Skip to main content

Banda Aceh Hari Keempat - Yuhhuuuu..balik KL

Itenerari Banda Aceh

11 Feb 2017 - 14 Feb 2017

Hari Keempat - 14 Feb 2017

Hari yang sangat dinanti-nantikan. Nak balik Malaysia. Rindu Malaysia!!! Betullah kata orang, hujan emas di negara orang, hujan batu di negera sendiri, tapi best lagi di negara sendiri. Biaq pun hujan batu menimpa. Hahaha..

Lets begin story for the last day in Banda Aceh...

5.30 pagi - Macam biasa..bangun awal dah. Solat subuh semua. Dah rasa eksaited nak balik Malaysia. Tapi dalam masa yang sama sedih lah pulak nak tinggalkan tempat yang cantik ni. Huhuhu. Tapi, perasaan nak balik ke Malaysia tu lagi menebal.

6.30 pagi - Check out Freddies Hotel. Aduhaii..tang check out ni lah masalah bermula. Ya Allah...kami berdua silap percaturan..ehh..silap perkiraan sebenarnya. Bila tengok harga kat Booking.Com tu harga hotel Rp352K satu bilik. Tapi itu sebenarnya harga untuk satu malam. OMG!!! 

Kami duduk Freddies Hotel dua malam. Masha Allah..Gilerr ahh minah dua orang ni. Boleh salah tengok harga. Aduduhduh...Okay, hulur kad coz nak bayar by card je. Sebab duit wajib kami memang cukup-cukup untuk bayar Freddies satu malam , sewa motor dan tiket kapal lambat dua orang. Kalau kami bayar total harga bilik Rp705K, maknanya duit kami dah short banyak. So, abang hotel tu try swap, lagi sekali dugaan hebat menimpa kami. Kad decline. Huargghh...malang apakah kami hari ini.  

So, decide bayar jer lah Rp705K cash. Kami cuba nasib nak try withdraw kat ATM masa sampai Pelabuhan Balohan nanti. (walaupun sebenarnya, dah tahu kami tak akan dapat keluarkan duit sebab masing-masing tak aktifkan kad untuk pengeluaran antarabangsa. Hohoho..)

Takper...relaks lagi. Ceriakan hati masing-masing.

6.40 pagi - Menuju ke Pelabuhan Balohan. Singgah sekejap kat Tugu Sabang ambil gambar sebagai kenang-kenangan.

7.30 pagi - Tiba di Pelabuhan Balohan. Pulangkan semula motor sewa dan bayar sewa untuk dua hari. Okay..duit kami dah tak ada. Huhuhu. Try masuk ATM nak keluarkan duit. Huhuhu lagi sekali. Memang tak boleh keluar. Kad tak active.  Mula start kelam kelibut. Aku dah mula cuak. Rasa nak menangis pun iya gak. Lagi-lagi pulak tetiba ada pengumuman hari itu hanya ada kapal lambat sahaja yang akan bergerak ke Pelabuhan Ulu Lhue atas faktor cuaca yang tak menginzinkan. Ya Allah, dugaan apakah ini. Semua orang dah berebut-rebut nak beli tiket. Tambah-tambah pulak ada local inform maybe tiket akan habis. Subhanaallah..Balik Malaysia ke tidak ni??? 

Kitorang pusing-pusing tak tentu arah. Kebetulan, kak Dayah terdetik hati nak tegur dua orang akak ni. Nampak macam orang Malaysia. Alhamdulillah. memang orang Malaysia. Kebetulan akak tu nak p withdraw duit die. Kak Dayah minta secebis pertolongan daripada akak tu untuk pinjamkan kami duit dalam Rp400K. Nasiblah aku ada standby duit RM dalam seratus dan kak Dayah pulak lima puluh ringgit. So, kitorang tukar duit rupiah dengan kakak tu jer. Kitorang pinjam dulu Rp50K untuk beli tiket kapal dan berjanji jumpa dengan akak tu masa dalam kapal nanti. 

Alhamdulillah...dipertemukan dengan seorang insan yang baik hati menolong kami. Kami terus shoot ke kaunter. Mak aii...bukan main panjang beratur. Kami sabar menanti. Tiba giliran kami nak beli tiket, harga tiket akak kaunter tu bgtahu Rp27K seorang. Masha Allah..lagi sekali dugaan. Memang kami tak ada duit lagi ni. Dalam pada resah tu, tiba-tiba seorang perempuan muda tempatan ke depan kaunter dan sudi membayarkan balance Rp4K untuk kami. Alhamdulillah..seriously aku rasa nak menangis time tu jugak. Nak peluk terus budak perempuan tu. Rakan baru kami yang keempat.

