Thursday, 12 November 2015

Bangsaku Melayu

Bangsaku Melayu
Bangsa yang terkenal
Dengan adat resamnya
Sifat-sifat terpujinya
Dipandang tinggi
Disanjung tinggi
Tidak sesekali leka mengharungi hidup

Namun.....
Terkadang kelekaan muncul jua
Tetapi...........
Kelekaan itu masih lagi boleh terjaga

Semangat bersatu padu
Bangsa Melayu itu sendiri
Bakal menghapuskan kelekaan itu
Bakal mempertahankan adat-adat
Yang dijagai selama ini

Jauh dari sebarang
Anasir-anasir luar
Yang dalan diam
Dalam senyap
Cuba untuk
Menghancurkan bangsa kita
Bangsa Melayu................

Bangsa Melayu
Itu sendiri
Perlu sedar
Bahawa dirinya sememangnya hebat
Sememangnya kuat
Jangan biarkan mereka semua
Menguasai kita
Kerana kita berhak ke atas
Tanah Tumpah Negara kita
Siapa lagi yang bisa menjaganya
Kalau bukan bangsa kita sendiri.............

Maka.........
Ayuh........
Bangunlah...........
Sedarlah..................
Kita bangsa Melayu
Bangsa yang kuat....
Bangsa yang tidak takut denga sesiapa........

Kecuali hanya Allah yang satu...........

No comments:

Post a Comment

Selamat Hari Merdeka ke-68, Malaysiaku

Fuhhh!! betul-betul cepat masa berlalu ni. Bulan Ogos baru je berlalu dan kini dah masuk ke bulan September. Makk aii...pejam celik pejam ce...