Sunday, 6 October 2019

Hiking Gunung Angsi 2.0

Date: 29 September 2019 (Late Entry)
Tempat: Gunung Angsi via Bukit Putus
Starting Point: Bukit Putus
Ketinggian: 825m / 2707 ft
Tahap Kesukaran: Easy - Moderate
Distance: Mungkin dalam 7KM. Hahaha.
                        Tempoh perjalanan: 1 jam 42 minit naik, 1 jam 15 minit untuk turun

Gunung Angsi 2.0 checked ✅ on 29 September 2019 yang lepas. Finally, berjaya jugak bergerak dari Subang ni nak ke K.Pilah tu. Hahaha. (Bukan berjaya ke puncak tu...) Iyer lah, Lydia ngan Adda memang dah standby tido rumah aku. Masing2 tido pun dah lewat sebab p mengeteh tgh malam dgn Nuqman kat Mamak Ameen pulak. Pagi tu hujan lebat gilosss. Memang sedap lah tido kan. Rancangan asal nak gerak before subuh tak menjadi. Namun, berjaya jugak kitorang sume bangun lepas Subuh tu then otw to Hutan Lipur Ulu Bendul around pukul 7 pagi.

Kami bertiga je yang pergi. Patutnye ada Afiq sekali tapi dia tak dapat nak join sebab Afiq ade event FM Standard Chartered Kuala Lumpur time tu. Btw, congrats Afiq. Dalam pada tak nak berlari tu, berjaya jugak die tamatkan larian 42 KM die tu.

Perjalanan dari USJ ke Hutan Lipur Ulu Bendul mengambil masa selama lebih kurang 1 jam 45 minit. Kitorang berhenti sat kat Petronas bagi membeli sedikit kudap2pan nak dikunyah sepanjang pendakian (merangkap breakfast). Kitorang tak naik dari Ulu Bendul pun, tapi kitorang naik dari Bukit Putus. Time kitorang datang tu pun trek G.Angsi via Ulu Bendul ditutup untuk orang ramai kerana laluannya yang licin selepas hujan semalamnya. So, agak bahaya. Plan asal kitorang memang nak naik dari Bukit Putus pun. Ini kerana treknye lebih santai dan landai. Jugak tak memenatkan. Kalau trek Ulu Bendul quite tough orang kata. Masa yang diambil jugak agak lama. Kalau dari Bukit Putus tak sampai sejam lebih chuolss dah boleh sampai atas. Normal pace lah.

Sampai Bukit Putus around pukul 8.30 pagi macam tu. Fuhh, kali terakhir aku pergi sini adalah 4 tahun yang lepas. Apa yang dapat aku katakan bila sampai ke sini hari tu, banyak perubahan yang bagus telah dilakukan kepada trek G.Angsi via Bukit Putus ni. Seingat aku dulu, cuma ada kaunter kecil je yang disediakan untuk pendaftaran pendaki. Awal2 nak panjat tangga trek Bukit Putus ni pun cukup mencuakkan. Tapi tidak lagi sekarang. Semua kemudahan telah disediakan. Kaunter pendaftaran yang selesa. Toilet yang bersih. Juga ada bilik solat lelaki dan perempuan. Tangga besi jugak dah disediakan untuk memudahkan pendaki. Dan ada juga signboard besar tertera Gunung Angsi. Yeayyyy!!!



Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM5 untuk setiap pendaki. Murah kan. Tak perlu permit atau guider since trek Bukit Putus adalah single track dan sangat mudah. Ikut saja trek yang telah disediakan. Jangan memandai nak masuk laluan lain pulak ye. Hehehe

Aku mengambil masa selama 1 jam 42 minit untuk sampai ke puncak. Around pukul 10 pagi kami sampai ke puncak Gunung Angsi. Orang memang dah ramai waktu tu. Cuaca pun panas lit lit. Lydia sememangnya sudah tiba di puncak lebih awal. Aku pulak sweep Adda. Bagus budak Adda ni, semangat die memang sangat kuat. Mental die padu. Gunung Angsi ialah gunung kedua dia naik selepas Bukit Kutu tempoh hari. Apedehal dengan Gunung Angsi yang berketinggian 825m kalau sebelum tu dia dah tapau Kutu yang berketinggian 1053m tau. Hehehe.


Lepak-lepak kat puncak, layan view, tangkap gambo banyak2, sembang rancak dengan hikers baru, kak Haida around pukul 11.15 pagi macam tu baru kitorang bergerak turun ke kaki gunung semula. Perjalanan mengambil masa selama 1 jam 15 minit untuk turun. Trek Gunung Angsi tak banyak pacak sangat. Sangat sesuai jugak dinaiki oleh kanak-kanak. Laluan shopping mall jugak banyak. Hahahaha...



















Amacam trek Gunung Angsi via Bukit Putus??? Sangat santai kan???? Lek je naik ni.. siap boleh posing tengah jalan bergambo. Trek Bukit Putus jugak sangat dikenali dikalangan pelari2 trail run. Kalau yang memang dak2 trail, berlari looping 4 6 kali pun xde hal. Time kitorang naik hari tu pun ade sorang uncle melayu ni, serasanya dua tiga kali jugak lah jumpe die tgh on track. Padu gilosss uncle ni. Yang seronoknye hiking ni, we always support each other. "Sikit je lagi tu" "you can do it" even tak pernah kenal pun. Kalau terserempak tgh on trek bertegur sape lah, bagi salam. Tak luak pun kan. Itu yang happeningnye dunia hiking ni. Hehehe...

We ollss bertiga sampai kaki gunung around pukul 12.30 tengah hari. Nampak ada orang jual air, terus serbu. Hahaha. Dah macam zombie dahagakan darah. Tapi kami dahagakan air. Bersalam-salaman dan tukar ig each other dengan kak Haida, kitorang bertiga gerak balik USJ semula. Before tu nak mencarik makan dulu. Lapaq bak hang!!!













Seronok dapat kenal dengan kak Haida ni. Orangnye memang padu. Memang hiker padu ni. Cun melecun. Dah berpunye okay.  Agak2 bape umur akk ni??? 39 tahun weiii...Salah satu rahsia nak awet muda ialah HIKING... Hahahaha....

Balik tu kononnye nak p melepak pekena itik salai ke, abc pilah ke namun kami tak jumpe pun kedainye. Hahaha. So, berhenti kat satu kedai makan ni kat area Labu. Sedap bhaii masa lomak cili api die. Meletoppss kebabom...wajib datang lagi ni. Aku lupe nama kedai makan tu ape dah. Sebab memasing dah lapar gilos, nampaknye kedai makan terus berhenti. Hahahaha...




Kitorang bertiga selamat sampai USJ around pukul 2 ptg. Sampai je memasing terus membuta. Kihkihkih...

Pengalaman mendaki Gunung Angsi yang sangat menarik. Kalau nak naik gunung yang lebih tinggi boleh lah training kat sini jer. 😍😍

Friday, 20 September 2019

Cara Faiross Urus Duit Gaji

Cara Faiross menguruskan kewangannya....

Dalam tak ade benda nak dibuat kat office, aku duk google lah cara nak menguruskan duit gaji dengan baik atau paling efisyen. Dalam pada duk google, terjumpalah satu blog yang bertajuk " 5 Formula urus duit gaji " Ini link nye....


Habis baca dah kan???

Then, dapat aku simpulkan di sini bahawa yang selama ini aku uruskan duit gaji aku hampir-hampir mengikut formula yang kedua. Formula: 50 / 30 / 20. Duit gaji dibahagikan kepada beberapa bahagian mengikut peratusan tertentu iaitu 50%, 30% dan 20%.

Bahagian 50% bila aku kira memang untuk komitmen tetap seperti bayaran rumah sewa USJ12, hutang pinjaman PTPTN, bagi mak ayah, bayaran bulanan air coway untuk kegunaan family kat kampung dan juga buat pembayaran postpaid UMobile aku every month. Ternyata, bila dikira-kira semula memang banyak balance dari 50% komitmen tetap aku ni. Boleh lah buat topup untuk bayaran utilities yang lain.

Bahagian 30% pulak adalah untuk komitmen yang sentiasa berubah, tidak tetap. Contohnya seperti pembayaran duit kutu untuk dua group yang aku join. Boleh aku katakan, simpanan ini adalah simpanan untuk memanjakan diri atau self reward. Let say, kalau aku nak kan sesuatu or nak travel ke mana-mana, duit simpanan dari duit kutu ini akan aku gunakan. 


Bahagian 20% pulak adalah untuk simpanan, pelaburan dan juga insurans perlindungan. Setakat ini, aku peruntukkan lebih kurang RM500 untuk bahagian ini setiap bulan. Okay lah tu kan..untuk masa depan sendiri jugak. Paling kurang, bila aku ditimpa kecelakaan dah ada simpanan dan insurans yang akan cover.

Actually, aku sangat bernasib baik bila aku kurang komitmen dari segi pembayaran kereta dan jugak rumah. Kalau aku dah ada komitmen tetap untuk kedua-dua aset ini mungkin formula yang aku gunakan bukan formula yang sekarang ni. Formula yang lain pulak. Itu maknanya, peruntukkan untuk joli-joli jugak akan berkurangan. Kihkihkih. Dalam perancangan untuk membeli kedua-dua aset ini. In sha Allah, jika dipermudahkan segala urusan. Amiin..

Gaji actually tak ade lah banyak mana pun. Cukuplah nak buat tampung diri sendiri. Nak makan yang sedap-sedap, nak travel kemana-mana dan jugak nak buat aktiviti yang digemari. Hehehe..




Monday, 16 September 2019

Movie Review : Dendam Pontianak

Siapa dah tengok Dendam Pontianak lakonan pelakon cantik Malaysia, Nur Fazura???


Bagi sesiapa yang belum tengok lagi, cepat-cepatlah ke pawagam yang berdekatan dengan rumah korang untuk menontonnya. Actually, tak rugi pun kalau kita keluarkan sedikit wang untuk support industri filem-filem Malaysia.

Berapa bintang aku bagi untuk filem ini?????

Hurmmm...🤔🤔 berapa aku nak bagi ekkk????

🤭🤭🤭🥰🥰🥰 Untuk filem Dendam Pontianak ini aku boleh bagi 3 dari 5 bintang. Iyeeee!!! 3 bintang jer. Sebab apa???

First, sebab ini 1st citer seram hantunya tersangatlah lawa, cantik, gojes dan menawan. Benarlah kata orang, Nur Fazura ni mempunyai aura yang tersendiri. Wajah yang klasik. Seriously, pontianak lawa beb. Even, Fazura di make up kan dengan solekan wajah yang pucat, rambut panjang mengurai tapi itu tak melenyapkan langsung kecantikkan dia. Aku siap cakap dengan adik aku, Farah Afiqah "Fazura muka macam tu pun lawa kan dik??" Farah Afiqah pun mengiyakannya.

Second, semua pelakon memainkan peranan dan karektor mereka dengan sangat baik. Nur Fazura, Remy Ishak, Tony Eusuf, Hisyam Hamid, Namron, pelakon yang melakonkan watak Siti (aku tak ingat nama dia), Aqilah Bajuri dan ramai lagi lah pelakon. Semuanya menjiwai watak.

Third, sebab utama yang cuba disampaikan dalam filem ini. Kenapa cik ponti menyerang kampung Khalid, Rais dan Rezza? Kenapa cik ponti berdendam sangat dengan mereka bertiga? Pada mulanya aku tak dapat nak tangkap tau ape disebalik semua yang berlaku tu. Di akhir cerita barulah paham. Part paling sedeh tu part last. Sedih tapi tidaklah sampai menitiskan air mata ini. Part kelakar bila Rezza dikuasai oleh Mina, bapak ahh kelakar Hisyam Hamid. Boleh dah bawak watak lain tu. Hahaha. 
.
.
.
.
Aku tengok filem ni di Paragon Cinema BP Mall dengan adik dan mak aku semalam, 15 September 2019. Saje bawak tengok wayang menghabiskan masa bersama-sama. Actually, ini 1st time aku masuk cinema ni and review aku Paragon Cinema BP Mall not bad ahhh..screen hall yang aku masuk memang besar. Sound system memang power. Tu yang agak terkejut jugak tengok Dendam Pontianak ni. Mujur hantu cun dan teknik jump scare pun tak banyak. Kalau tak memang aku dah ngajak cik ani keluar. Hahaha. Bukan ape?? Takut terlatah dalam tu je. Hahahaha.

Tiket wayang pada petang semalam quite mahal jugak ahh. RM14 per tiket. Tapi okay lah. Sekali sekala and support filem Malaysia.

So, kalau teringin nak tengok cik ponti cun melecun bolehlah tengok Dendam Pontianak.. .


Happy Malaysia Day

Happy Malaysia Day!!!

Hari ni 16 September. Semua rakyat Malaysia menyambut Hari Malaysia. Yang ke berape ye??? Hehehe. Lupe lah..😅😅


Dengan berakhirnya hari Malaysia hari ini, maka berakhirlah jugak bulan kemerdekaan Malaysia. By the way, Malaysia menyambut hari Kemerdekaan yang ke - 62 pada 31 Ogos yang lepas. 

Harapanku semoga negaraku yang tercinta ini sentiasa kekal aman tanpa anasir-anasir jahat di luar sana. Kita semua patut sayangkan negara sendiri. Negara tumpahnya darahku. 

MALAYSIA!!!!!

Friday, 13 September 2019

Balik Kampug Lagi

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk pulang ke kampung halaman menjenguk mak dan ayah. Syukur!! Benarlah, setiap apa yang terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya. Macam kes aku lah, aku kan still single so anytime boleh balik kampung tanpa perlu meminta keizinan sesiapa pun. Kalau dah kahwin, terlalu banyak faktor yang perlu difikirkan. Betul tak???


Bulan sembilan ni Alhamdulillah dua kali aku pulang ke kampung. Minggu pertama dan ketiga. Minggu pertama ri tu sebab ada majlis kenduri pertunangan Fatihah. Minggu ni balik sesaja pulak. Lagipun cuti sampai hari Isnin sempena Hari Malaysia. So, adalah sangat rugi kalau tak balik kampung.

Lagi pulak, bulan sepuluh nanti every week aku akan ada aktviti. So, aku rasa bulan sepuluh nanti memang aku tak balik kampung. So, minggu ni kira topup untuk bulan depan lah. Hehehe.

Bas delayed sejam tadi. Patutnye gerak dalam pukul 8.30 tadi tapi bas hanya sampai pada pukul 9 malam. Kul bape lah gamaknye aku tiba depan kampung kan. Hopefully, jalan pun tak jem. Hehehe. Kalau di tengok trafik sekarang memang trafik bergerak agak lancar. Hehe. Cuma agak banyak kereta. Mungkin sebab cuti panjang kan.

So, apa aktiviti aku kat kampung minggu ni??? Aku dah plan baik punye nak p mandi air terjun Gunung Ledang dengan dorang. Tapi kite tengoklah plan tu menjadi ke tidak. Kalau tak duk jer lah rumah borak2 sembang2 dengan mak ayah. Main dengan baby Amaira. Lame nye tak jumpe budak mata bulat tu. 🥰🥰🥰

Okaylah. Aku pun dah start pening kepala ni. Pusing rasenye. Dah sampai nanti kite update lagi. Daaàaa.....

