novel ni didramakan. Mesti gempak giler. Hahahaha..

Pak Samad pun...Teringat masa tengok drama 7 Hari Mencintaiku dulu, part die menengking Mak Leha, giler ahh kitorang penonton ni nampak semua orang terkejut. Even, kamera pun nampak bergoyang-goyang. Win lah Pak Samad. Hopefully, Aman Graseka tetap mainkan peranan sebagai Pak Samad. Tak ade orang boleh ganti tempat dia.

Dalam novel ni, aku suka sangat baca part kisah Helmi & Sofi. Sedih bila dorang bercerai tapi lepas tu dorang rujuk semula. Sweet giler ahh dorang berdua ni. Helmi ni nampak je kasar tapi romantik gak orangnya. Sayang giler die kat Sofi. Tak sabar nak tengok Syazwan Zulkifli bawak watak Helmi lagi.

Aku suke gile part Helmi naik hantu marahkan Syakila masa kantoi dengan perbuatan dia tu. Memang baran betul mamat ni. Dalam novel ni pun, Helmi masih baran jugak. Hahahaha...Tapi Helmi sayang giler kat isteri dia.

Bagi aku, semua watak dalam novel 7 Hari Mencintaiku 2 masing-masing penting. Besttt gilerr....Pendek kata novel ni best lah. Tapi kenapa aku bagi rate 9? Sebab novel ni terlalu tebal. Panjang sangat. Sometimes aku rasa plot cerita berulang-ulang bila part Mia merajuk, Khuzairi pujuk then berulang lagi, Mia merajuk Khuzairi pujuk. Agak membosankan di situ. Aku lebih teruja pada part Helmi dan Sofi begitu jugak part Nadia dan Zaidi.

Tapi dah fokus cerita pada kisah cinta Mia dan Khuzairi kan!!! Sokmo banyak berkisah pasal dorang lah. Hahaha. 

Apa-apa pun, aku puas hati baca novel ni. Dan aku sangat tak sabar nak tunggu novel ni didramakan pulak. Tak sabar nak tengok lakonan mereka-mereka yang membawakan watak-watak dalan novel yang terdahulu bawak pulak penceritaan naskhah yang terbaru ini. Hopefully tak lama lagi lah kan. Dengar ceritanya sekarang ni pun Curi-Curi Cinta akan didramakan. Novel tu pun best giler. Aiman Hakim Redza akan bawakkan watak Daniel Hakim sementara Zahirah McWilson pulak bawakkan watak Intan Raihana.

Untuk 7 Hari Mencintaiku 2, aku harapkan Siti Saleha & Syukri Yahya masih membawakkan watak Mia Adriana dan Khuzairi. Aminn..Mudah-mudahan...Bagi mereka yang belum baca novel 7 Hari Mencintaku 2 karya Siti Rosmizah ni, silalah dapatkan dipasaran ye. Baca, gerenti korang takkan rugi punye. Satu lagi, sediakan tisu tau. Nak lap air mata tu. Hahaha....

Tuesday, 15 January 2019

Novel Review: Kekasihku Mutan

Novel: Kekasihku Mutan

Penulis: Fadzillah Omar

Rate: 7/10

Tarikh Pembacaan: 8 - 11/1/2019

Sinopsis Kulit Belakang:

Nahas kapal terbang ketika Marsyanda sedang belajar di New York meragut nyawa seluruh ahli keluarganya. Dia keseorangan pulang ke Malaysia selaku pewaris sah syarikat ayahnya, Biotechgen. Namun dia memilih menjadi selebriti, lalu terjun ke dunia lakonan.

Dalam kemasyhuran, seorang peguam muncul menyampaikan satu amanah. Kotak kayu berukir diterima dengan kemusykilan. Sejak itu dia diganggu memori silam tentang Adib, lelaki misteri yang muncul dari hutan di pinggir kediaman.

