Skip to main content

Cucu Menantu Pilihan

Assalamualaikum...

Assalamualaikum...

Assalamualaikum...

Aikk..dah tiga kali dah ni aku bagi salam. Tak ader orang menyahut pun. Orang tua-tua kata kalau dah sampai tiga kali bagi salam tapi tuan rumah tak menyahut, eloklah pulang jer.

Tapi, aku mane boleh balik rumah selagi aku tak sampaikan bekalan ni pada Mak Temah. Kang mak kat rumah bising pulak. Apasal tak bagi salam lagi sampailah Mak Temah tu bukak pintu. Kau ketuk tidak pintu rumah Mak Temah tu. Itu lah ayat yang akan keluar dari bibir Cik Ani tu nanti. Masak dah perangai mak aku tu.

Okay..aku try bagi salam sekali lagi..Kalau tak ade juga orang menyahut, aku blah jer dari sini.

Assalamualaikummmmmmmm...

Amboi..bukan main panjang harakat kummm aku tu. hahaha...

Waalaikumussalam..

Salam yang disambut daripada belakang tiba-tiba memeranjatkan aku. Hampir-hampir sahaja bekas yang aku pegang terlepas dari tangan.

Ehh..kamu Mastura...

Mak Temah p mana. Mas banyak kali bagi salam tapi tak ade sape pun nyahut.

Maaflah..Mak Temah kat depan tu ha. Tengah kupas kulit kelapa. Mak Temah tak dengar pun orang bagi salam. Tapi Mak Temah dengar pulak kum tu panjang sangat tu yang Mak Temah toleh ke rumah Mak Temah. Ehh..nampak kamu ade depan pintu ni ha...

Haper???? Mak Temah kat tepi rumah die ni je. Masha Allah...Bagai nak keluar anak tekak aku memberi salam. Rupa-rupanya dia tak dengar. Aku pun satu hal, apasal tak keliling rumah ni cari Mak Temah. Aduhaiii...

Hahaha..Mas tak nampak pun Mak Temah...Sorry Mak Temah...

Haii..takper lah..Mak Temah pun nak mintak maaf sebab tak perasankan kamu tadi.
Kamu datang rumah Mak Temah ni kenapa?

Ehh..lupa plak Mas. Ni ha..mak ada bekalkan Mak Temah ayam masak lemak cili api dengan sayur kangkung belancan. Aku menghulurkan bekas makanan itu kepada Mak Temah, ehh...tapi boleh pulak die terus meluru masuk ke rumah. Bertuah betul Mak Temah ni la hai...

Baguslah tu...Mak Temah pun lapar bebeno ni. Meh ler masuk Mas. Temankan Mak Temah makan.

Alamak...aku dah lah nak balik cepat ni. Nak sambung layan drama korea Hwarang kat rumah tu. Alahai.. Tapi tak sampai hati pulak nak tolak permintaan Mak Temah ni. Mak Temah dah lah tak ada sape-sape. Tinggal sorang-sorang pulak tu. Ala..teman kan jer lah. Dapat gak sembang-sembang dengan Mak Temah..

Mak kamu sihat Mas? Buat ape dia kat rumah tu? Tanya Mak Temah sambil mencubit isi ayam masak lemak cili api Cik Ani. Mak aku lah tu..Hahaha..

Mak sihat je Mak Temah. Ade tu ha tengah layan kerenah si Marina tu. Mar semalam balik kampung, Cuti semester. Tu yang disuruhnya mak masak masakan kegemaran die tu. Ayam masak lemak cili api ni ha..

Bebelku sambil duduk di kerusi dihadapan Mak Temah. Aku hanya melihatkan mak Temah makan jer. Tak terasa pulak nak makan. On diet katenye. Cehh...

Bertuah mak ayah kamu Mas dapat anak-anak macam kamu dan adik beradik kamu yang lain. Bila semua balik rumah mesti meriah rumah tu kan..Tak macam rumah Mak Temah ni. Sunyi jer. Anak cucu pun balik setahun sekali jer. Itu pun masa raya.

Alamak...Mak Temah bersedihlah pulak. Alahai..Macam mana nak pujuk ni. Aduss...mulut aku ni pun boleh tahan lepas jugak. Sorry Mak Temah.

Alamak Mak Temah..Mas minta maaf kalau Mas kecikkan hati Mak Temah. Mas tak bermaksud macam tu sekali.

Ehh..tak lah..Kamu tak buat apa-apa salah pun Mas. Mak Temah hanya nak luahkan rasa kesal kat hati ni je mengenangkan anak-anak Mak Temah tu. Tapi mujur kamu dan adik-adik kamu ada. Tak adalah Mak Temah rasa sunyi sorang-sorang kat rumah ni. Mak kamu pun selalu datang melawat Mak Temah. Ujar Mak Temah dalam kesedihan. Tapi dalam sedih-sedih tu, nasi bertambah pulak tu. Mak aii..Mak Temah ni tengah berdrama ke hape.. Hampir separuh dari ayam masak lemak cili api tu habis di makan Mak Temah. Boleh tahan orang tua ni makan. Hahaha...

Hishh..tak baik tau aku mengata Mak Temah lagu tu. Hehehe..Sorry lagi sekali Mak Temah...

Ehh..kamu tak makan ke Mas?

Hai Mak Temah..Dah nak habis lauk tu baru nak pelawa aku ke?

Ehh..takper lah..Mak Temah makan jer lah. Memang mak bekalkan lauk-lauk ni untuk Mak Temah makan pun. Nanti kalau Mas makan kan namanye dah buruk siku. Tak naklah siku Mas ni buruk pulak. Hahaha..

Aku cuba buat lawak yang tak berapa nak antarabangsa dengan Mak Temah. Tengok die gelak ke tidak.
Tapi nak tahu kau...habis tersembur keluar nasi-nasi dari mulut Mak Temah dengar lawak aku tu. Sampai terkene tempias ke wajah aku. Apalah Mak Temah ni..

Ehh..tapi kira berjaya jugaklah lawak aku tu kan. Mak Temah boleh tergelak sampai terkeluar nasi yang dia makan tadi. Hahaha..Aku jadi suka pulak bila tengok Mak Temah gembira.

Kamu ni pandailah buat Mak Temah gembira Mas. Hishh...tak sabar Mak Temah nak jumpakan kamu dengan cucu Mak Temah yang handsome tu. Cucu Mak Temah belajar lagi kat obesi nun ha... nanti kalau dia balik, Mak Temah kenenkan kamu dengan dia ye. Mak Temah teringin nak jadikan kamu ni cucu menantu Mak Temah.

Alamak...jadi cucu menantu Mak Temah? Buang tebiat ke hape Mak Temah ni? Ehh...Mak Temah ada cucu lelaki ke? Apasal aku tak penah tahu? Mak tak ada cerita pun?

Tapi bile die sebut cucu die handsome, belajar pulak kat oversea..hishh..rasa macam bestlah pulak...Kihkihkih...Tapi tak tahulah pulak versi handsome Mak Temah tu macam mana gayanya kan. Hahaha...

Maakkkkkkk...Mak Temah nak jadikan Mas cucu menantu dieeeeee...

******************************************************************************

Hishh....kamu ni melawak ke hape Mas?

Ehh..ehh..tak percaya pulak Cik Ani ni..

Betullah mak..Mas tak tipu. Mak Temah nak kenenkan Mas dengan cucu die yang tengah belaja kat oversea tu.

Perghh..lepas ni cita-cita Cik Ani nak bermenantu tercapailah. Iye dak Cik Ani. Hahaha....

Hisshhh..pandai-pandailah kamu ni Mas. Jangan nak mengarut. Mak Temah tu tak ada langsung cite kat mak pasal cucu dia tu. Lagi-lagi cucu die yang Mas kata belajar kar oversea tu. Mak kenal kot anak-anak Mak Temah tu sume. Ayah kamu pun kenal.

Hurmm...adakah Mak Temah telah berjaya menemberangkan aku??? Ciss..sampai hati Mak Temah menabur janji-janji manis pada seorang gadis yang baik hati ini. Huhuhu...

Ape ko mengarut ni Mas...

Mak..abah pergi mana Mak? Tak nampak pun abah dari tadi?
Aku menukar topik perbualan. Memang random betul kalau aku berbual. Suka suki tukar topik...

Kepala aku tertoleh kiri dan kanan mencari Pak Arif. Kot-kot adalah menyorok belakang almari Cik Ani tu ke. Abah aku ni pun boleh tahan kelakar perangai dia. Boleh die buat lawak sarkas menyergah anak-anak dia ni ha. Nasib baik anak-anak dia membesar dengan sihat. Tak ade penyakit lemah jantung. Huhuhu..

Abah kamu apa lagi. Kat belakang tu lah. Kait buah sawit tu ha. Petang nanti budak-budak Haji Dollah nak datang angkut.

Wahh..mesti masyuk ni abah dapat kan mak...Boleh lah malam ni ajak abah makan kat Nasi Ayam kat pekan ea mak. Kita ajak sekali Mak Temah.

Amboii..sesedap rasa je kamu bagi arahan ye Mas. Nanti kamu tanya sendiri dengan abah kamu tu. Mak on jer. Lame jugak mak tak merasa Nasi Ayam Cinta Sayang Ku Itu...

Hahaha...Nasi Ayam Cinta Sayang Ku Itu. Nama kedai tak boleh blah tau.

Tapi bagi aku, nasi ayam Cik Ani buat paling sedap dalam dunia ni. Tapi sekali-sekala makan nasi ayam orang lain buat apa salahnya kan. Lagipun dah viral kot Nasi Ayam Cinta Sayang Ku Itu ni...
Kihkihkih...

Okay..nanti Mas pujuk abah ea...

Memang sangat tak menyempat anak dara ni tau. Mana taknya, terus jer meluru keluar menuju ke kebun sawit belakang rumah. Tak sabar-sabar nak ajak Pak Arif p makan Nasi Ayam Cinta Sayang Ku malam ni lah tu. Haila....

Cik Ani hanya menggelengkan kepala melihatkan tingkah anak daranya yang sulung ni. Kuikuikui...

Bahhhhhh...

Opocot bini aku ani cantik!!!

Hahaha..sampai melatah-latah Pak Arif dibuatnya. Haila, anak dara ni tau.
Aku lah tu...

Hishh kamu ni Mas...Ada ke terperanjatkan abah kamu lagu tu. Buatnya abah kamu tu tengah pegang cangkul ke..parang ke..tak ke dilibasnya kamu nanti. Hish..anak dara kau ni Rif...

Tergeleng-geleng kepala Pak Samad, rakan abah melihatkan tingkah ku itu.

Ehh..Pak Samad ni..aku tahu lah bila masa tak boleh sergah abah dan bila masa boleh sergah. Aku peratikanlah dulu kat tangan abah tu pegang apa. Kalau tadi aku nampak abah tengah pegang sabit memang idaklah aku nak p buat surprise kat abah aku tu. Giler ke hape..Mahunya Pak Arif tu koja anaknya keliling kebun ni ha. Hahaha...

Hahaha..Mas tahu lah Pak Samad. Lagipun abah tengah duduk kan bersembang dengan Pak Samad. Kalau tadi abah tengah menyabit, memang tak lah Mas nak buat surprise kat abah.

Kann..kan...bah...kann...Kata aku sambil memeluk erat leher abah ku itu. Aku ni memang terlebih manja dengan pak Arif ni. Kadang-kadang adik-adik aku semua dengki ngan aku. Manja terlebih. Dah besar panjang dah pun. Kalau kawen anak dah berderet-deret.

Tak dapat nak dibayangkan kalau aku mendirikan rumah tangga nanti. Mesti masjid tu bakal dipenuhi dengan esak tangis aku. Huwarghh...Mas tak nak kawin!! Mas nak jaga mak dan abah sepanjang hidup Mas!!!

Apa yang anak kau mengelamun kan tu Rif? Asyik sangat tu..Kita panggil buat derk je tu..Ni mesti teringat pakwe ni...

Papp...

Oh...Mas tak nak kawen lagi!!!

Kan..aku dah melatah...Hish.. Pak Arif ni lahai..suka buat anak dia terkejut tau.

Hai...Mane tak tumpah kuah kalau tak ke nasi. Patutlah anak kau ni suka menyergah orang , rupenya bapaknya pun sama.
Hahaha...Adoilah anak beranak ni..

Menggeleng kepala Pak Samad melihatkan kerenah dua beranak itu.

Aaaa Mas..apa yang kamu lamunkan tadi? Sampai abah dengan Pak Samad tegur pun kamu tak dengar langsung. Memikirkan apa anak abah ni? Dah ade boipren ea?
Lelaki mana yang telah berjaya menambat hati anak perempuan kesayangan abah ni ha??

Aku buat senyum sengih je mcm kerang busuk. Ehh..kerang busuk memang ghuperr lagu tu ke??/

Hahaha..tak lah..Mas tengah pikirkan kalau Mas dah kawen nanti. Mesti Mas dah tak dapat nak bermanja dengan mak dan abah lagi. Tak best la mcm tu.

Hahaha..Pak Samad tergelak besar. Sampai tersembur air sirap yang dia minum tadi.

