Skip to main content

Birthday Party Arina & Fatihah

Buuurrkk....(bunyi sendawa ye tu)

Alhamdulillah..Perut dah kenyang..Hati pun manyak senang maa...Hehehe
Berakhir sudah sambutan hari lahir Arina dan Fatihah yang kami sama-sama raikan di bilik office Kak Naz. Banyak menu-menu potluck yang tersedia. Antaranya, roti sandwich sardin dibuat khas oleh Ina, karipap berintikan sardin yang dibawa oleh Ieqa, mee kering menu yang agak baru bagi kitorang yang dibawak khas oleh Mazni, puding oreo hasil air tangan kak Naz dan juga keropok goreng hasil gorengan Cik CT. Hahahaha. Mengah kami nak menghabiskan semuanya tu. Biarlah dulu..Petang nanti sambung makan lagi. Hehehe...

Memang kami Geng Makan Dan Gossip Anjung Merah akan sama-sama buat celebration parti bg sesiapa yang akan meraikan hari lahirnya. So, bulan ni kite combine birthday party Arina dan juga Fatihah. Alhamdulillah, Arina sudah berumur 27 tahun manakala Fatihah pulak berumur 28 tahun (sebaya Cik CT ni).
Semoga mereka berdua dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan juga sentiasa success dalam apa jua perkara yang mereka berdua lakukan. In sha Allah. So, next birthday girl sape plak nanti...Hurmm...Tahun depan lah kot coz semua ahli Geng Makan Dan Gossip Anjung Merah dah melepasi tarikh lahir masing-masing. Hehehe...



Kite wefie-wefie dulu sebelum start makan...Nyum..nyum...sedapnya menu-menu yang tersedia tu...


Birthday girls yang dirai...Arina dan Fatihah....


Ade dua kek lagi uolllsss... Kek puding oreo tu kak Naz yang buat tau. Sedap....


Inilah antara juadah-juadah yang tersedia pada hari ini.


Kak Yus ucapkan Selamat Hari Lahir pada Arina dan juga Fatihah...


Masing-masing sudah kekenyangan. Okay, kemas dan mula sambung bekerja...Hahahaha...

                                      
                HAPPY BIRTHDAY ARINA & FATIHAH

Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Novel Review : Dia Imamku

Novel: Dia Imamku Novelis: Siti Rosmizah Rate: 9/10 Tarikh Bacaan: 27 - 28 Jun 2020 "Lemah ke seorang lelaki andai dia menitiskan air mata?" Sinopsis Kulit Belakang: Sombong! Berlagak! Itulah diri Cempaka Humairah. Dia benci dengan cucu angkat neneknya. Amiruddin, lelaki kampung yang tak dipandang sebelah mata. "Suka kamu kata Bangla. Budin ni ada kebun pisang." tegur Nenek Bunga. Kebun pisang? Lagilah Humairah tak pandang. Amiruddin itu kekasih Dahlia, sepupu Humairah. Dahlia ni tak adalah baik mana. Mata duitan. Boleh pula jatuh cinta dengan Rafiq, kekasih Humairah. Peranglah jawabnya. Amiruddin dianiaya oleh pak longnya. Nenek Bunga dapatkan dia kerja sebagai pemandu Humairah. Kesian Amiruddin, hari-hari kena marah, kena maki. Sabar aje dia. Kalau orang lain, dah naik pelempang kat muka. Datin Orkid ibu Humairah, kecewa dengan suaminya, Dato' Malik kerana menjadi wali pernikahan Lily, anak sulungnya. Demi cin...

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...