Siapa Adib sebenarnya? Apa kandungan kotak yang diterima oleh Marsyanda? Kenapa mereka perlu bersatu tenaga menghadapi bencana angkara manusia serigala? Ini cinta dalam perang. Ini cinta tak terhalang.
.
.
.
.
Review Cik CT:

Dah lame dah habis baca novel ni tapi macam biasalah tak dan nak buat review. Agak gigih jugaklah aku nak habiskan baca novel ni sebenarnya. Mula-mula plot agak membosankan, namun lama-lama bila dah sampai dipertengahan cerita, memang sangat-sangat mendebarkan. Suspen, penuh debaran dan memang thrill lah novel ni. Bagi aku novel ni boleh dikatakan menarik. Bila dah part tengah tu, kita dah rasa tak sabar-sabar nak tahu kesudahan cerita. Apa yang terjadi pada Adib dan Dahlia? manusia mutan yang dicipta dari idea gila saintis yang mengejarkan keuntungan semata-mata. Berjayakah Marsyanda memperbetulkan segala perkara yang tak sempat arwah ayah dia perbetulkan?

Aku tertarik dengan kisah cinta antara Adib & Marsyanda. Mereka seakan-akan mempunyai perasaan yang sama. Kalau Marsyanda dalam kesusahan, Adib juga merasakannya. Tapi penulis tak elaborate details pulak kenapa. Mungkin itulah dinamakan jodoh kot. Hahaha. Cubit peha kiri peha kanan terasa jugak. Cuma aku agak kecewa lah pada bahagian storyline specimen botol berwarna hijau yang beriya-iya Prof Jalis & Prof Bagot sembunyikan. Rupa-rupanya, diakhir cerita botol specimen tu pecah macam tu jer. Dan cara nak hapuskan manusia serigala tu mudah jer... Hahaha.. Tak perlukan specimen tu pun xper benonye..Dan agak kecewa gaklah, mati-matilah aku ingat botol specimen tu boleh mengembalikan gen mutan Adib & Dahlia kembali normal semula. Huhuhu......

Bace novel ni, aku rasa macam tengah berada dalam dunia komik Marvel pulak. Hahaha... Iyer lah, saintis giler duk lah beriya-iya nak meng"combine"kan sel binatang dengan sel manusia. Maka, terjadilah manusia mutasi yang mempunyai pelbagai kebolehan. Boleh jadi superhero dah Adib dan Dahlia ni. Hahahaha....

Aku suka novel ni. Plot story memang lain dari naskhah Tuan RAM tapi masih lagi memberikan sentuhan thriller yang menarik serta mendebarkan. So, tak rugi aku grab novel ni masa kat bookshop I AM LEJEN tempoh hari. Hahahaha....


Thursday, 10 January 2019

Virtual Run 2018

Last year, aku ade register dua penyertaan untuk virtual run. Satunye Shoppadiva Virtual Run 3KM dan satu lagi Score 11.11 Virtual Run 5KM. Kedua-duanya aku dapat habiskan larian.

Kalau kau join virtual run, kau dikehendakki untuk berlari dalam jarak yang kau pilih. Tak kisahlah sama ada 3KM ke, 5KM ke atau pun 10KM. Berlarilah di mana saja kau rasa nak berlari. Yang penting kene track masa dan distance larian kau tu. Gune je lah whatsoever apps running yang ade kat apps store tu. Aku gune apps Strava jer.

Fee untuk virtual run ni pun actually murah compare dengan run yang sebenar tu. Banyak gaklah bezanya. Mayb sebab ada t-shirt kot. Virtual Run tak ada tshirt ye. Cuma ada medal jer. Lepas dah berlari dalam tempoh yang ditetapkan dan dah submit jugak keputusan run kau dalam tempoh masa yang ditetapkan barulah medal akan dihantar within 1-2 weeks dari tarikh akhir result dihantar.

So, aku dah dapat dah kedua-dua medal untuk Virtual Run aku tahun lepas. Cantikkk...aku sangat sukakan medal Score Run. Medal finisher 42KM okay..padahal buat 5KM je...kihkihkih....Medal Shoppadiva pun lawa jugak.

This year ada nak join virtual run lagi tak???

Pada aku best jugak join virtual run ni. Macam beri satu booster untuk kau berlari dan jogging.  Iyer lah, kau dah bayarkan haruslah kau kene tamatkan jugak larian yang kau dah pilih. Kirenye x ade lah kau lari saja-saja. Selain kau dapat keluarkan peluh dan sihatkan badan, kau dapat jugak medal as a reward kau. kannnn!!!!

Menjawab pada soalan kat atas tu..in sha Allah, akan ada lagi virtual run yang aku ingin buat. Tapi kene cari yang sesuai dan harganya mestilah murah jugak. Hehehe.....


Medal Score 11.11 Virtual Run 5KM


Medal Shoppadiva 2018 Virtual Run 3KM

Sekarang ni aku memang tengah menggila kunpul medal running. Hahaha...Sekurang2nya setiap bulan aku kene join running. Moga aktiviti baru aku ni akan terus konsisten lah kan dan bakal menurunkan jugak berat badan aku serta buat stamina aku lebih fit.

Jom...join yus berlari jugak..🏃🏃🏃

Tuesday, 8 January 2019

Teaser Review Kekasihku Mutan

La ni tengah on going baca novel Kekasihku Mutan. Sebuah novel thriller karya Fadzillah Omar. Aku x pernah lagi baca karya novelis ni. Tapi novelis ni dah tulis 13 buah novel pelbagai genre.

Kekasih Mutan ada ala-ala macam novel thriller Tuan RAM sikit, tapi sudah semestinya karya Tuan RAM lagi menarik dan daboom. Bukanlah aku nak cakap novel Kekasihku Mutan ni tak sebagus karya2 Tuan RAM tu. Kekasihku Mutan ni pun aku baru baca tak sampai lagi separuh. Jalan cerita pun nampak macam agak menarik dan mendebarkan. Cuma, untuk novel ni sepertinya aku tak begitu teruja nak cepat-cepat tamatkan pembacaan compare dengan pembacaan Kasyaf Ain tempoh hari.

Baca 1 bab, aku dah stop kejap. Pastu sambung lagi 1 bab berhenti lagi. Serasanya, macam x de rasa keterujaannya disitu walaupun aku tahu plot novel ni memang menarik. Mungkin mind set aku mengatakan hanya Tuan RAM je yang terer menulis karya thriller ni, sebab tu otak aku jadi lagu ni. Hahaha. 

Come on faiross...trylah baca karya thriller novelis lain. Mana tahu, kau akan sukakannya kan??? hehehehe.....

Kekasihku Mutan ~ kisah seorang manusia yang tercipta dari tangan-tangan yang pentingkan diri dan bercita-cita tinggi untuk mengusai dunia ini. Sebuah cerita fiksyen, dan ala-ala macam tengah baca komik Marvel. Hahaha..Mungkin, penulis terinspirasi dari superhero Marvel kot. Hohoho....

Masih lagi dalam kegigihan untuk menghabiskan bacaan. Tapi kejap benti, kejap baca, bila lah aku nak habis baca novel ni???

Dah habis baca novel ni, aku buat satu entri untuk ulasan novel ni nanti. So, cepat habiskan yus. Best x novel ni?? Setanding x dengan karya2 Tuan RAM???

Tungguuuu......


Monday, 7 January 2019

Apa maksud seyogia tu?

Aku dah cari tahu dah apa maksudnye SEYOGIA itu...

YOGIA - Di dalam kamus dewan ke-4 membawa maksud berpatutan, padan, layak. So, SEYOGIA membawa maksud sepatutnya, selayaknya, sepadannya (ehh..ade ke perkataan sepadannya??hahaha)

Tapi, apa yang aku tahu, aku tak berapa nak tangkap ape kaitannya tajuk SEYOGIA dengan isi cerita novel ni. Hohoho...

Mungkin selayaknya, Jard diberikan peluang. Mungkin selayaknya Jard perlu bangkit dari kesedihan dan ujiannya. Mungkin jugak selayaknya Jard perlu besyukur kerana ujian dan dugaan yang dia terima tak seteruk orang lain. Hurmm..mungkin. Hohoho..

