Skip to main content

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti.


Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95.

Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan serumah yang lain terganggu taww...Tentoobie taa kuuadd!!!. Lepas satu, satu masalah lagi yang timbul. Lepas setel kes sinki, datang pulak kes bil air ni ha..Dalam masa yang sama kipas siling pulak jatuh..Aduuhaiii....

Keesokkannya Cik CT decide untuk call Syabas. Punyerlah lama menunggu nak bercakap dengan customer service Syabas. Sokmo busy je depa tu. Akhirnya, dapat lah jugak Cik CT bercakap ngan depa setelah beberapa kali mendail. Namun jawapan yang diberi tidak cukup menggembirakan hati Cik CT ni haa. Bukan salah meter dan bukan di bawah kawalan Syabas kalau berlaku sebarang kebocoran paip di dalam rumah. Pegawai Syabas advise kami untuk panggil pihak plumber datang buat piping checking. Sama ada betul atau tidak ade leaking. Katanya lagi, kalau meter berpusing dengan laju tandanya memang ade kebocoran paip lah dalam rumah tu. Tak dapat nak disangkal lagi dah. Lainlah kalau meter tak bergerak atau tersangkut. Yang tu baru betul salah meter. Huhuhu...

Dipendekkan ceritalah yer...Cik CT, Ina dan Arina buat pemeriksaan di beberapa bahagian rumah sewa kitorang sehari selepas itu. Setelah beberapa minit kami menjadi Detective Conan tak bertauliah mencari punca meter air bergerak dengan lajunya kat luar tu, akhirnya kami menemui beberapa kesan terdapatnya rekahan air di dalam rumah sewa kitorang. 

Hasil siasatan dan tinjauan kami seperti gambar-gambar dibawah ini...


Yang ni kat toilet tingkat bawah.


Pun kat tingkat bawah ni.


Yang ni lah yang nampak paling obvious. Kitorang rase punca terbesarnya datang dari sini. Tak silap kitorang, dalam ni adalah saluran paip air dari luar nak naik ke tangki bilik atas. Bile kitorang pegang dinding tu memang rasa lembap dan basah.


Ni pulak dalam bilik medium. (Bilik yang kipas silingnya jatuh tu) Cik CT rasa maybe kat sini terletaknya tangki air yang lagi satu tu.

Huhuhu....On the spot malam tu Cik CT terus send gambo-gambo ni pada tuan rumah. Owner just inform akan panggil plumber datang checking. Alhamdulillah, owner willing to tanggung semua kosnye. (Iyalah..rumah dia kan..mestilah die yang kene setelkan semua ni). Sabtu tu agent rumah kitorang datang dengan plumber sekali buat checking. So, Cik CT tunjuklah part mane yang ade leaking. Inform sekali pasal kipas siling rumah jatuh..Klik Sini
 
So, kerja baik pulih akan dilakukan pada minggu depannya, Sabtu (esok pagi). Mudah-mudahan lepas ni semunya akan berjalan dengan lancar. Kembali seperti sedia kala. Ohh, berkenaan dengan bil air ni. Nampaknya owner tak sudi nak tanggung jumlah bil tu. Erti kata lainnya, kami lah warga Tentoobie ni ha yang perlu mengeluarkan duit untuk bayar bil ni. Hukhukhuk...Try lah call Syabas mintaklah belas ehsan kot-kot boleh kurangkan jumlah bil ni. Namun, sekali lagi hampa bila Syabas kata memang tak ada diskaun dik untuk bil yang disebabkan kebocoran paip dalam rumah. Hisshhh...sabo jer lah...

Makanya,


Melayang-layang lah duit kami bulan ni....Hukhukhuk....Kita tunggu bil bulan ni plak macam mane gayanye nanti....

Comments

  1. Kalau panggil plumber bape kne bayar

    ReplyDelete
  2. Kalau pnggil plumber bpe kne bayar

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sure pulak..sebab owner yang bare kos plumber. hehe...tapi mahal gak rasenye sebab plumber buat external piping.

      Delete
  3. Sabo DSY sabo.. ni dipanggil proses penyucian harta..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...