Monday, 26 November 2012

BYDC - BAB 2


Hari minggu itu aku hanya merehatkan badanku di atas katil sahaja. Terasa malas rasanya hendak keluar berjalan-jalan ke bandar. Aku menyelesaikan kesemua assignment yang diberi oleh pensyarah-pensyarahku. Memang tabiatku tidak suka melengah-lengahkan assignment yang telah di berikan. Akan kusiapkan kesemuanya, barulah aku memulakan aktiviti lain. Intan awal-awal lagi sudah keluar ke bandar bersama dengan Razlan. Nampaknya perhubungan mereka berdua kembali pulih semula selepas krisis hari tu. Intan pun sudah tidak marah-marah dan tidak lagi cemburu buta terhadap Razlan. Aku senang melihat perkembangan mereka berdua. Aku doakan perhubungan mereka berdua akan berkekalan dan kalau boleh biarlah sampai ke jinjang pelamin. Itu doaku pada Intan dan Razlan.
Dan aku???? Masih seperti ini jugak. Masih tidak bersedia untuk memberi sebarang komitmen pada perhubungan dan aku tidak bersedia untuk di cintai lagi. Cinta yang dulu begitu menyedihkan hati. Sampai ke hari ini aku tidak mengetahui apa punca Jojo terus menghilangkan dirinya. Aku cukup terkilan dengan perlakuannya. Tidak sudikah dia bercerita apa masalah yang dihadapinya ketika itu. Aku sedia berkongsi masalah dengannya. Teringat kembali peristiwa di cafe selepas kami keluar berjalan-jalan di sekitar Bandar Segamat. Tidak ku sangka itu merupakan hari terakhir aku menemui dan melihat wajahnya.
Kenangan itu kembali mengusik jiwaku.
***********
“Sebenarnya abang datang ada hajat ni sayang...” ujar Jojo tiba-tiba. Pelik aku melihat perubahan dia pada hari itu.
“Hajat?? Kenapa dengan abang ni?? Pelik betul la sayang lihat abang ni...” kataku pelik kepada Jojo.
“Hajat abang, abang nak tengok wajah kesayangan abang ni puas-puas..hehehe..” kata Jojo pula.
“Eh..eh..abang ni. Buang tabiat ek...bukan abang selalu lihat wajah sayang ni ke? Kan ke kita sentiasa video call..ish, abang ni...” kataku pada Jojo.
“Itu lain sayang...abang nak lihat betul-betul depan mata abang ni. Tapi sekarang sayang dah ada depan mata abang ni. Manalah tahu lepas ni abang tak dapat jumpa sayang lagi. Hehehe.” Kata Jojo padaku.
Aku mula rasa tidak sedap hati. Aku benar-benar tidak suka dengan ayat-ayat yang keluar dari mulut Jojo.
“Abang ni kenapa?? Jangan la cakap gitu..risau sayang tau..” kataku kurang senang.
“Hehehe..abang main-main ajelah sayang. Dah, jangan risau. Yok, kita pergi tempat lain. Abang nak habiskan masa bersama sayang tau. Malam ni abang dah kena bertolak balik KL.” Kata Jojo cuba  memujukku setelah melihat muncung itikku.
Kami meneruskan perbualan tanpa aku sangka itu merupakan perbualan dan pertemuan kami yang terakhir.
Aku risau mengenangkan sudah seminggu Jojo tidak menghubungiku. Berkali-kali aku cuba menghubungi telefon bimbitnya tapi hanya operator yang menjawab mengatakan talian Jojo sudah tidak digunakan lagi. Aku tidak tahu cara bagaimana aku hendak menghubungi Jojo. Ahli keluarga Jojo dan juga kawan-kawan Jojo memang aku tidak kenali langsung. Itulah silapku kerana tidak pernah bertanyakan soal kehidupan Jojo.
**********
“Arghhh.....stress nya aku...malaslah aku nak kenang-kenang lagi kisah dulu. Baik aku keluar jalan-jalan pergi bandar. Boleh hilangkan stress aku ni.” Pujuk hatiku sendiri.
Lalu aku segera menunaikan solat zuhur dan bersiap ringkas. Petang itu aku cuma mengenakan blaus ungu pemberian adikku dan jeans hitam kesayanganku yang aku beli  dua tahun yang lalu. Aku juga mengenakan tudung berwarna ungu serona dengan blaus ku. Aku rias wajahku dengan sedikit make-up agar kelihatan nampak lebih bertenaga dan segar. Lalu aku keluar seorang diri ke perhentian bas.
Aku memang biasa keluar ke bandar sendirian. Aku tidak suka berjalan-jalan ke bandar dalam kumpulan. Aku lebih selesa sendirian atau pun bersama Intan.
Sesampainya aku di bandar, aku terus membawa langkah kakiku masuk ke gedung membeli-belah SACC MALL. Hari ini aku ingin berjalan-jalan di sekitar shopping complex ini kerana tidak ramai pengunjung. Kebanyakannya, pengunjung lebih suka membeli-belah di Plaza Alam Sentral atau pun PKNS kerana harganya lebih berpatutan dan banyak pilihan. Orang kata SACC MALL ni tempat-tempat golongan elit sahaja. Elitlah sangat padahal majority Bandar Shah ALam ini dipenuhi oleh student-student.
 Aku ingin ke premis buku MPH untuk membeli novel-novel terbaru. Sedang aku bergegas hendak ke premis terkenal itu, tiba-tiba aku rasakan badanku hampir melayang kerana tanpa aku sedari kawasan itu licin dan basah. Nampak gayanya jatuh terduduklah aku di depan khalayak ramai hari ini.
Tapi, aku dapat rasakan ada sepasang tangan kasar memaut erat pinggangku bagi mengelakkan aku jatuh terduduk di situ. Punyalah aku ternganga besar bila aku terpandangkan seraut wajah hitam manis tersenyum memandangku. Dapat aku rasakan betapa merahnya mukaku ketika itu. Kurasa ingin menghentikan seketika masa saat itu juga.
“Tolong aku Doraemon.” kataku bermonolog di dalam hati meminta Doraemon, rancangan kanak-kanak kegemaranku muncul didepanku saat itu. Aduhai..melalut aku ni.
“Awak tak de pape ke ni?? Kot-kot cedera kat mana-mana ke?” tanya lelaki itu prihatin. Aku masih lagi terkejut. Sampaikan lelaki itu menarik aku lembut ke bangku yang berada berdekatan aku masih tidak sedar. Aku masih lagi terkaku dan tergamam sehinggalah lelaki itu menepuk lembut bahuku dan menegurku.
 “Awak ni okey ke tak?? Gaya macam nampak hantu je. Eiii...” kata lelaki itu pada ku sambil mengenyitkan matanya. Baru aku perasan mata lelaki itu sungguh cantik sekali. Dan, aku rasa seperti pernah melihat wajah lelaki dihadapanku ini.
“Kurang asamlah mamat ni. Cakap aku gaya macam nampak hantu pulak. A’ah, memang pun. Kaulah hantunya.” Kataku berperang dalam hati.
“Eh..eh..tak de pape. Saya okey. Saya tak nampak hantu pun cuma saya nampak superhero saya.” Kataku terus merapu.
Aduhai Jenna. Kenapa merapu-meraban kau ni. Cakap nampak superhero pulak. Merah lagi muka aku. Lelaki itu tergelak besar apabila mendengar aku berkata begitu tadi.
“Hahaha...awak ni..kelakarlah...siapa superhero yang awak nampak tu? Batman? Superman? Hahaha..” kata lelaki itu sambil meneruskan tawanya.
“Ish..kurang asam keping betullah mamat ni. Geramnya aku. “ kataku dalam hati sambil mengetap bibir menahan marah.
“Okey-okey..sorry yer...saya tak gelak lagi dah...tu lah awak, cuba jalan tu hati-hati sikit. Pandang depan tu. Kot-kot ada batu ke, tembok ke...hehehe. “ kata lelaki itu mebuat lawak bodoh.
Aku hanya mencebikkan bibir.
“Saya perhatikan awak dari tadi lagi, bukan main laju lagi awak nak masuk MPH tu. Apa yang awak cari tu sampai tak sempat-sempat. Sampai tak perasan makcik cleaner tu tengah bersihkan tempat ni. Hehehe.” Tanya lelaki itu sambil menekup mulutnya menahan ketawa dari keluar.