Sunday, 6 January 2019

Novel Review: SEYOGIA

Novel: Seyogia

Penulis: Amal Hamsan

Rate:  7/10

Tarikh Pembacaan : 06 January 2019


Kakinya selayaknya teguh berdiri, tanpa perlu diangkat tinggi untuk terus berlari.

Sinopsis Kulit Belakang:

Pertemuan mereka berdua tidak berdiri atas dasar kebetulan. Rasa yang terselit antara mereka berdua dengan seorang lagi manusia, berlainan. Walaupun permulaannya sama, namun yang hujungnya jelas tiada persamaan.

Cinta antara mereka tidak pernah bertemu muka. Cinta antara mereka terus-terusan membuta. Cinta antara mereka hanya mengait rasa derita.
.
.
.
.
Review Cik CT:

Novel yang aku beli di Kedai Buku I AM LEJEN, SS15. Lepas je lepak makan butter chicken kat Gold Chilli ngan bebudak ni, kitorg singgah masuk jap kedai buku. Gamat seketika bookshop tu dibuatnye dengan kehadiran kami bertujuh. Macam-macam soalan yang ditanya. Dan tak pasal-pasal tu jugaklah, aku dah jadi ahli I AM LEJEN. Dan tak pasal-pasal tu jugaklah aku dah rembat 3 biji novel dengan harga ahli. Beli 1 RM10, beli 3 RM20. Haruslah beli 3 biji teruskan. 3 biji novel tu adalah SEYOGIA, KEKASIHKU MUTAN & TIGA TITIK. So, baru petang tadi, di Taman Hutan Bandar USJ3, aku tamatkan pembacaan Seyogia.

Sehari je novel ini dihabiskan. Aku start pembacaan malam semalam, dan tamatkan pada petang tadi. Aku ambil novel ni sebab adik yang jaga bookshop tu kata, Seyogia ini adalah salah satu masterpiece atau bestseller dorang. So, tanpa lengah aku terus capai novel ni. Banyak lagi novel yang lain, tapi biarlah aku ambil yang ni jugak as sinopsis novel ni nampak menarik. Aku tak dapat tangkap maksud sinopsisnya. Tu yang aku tertarik dengan naskhah yang satu ini. Nak tahu, novel ni cerita tentang apa.

Pada permulaan aku nampak novel ni dan tengok siapa penulisnya, aku ingatkan penulis ini adalah lelaki. Tapi aku rasa aku silap. Mungkin penulis novel ini seorang perempuan. Aku dapat katakan novel ni kalau korang bukan yang jenis suka ayat-ayat yg putar belit dan ayat yang penuh dengan maksud tersirat mesti bosan dah baca novel ni. Aku bukan kata ayat dalam buku ni berbunga-bunga atau pun berkias-kias, tapi hurmmm...korang bacalah sendiri. Hahaha...Seriously, pada permulaan cerita aku tak paham situasi si Jard dan abangnya itu.

Tapi, aku dapat bayangkan Jard seorang anak yang kehilangan kasih sayang ayah dan ibunya. Dia cuma ada abang yang sangat menyayanginya. Tu pun abangnya dah pergi jauh darinya. Namun, abangnya dah buat yang terbaik untuknya. Tak mahu dia berada dalam keadaan susah walaupun dia dah tak ada. Aku cukup kagum dengan tanggungjawab yang ditunjukkan Jazman sebagai seorang abang untuk adiknya yang tersayang. Sedih bila part Jazman dimatikan macam tu jer. huhuhu.

