Alhamdulillah...
Kita semua masih lagi diberi kesempatan untuk bertemu semula dengan bulan Ramadhan, bulan yang mulia. Bulan di mana semua umat islam di dunia bersama-sama mengejar dan mengumpul pahala yang berganda-ganda.
Alhamdulillah..tahun ke lima aku berpuasa di perantauan. Berpuasa bersama rakan-rakan serumah. Bersam-sama ke baazar ramadhan membeli pelbagai aneka juadah untuk berbuka.
Puasa pertama tak dapat berpuasa disebabkan sebab yang sangat munasabah sebagai seorang perempuan. Hehehe...
Aura raya nampaknya dah mula terasa. Mall telah memutarkan lagu-lagu raya. Si isteri sudah mula mencari baju raya untuk di peragakan di pagi raya nanti. Si anak pula gembira bakal mendapat baju raya baru. Dapat bertemu sanak saudara di kampung. Bertemu nenek atuk. Makan ketupan dan lemang.
Hehehe...Baru puasa ketiga..dah terbayang dah suasana raya itu. In sha Allah, jika diizinkanNya, pasti kita dapat meraikan hari yang mulia ini.
Ketika ini, fokuskan pada amal amalan kita. Beramai-ramai menuju ke surau dan masjid untuk bersolat tarawih. Jika ada sedikit rezeki lebih, hulurkan pada mereka yang memerlukan. Lidah sentiasa dibasahi dengan zikrullah. In sha Allah, puasa kita mendapat berkah dariNya.
Selamat berpuasa semua.....
Comments
Post a Comment