Hishh..Pak Samad ni kan. kang tercekik padan muka. Ketawa tak mengagak...

Alololo...anak kau ni Rip..bagusnye lahai...Mas, satu je Pak Samad nak pesan..Nanti bila dah kawen selalu lah jenguk ayah mak kamu ni kat kampung. Jangan lupa kan mereka berdua.

Itu Mas tahu Pak Samad. Sebab tu lah Mas tak nak kawen lagi. Mas tak puas nak jaga mak dan abah lagi. Dah lah dah bertahun Mas duduk kat oversea tu belajar. Jadi, untuk masa sekarang ni memang Mas tak terfikir nak kawen lagi. Mas nak dapatkan kerja yang bagus dan nak tolong mak abah kat kampung ni. Nak bawa mak abah pergi menunaikan haji jugak.

Penuh bersemangat aku bercerita kepada abah dan Pak Samad tentang impianku itu. Ya, memang itu impian aku untuk membahagiakan kedua ibu bapa ku setelah mereka berdua bersusah payah menjaga dan memberikan kami adik beradik kasih sayang yang tidak terhingga. Kini tiba masanya pulak aku nak balas jasa mereka berdua.

Bagusnya anak kau ni Rip. Bertuah kau dapat anak-anak macam ni. Hishh..kalaulah aku ada anak lelaki besar dah lama aku masuk meminang anak kau ni buat menantu. Apakan daya, anak aku semua perempuan. Hahaha....

Ekelehh Pak Samad ni..Pandai-pandai jer nak carikan aku jodoh pulak. Sudah lagi kan bersuluh aku cakap tadi, aku tak nak kawen lagi. Apasal semua orang suruh aku kawen ni ha??? Baru je tadi Mak Temah nak kenenkan aku dengan cucu dia. Ni pulak Pak Samad. Mujur Pak Samad tak ada anak lelaki. Entah-entah Pak Samad nak kenenkan aku dengan dia kot..Eeewwww...tak nak lah aku. Not my taste..Hahaha..jauh beno ko punye imiginasi Mas....

Kenapa Mas datang sini cari abah? Mak kat rumah suruh abah balik ke?

Pak Arip menukar terus topik perbualan tadi.

Tak lah..Mas yang nak cari abah ni. Bah..malam ni yok kita p makan Nasi Ayam Cinta Sayang Ku Itu bah....Teringinlah bah nak makan...

Aku cube memasukkan jarum halus ke hati abahku itu. Tengok die termakan ke tidak dengan pujuk rayu anaknya ini..

Amboii..Mas nak belanja ke ni? Bolehlah belanja Pak Samad sekali.

Ehh..ehh..Pak Samad ni, sibuk je lah. Alorh..Mas kan belum bekerja lagi. Abah lah belanja ea..Hikhikhik..

Aikk...tadi kata tak nak menyusahkan mak dengan abah...

Apa Pak Samad ni...Bah, tengok Pak Samad ni..

Hishh kau ni Samad. Iye Mas..malam ni kita pergi makan Nasi Ayam Cinta Sayang Ku Itu ye. Abah belanja semua orang malam ni. Nanti dah kerja nanti, jangan lupa pulak belanja abah dengan mak makanan yang sedap-sedap.

Yesszza..boleh bah. Itu sudah semestinya Mas akan lakukan..

Kita ajak Mak Temah sekali ye bah??

Iye..boleh..

Pak Samad nak ikut boleh???

Pak Samad tak boleh ikut..

Kata aku terus berlari laju meninggalkan abah dan Pak Samad di kebun. Hahah..aku tak kisah pun kalau Pak Samad nak ikut. Pak Samad kan BFF abah. So, kira merangkap BFF aku jugaklah tu. Tapi itu lah, Pak Samad suka sangat menyakat aku. Darilah aku kecik sampailah ke besar ni. Nyampah pulak kadang-kadang. Tapi, aku tetap sayang Pak Samad tu. Kami adik beradik dah anggap Pak Samad dan Mak Leha macam mak dan ayah kami sendiri.

******************************************************************************

Terima kasihlah Rif.....belanja kami semua makan malam ni. Semoga dimurahkan lagi rezeki kau anak beranak. Kata Pak Samad seusai kami semua menikmati makan malam di Restorang Nasi Ayam Cinta Sayang Ku itu.

Amin..Mudah-mudahan. Apa salahnya berkongsi rezeki yang aku ada.

Long...

