Monday, 19 February 2018

Kuala Lumpur Fun & Ride @ Titiwangsa 2018 - 03 Februari 2018 -

Larian ketiga yang aku sertai pulak ialah Fun & Ride @ Titiwangsa 2018 yang bertempat di Kompleks Sukan & Wilayah, Kampung Pandan, KL. Larian itu diadakan pada 03 Feb 2018, hari Sabtu. Bayaran yang dikenakan tak silap aku RM55 jer untuk 5KM. Mujur lah jugak, venue larian ni dekat dengan rumah adik aku kat Pandan Mewah. So, die lah yang tolong amikkan race kit aku, Uji dan Najat hari tu. Hehehe. Oh ya, by the way, kitorang tidur umah adik aku malam tu. Memang tidaklah nak bangun pagi-pagi buta baru nak gerak ke venue larian tu. Hari tu pun kami dah lewat benonye. Flag Off pukul 7.45 pagi. Sampai-sampai jer kami terus berlari tau. Tak sempat nak warm up. Tapi alhamdulillah, berjaya jugak menghabiskan larian selama lebih kurang 1 jam lebih. Hehehe. Banyak berjalan lenggang kangkung je kojenye. 

Banyak aktiviti menarik yang diadakan pada hari itu. Kalau rasa nak naik belon udara panas, boleh lah naik. Bayaran yang dikenakan adalan RM10 seorang. Kitorang tak naiklah sebab rasa sangat tak berbaloi pulak nak bayar sepuluh ringgit tu untuk beberapa minit jer. Baik habiskan duit tu buat beli KFC. Hahaha. 

Selain dari itu, ada juga persembahan dari artis-artis. Antaranya ialah Ezlyn, Cat Farish, Nabila Razali dan juga Khai Bahar. Dapat lah jugak tengok in person dorang ni semua. Dapat tengok persembahan Khai Bahar. hurmm, orangnye biasa-biasa jer. Kalau aku tak kenal die sebagai artis, memang aku tak kenal langsung mamat ni. Hahaha. Pada hari itu, Khai Bahar mendendangkan dua buah lagu dia iaitu Luluh dan Bayang. Aku terhibur masa persembahan Ezlyn. Lagu Hi Bye Bye memang menggamit semula memori masa zaman sekolah-sekolah dulu. Popular kot lagu tu. Ezlyn pun tersangatlah ramahnye. Suka tengok.

Masa tengah-tengah seronok layan lagu Hi Bye Bye tu, tetibe perasan ade sorang artis ni. Rupe-rupenye Serina Redzuan. Apalagi, mintaklah permission die berselfie. Dengan tak sombongnye dia bergambar bersama kitorang bertiga. Siap die buat IG story dengan kitorang lagi. Hahaha. Chef Wan pun ade tau buat demo masakan. Tapi kitorang bertiga tak pergi pun. Kitorang gigihlah menunggu kot kot terkene cabutan bertuah. Banyak jugak hadiah-hadiah yang ada untuk mereka yang bertuah. Antaranya basikal, drone. gopro, phone, motor dan macam-macam lagi lah. Banyak sponsor untuk event hari tu. Nak dijadikan ceritanya, no  1399 cukup bertuah pada hari itu. Hahaha. No aku dipanggil untuk menerima hadiah. Hadiahnya ialah tempat letak botol air kat basikal. Hahaha...Jadilah kan!!


Tu ha belon udara panas yang kalau nak naik kene bayar RM10.


We did it!!!

 
Masa berlari pun sempat selfie.


Gambar kenangan bersama medal masing-masing.
 

Tak dapat naik, dapat bergambar pun jadilah..


Haaa..ni lah no yang sangat bertuah tu. Hehehe


Kakak Serina Redzuan
 



Haa..ni lah rupe budak yang bertuah tu. hahaha




Abang Khai!!!


Kakak Ezlyn!!

No comments:

Post a Comment