Tuesday, 20 February 2018

CRUSH DAH NAK KAHWIN!!!

Apa perasaan kau bila kau dapat tahu yang crush korang bakal mendirikan rumah tangga tak lama lagi?????

Sedih ke??
Kecewa ke??
Redha ke??
Atau pun rasa nak pergi musnahkan majlis crush kau dan pasangannya tu.

Hahaha. Janganlah sampai macam tu sekali nak musnahkan masjid yang bakal dibina. Doakanlah yang terbaik untuk si dia. 

Salah sendiri jugakkan kenapa tak bertindak awal? Kalau dah suka, apa salahnya luahkanlah rasa hati tu. Paling kurang bila kene reject tak ade lah terasa sangat. Ni tidak, bila dapat tahu si dia nak kahwin, kau meroyan tak tentu hala pulak. Memang mendapatlah jawabnya. Hahaha!!

Buat si dia, SELAMAT PENGANTIN BARU!! MOGA KEKAL BAHAGIA HINGGA KE SYURGA!!!

"Semoga Allah memberi berkah kepadamu dan atasmu serta mengumpulkan kamu berdua (pengantin lelaki dan perempuan dalam kebaikan."



No comments:

Post a Comment