Thursday, 12 September 2019

Blogger Challenge 15 : Five Things You Hope To Have In Your Future

Finally, aku berada di dalam cabaran yang terakhir untuk Blogger Challenge. Tak sangka erkk rajin jugak aku layan challenge ni. Nampak sangat tak de benda nak buat. Hahaha.

Okay lah, jom kita akhiri cabaran dengan Blogger Challenge 15 : Five Things You Hope To Have In Your Future.


Pertama: Memiliki sebuah kereta idaman. Buat masa ini aku masih belum mempunyai kereta lagi. Bukan tak mahu beli, tapi bagi aku bukanlah suatu keperluan buat masa sekarang. Bila mana jarak office ko dari rumah tersangatlah dekat ditambah pulak dengan kawasan kejiranan yang begitu unlimited parking, memang hasrat untuk membeli kereta itu ditunda sekejap. Tapi, in sha Allah in progress untuk memiliki sebuah kereta idaman tidak lama lagi. Bagi aku cukuplah sekadar AXIA sahaja. AXIA warna MERAH. Hehehe...

Kedua: Memiliki simpanan yang banyak. Perlukah aku "state" kan berapa simpanan yang aku perlu ada? Tak perlulah kan. Cukuplah sekadar simpanan itu dapat menampung kehidupan aku di masa hadapan kelak.

Ketiga: Memiliki rumah idaman. Adalah menjadi impian setiap individu untuk memiliki rumah idaman sendiri. Mak ayah di kampung pun dah bertanya-tanya "tak nak beli rumah ke long??" Bukan tak mahu, tapi ...in sha Allah, kalau dipermudahkan segala urusan. Amiin. Hehehe...

Keempat: Memiliki ramai anak. Hehehe. Yang ni tak tahu tercapai ke tidak. Kalau sepasang pun syukur Alhamdulillah.

Kelima: Nak anak tentulah kena ada suami kan. Hahaha. Ingin memiliki seorang suami yang boleh membimbing diri ini ke jalan syurga. Sama-sama melalui dan mengharungi suka duka, liku-liku hidup berumah tangga. Sama-sama mengecapi kebahagiaan berumah tangga. Dan kalau diizinkanNya kekal sentiasa bersama hingga hujung nyawa. In Sha Allah....

Sekian sudah Blogger Challenge Blog Cik CT. Fuhhh!! Lega...Hahaha.

Blogger Challenge 1
Blogger Challenge 2
Blogger Challenge 3
Blogger Challenge 4
Blogger Challenge 5
Blogger Challenge 6
Blogger Challenge 7
Blogger Challenge 8
Blogger Challenge 9
Blogger Challenge 10
Blogger Challenge 11
Blogger Challenge 13
Blogger Challenge 14

Monday, 9 September 2019

Blogger Challenge 14: Do You Love Your Job???

Do i really-really love my job? 

Yes, sure. Definitely!

This job now yang berikan aku peluang untuk makan dan beli apa yang aku suka selama ini. Tentu saja aku suka. Aku hargai. Diam tak diam dah hampir 6 tahun aku di Revongen Corporation.

Banyak kali cakap nak resign, nak resign, tapi tak resign2 jugak. Masih jugak kat situ. Pejam celik pejam celik 6 tahun sudeyyyhh..

Environment kerja di sini sangat best. Dengan kawan-kawan yang semuanya giler2. Muda2. So, aku terasa aku pun muda sekali. Hahahaha...Top management pun okay. Alah, biasalah semua company ada ceritanya tersendiri mengenai top management kan. Yang penting aku happy dan orang tak kacau kerja aku cukuplah. 

Buat masa ni perancangan nak cari pengalaman baru tu memang ada. Tapi tak tertunai-tunai lagi sampai sekarang. Hehehe. In sha Allah, mungkin tak lama lagi.




Aku Tak Berhak Untuk Bahagia

Aku tak berhak bahagia ke? Aku tahu aku banyak buat kesilapan dulu. Tapi sukar ke aku nak dapatkan kemaafan dan kepercayaan tu semula? Aku p...