Bertambah geram aku dengan mamat ni. Dahlah aku bengang dengan makcik cleaner ni. Ada ke petang-petang macam ni baru sibuk nak mengemop. Buatlah dari pagi tadi. Mamat ni pulak asyik ketawa je dari tadi. Ada juga yang kena back hand nanti.
“Key-key, saya minta maaf lagi sekali. Saya tak nak kena back hand dengan awak pulak nanti. Saya takkan gelakkan awak lagi.” Kata lelaki tadi apabila melihat aku terus diam membisu.
“Eh, eh..macam tau-tau pulak mamat ni apa yang ada dalam fikiran aku.” Bebelku didalam hati sambil mencebikkan bibir.
“Okeylah, apa-apa pun terima kasih coz selamatkan saya tadi ek.” Kataku terus menuju ke MPH tanpa menoleh ke arah lelaki itu.
Terkedu seketika lelaki itu melihat perilaku ku itu. Bukan aku ingin bersikap biadap terhadapnya tapi perasaan malu lebih menguasai. Dan aku dapat rasakan getaran dan debaran di dada setiap kali lelaki itu memandangku. Redup matanya begitu menggoyahkan jiwa wanitaku. Dan yang paling aku suka bila lelaki itu tersenyum. Menyerlah lesung pipitnya dan matanya itu..Memang cukup cantik.
Aku terus memasuki premis buku MPH dan terus aku ke deretan novel-novel Melayu. Aku perasan yang lelaki itu masih lagi mengekoriku. Rimas aku dibuatnya. Kenapa lelaki ni, tak puas hati lagi ke? Kan aku dah cakap terima kasih tadi. Aduhai....pedulikanlah. Baik aku cari novel-novel baru. Tambah koleksi aku kat rumah tu. Hehehe.
Itulah aku, pantang ada novel terbaru akan aku beli. Hobi aku yang suka membaca novel ini bermula dari bangku sekolah lagi. Lebih kurang dua buah almari tersergam indah di rumah bagi menempatkan novel-novel aku. Sampaikan mak dan ayahku bising. Tapi aku rasa puas bila dapat membaca dan menambah koleksi novelku ini.
Aku kira apabila aku ada rumah idamanku sendiri nanti, akan aku sediakan satu bilik khas sebagai bilik bacaanku yang menempatkan novel-novelku dan bahan-bahan bacaan yang lain.
Ya..aku dah dapat satu novel kesukaanku. Novel “Cinta Sufi” karya Ramlee Awang Murshid. Memang aku suka dengan penulisan beliau yang penuh dengan suspen dan thriller. Dan Cinta Sufi adalah sekuel keempat beliau setelah Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pecinta.
Aku sudah mendapatkan tiga buah novel yang inginku beli. Pusing saja badanku untuk ke kaunter, aku terlanggar seseorang.
 “Aduhh.....” aduhku kesakitan kerana terlanggar seseorang. Dan aku lihat mamat yang membantuku tadi tersengih memandangku.
“Aduhai...mamat ni lagi...” kataku dalam hati.
“Opps...sorry..saya tak sengaja. Hehehe.” kata lelaki itu sambil tersenyum. Aduhai...manisnya senyuman dia tu....
”Tak pe-tak pe.” ujarku berbasa-basi. Padahal dalam hatiku ni berdegup-degup jantung.
Aku segera ke kaunter dan membayar harga novel-novel itu. Aku ingin segera keluar dari premis buku itu yang kurasakan cukup berbahang walaupun suhu penyaman udara premis itu di tahap yang cukup rendah.
“Awak..” tiba-tiba aku terdengar satu suara menegurku dari belakang. Rupa-rupanya lelaki itu.
“Apa lagi yang dia nak ni. Takde privasi langsung.” marahku di dalam hati.
“Ini duit baki awak tadi. Menonong je awak keluar tadi. Sampai tak sempat nak ambil duit baki ni.” kata lelaki itu sambil menghulurkan wang kertas RM10 padaku. Aku menyambutnya dengan muka yang merah padam. Maluku bukan main lagi. Ingin aku sorokkan mukaku ini dimana-mana.
“Ishh...aku ni..apasal kalut semacam ni...aduhai..lemah betullah.” marahku dalam hati. “Errr...err..terima kasih ya awak...awak banyak bantu saya hari ini.” kataku sambil tersenyum malu.
