Skip to main content

FAST & FURIOUS 8 - 12 APRIL 2017

Filem Fast & Furious 8 memang sangat-sangat dinantikan oleh peminat tegar series ini. Tak silap aku dah ade 8 filem kot termasuklah yang latest ni. Malas pulak nak meng"google" cari info mengenai series yang lain tu. Korang carilah dengan uncle Google. Keluarlah tu nanti.

Just aku nak review mengenai filem Fast & Furious 8 (Fast 8) yang the latest ni jer. Mazni dan Intan yang mulanya ajak aku tengok cerita ni. Lagipun memang dah lame tak tengok wayang dengan dorang dan kebetulan pulak Bella ade. Molek sangat lah kalau kitorang jumpe kan. So, aku mengiyakan ajer lah ajakkan Intan dan Maz. Okay..proceed...Maz beli tiket.


Sehari sebelum movie, aku tetiba terfikir "ehh..kalau tak tengok movie yang before ni okay tak? Paham ke idak ea ceritanya nanti? Kene tengok movie2 die yang lain dulu ke?"

Alaaa...ni yang tak suka ni..Mesti tak best kalau aku p tengok tapi tak paham apa-apa. Hahaha...Budak-budak ni gelakkan aku..

"Kak yus tak pernah ke tengok series Fast & Furious ni? Best kot!!!"

Itu kata dorang. Alorhh..kalau gini kak yus nak tidur je lah dalam wayang nanti. Huhuhu...

Dorang kate aku mesti paham punye..sebab ada subtittle..Hampeh betul budak2 ni. Dorang kenekan aku. Hahaha...

So, hari kejadian aku, Maz dan Intan geraklah on the way ke Summit, Subang. Kitorang jumpa Bell kat sane nanti. Sampai-sampai je terus p surau nak solat Maghrib siap-siap. Lagipun wayang start pukul 7.20 malam. Aku dan yang lain masuk agak lewat sikit. Orang pun memang dah ramai. Nak tak nak kene jugak lalu depan dorang sebab kitorang baru masuk. 

Duduk seat masing-masing..Popcorn kongsi 4 orang, air pulak sebotol jer. Dahlah perut masing-masing memang lapaq giler. So, memang habislah popcorn tu. Hahaha...Krupp..Krapp..Krupp...Krapp bunyi dalam tu.

Apa yang boleh aku kata.................aku tak jadi nak tidur dalam wayang tu sebab movie die sangat best. Best giler ahhh..Best yang rasa nak p tengok lagi untuk kali kedua..ketiga..keempat dan ke seterusnya. Best yang aku rasa aku akan download semua series Fast & Furious yang sebelum ni. Best yang aku rasa aku nak bagi 6 bintang..hahaha..Over beno ni..

Seriously memang best movie ni. Memang aku tak rasa bosan langsung. Aku kalau tengok movie omputih ni memang cepat bosan melainkan movie tu memang betul-betul best. Macam movie Fast & Furious 8 ni lah. Setiap waktu kau akan dikejutkan dengan scene-scene action yang mendebarkan. Menarik giler pulak tu. Dan aku mula mengenali watak-watak dalam series ni macam Dominic, Hoobs, Letty, Roman, Elena, Deckerd, Mr Nobody, Nobody Junior, Tej, Ramsey dan lain-lain lah. Itu je yang aku ingat namanya. Kihkihkih...

Scene kereta bergerak sendirilah..Kereta Zombie..Hahaha..Kapal terbang yang tak dapat langsung dikesan oleh radar..kereta yang tak remuk-remuk walaupun dah dihentam dengan kereta lain. Rasa macam tak logik pun ada. Tapi biasalah..dah kau tengok wayang..memanglah semuanya wayang semata-mata. Lagi-lagi pulak movie orang putih. Memang yang tak logik jadi logik. Hohoho..😂😂😂

So, bagi aku movie ni memang best giler..So, memang berbaloi-baloi kalau korang p tengok. Bagi fan movie ni memang wajib tonton. Kalau tak tonton memang rugi. Nak tunggu download pun boleh je tapi feel tengok dalam wayang tu lain sikit. Hahaha..Lagi feel orang kata...

K...apa lagi..jangan ketinggalan untuk menonton filem ini di panggung yang berdekatan dengan rumah anda..Hahaha...



Lepas nonton masing-masing lapar. So, kitorang p makan dulu...


 


With Dom and Letty married, Brian and Mia retired and the rest of the crew exonerated, the globe-trotting team has found some semblance of a normal life. They soon face an unexpected challenge when a mysterious woman named Cipher forces Dom to betray them all. Now, they must unite to bring home the man who made them a family and stop Cipher from unleashing chaos.


Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Novel Review : Dia Imamku

Novel: Dia Imamku Novelis: Siti Rosmizah Rate: 9/10 Tarikh Bacaan: 27 - 28 Jun 2020 "Lemah ke seorang lelaki andai dia menitiskan air mata?" Sinopsis Kulit Belakang: Sombong! Berlagak! Itulah diri Cempaka Humairah. Dia benci dengan cucu angkat neneknya. Amiruddin, lelaki kampung yang tak dipandang sebelah mata. "Suka kamu kata Bangla. Budin ni ada kebun pisang." tegur Nenek Bunga. Kebun pisang? Lagilah Humairah tak pandang. Amiruddin itu kekasih Dahlia, sepupu Humairah. Dahlia ni tak adalah baik mana. Mata duitan. Boleh pula jatuh cinta dengan Rafiq, kekasih Humairah. Peranglah jawabnya. Amiruddin dianiaya oleh pak longnya. Nenek Bunga dapatkan dia kerja sebagai pemandu Humairah. Kesian Amiruddin, hari-hari kena marah, kena maki. Sabar aje dia. Kalau orang lain, dah naik pelempang kat muka. Datin Orkid ibu Humairah, kecewa dengan suaminya, Dato' Malik kerana menjadi wali pernikahan Lily, anak sulungnya. Demi cin...

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...