Monday, 19 February 2018

Kuala Lumpur International Run 2018 - 01 Januari 2018 -

Hi..aku berjaya access semula blog aku. Hurmm..patutlah aku tak boleh access sebab Google detect ade cubaan untuk sign in account aku guna password yang same. Padahal aku sendiri yang create account tu. Haila...La ni, sama ada aku tukar password baru untuk account google yang baru aku buat hari tu atau pun aku delete jer terus account tu. Huhuhu. Asal dah boleh bukak semula blog aku ni kire orait lah. Hahaha...

Ni entri yang kedua aku post untuk tahun 2018 ni. Haila..dah habis bulan Feb dah baru nak start balik menulis. Macam biasa lah, perlukan keazaman yang kuat, jati diri yang jitu untuk aku kembali menulis. Banyak idea dan cerita yang nak diceritakan tapi seperti biasalah penyakit "M" tu memang payah nak lupus dari dalam diri ini. Waktu bekerja jugaklah yang die nak guna untuk update blog. Hohoho..

Seperti biasa, memang banyak sangat aktiviti menarik yang aku lakukan sepanjang tempoh aku tak mengupdate blog ni. Last entri hari tu pasal larian The Performance Series kat Setia Park Shah Alam. Awal tahun baru hari tu pulak, aku dan Uji join Kuala Lumpur International Fun Run 2018 yang bertempat di Dataran Merdeka. Memang best giler ahh. Kali ni punye larian kitorang amik 5KM. Idak lah teman nak amik 10KM. Aku dan Uji berjaya menghabiskan larian dalam masa sejam je dan oleh itu kami berjaya mendapatkan finisher medal. Hahahaha... Ini larian kedua yang aku sertai untuk pembuka tahun 2018. Sehari sebelum kejadian, aku stay semalam rumah Uji kat Good Year 3, Taipan. Senang sikit esok pagi-pagi nak ke LRT Taipan. Kitorang p Dataran Merdeka ni naik LRT jer. Malaslah bawak kete. Nanti susah nak cari parking. So, better naik public transport ajer. Flag Off bermula pada pukul 7.30 pagi. Alhamdulillah, dan lah jugak nak warm up dulu.

 Finisher Medal


No J5211 tak cukup bertuah untuk menang sebarang hadiah pada hari itu. Kalau bertuah, mungkin aku akan memiliki sebuah kereta Proton Iriz. huhuhu..

Oh ya, macam biasalah lepas larian memang tidaklah aku terus balik Subang kan. Haruslah kami jalan-jalan jelajah KL. Tak silap aku lah, petang tu baru kami berdua balik Subang semula. Memang kitorang pakai jer baju lari tadi. Hahaha..

Antara tempat-tempat yang kitorang pergi ialah Underground Dataran Merdeka, KL Heritage Museum, Textile Museum, KTMB KL, Masjid Negara dan beberape tempat yang lain. Hanya berjalan kaki je nak pergi ke semua tempat ni. Actually, tak der lah jauh sangat benonye. Seronok! rasa ala-ala tourist pulak. Hahaha..Dan semestinya take a picture memang tidak akan dilupakan. 

Masa larian pagi tu jugak, kitorang dah jalan-jalan tengok area KL. Menarik!!!



Gambar kenangan di hadapan Dataran Merdeka selepas majlis penyampaian hadiah


We did it again!! yuhuu!!


Gambar kenangan di hadapan potret beberapa pemimpin Malaysia. Ehh!! mana p potret Tun Abdul Rahman???




Janganlah tarik saya!!


Muzium Tekstil Negara. Masuk adalah percuma.



Di dalam Masjid Negara. Solat zuhur kat sini sat.

Di hadapan bangunan pejabat Keretapi Tanah Melayu Berhad.


KTM Kuala Lumpur




lapar...






Cendol Merdeka!! Sedap gilerrr!!

No comments:

Post a Comment