Skip to main content

Fast 8 Again - 14 April 2017

Kan aku dah cakap..aku kalau dah syiok tengok satu movie tu memang aku tak kisah keluar duit nak tengok lagi. Hahaha..

See...ternyata hari Jumaat yang lepas aku tengok lagi sekali Fast & Furious 8 bersama kak Dayah dan kak Haiza malam tu. Hahahaha...Kali kedua ni aku tengok kat One City pulak. Actually, kitorang memang ada plan bersama weekend tu. Nak meraikan farewell aktiviti kak Haiza. Kak Haiza lepas ni akan di pindahkan ke Sabah. Area Tawau. In sha Allah, 2 May ni dia akan fly ke sana. Sedihnya...kurang dah sorang geng hiking. Huhuhu. Kene p Sabah lah jawabnya kalau nak ajak kak Haiza hiking. Hikhikhik.

Nak dijadikan ceritanya, kak Dayah sampai dulu Subang. Kitorang p dinner kat Anjung Malam dulu. Aku ngan kak Dayah je. Norma tak balik kerje lagi. Around pukul 10.30 malam baru kak Haiza sampai. Time tu aku dan kak Dayah dah balik dari makan dan Norma pun dah ade kat rumah. Tengah tengok Fast & Furious: Tokyo Drift. Syiok jugak tengok movie tu tapi dah janji nak p mengopi ngan kak Haiza so, aku merelakanlah jugak diri ni join sekali. Dalam kereta aku ajak dorang p tengok wayang. Aku cucuklah movie tu best dan memang dorang pun memperakui yang series Fast & Furious memang tak mengecewakan. So, apalagi...lets' go to One City.

Tak silap aku, malam tu hari ketiga tayangan. So, kitorang tak meletakkan sebarang harapan kalau tiket tak ada. Kalau tak ada kite tengok movie lain lah kan. Movie Smurf ngan Baby Boss pun nampak macam best. Alhamdulillah..tiket ada tapi show pukul 11.30 malam. Okay..ada lagi setengah jam lagi show start. Kitorang duk lepak-lepak dalam tu sambil kunyah popcorn. Btw, tiket malam tu RM15/person. Boleh tahan mahal gak ea tiket wayang. Huhuhu...

Bila hall no 11 menyala, kitorang pun masuklah. Kali ni aku dapat follow awal-awal movie since first tengok hari tu kan kitorang masuk agak lewat sebab solat Maghrib dulu. Hehehe...Oh ya...by the way, movie ni tak silap aku diklasifikasikan sebagai 18SG tapi aku tak sure lah pulak sebab masa aku tengok kat One City tu ada je budak bawah umur masuk. Budak India bersama familynya. Kalau kat GSC Summit hari tu memang strict sikit. Only 18 years above je yang dibenarkan beli tiket Fast & Furious 8 tu. Kitorang masa nak reedem tiket ri tu pun kene tanya masing-masing ni 18 tahun ke atas ke tidak. Hahaha...So, aku tak tahu kenapa Premium-X, One City lepas 18 below masuk. 

Seperti biasa, memang tak membosankan...masih lagi 6 star diberi. Hahaha..Tapi bila dah tengok 2nd time ni aku lagi faham lah kenapa Cipher buat lagu tu. Macam mana nak lumpuhkan sistem Cipher tu. Mula-mula tengok aku memang bengang nape lah Dom boleh betray team dia. Baby Brian so cute. Adorable. Geram tengok. Hahaha..

So, sekali lagi aku nak ajak korang cepat p cinema tengok movie ni. Memang tak mengecewakan. Cepat-cepat..ke panggung yang berdekatan dengan rumah korang. Hahaha...

Kitorang sampai rumah malam tu dalam pukul 3 pagi. Mengantuk giler ahh..Dah lah esok kene bangun awal nak meronda Bukit Tinggi pulak. Hehehe...

Apa yang kitorang buat kat Bukit Tinggi tu? Kenapa Bukit Tinggi, tidak Tadom Hill ke, Bukit Fraser ke? Apa yang ada kat Bukit Tinggi tu?

Nak tahu...tunggu next entri aku menyusul..Hahaha..

Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak ada sape y

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan