Tuesday, 6 November 2012

saat terakhir bersama anak-anak murid

Itulah entry aku untuk hari ini. Pejam celik pejam celik dah hampir dua bulan lebih aku mengajar di Sekolah Kebangsaan Merlong..opsss, bukan SK Merlong tau tapi dah jadi SK Mutiara Kg Sg Merlong. masih lagi mengekalkan nama Merlong tu. hehehe...

sebenarnya, aku tak kisah sangat kalau sekolah ditukar namanya. elok aper..perubahan ape. tapi mungkin sesetengah individu tak berapa senang kalau nama itu ditukar. tapi, setiap orang berhak memberikan pandangan mereka masing-masing.

esok merupakan hari kedua terakhir. hari jumaat 09/11/2012 hari terakhir aku ade di sek keb merlong. syukur ke hadrat ilahi kerana dapat diberi peluang untuk memberikan sedikit ilmu kepada anak-anak muridku biarpun hanya untuk seketika. aku bersyukur sangat sebab salah satu cita-cita aku waktu kecil dahulu akhirnya tercapai jua. aku harapkan anak-anak didikku berjaya di dunia dan juga akhirat. tak lupa juga buat murid-murid tahun 6 yang akan mengambil result mereka pada 19/11/2012 ni. patut nya hari ni result keluar tapi disebabkan hal-hal yang tak dapat dielakkan, result keluar 2 minggu dari sekarang.

sebenarnya, aku nak upload gambar-gambar anak murid aku kat sini. tapi, belum aku transfer lagi dari kamera ke laptop. nantilah..bile2 ada masa kelapangan. semalam pula hari Anugerah Kecemerlangan dan Konvokesyen Pra Sekolah. aku ditugaskan untuk mengacarakan majlis. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. mula-mula tu agaklah gugup dan nervous sebab ramai ibu bapa yang hadir. lama-lama dah biasa da. banyak juga persembahan2 yang menarik yang ditunjukkan oleh murid-murid ni. murid tahun 2 buat persembahan tarian dan nyanyian. semua jenis tarian ada. tarian melayu, cina dan india. best...lepas tu murid pra sekolah pula buat pentomen bertajuk katak yang sombong. lagi best. betul-betul menggelikan hati semua yang ada.

muurid tahun 6 lelaki pula buat persembahan reformasi kompang. cukup menarik. murid tahun 6 perempuan bergabung dengan murid tahun 5 perempuan buat persembahan nyanyian. lagunya set fire to the rain dan perpisahan ini. murid tahun 5 pula nyanyi lagu terima kasih cikgu. semua persembahan memang best-best belaka. satu kenangan yang cukup manis dan berharga. tak mungkin dapat dilupakan.

insyaAllah, kalau diizinkan Allah satu hari nanti dapat aku kembali berkhidmat untuk Sek Keb Merlong atau kini akan dikenali sebagai Sek Keb Mutiara Kg SG Merlong...........................

No comments:

Post a Comment