Monday, 9 November 2015

Bila Cik CT dalam bas

Assalamualaikum...selamat petang...

Cik CT la ni ader dah dalam bas S&S nak menuju balik ke tempat mencari rezeki Cik CT, Subang..Huhuhu...

Rase macam x nak balik jer tau. Rase nak duduk umah lame2 kat kampung. Tapi apakan daya Cik CT kene jugak balik ke Subang untuk meneruskan kelangsungan hidup Cik CT mencari rezeki di negeri orang ini. In sha Allah, dalam lebih kurang 4 jam lagi sampailah Cik CT ke terminal bersepadu selatan...Alhamdulillah, Noma sudi nak ambil Cik CT kat ktm batu 3 nanti. Jimat sikit tambang Cik CT. Hehehehehe....

Lepas ni bile agaknye Cik CT balik kampung ye...Bulan 12 ni sah-sah Cik CT x dapat balik kampung sebab dah plan ngan kengkawan nk p Penang. Tapi kalau x jadi pun dapatlah Cik CT balik kampung. Lama kot cuti nanti. Cuti maulud nabi bersambung ngan cuti krismas.

Happy sangat sebab dapat menghabiskan masa bersama mak ayah dan adik2 kat kampung. Lame beno x jumpe depa semua kan. Jalan-jalan p pekan rengit. Makan KFC. Semalam ayah belanja kitorang semua makan kat luar. Faiz ngan Lina je yang xde. Faiz ape lagi, org dah ade awek. Makan ngan awek lah. Lina plak dah berkahwin kan. Tinggal kat KL ler. In sha Allah, minggu ni Cik CT, ateh ngan Lina akan hang out sesame. Dah lame beno x jumpe Ismail. Dah besar dah Ismail. La ni just tengok gambo yang Lina hantar jer lah. Bijak dah. Sokmo tersenyum jer...pandai posing tu. Hishh, besar nnti kaki selfie ni. Ikut makcik-makcik die. Hahahahaha....

Okay lah..Cik CT ni pun dah naik pening nak menaip sebab bus ni asyik terhuyung-hayang kiri kanan. Mata Cik CT pun dah mengantuk sebab penangan ubat  yang Cik CT makan tadi. Ohh yaa..sebut pasal ubat...Cik CT p klinik tau ari Ahad ri tu. Mak ayah lah suh p jumpe doktor pasal wajah Cik CT yang penuh dengan jerawat ni. Kate doktor, Cik CT kene radang kulit. Mungkin sebab penggunaan produk kecantikan ditambah pulak dengan penjagaan yang tak berapa nak betol. Salah satu puncanya jugak cara basuh muka yang tidak betol. Ade saki baki krim yang masih tertinggal dan ini menyebabkan liang pori-pori tersumbat. Huhuhu...sedih Cik CT tengok wajah sendiri. Setakat ini Cik CT makan ubat yang doktor bagi jer. Die bagi antibiotik untuk hilangkan kuman dan bakteria. Dia bagi jugak ubat untuk kulit. Untuk kecutkan jerawat Cik CT yang beso2 ni. Lagi satu die pesan banyakkan makan makanan yang ader unsur vitamin E. Ape ek makanan yang ade vitamin E??? Hehehe....kene google la pasni. Mayb sayur-sayuran hijau kot. Cik CT kene tukar pola pemakanan Cik CT. Mudah-mudahan masalah jerawat Cik CT ni akan beransur pulih...huhuhu...

Haii...panjang lebar plak ceritanya..k lah...bubye....Assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment