Skip to main content

Azam dan Cita-Cita

Alhamdulillah....

Kite dah masuk ke bulan October da. Tinggal lebih kurang tiga bulan saje lagi kite bakal meninggalkan tahun 2015 dan akan memasuki tahun 2016. Bagaikan sepantas kilat mase berlalu meninggalkan kita semua.

So, ape pencapaian yang telah kita capai sepanjang tahun ini? Mungkinkah azam yang kite hajatkan akan berlanjutan ke tahun hadapan??? Bagi mereka yang telah berjaya mencapai target azam mereka tahun ini tahniah diucapkan.

Azam Cik CT??? Hurmm...letih dah saban tahun mencipta azam. Namun macam x banyak yang dikecapi. Huhuhu..mungkingkah tidak cukup kesungguhan Cik CT untuk menggapai semua azam-azam itu?? Sebagai contohnya, azam Cik CT tahun ni pasti akan memiliki sebuah kereta. Nampak gayanye azam itu x dapat Cik CT nak realisasikan. Ini kerana, kekangan kewangan menghalangnya. Satu lagi, mungkin belum tiba masanya untuk Cik CT memiliki kereta idaman Cik CT. Bukan satu keperluan buat masa ini. Hanyalah kehendak dan nafsu semata-mata. Hehehe.....in sha Allah, azam ini akan di bawa ke tahun hadapan. :)

Azam untuk melancong ke luar negara...hurmm...azam yang ni pun tak berjaya di realisasikan pada tahun ini. Trip ke Hatyai..trip ke Korea juga Cik CT terpaksa mengundurkan diri. Ini kerana semua disebabkan kekangan kewangan Cik CT yang tidak stabil buat masa ini. Walaupun azam Cik CT untuk melancong ke luar negara tidak tercapai, namun Cik CT dapat melancong dalam negera sendiri tau. Walaupun cuma untuk seketika...tapi yang sangat menyeronokkan adalah waktu yang dapat dihabiskan bersama-sama rakan-rakan Cik CT.

Waktu cuti hari raya korban hari tu, Cik CT dan kawan-kawan buat trip 2 hari 1 malam ke bandaraya Johor Bahru. Sememangnya, kita tak perlu pun pergi ke luar negara untuk menikmati keindahan atau pun kecantikkan sesuatu tempat itu. Kerana sesungguhnya Malaysia ini sendiri sangat banyak tempat untuk diterokai. Seriously...betol..actually banyak sebenarnya tempat yang menarik di Malaysia ni yang boleh kita lawati dan terokai. Come on lah...kita kan ada lebih kurang 14 buah negeri di Malaysia ni. Hahahahahaha....

Ehh...jauh plak Cik CT buat sesi pengenalan ni. Hahahaha...ya...2 minggu yang lepas Cik CT dan rakan-rakan buat trip ke JB. Trip yang kitorang bg nama Jejak JDT sangat enjoy. Best sangat. Actually, trip ini akan Cik CT masukkan ke dalam blog ini nanti. Suka duka kami sewaktu di sana. Bagaimana kami dapat menikmati makanan-makanan yang menarik di JB. Masih terbayang-bayang lagi keenakkan kacang pool Larkin. Perghh...sedapnya....dan bagaimana jugak terseksanya trip kami bile masing-masing mengalami dirhaea.. Hahaha....penangan makan nasi kenduri (bontrot). So, nantikanlah entri terbaru Cik CT "Jejak JDT". Jejak JDT-Part 1 Jejak JDT-Part 2

Sebagai pengakhir kata..teruskan azam dan cita-cita kita tu. Walaupun tahun ini kita x dapat untuk realisasikan azam-azam itu, namun pastikan kita akan berjaya jugak menggapai apa yang kita inginkan itu. Jangan sesekali mudah menyerah kalah....

Malaysia Boleh...Cik CT juga Bolehhhh....


Entri yg berkaitan: Hasrat Dan Impianku

Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Novel Review : Dia Imamku

Novel: Dia Imamku Novelis: Siti Rosmizah Rate: 9/10 Tarikh Bacaan: 27 - 28 Jun 2020 "Lemah ke seorang lelaki andai dia menitiskan air mata?" Sinopsis Kulit Belakang: Sombong! Berlagak! Itulah diri Cempaka Humairah. Dia benci dengan cucu angkat neneknya. Amiruddin, lelaki kampung yang tak dipandang sebelah mata. "Suka kamu kata Bangla. Budin ni ada kebun pisang." tegur Nenek Bunga. Kebun pisang? Lagilah Humairah tak pandang. Amiruddin itu kekasih Dahlia, sepupu Humairah. Dahlia ni tak adalah baik mana. Mata duitan. Boleh pula jatuh cinta dengan Rafiq, kekasih Humairah. Peranglah jawabnya. Amiruddin dianiaya oleh pak longnya. Nenek Bunga dapatkan dia kerja sebagai pemandu Humairah. Kesian Amiruddin, hari-hari kena marah, kena maki. Sabar aje dia. Kalau orang lain, dah naik pelempang kat muka. Datin Orkid ibu Humairah, kecewa dengan suaminya, Dato' Malik kerana menjadi wali pernikahan Lily, anak sulungnya. Demi cin...

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...