8 pagi - Lepas beli tiket berkejaran kami masuk dalam kapal lambat. Kami follow je budak perempuan yang bantu kami kat kaunter tadi. Namanya ??? alamak..lupa pulak namanya. Hehehe...



Kami cari jugak dua orang akak Malaysia yang nak tukar duit dengan kami tu. Jumpa tu jumpa, tapi kami decide untuk tukar duit masa turun kapal jer nanti. So, aku, kak Dayah dan budak perempuan tu, terus naik ke deck atas kapal. 

First time aku naik kapal lambat. Actually, kapal lambat ni feri besar. Boleh masuk kereta, lori dan motor-motor. Alah..macam naik feri pergi Penang tu lah. Hehehe.

Masha Allah..cantiknya view laut masa atas kapal. Seronoknya. Air laut sangat biru dan mendamaikan. Perjalanan ke Pelabuhan Ulu Lhue dengan kapal lambat mengambil masa dalam 2 jam. So, 2 jam tu masa banyak dihabiskan dengan bersembang bersama rakan baru kami itu. Yang paling segannya, rakan baru kami tu lah sewa kan kami matt, belikan kami kuih. Ya Allah, hanya Allah lah yang dapat membalas jasa rakan kami itu dan dua orang akak Malaysia yang baik hati tu. Amin...


10 pagi -  Tiba di Pelabuhan Ulu Lhue. Ambil sedikit gambar kenang-kenangan dengan rakan baru, berjabat salam, bertukar-tukar alamat FB then kemudian berpisah. Cepat-cepat jumpa dua orang akak Malaysia di jeti pelabuhan. Alhamdulillah..kami dah punya uwang. Hehehe...Pak Jenol dah sedia menantikan ketibaan kami. Mengucapkan salam perpisahan kepada akak dua orang tu, then terus follow Pak Jenol balik ke Banda Aceh. 

Alhamdulillah..sampai jua akhirnya ke Banda Aceh.

11 pagi - Mintak Pak Jenol bawak kami beli sedikit buah tangan untuk dibawah balik ke Malaysia. Sedih rasanya tak dapat belikan mak beg tangan dari Aceh tu. Takper..in sha Allah, mungkin kalau ada rezeki lagi untuk kesini aku akan belikan beg itu untuk mak.

11.30 pagi - Menuju ke Bandara (Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda, Banda Aceh).

12 tengah hari - Tiba di Bandara dan bayar balance trip pada Pak Jenol. Okay, duit tinggal Rp20K je lagi ni.

12.30 tengah hari -  Check in. Mengalami sedikit problem di kaunter check in. Backpack kak Dayah terlebih had muatan. Lebih dari 7KG. Aduhaii...Petugas kaunter mintak jugak kurangkan berat beg. So, masuk toilet, tengok barang apa yang boleh dikeluarkan. Balik semula ke kaunter, so beg lepas check in. Tiba di kaunter Imigresen lagi sekali kene tahan sebab beg terlebih muatan lagi. Petugas tu nak betul-betul beg 7KG. aduhaii..nak keluarkan apalagi. Semua barang-barang penting ni. Puas duk bertelagah dengan petugas, akhirnya petugas tu benarkan kami masuk jugak. Alhamdulillah.

By the way, time menunggu waktu berlepas ni, kami jumpa dan berkenalan dengan seorang lagi rakan baru dari Malaysia yang travel solo. Namanya Nabila. Dialah yang duk pujuk-pujuk petugas pintu imigresen tu. Hehehe..

Aku duduk sebelah Nabila. Kak Dayah pulak seat depan masa dalam flight.

4.20 petang (waktu Malaysia) - Touch Down..Yeayy..tiba di Malaysia. lapaq giler...Nak makan!!!!!


Budget Hari Keempat
Freddies Hotel - Rp705K (2 malam)
Motor Sewa - Rp250K (2 hari)
Tiket Kapal Lambat -  Rp50K (2 orang)
Balance Pak Jenol - Rp140K
Cenderahati - Rp235K
Jajan - Rp20K
Jumlah = Rp1400K (plus minus RM469)

So, total perbelanjaan kami selama tiga hari empat malam di Banda Aceh ialah RM 933.62 untuk dua orang.

Kirenye, sorang dalam RM 466..ala, kire RM500 lah exclude tiket flight pergi dan balik.

Hurmm..Okay la tu kan. Travel berdua. Kalau beramai-ramai mesti lagi murah. Hehehe.

Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak ada sape y

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan