Skip to main content

Sultan Mahmud Mangkat Di Julang

Aku ingatkan cerita klasik dulu-dulu mengenai kisah seorang perempuan mengandung yang mengidam nak makan seulas nangka lalu dibunuh oleh seorang sultan adalah sekadar dogengan belaka. Namun, rupa-rupanya kisah ini ternyata benar belaka. Menjadi salah satu peristiwa tragis yang berlaku pada zaman kesultanan Johor khususnya di Kota Tinggi.

Hurrmmm...Aku kat opis hari ni rajinlah pulak nak meng"google" tentang salasilah kesultanan Johor. Iyer lah..aku pun tertanya-tanya betul ke kerabat di raja Johor yang ada sekarang ni datangnya dari keturunan lanun. Dalam tengah-tengah mencari tu, barulah aku terjumpa artikel mengenai seorang raja yang sanggup membunuh rakyatnya gara-gara berang hanya disebabkan rakyatnya makan seulas nangka dari kebun istana.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Kisah Pilu ketika hujan panas hampir reda itu sangat menggemparkan, selain sultan, beberapa orang pengiring baginda turut ditikam oleh Laksamana Bentan yang hilang pertimbangan kerana terlalu marah, setelah isteri beliau yang mengandung anak sulung dihukum bunuh atas arahan sultan, hanya kerana mengidam makan seulas nangka yang diambil dari taman diraja. Selepas kemangkatan Sultan Mahmud ibni Almarhum Sultan Ibrahim Syah, Sultan Melaka terakhir ( 1488-1511) , yang mana putera kedua baginda telah ditabalkan menjadi Sultan Johor I pada tahun 1528 dengan gelaran Sultan Alauddin Riayat Syah. Selepas peristiwa tahun 1699 itu, Kesultanan Melayu Johor telah diambil oleh Keturunan Bendahara (1699-1816), kemudian beralih tangan kepada keturunan Temenggung Abd.Rahman Sultan Johor Riau (1816), dan diwarisi oleh Sultan Mahmud Iskandar, Sultan Johor yang sedang bertaktha pada hari ini.
 

Perihal tragedi yang menimpa Sultan Johor yang masyhur ini, telah diceritakan terus menerus, lepas satu ke satu generasi sampai ke hari ini. Selepas hampir 4 kurun peristiwa ini berlaku, kisah Sultan Mamud mangkat dijulang ini masih menjadi kisah yang sangat diingati oleh penduduk-penduduk asal Kota Tinggi, lebih-lebih lagi orang-orang keturunan Bentan sendiri masih takut terkena sumpah jika memijak tanah Kota Tinggi. Catatan sejarah Johor purbalaka ada meriwayatkan tatlaka hujan panas mulai turun mencurah-curah pada hari Jumaat dalam tahun 1699, orang-orang besar Istana telah melarang Sultan Mahmud II, daripada menunaikan sembahyang Jumaat di masjid yang terletak tidak berapa jauh daripada istana baginda. Cakap-cakap orang telah sampai ke pengetahuan Datuk Bendahara Tun Abd.Majid, bahawa Laksamana Bentan( Megat Seri Rama) yang baru pulang daripada mejalankan titah sultan menghapuskan lanun-lanun di kepulauan Riau telah mengetahui perihal kematian isterinya ( Dang Anum) yang sedang sarat mengandung sulung itu. Datuk Bendahara khabarnya telah mengadap baginda dalam keadaan basah kuyup untuk menyampaikan rasa tidak sedap hatinya dan menasihatkan baginda supaya tidak keluar daripada Balai Rong seri sebagaimana kebiasaaannya. Baginda juga telah diberi ingatan oleh Bendahara supaya berhati-hati dengan menambahkan bilangan pengawal di-Raja semasa berangkat menunaikan sembahyang Jumaat.
Hujan panas masih belum reda, tatkala Sultan Mahmud Syah II berkira-kira untuk berangkat meninggalkan istana buat kali yang terakhir, seorang pengiring baginda telah datang dan menyembahkan sebilah keris untuk dipakai oleh baginda sebagai langkah berjaga-jaga. Baginda turun dari istana dan memasuki usungan yang diangkat oleh empat orang pengiring dengan dikelilingi oleh ramai pengawal istana. Di pertengahan jalan hujan mulai teduh, tetapi masih renyai-renyai, awan agak mendung dan mentari beransur-ansur hilang di balik awan yang muram seolah-olah sedang beradu. Sebagaimana minggu-minggu sebelum itu baginda akan diturunkan agak jauh dari masjid tetapi pada hari Jumaat yang malang itu, pengawal-pengawal istana baginda berkeras mahukan baginda diusung hingga ke tangga masjid dan di saat-saat akhir hayat baginda pun tiba, Megat Seri Rama telah hilang siumannya, hanya menanti masa untuk menuntut hutang darah,

 

Tatkala sultan hampir dengan tangga masjid dan masih lagi di atas usungan, Megat Seri Rama dengan tanpa berlengah lagi menerkam dan menikam baginda tepat pada perut sultan, darah merah pekat membuak-buak membasahi pakaian baginda sultan dan menitis jatuh di atas tanah, beriringan dengan titis hujan air hujan yang membasahi bumi. Sebuah keluhan pilu kedengaran. Baginda mengerang kesakitan, bisa keris yang telah diperasap limau pantas menyelinap ke segenap urat saraf Sultan Johor yang malang itu. Megat Seri Rama bagaikan dirasuk, habis pengawal diraja ditikam, orang ramai yang datang untuk bersembahyang Jumaat pada hari itu bertempiran lari menyelamatkan diri. Di saat sakaratulmaut sudah menghampiri, Sultan Johor, Sultan Mahmud II sempat mencabut kerisnya dan melontarkan ke tanah terkena hujung ibu jari Megat Seri Rama. Demi kedaulatan raja yang tinggi, luka yang sedikit itu meninggalkkan bisa yang bukan kepalang. Laksamana Bentan sempat mengerang hanya seketika sebelum jatuh menemui ajal tidak lama kemudian. Sumpahan seorang sultan yang penuh daulat " Aku sumpah tujuh keturunan Bentan akan muntah darah kalau pijak bumi Kota Tinggi" . Baginda mangkat sebelum diturunkan di atas usungan.

Kisah sedih ini tercatat dalam Sejarah Johor oleh Tun Sri Lanang sebagai " Sultan Mahmud Mangkat Dijulang" Baginda mangkat dalam usia yang muda dan menaiki taktha pada tahun 1685. Kemangkatan baginda yang tidak meninggalkan zuriat menyebabkan pembesar Johor pada masa itu bermaufakat untuk melantik Bendahara Tun Habib Abd.Majid menjadi Sultan Johor yang baru dengan gelaran Sultan Abd.Jalil IV ( 1699-1718) dan semenjak itu berakhirlah titisan zuriat Sultan Mansur Syah, Sultan Melaka yang mengasaskan kesultanan Johor semenjak 1428.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Kisah ni aku copy paste dari beberapa blog yang bercerita mengenainya. Tak sangka ye ade jugak peel sultan yang macam ni. Kalau sultan yang betul-betul berjiwa rakyat dan berhati nurani takkan tergamak nak menitahkan perintah dan arahan sedemikian rupa kan. Hanya disebabkan seulas nangka dua nyawa yang tidak berdosa terkorban. Ikut logik akal pun, kalau kita dengar salah seorang ahli keluarga kita ditahan atau dibunuh tanpa sebab yang tak munasabah kita sendiri akan mengamuk dan marah. Cuma, tahap kesabaran dan keimanan kita yang akan menghalang kita daripada melakukan perkara seperti yang dilakukan oleh Megat Seri Rama itu.

Agak-agaknya, kesultanan sekarang ni ade yang macam ni ke? Hehehe..Harap-harapnya tidaklah kan. Nauzubillah..Hanya Allah yang berhak menentukan bila masanya nyawa hambaNya ditarik balik. Wallahualam Bissawab...

Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak ada sape y

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan