Skip to main content

Banda Aceh Hari Pertama

Itenerari Banda Aceh

11 Feb 2017 - 14 Feb 2017

Hari Pertama - 11 Feb 2017

8 pagi (waktu Malaysia) - Bangun..Mandi..Bersiap nak ke KL Sentral. Mujur jugak ada Norma yang sudi menghantar aku terus ke KL Sentral. Cepat sikit sampai. Hehehe...

9 pagi - Tiba lebih kurang di KL Sentral. Jalan-jalan sekitar mall sambil tunggu kak Dayah tiba. Then, makan sarapan di Food Court situ.


10.30 pagi - Naik bas Air Bus dari KL Sentral ke KLIA 2. Tambang lebih kurang dalam RM14.

12.30 tengah hari - Tiba di KLIA 2. Terus shoot ke kiosk nak redeem tiket flight. Tapi, problem berlaku so terus shoot ke kaunter khidmat pelanggan. Depa suruh pergi ke kaunter U7 untuk penerbangan domestik Indonesia. Kelam kelibut dibuatnya. Mujur sempat check in. Sempat pulak abang kaunter tu gula-gulakan kitorang. Hampehh..Flight dah lah pukul 1.15 petang ni. Larian marathon sekejap kami kat airport tu.


We are here!!! KLIA 2


1.15 petang - Alhamdulillah. Selamat memasuki pesawat. Mengah giler weii. Ada 3 row. Aku duduk tepi tingkap. Kak Dayah tengah dan tepi sekali, kak Cut Mutia yang dalam perjalanan pulang nak balik Acheh. Dapat rakan baru yang pertama.




Ni yang best bile duk tepi tingkap flight. Nampak view cantik!!!

2.40 petang (waktu Banda Aceh) - Tiba di lapangan terbang Sultan Iskandar Muda.


Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda, Aceh
 
2.45 petang - Terkial-kial keluar untuk proses imigresen dan kastam.

3 petang - Solat Jama' Zuhur & Asar di surau airport. Blurr sekejap tak tahu nak buat ape. Hahaha..Mohon ketenangan dulu.

3.30 petang - Ambil supir, namanya Pak Jenol dia bawak Wisata (jalan-jalan) Bandar Aceh. Kenapa Pak Jenol terpilih untuk jadi supir kami? Sebabnya..dia je yang ada kat depan pintu surau bila kami keluar surau airport tu. Nak ke pintu depan, sure kami berdua akan diterjah seperti seorang artis popular yang baru pulang ke tanah air sendiri. Bukan main ramai supir datang keliling kami, sebab tu kami berdua nak amik Pak Jenol jer. Lagipun kami memang kesuntukkan waktu. Since, we have only half of day untuk wisata Banda Aceh ni. Huhuhu...So, memang rezeki Pak Jenol lah waktu tu.

Tempat-tempat yang kami berdua singgah :-

1) Rumah Cut Nyak Djien
2) Muzium Tsunami Aceh
3) PLTD Apung
4) Masjid Raya BaituRahman
5) Jalan-jalan sekitar Banda Aceh cari simkad & makanan malam

Destinasi pertama kami : Rumah Cut Nyak Dhjien. 


Bergambar kenangan di hadapan rumah Cut Nyak Djien. Gigih la hai..tengah panas buta ni duk bergambar. Tukang snap nya tentu sajalah Pak Jenol.


Kat tangga rumah pun boleh bergambar.


Bilik tidur Cut Nyak Djien. Setiap warna pada tirai kamar ini membawa maksudnya yang tersendiri. Nanti aku story kat entri lain.


Bergambar kenangan bersama Pak Zainal, penjaga rumah Cut Nyak Djien.


Perigi lama, sumber air rumah beliau.

Destinasi kedua kami : Muzium Tsunami Aceh.


Tempat pertama kami jumpa bila masuk muzium ni. Sayu je rasa hati. Gelap dan suram.


Gambaran ketika datangnya tsunami. Ni replika kapal PLTD Apung yang ditolak oleh tsunamin terus ke perkampungan.


Motorsikal yang rosak akibat tsunami  26 Disember 2004.


Gambaran Banda Aceh selepas tsunami.


Gambaran Banda Aceh sebelum tsunami


Bayangkanlah...kita sekeluarga tengah duk menjalani rutin harian biasa tapi tiba-tiba satu ombak besar datang menerpa. Bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri masing-masing.


Situasi setelah terjadinya Gempa Bumi yang mengakibat tsunami di Aceh.


Reka bentuk Muzium Tsunami Aceh. Sekali pandang aku rasa macam bentuk sebuah kapal. Tapi ternyata tidak. Setiap reka bentuk binaannya mempunyai maksud dan fungsinya tersendiri. Salah satu tempat yang wajib penduduk tuju jika berlakunya lagi tragedi tsunami. Tempat paling selamat untuk menyelamatkan diri. Wallahulam...
 

 Yus di hadapan muzium. Sangat besar muzium ni sebenarnya.


Muzium Tsunami Aceh checked.

Destinasi ketiga kami : PLTD Apung. 


Pintu hadapan muzium.


Kawasan dalam kapal.






Luar kapal.




8.30 malam - Check in Hotel Diana. Kemas-kemas apa yang patut. Makan malam dan mandi. Telefon mak dan ayah inform keberadaan kami berdua.



 11 malam - Masuk tidur. Esok kena bangun awal pagi. 

Budget Hari Pertama

Hotel Diana - Rp276K
Kartu - Rp80K
Pak Jenol Depo - Rp310K
Parking - Rp7K
Makan Malam - Rp44K
Jajan - Rp15K

Jumlah = Rp732K (plus minus RM245.22)


Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Kapan bisa ke Aceh ya.. Aceh keren.. Terima infonya Kak. Salam.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Novel Review : Dia Imamku

Novel: Dia Imamku Novelis: Siti Rosmizah Rate: 9/10 Tarikh Bacaan: 27 - 28 Jun 2020 "Lemah ke seorang lelaki andai dia menitiskan air mata?" Sinopsis Kulit Belakang: Sombong! Berlagak! Itulah diri Cempaka Humairah. Dia benci dengan cucu angkat neneknya. Amiruddin, lelaki kampung yang tak dipandang sebelah mata. "Suka kamu kata Bangla. Budin ni ada kebun pisang." tegur Nenek Bunga. Kebun pisang? Lagilah Humairah tak pandang. Amiruddin itu kekasih Dahlia, sepupu Humairah. Dahlia ni tak adalah baik mana. Mata duitan. Boleh pula jatuh cinta dengan Rafiq, kekasih Humairah. Peranglah jawabnya. Amiruddin dianiaya oleh pak longnya. Nenek Bunga dapatkan dia kerja sebagai pemandu Humairah. Kesian Amiruddin, hari-hari kena marah, kena maki. Sabar aje dia. Kalau orang lain, dah naik pelempang kat muka. Datin Orkid ibu Humairah, kecewa dengan suaminya, Dato' Malik kerana menjadi wali pernikahan Lily, anak sulungnya. Demi cin...

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...