Aku tak paham kenapa mak dan ayah Jard dan Jazman tak sukakan mereka berdua. Serasanya, mereka berdua tu bukan anak mereka. Kalau iyapun sayangkan anak, bukan itu caranya dengan memaki hamun, memukul dan menumbuk. Disebabkan kurangnya kasih sayang itulah, Jard memberontak. Dia jadi seorang gadis yang rebel. Ponteng sekolah dan merokok. Tapi Jard ade abang yang sangat sayangkan dia. Jard juga bertemu dengan insan yang baik-baik dalam dia cube melarikan diri sekejap dari masalahnya. Die jumpa Laila, die jumpa Kak Mas. Kedua-dua insan ni berkait rapat dengan kehidupan dia sebenarnya. Laila, seorang gadis yang periang namun rupa-rupanya menderita sakit kanser otak dan ingin membantu orang yang die suka untuk mendapatkan orang yang disukainya. Berbelitkan???? Aku sendiri terperanjat bila dapat tahu ape kaitan Laila, Jard dan juga Azzad. Rupenye pertemuan mereka bukan secara kebetulan. Kak Mas pulak boleh kuanggap sebagai contoh masa hadapan Jard. Lari dari rumah, bila balik kepangkuan keluarga rupa-rupanya mak ayah dah tiada. Samalah seperti Jard. Bila dah bersedia balik ke rumah, tapi apa yang diharapkan tak menjadi kenyataan bila mana ayah dan ibunya telah tiada. Tapi aku tak pahamlah kenapa mak ayah Jard buat begitu ekk. Apa masalahnya? Tak sayangkah mereka kepada anak-anak mereka yang dua orang itu je. Bagi aku, mak ayah patut menunjukkan rasa kasih sayangnya pada anak-anak. Bukanlah berlebihan sehingga anak-anak naik kepala tapi cukuplah sekadar anak-anak tahu yang ayah dan emak sayangkan mereka. Hurmmm....

Terlalu berat ujian yang dilalui oleh Jard. Dia kehilangan abang yang satu-satunya harapan dia. Dia kehilangan terus kedua-dua orang tuanya. Dalam dia ingin kembali ke jalan yang lurus dan benar, dia diuji sebegitu sekali. Tapi, mujur dia ada Azzad.....

Cerita ni habis takat tu jer...Hehehe....Tapi, banyak pengajaran yang aku dapat dari buku ni. Kasih sayang sesama saudara dimana dapat dilihat dalam hubungan antara Jard dan Jazman. Sayangnya Jazman kepada adiknya itu.

Intitusi rumah tangga yang berantakkan menyebabkan anak-anak jadi rebel. Memberontak. Mereka rasa tidak disayangi lagi. Mereka melakukan perkara-perkara yang tidak elok untuk mendapatkan perhatian ibu bapa.

Jangan terlalu mengerja duniawi sehinggakan hal akhirat terabai. Dapat dilihat dalam watak mak dan ayah Jard. Solat ditinggalkan, memberikan satu contoh yang tidak baik pada anak-anak.

Aku suka dengan jalan cerita antara Laila dan Jard. Sedih bila Laila dah tak ada. Menitik jugaklah air mata aku ni tadi. Huhuhu...Dia inginkan Jard berubah dan tidak terus jauh hanyut seperti dahulu. Dan dia tahu Azzad boleh menarik Jard semula sepertimana Azzad menariknya dahulu. Sebuah percintaan segi tiga pulak bila aku baca. Tapi tergantung macam tu jer. Hehehe....

So, ni 1st time aku baca novel yang macam ni genrenye. Bukan novel romantis, bukan novel cinta. Lebih kepada novel motivasi pun iye gak. Sedih pun iye jugak. Macam novel karya Hlovate. Yeszzaa.  betul...ada iras-iras karya HLovate...Tetibe rindu dengan penulis tu. Dah tak menulis lagi ek die...huhuhu...

Itu jer lah review aku tentang novel Seyogia ni. Aku tak tahu apa yang dimaksudkan dengan Seyogia ni. Kejap lagi aku cari tahu...Hehehe...

Next novel ~ Kekasih Ku Mutan ~ Novel yang aku beli jugak di bookshop I AM LEGEN  hari tu.

Saturday, 5 January 2019

Novel Review: KASYAF AIN

Novel: Kasyaf Ain

Penulis: Ramlee Awang Murshid

Rate: 10/10

Tarikh Bacaan: 5 Januari 2019



PENGHASUT ADALAH SYAITAN LAKNATULLAH. KHILAFNYA ADALAH KETOHORAN DALAM AGAMA. PENYEBABNYA ADALAH CINTA.