Tengah aku duk sedap2 menikmati nasi ayam, lenganku disenggol oleh Marina, adik kedua ku..

Dah pehal budak ni. kacau je lah aku nak makan. Kongasam betollah..

Kau dah kenape ni Mar. Senggol-senggol kak long. Kak long nak makan pun tak senanglah. Kata aku kurang senang dengan tingkah si Marina ni.

Long, cer ko tengok mamat baju biru hujung sane tu. Kata Mar meliarkan anak matanya ke hadapan. Tapi masalahnya aku tak nampak apa-apa pun yang mencurigakan pun. Hishh Mar ni. Potong stim lah aku nak makan.

Ape ko mengarut ni Mar. Mane ade.

Aku dah mula rimas dengan tingkah adikku sorang ni. Mazlina, Mazlan aku tengok elok je menikmati hidangan masing-masing. Emak tengah asyik bersembang dengan Mak Temah. Apalah yang diborakkannya tu. Jangan borak pasal nak kawenkan aku dengan cucu Mak Temah udahlah. Abah pulak duk bergelak ketawa dengan Pak Samad. Oh ya...Mak Leha tak ikut kami sekali makan malam ni. Si Jiha demam panaslah pulak.

Tu long..Lelaki yang handsome yang kulit cerah tu. Pakai spek mata tu. Long tak perasan ke dia asyik pandang ke arah kita je. pastu duk tersengih-sengih. paling tak boleh blàh tu long, die pandang kau long.

Bagai nak tersembur air tembikan yang baru  aku sedut tadi. perghh...memang tersedaklah aku dibuatnya.

Mas...ape ni..sampai tersedak. Sape yang menyebut tu.

Aaaa....ni mesti cucu Mak Temah lah ni yang menyebut-nyebut kamu ni Mas.

Aduhhh.....stress betullah aku.

Hishh...Mak Temah ni mandai jer lah. Ni ha, Mar ni buat lawak sarkas dengan Mas. Tu yang Mas tak tahan nak gelak dan tersedak tu.

Aku mencubit kuat peha si Marina.

Aduss...sakitlah long....

Mak..Mak Temah...ade orang duk usha-usha along...tu yang tersedak tu.

Lagi sekali aku mencubit peha Marina..

Sakitlah long

Hishh...kamu berdua ni..perangai macam budak-budak...

Usha...?? menatang apa usha tu. Tanya Mak Temah blurr...

Usha tu uqasah senjose...ala, pelakon yang dah bukak tudung tu..Mak Temah kenal? adik lelaki aku, Mazlan tiba-tiba menyampuk.

Ada rupenye budak ni. Kalau makan tu memang tak pandang dah kiri kanan. Jangan nak kata adik sendiri lah, aku ni pun kalau tengah makan memang tak hirau dah orang keliling. Tu sebabnye aku tak perasa ade orang duk usha-usha aku. Perghh...perasan tahap Nira Danisah...hahaha...

Mak Temah masih lagi dengan wajah blurr nya.

Kau diamlah Lan. Sibuk je nyampuk orang tua cakap.

Mazlan buat muka toyanya dan kembali semula menikmati makanannya.

Cer mak ngan Mak Temah pandang meja hujung sana. kata Marina menunjukkan arah meja lelaki itu duduk.

Mata mak dan Mak Temah terus terarah ke arah yang ditunjukkan Mazlina tadi.

Tiba-tiba....

Ya Allah.......

Ehh..dah kenapa Mak Temah ni.........

Terkejut kitorang semua bila tiba-tiba je Mak Temah bangun dari kerusinya dan meluru terus ke arah lelaki yang berbaju biru itu.
Kami semua memandang hairan tingkah Mak Temah.

Mak Temah, janganlah hang p buat perkara yang bukan-bukan. Adusss....

Paling aku terkejut beruk tu bila melihat Mak Temah memeluk erat lelaki handsome itu. Dalam kepala memang aku dah pikir yang bukan-bukan ni.

Adakah itu skandal Mak Temah?
Ehh...bila masanya Mak Temah ade gewe ni...

Adakah itu anak Mak Temah?
Tapi takkanlah muda trang tang tang lagu tu...
Anak-anak Mak Temah sume baya mak ayah aku je...

La ni hanya ada satu je persoalan yang boleh diterima dek akal aku ni. Yang sedang duk berguling-guling dalam kepala aku ni.

Jangan kata itu cucu Mak Temah!!!!!!!!

Ohmaigad........

*********************************************












 


Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...