Thursday, 12 November 2015

Perkahwinan

Perkahwinan...
Mungkinkah sesuatu yang indah
Atau sesuatu yang menyakitkan

Kata orang alam perkahwinan itu indah
Kata orang lagi alam perkahwinan itu menyeksakan

Benarkah
Diriku sentiasa berdoa moga diberikan alam perkahwinan yang indah
Tapi bisakah alam perkahwinan itu tidak di landa badai ombak yang mengganas
Pokoknya setiap manusia berdoa pada yang Esa moga dipanjangkan hayat perkahwinan itu
Dipermudahkan dalam menyelesaikan masalah yang mendatang

Setiap pasangan juga hendaklah sentiasa bertolak ansur
Hormat menghormati
Persefahaman itu penting
Juga kejujuran serta ketulusan
Tiadanya ini maka pincanglah rumah tangga itu
Kelak binasalah mahligai yang di bina

Perkahwinan itu sememangnya indah kurasakan
Pergolakan dalam rumah tangga itu lumrah kehidupan
Mana ada rumah tangga sentiasa bahagia tanpa dilanda badai
Tak tahulah aku bagaimana lagi ingin kukatakan tentang perkahwinan ini
Mungkin setelah aku merasainya
Barulah aku bisa menghuraikannya
Bisa aku menceritakannya
Sama ada kisah alam perkahwinan ku bahagia atau sebaliknya
Tapi jauh disudut hati ini
Aku inginkan perkahwinan yang bahagia
Yang indah
Melayari bahtera
Mengemudi bersama-sama
Jika badai melanda dapat ku hadapi bersama-sama dirinya

Moga Tuhan perkenankan doaku ini
Moga dijodohkan dengan insan yang bisa membahagiakan ku hingga ke akhir hayat dirinya
Menyayangiku dengan sepenuh hatinya
Tiada dua
Tiada tiga
Juga tiada empat

Moga diri ini bisa menyingkirkan perasaan negatif terhadap perkahwinan

No comments:

Post a Comment