“Hehehe....sama-sama. Small the piecies jer tu. Saya Nur Hisyam Amin Zulkifli. Panggil je saya Hisyam. Awak?” tanya lelaki itu tiba-tiba.
Aikk...dah tanya nama ni. Dah mula ke sesi perkenalan ni?? Aduhai...malasnya aku. Kalau aku tahu jadi macam ni baik aku duduk dalam bilik aje.
Aduhai. Tak perlah. Orang dah nak berkawan dengan kita kan. Hehehe. Nama dia pun sedap. Ada Nur lagi. Macam nama aku jugak.
“Saya Nur Jenna Jasmin Idris.” kataku memperkenalkan diri.
“Sedapnya nama, sweet..ada Nur, saya pun ada. Hehehe.” Kata Hisyam sambil tersenyum.
Maka bermulalah persahabatanku dengan Nur Hisyam Amin Zulkifli. Dan baru aku teringat dialah lelaki yang  memandangku dalam bas tempoh hari.
Hisyam bukanlah seorang pelajar di UiTM tapi dia ialah seorang jurutera di sebuah syarikat di ibu kota. Dia datang ke UiTM hari tu pun kerana ada urusan dengan bahagian fasiliti UiTM. Tapi yang membuatkan aku pelik sampai ke hari ini, takkanlah seorang jurutera naik bas masuk UiTM tu. Hehehe. Pelik. Pernah jugak aku bertanyakan hal itu. Tapi jawapannya hanyalah sebuah senyuman manis yang membuatkan degupan jantungku berdegup kencang. Aduhai....
**************
“Jenna, buat apa tu?” sergah Intan tiba-tiba.
“Kus semangat Intan ni. Terperanjat Jenna tau. Buatnya sahabat Intan ni ada penyakit jantung maunya ‘goal’ sekarang jugak tau.” Kataku marah pada Intan.
“Aduhai Jenna. Janganlah. Kesianlah kat Intan nanti takde teman bergurau dan bergaduh. Hehehe.” Kata Intah sambil tersengih.
“Tahu pun. Lain kali jangan buat macam tu tau kalau tak nak hilang Jenna. Hehehe.” Kataku semula.
“Hehehe...dan kesian abang Hisyam kita tu nanti. Menonggeng dia nanti. Meranalah jiwa dia kalau Jenna tak de.” Kata Intan tiba-tiba sambil mengenyitkan sebelah matanya.
Aduhai Intan ni. Boleh dia buat lawak sarkis pulak. Sempat aku membaling bantal kecil ke arah Intan sambil dia berlari mencicit keluar.
“Intan, Intan.” Kataku.
Intan memang sudah sedia maklum tentang persahabatan antara aku dan juga Hisyam. Pernah beberapa kali kami keluar bersama-sama. Kata Intan, Hisyam menyimpan perasaan terhadapku. Kataku mana dia tahu.
Jawab Intan “Intan tahu la. Intan boleh selami hati lelaki tau. Dari cara dia pandang Jenna tu Intan tahu dah.” Itulah kata-kata Intan padaku.
Dan aku sendiri?? Tak tahu bagaimana hendak menilai renungan mata Hisyam. Hisyam pun tidak meluahkan apa-apa rasa hatinya padaku. Walaupun aku sendiri sebenarnya menyimpan perasaan padanya. Setakat ini persahabatan kami cukup akrab. Kadang kala Hisyamlah menjadi tempat aku meluahkan perasaan letih dan lelahku apabila berhadapan dengan kerenah kawan-kawan sekelas dan juga pensyara-pensyarah yang cukup “kerek”. Walaupun aku tahu dia sentiasa sibuk dengan urusan kerjanya di tapak pembinaan tapi dia tetap berjumpaku dan setia mendengar segala bebelanku dan adakalanya dia hanya tersenyum mendengar ceritaku.
Dia seperti tahu-tahu yang aku akan gembira dan rasa penatku hilang apabila memandang lesung pipitnya yang dalam dan manis itu.
Hisyamlah “boyfriend” aku yang cukup prihatin dan caring terhadapku. Aku bersyukur kepada Tuhan kerana mempertemukan kami berdua walaupun sebagai seorang sahabat.
