Skip to main content

Pagi Sabtu Cik CT

Assalamualaikum....

Weekend yang agak membosankan. Pagi-pagi lagi Cik CT dah kene bangun. Kalau time-time macam ni, selalunya Cik CT masih lagi sedang lena diulit mimpi nan indah. Ini semua disebabkan kes paip rumah sewa Cik CT bocor. Kerja baik pulih sedang dijalankan.

Mengantuknye rase...lepas settle sume ni Cik CT nak sambung tido semula. Hehehe....

Hurmm...ape yang ingin dilakukan minggu ini ya???

Sudah pastinya hari Sabtu Cik CT hanya dihabiskan dirumah menunggu contractor jalankan tugas mereka. Mane boleh sesuka hati keluar tinggalkan rumah. Giler ko...buatnye dilakukan ape2 pada rumah kami ni tak ke naya tu..dah lah habis digerudinya rumah sewa kitorang ni. Mujurlah, di atas keizinan tuan rumah sendiri kerja pengubahsuaian ini dilakukan. Kalau kami pandai-pandai buat keputusan sendiri mahunye mengamuk tuan rumah. Apa yang Cik CT lihat memang fully berubah system piping rumah ni. Cmner lah gayanye situasi air rumah kitorang lepas ni. Harap-harapnye bertambah baik la kan.

Hishh..berdebarlah pulak rasenye. Takper lah, paling kurang masalah meter berpusing laju dah selesai. Tapi bile Azura cakap kemungkinan aliran air lepas ni agak perlahan meresahkan hati Cik CT. Dah lah aliran air rumah sewa kitorang ni sentiasa tip top. Laju bukan main. Sampaikan tak sedar yang bil air melambung. Hahahahahaha....so, lepas ni kene lah biasakan diri dengan aliran air yg agak perlahan....tapi harap-harapnye tidak lah...semuanye macam sedia asalnya lah....

Hurmmm....nampak gaya kerja baik pulih ni mungkin akan membawa sehingga ke petang. Huhuhu. Macam mane ni. Memang sah lah hari Sabtu Cik CT kali ni hanya dihabiskan dirumah. La ni, mereka sedang buat piping baru untuk bahagian dapur dan bilik air bawah. Bahagian atas mungkin dah settle la kot...kipas belum pasang yang baru lagi. Tangki pulak tak tahu lah dah dibersihkan ke atau pun belum. Nampak gaya contractor ni perlu menerangkan serba ringkas system piping rumah yang baru ni. Sebab Cik CT peratikan banyak pulak kepala paip dipasang. Hahahahaha......

Okay lah..rasenya cukup sudah bebelan Cik CT pagi Sabtu ni. Nanti Cik CT update wajah baharu piping system Tentoobie yaa.....

Daaa...:)

Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak ada sape y

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan