Skip to main content

Jejak JDT (Part 1)

Welcome to Johor buat Amy dan Norma!!!

Amy sudah semestinya dah expert dengan JB tu sebab dulu die blaja kat sana. UTM Skudai. Noma!!! Noma first time mai JB. Alhamdulillah, depa dua orang selamat jugak sampai ke rumah yus. Jumpe jugak kampung yus ye. Hebak mu dua orang. Hahahaha....

Jejak JDT nama entri ni di beri. Jalan-jalan makan angin sambil mencari dan mencuba makanan-makanan yang sedap yang ade di JB ni. Betapa dah lamenye aku tak turun JB sampai aku dah tak kenal jalan-jalannya. Mujur lah ade Amy dan juga abang Waze. Walaupun beberapa kali sesat akhirnya sampai jugak ke destinasi yang hendak dituju tu.

Okay lah...kite bermula jejak kite dengan cerita depa berdua mai rumah aku. Sampai jugak mereka ke rumah aku pagi tu dalam lebih kurang pukul 11.00 pagi. Depa dua orang mai rumah hari Sabtu. Kebetulan minggu tu cuti Raya Haji. Aku dah balik kampung dua hari lebih awal iaitu hari Rabu malam. Depa mesti nak beraya dulu kat kampung masing-masing kan. Kebetulan tujuan utama depa nk mai JB tu sebab nak pergi UTM Skudai...Norma nak amik certificate Master die. Berkurun dah tak ambil. Mujurlah tak dilupuskan lagi certificate Master cik Noma kite ni..Hahahaha...

Actually, hari Jummat, 25hb tu, rumah aku buat kenduri akikah untuk Ismail. My new anak sedara. Anak sendiri tak dak lagi, so anak sedara pun okay lah kan. Hahahaha...Busy rumah waktu tu..Ehhh...dah lain isinya ni. La ni nak story pasal Jejak JDT kami bertiga. Okay..okay..berbalik pada topik asal..Berpandukan abang Waze dan juga location yang aku share ngan depa berdua, maka sampai lah depa ke rumah aku. Dah sampai tu mestilah kene masuk dulu kan. Takkanlah nak terus gerakkan. Hehehe...Aku jamu dorang berdua dengan ketupat, lauk ayam masak merah dan kari kambing..lauk kenduri semalam. In sha Allah, elok-elok lagi makanan tu. Hehehe..Takkanlah aku nak nyaya depa dua orang plak kan. Aku kan sayang dorang berdua. Kalau sakit perut pun mestilah kene sakit same-same. Hahaha......

Dalam pukul 12 lebih, kitorang bertiga decide nak gerak otw JB. Actually, kami nak p Kota Tinggi dulu. Nak p kenduri kawen kawan Amy kat Felda Lok Heng Timur. Jauh jugak perjalanan dari Batu Pahat ke Kota Tinggi. Baik kitorang gerak awal. Aku tanya ayah jalan nak p Kota Tinggi tu. Ayah kate masuk je highway. Keluar susur Kulai. Takper..kalau sesat pun sesat dalam Johor. Takde lah plak kalau sesat tu boleh terus p Spore. Hahahaha...Pak Sarip ni la haiii....So, kami decide lalu ikut highway. Aku jadi co-pilot. Tunjuk jalan nak masuk PLUS. Aku bawak dorang masuk highway Simpang Renggam. Takkanlah nak patah balik masuk highway Air Hitam plakkan. Memang saje lah cari pasal. Hahaha..Noma duk belakang..kesian Noma nampak penat..

Alhamdulillah, dalam pukul 2 lebih kami selamat sampai rumah kawan Amy tu. Actually, time tu perut aku dah berbunyi mintak diisi. Aku tak jamah pun benonye makanan yang aku jamu dorang pagi tadi tu. Eksaited ko nak p JB. Hahahaha...Aku berdua dengan Amy je p rumah kenduri tu. Cik Noma kite nak duk dalam kete je. Katenya baju die tak proper nak p majlis kawen tu. Laaa..hang ingat yus ngan Amy ni properlah sangat pakaiannya. Hahahaha....Punyelah beriya-iya kitorang memujuk Noma masuk sekali rumah kenduri tu. Dan sudah semestinya, bile Noma tak nak buat sesuatu bende tu memang dia takkan buat lah. Sanggup tu berpeluh-peluh dalam kereta. Noma!!Noma!! So, kitorang tinggalkan Noma dalam kereta. Amy p belakang amik hadiah untuk pengantin. Maakk aiii Amy oiii...beratnye la hai hadiah hang ni. Rupa-rupanya dalam tu microwave. Padanlah berat semacam. Yang sadisnye, kami berdua duk lah mengangkat hadiah tu. Dah la rumah pengantin bawah bukit. Jenuh lah kitorang nak jaga langkah ni masa turun bukit tu. Mujurlah tak tergolek dok kat situ. Kalau tak jadi bahan tontonanlah kami. Yang tak bestnye tu, boleh lak tak de sape yang dengan rela hatinya nak tolong kitorang angkat hadiah tu. Depa ingat kami ni wanita-wanita yang sasa lagi sado kot. Hahahaha...Sabo jer lah.

Ramai orang dalam majlis tu. Mase tu pun pengantin lelaki dah sampai. Mase depa untuk duduk bersanding. Ingatkan kami dah lambat. Boleh lah kot Amy sembang lama sikit ngan kawan die tu kan. Tapi nampaknye pengantin busy. Confirmlah pengantin busy. Mane de pengantin yang tak busy. Busy nak senyum sokmo. Hahaha...Aku dan Amy tak makan pun...Kami berdua just amik cendol...Baq hang!!sedap naww cendolnye...ade rase jagung..ehh..rase durian lah. Aku tak tahu lah rase ape tapi yang penting cendol tu memang sedap. Nak amik semangkuk lagi. Tapi mengenangkan yang cik Noma kite dalam bahang kepanasan kereta maka kami berdua terpaksa bantutkan niat nak menikmati semangku dua lagi cendol sedap tu. Kesian Noma nanti....Hahahaha....

Tertunggu-tunggu jugak kot-kot ader lah bontrot (nasi berkat). Boleh lah buat bekalan makanan tengah hari kitorang bertiga. Duk jeling-jeling pakcik makcik yang ade kat situ. Dalam hati berkata "Dorang tak nak bagi kitorang nasi berkat ke..lapaq ni..". Alhamdulillah, rezeki kami bertiga ade hari tu. Berkejaran pakcik tu ke kereta kitorang nak bagi nasi berkat. Yesss...jimat duit. Empat bungkus uolllss weeollsss dapat bontrot. Hahaha...Namun, disitu lah bermulanya dugaan dan cabaran yang hebat dalam Jejak JDT ini.

Nak tahu ape cabaran dan dugaan yang kami hadapi??? Tungguuu!! Jejak JDT (Part 2), itu jawapannya. Hahaha...


Segalanya mungkin bermula di sini.....

Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak ada sape y

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan