Thursday, 26 April 2018

Review Movie : A Quiet Place 13 April 2018

Selang sehari aku dan budak opis lain tengok Dukun, kitorang tengok pulak filem A Quiet Place. Movie ni pun gempak bak hang. Movie paling senyap dalam sejarah. Hahaha. Sesuai sangatlah dengan tajuk movie ni. A QUIET PLACE. Dalam panggung sume senyap bai. Nak kunyah popcorn pun segan wei. Orang sebelah boleh dengar. Hahaha.


Aku dan budak2 opis plan tengok movie ni hari Jumaat, lepas kerja pada tanggal 13 April 2018. Movie kali ni aku pergi berempat dengan Lydia, Hazirah dan jugak Aina. Macam biasa park dulu kereta dan motor masing2 kat luar opis then carpool satu kereta ke MBO Subang Parade. La ni uncle Bala tak kasi dah kitorang park kete dalam perkarangan kawasan opis. Katenye die malas nak bukak pagar kalau kitorang balik lewat sangat. Alorh, bukannya balik sampai lewat malam pun. Bala ni pun!!!!

Tiket kitorang dah book siap2. Lydia yang belikan. By the way, tiket hari tu RM14. Agak mahalkan. Tapi disebabkan teruja nak tengok movie ni sangat, 14 hinggit pun 14 hinggit lah. Huhuhu. Kitorang tengok pukul 8.15 malam. Sempat lah nak solat maghrib semua. Agak ramai jugak orang malam tu nak tengok movie ni. 

Movie Quiet Place ni berdurasi sepanjang 95 minit. Setengah jam awal tu panggung memang sunyi bangat. Langsung x dengar suara pelakon-pelakon ni. Yang kedengaran hanyalah bunyi desiran angin jer. Dalam panggung pun sama. Senyap. Ader lah dengar orang duk kunyah popcorn. Hahaha.

A Quiet Place adalam filem horror Amerika Syarikat tahun 2018 yang diarahkan oleh John Krasinski, yang juga melakonkan watak bapa bersama pasangannya, Emily Blunt yang juga memang isterinya di luar set. Plot movie ni berkisar tentang empat orang anggota keluarga yang harus menjalani kehidupan seharian dalam kesunyian tanpa mengeluarkan sebarang bunyi bagi mengelakkan dari diserang oleh seekor mahkluk asing yang berburu dengan suara.

Terdapat pelbagai element kekeluargaan boleh kita dapat menerusi movie ini. Antaranya, kasih sayang sesama ahli keluarga. Nilai ini boleh kita lihat dalam kesemua watak-watak. Kasih sayang seorang bapa kepada anak-anaknya, kasih sayang seorang suami kepada isterinya, kasih sayang kakak kepada adik-adiknya. Jangan tak tahu tau, bagi mereka yang punya hati senipis bawang pasti akan mengeluarkan air mata di saat scene si ayah sanggup mengorbankan dirinya di baham oleh makhluk asing  bagi menyelamatkan kedua -dua orang anaknya. Bertambah sedih bila pengorbanan itu disaksikan sendiri oleh si anak dan jugak si isteri. 

Kasih sayang antara adik beradik juga dapat dilihat menerusi watak si kakak dan si adik. Si kakak pergi meninggalkan rumah untuk menziarahi kuburan adik bongsu yang mati dibaham makhluk durjana itu. Dalam pada masa yang sama, makhluk asing keluar berburu mencari mangsa. So, si adik pergilah mencari kakaknya. Dah lah, berdebar takut berhadapan dengan makhluk pemangsa tu, lagi pulak disuruh keluar mencari si kakak. Aduhaii..

Part paling suspen, bila part si ibu nak bersalin. Humakaii, boleh pulak alien tu masuk dalam rumah. Pulak tu, dah lah tengah menahan contraction nak bersalin, boleh pulak terpijak paku kat tangga. Adoii, berganda sakitnya. Yang surprise, selamat pulak tu bersalin sorang2 tanpa mengeluarkan sebarang bunyi jeritan. Yo oh jer movie ni. hahahaha...

Tapi memang stress lah tengok movie ni. Lenguh satu badan aku ni ha. Mengeluh tak usah dikatalah. Penat tengok movie ni. Hahaha. Muka alien tu humakaiii, buruk bebeno. Sakit hati tengok. Menyusahkan orang betulkan.

Okaylah, dipendekkan ceritanya, cerita ini berakhir seperti tergantung. Alien itu akhirnya berjaya ditumpaskan. Mati. Nak tahu camno alien itu ditumpaskan kenelah tengok sendiri. Walaupun si ayah sudah terkorban, namun die berjaya meninggalkan satu cara untuk mengatasi alien ini. Nak tahu ape kelemahan si alien ini??? P tengok sendiri kat wayang tu. Still tengah tayang lagi. Tapi yang stressnya, dah mati sekoq alien, keluar pulak berduyunn-duyun alien. What the heck da...Alih-alih, dah THE END. Ya, itulah penyudah movie ni.

Tapi moral yang aku dapat dari cerita ni ialah aku rase bersyukur sangat-sangat hidup didunia yang boleh untuk kita keluarkan suara. Stress oii, tak boleh nak bercakap. Kene pulak cakap bisik-bisik. Pulak tu tak aman. 

Oh ya, kalau nak tahu pelakon kanak-kanak perempuan yang membawakan watak si kakak ini adalah benar-benar pekak ye.


 Overall, dari 10 bintang aku boleh bagi 8 bintang. Yeayyy!!



No comments:

Post a Comment