Sinopsis Kulit Belakang:

Rosman dan Anita - dua pegawai polis siasatan jenayah sedang memburu penjenayah kejam di ibu kota. Tiap malam bulan mengambang, kejadian kejam sering berlaku, yang mana mangsa pembunuh bersiri itu mati dalam keadaan aneh. Setiap mangsa ditemui mati mengering tidak berdarah. Disifatkan dibunuh atas tujuan ritual songsang yang menjurus kepada kematian paranormal.

Hanum Saskia, lunak suaranya telah memukau hati Syamel. Dari mata turun ke hati, wajah jelita bagaikan puteri itu telah membuat Syamel jatuh cinta. Namun Hanum Saskia telah dibunuh oleh Syamel. Aneh! Mengapa Hanum Saskia dibunuh saat cinta Syamel dibalas? Siapa Syamel?
.
.
.
RAMLEE AWANG MURSHID dengan berani menampilkan NASKHAH SULUNG terbitan RAM Typewriter iaitu syarikat penerbitan beliau sendiri. Menghidangkan sebuah cerita berkonsepkan psycho-thriller yang pasti menggugat fikiran anda. Semestinyasebuah karya WAJIB dimilik!
.
.
.
.
Review Cik CT:

Alhamdulliah...akhirnya Kasyaf Ain berjaya menjadi milik aku. Karya terbaru dari penulis No. 1 Thriller Malaysia. Ternyata sebuah karya yang sangat-sangat menarik. Yang semestinya tak akan kutinggalkan pembacaannya. Tak sabar-sabar rasanya nak mengakhiri pembacaan. Ingin tahu apa kesudahan dan apa cerita disebalik semua kejadian itu. Ternyata karya Tuan RAM membuatkan aku sangat teruja dengan jalan ceritanya yang tidak disangka-sangka. 

KASYAF AIN ~ Terpikir sejenak aku apa maksudnya? Apa kaitannya dengan kisah Hanum Saskia & Syamel ni sebenarnya. Hehehe. Tak diperincikan pulak kenapa tajuk novel ini diberi tajuk KASYAF AIN. Pasti akan ada kesinambungannya. Kita nantikan sambungan KASYAF AIN ini.

Tak banyak aku nak ceritakan mengenai karya terbaru Tuan RAM ini. Aku syorkan korang baca lah sendiri. Pasti korang akan rasa lagi lebih teruja dan eksaited. Sememangnya aku sendiri sangat eksaited. Karya ini aku habiskan dalam masa sehari saja. Dan aku sangat berpuas hati dengan karya Tuan RAM ini. Pastinya, aku akan mendapatkan karya-karya beliau yang akan datang.

Dalam Kasyaf Ain ini, tidak disangka-sangka akan pengakhiran ceritanya. Finally, kebatilan dapat dicegah. Tapi rupanya kejahatan dan kebatilan itu akan sentiasa ada sehinggalah ke hari kiamat. Kita sebagai hamba Allah Yang Maha Esa wajib membanteras kejahatan itu dari terus berleluasa.

Aku pasti akan ada sambungannya. Hishh, tak sabar rasanya nak tunggu sambungan Kasyaf Ain ni. Aku beli novel ni direct melalui RAMFC Book Store melalui IG mereka. Harga cuma RM45 termasuk postage. Novel akan didatangkan dengan tanda tangan Tuan RAM dan beberapa barangan premium naskhah Kasyaf Ain. Aku memang sangat teruja. Memang tak sabar-sabar nak baca. Serasanya, tak dijual lagi Kasyaf Ain ni di pasaran. 

Aku tak sabar nak dapatkan Anding Ayangan II pulak lepas ni. Hehehe...

Thursday, 3 January 2019

KL International New Year Run 2019 - 01 Jan 2019 -

Larian pertama untuk tahun 2019 ini. KL International New Year Run 2019. Tahun kedua aku join larian tahun baru ini. Kalau last year aku lari berdua dengan Uji, kali ini aku lari bersama Lydia, Hazirah dan Syuhada. Penyertaan dah lama dibuat, sejak tahun lepas lagi. Punyer lah eksaited kan. Target tahun baru ni nak memperbanyakkan join larian. Paling kurang sebulan kena ada sekali join running event. Di samping boleh menyihatkan badan, boleh jugak dapat kenalan-kenalan baru. Mungkin jugak jodoh. Opppss!!! Hehehe...


1st larian Cik CT untuk tahun 2019

Aku dan yang lain join 5KM jer. Bukan lari mana pun. Kitorang lebih kepada jalan-jalan melihat keindahan Kuala Lumpur di pagi tahun baru. Flag off untuk 5KM dalam pukul 7.30 pagi. Kitorang dah lambat sampai benonye. Orang ramai pun dah start lari waktu tu. Kitorang pun apalagi, join lah sekali di pertengahan jalan tu. Syuhada kami tak jumpa lagi. Jumpa dia lepas masing-masing dah sampai finish line. 

Actually, dah awal dah gerak dari USJ tu. Tapi disebabkan tunggu Lydia yang lewat tiba kat LRT Taipan, kitorang naik LRT menuju ke Masjid Jamek dalam pukul 6.45 pagi. Hazirah dah bengang dah awat kami tak sampai-sampai lagi. Hahaha. Sorry Zirah!! 

Kitorang akhirnya berjaya menamatkan larian dalam masa lebih kurang 50 minit. Itu baru je jalan-jalan laju, kalau lari laju-laju mesti dah cepat sampaikan. Hahaha. Uolss nak tahu, ada peserta buat 5KM dalam masa 15 minit je. Giler ahh...ada superpower ke boleh lari selaju dan sepantas itu. Ohmaiii!!!

Untuk larian new year kali ini, agak tak berapa nak teratur lah perancangannya. Baucer pun tak dapat banyak. Sekadar satu baucer RM60 off untuk pembelian sport bra yang mana aku boleh dapat kat SOGO atau Aeon Mall dengan harga berbelas ringgit ataupun paling mahal berpuluh ringgit. Hahaha. Cabutan bertuah?? Semestinya, no bip aku tak pernahnya bertuah. Bertuah pun sekali jer time join KL Fun & Ride @ Titiwangsa. Itu pun dapat tempat letak botol air kat basikal yang mana bendanya aku tak ingat mana aku dah campak. Hahaha...

Tapi, untuk larian kali ini aku tersangatlah suka dengan baju running eventnye. Meriah dan penuh warna-warni uolss..Bila penuh dengan lautan manusia yang pakai baju yang sama nampak lagi cantik. Hehehe. Medal jugak sangat cantik compare dengan medal last year run 2018.


My 1st Medal


Wajah semestinya kena ade senyuman yang indah walaupun penat dan letih



Lepas jer habis event, perut masing-masing lapar mintak diisi. Mana taknya, kami berlari tanpa makan sarapan terlebih dahulu. Mujur juga tak pengsan masing-masing. Area masjid jamek, dataran merdeka tu mana lah ada kedai makan. Kalau ada pun fast food or kedai mamak. Taknaklah kami. Maka menapaklah kami ke pusat membeli belah SOGO mencari makanan. Sampai SOGO masuk lah DUBUYO. Belum gaji dah makan mahal-mahal. Hohohoho...Ohmaii...dah lah belum gaji, SOGO tengah sales. Setiap tingkat penuh dengan sales. Ade lah jugak hasil tangkapan yang sempat kami capai kat dalam tu. HoHoHoHo...Nasib gaji belum masuk lagi time tu. Kalau tak, tak tahu nak kata ape dah. 

Penat berjalan, lapar balik...Nampak pulak street churros.. Makan lagi. See, sia-sia je kalori terbuang masa berlari tadi. Ehhh, ditekankan di sini. Kami tak berlari ye. Cuma berjalan laju je. So, tak ade lah rasa terkilan sangat bila dah melantak banyak tu. Kita anggap as reward di tahun baru lah yer. Hahaha..

Lepas makan dan shopping, kitorang dah sangat tak larat. Weolss sampai USJ pukul 4.30 okay!! Dari pagi sampai ke petang di luar. So, itu jer lah aktiviti kami di hari pertaman 2019. Lari, jalan, shopping dan makan....


Cantikkan tak warna baju kitorang semua. Dah macam warna aiskrim




Yesss...We did it..



Boleh sangat ni kalau nak kurus lagi.


Wajah kepenatan selepas berlari (lari lah sangat kann!!) Nak makan!!!




Jangan ngelat pulak p naik tren.


Sempat lagi benti ambil gambo..



Haruslah kene ada gambo gigit medal.


Next running event bulan 2 nanti, Seniman Run 2.0.


Wednesday, 2 January 2019

Done day 2 out of 365

Hari ke-2 untuk tahun 2019..Masih sama, menjalani rutin-rutin harian seperti biasa. Bangun pagi, mandi dan pergi kerja. Hari ni jugak sekolah dah start.

Untuk adik-adik yang baru melangkah ke darjah 1, akk yus ucapkan selamat mengharungi hari-hari mendatang sebagai seorang murid. Belajar rajin-rajin. Nikmati sepuas-puasnya zaman indahnya sekolah. Kenali lebih ramai lagi rakan-rakan. Jangan nangis-nangis. Sekolah ni best tau!!! Dapat jumpe dengan ramai kawan-kawan baru.

Akak yus lupe dah zaman mula-mula akak yus masuk darjah 1 dulu. Mungkin seperti adik-adik sekalian. Setelah sekian lama duduk di rumah, bermanja dengan mak dan ayah, tetibe dah kene bangun awal pagi dan berada di sekolah hingga ke tengah hari. Pulak tu dah lah x dapat tengok citer kartun yang selalu ditonton. Dah menangis pulak kat sekolah. Hahaha... tapi ternyata, itu lah kenangan yang indah dah manis untuk dikenang kan!!!

Belajar elok-elok ye semuanya....

Berbalik semula kepada rutin kerja aku di opis. Untuk hari pertama bekerja di tahun baru ni tak berape banyak order masuk. Cume tadi ada dua shipment keluar ke spore ptg tadi. Kelam kelibut jugak nak menyiapkn shipping document semua. Mujurlah semuanya berjalan dengan baik. Mestilah kan!!! Aku dah hampir 6 tahun dalam bidang ni kot. Hahaha....

Ordering je cuma x banyak. Mungkin sebab masih di awal tahun dan baru lepas closing next year punye akaun. In sha Alla, untuk hari-hari yang mendatang aku bakal sibuk.

Tadi di opis celebrate birthday dik Mirrah. Belated birthday benonye since besday die bulan Dec ri tu. Tapi tak dan nak celebrate. Hanya berkesempatan celebrate tgh hari tadi waktu lunch. Seronok benar die dapat kek, kirenye surprised kami menjadi lah. Hahaha....

Sempena tahun baru ni, aku nak list kan lah ye wish list aku ataupun azam aku.

1) skytrex shah alam extreme challenge 23/2/2019
2) seniman run 2.0 16/2/2019
3) trip ho chin minh bulan 7 nanti
4) berazam takkan sentuh or keluarkan duit simpanan asb kecuali kedaan benar-benar terdesak
5) maintain bayar ptptn tiap-tiap bulan
6) join running event setiap bulan at least
7) join Standard Chattered Half Marathon 2019 27/09/2019
8) join Doctor Run 2019 24/03/3019

Hurmmm...rasenye macam takat tu jer lah. Mayb ade lagi, tapi ini je yang teringat.

So, done sudah hari ke-2 2019...

2024 - Tahun happy kan diri sendiri

Happy New Year 2024..... Cepat betul masa berlalu kan..Hari ni hari ketiga kita di tahun baru..Blog Cik CT ni pun dah hampir 2 tahun ditingg...