Pengajianku tinggal lagi lebih kurang 4 bulan untuk dihabiskan. Sekarang pun aku dan Intan masing-masing sibuk menelaah pelajaran untuk menghadapi peperiksaan akhir kami. Tidak sabar rasanya ingin menamatkan zaman pengajian. Aku juga tak sabar hendak melangkah ke alam pekerjaan. Aku dan Intan pun sudah mula mengintai peluang-peluang pekerjaan. Kami bercadang mahu bekerja satu tempat dan duduk juga serumah.
 Persahabatan selama lebih kurang lima tahun ini betul-betul membuatkan kami memang tidak boleh berpisah walaupun sekejap. Tak tahulah kalau masing-masing sudah berkahwin nanti. Sampaikan Razlan bercadang hendak membeli rumah di sebelah rumah sewa kami nanti. Amboi Razlan...tak agak-agak. Hehehe...
Dan yang paling menggembirakan aku apabila Intan dan Razlan selamat bertunang. Tak sangka aku. Bertunang juga diorang berdua. Meriah sekali kenduri bertunang Intan dan Razlan. Akulah di antara orang penting si Intan ni. Tak menang tangan aku dibuatnya. Dan aku bersyukur kerana akhirnya Intan menemui insan yang benar-benar menyayangi dan mencintainya. Giliran aku? Entah bila agaknya. Masih samar-samar lagi.
Pagi itu Hisyam mengajakku berjalan-jalan sekitar Kuala Lumpur. Teringat kembali kenangan sewaktu bersama dengan Jojo dahulu. Tapi aku cuba lupakan kerana sememangnya aku tidak mahu lagi mengingati kisah lama itu. Aku terus menumpukan perhatian pada perbualanku dan Hisyam. Hisyam membawaku ke pusat membeli-belah Suria KLCC. Dan tempat yang aku dan Hisyam wajib tujui mestilah ke premis buku. Dan kami menuju ke gedung buku Kinokuniya, antara kedai buku yang terbesar di Malaysia. Rambang mataku dibuatnya apabila melihat pelbagai deretan novel-novel di rak yang disediakan. Hisyam pula terus menuju ke arah deretan buku-buku ilmiah berkisar tentang profesionnya, kejuruteraan.
Sedang aku meneliti novel-novel yang ada disitu aku terperasankan ada seseorang sedang memandang ke arahku. Aku mengangkat wajahku untuk melihat gerangan siapa yang terlalu khusyuk memandangku itu. Hampir terlepas novel dari genggamanku apabila terpandangkan wajah seseorang yang sudah lama aku tidak ketemui. Aku hanya memerhatikan lelaki itu dari jauh sahaja. Aku tidak mempunyai kekuatan yang cukup untuk berdepan dengan lelaki itu walaupun ketika itu aku rasa ingin terus menerkamnya. Tapi aku tidak bisa. Aku takut jika aku tersalah orang.
“Jenna...Jenna....” sapa Hisyam.
“Opocot mak kau terbalik!!” latah aku tiba-tiba. Kurang asam masin betullah Hisyam ni. Bukan nak bagi salam bila tegur orang tu. Aduhai....
”Hehehe..sorry Jenna. Hisyam tak sengaja. Khusyuk benar Hisyam tengok Jenna mengelamun. Tu yang Hisyam nak try sakat Jenna.  Kelakarlah pulak bila tengok Jenna melatah ni. Tak elok melatah ni tau. Tak baik untuk kesihatan.” Nasihat Hisyam sambil meneruskan tawanya. Orang di sekeliling kami mula memandang dan berbisik-bisik.
 “Hisyam ni kalau sehari tak sakat Jenna tak boleh ek??? Terkejut beruk Jenna tau. Kalaulah Jenna ada sakit jantung dah lama Jenna “goal” tau.” Marahku manja pada Hisyam.
“Hehehe..sorry ye sayang. Hisyam janji tak buat lagi dah. Sayang beli novel apa ni? Biar Hisyam bayarkan. Lepas tu kita pergi makan dulu. Hisyam lapar giler ni.” Ajak Hisyam sambil mengambil novel-novel yang inginku beli dari tanganku dan terus menuju ke arah kaunter pembayaran.
Hampir terkedu aku dibuatnya apabila Hisyam memanggilku dengan panggilan sayang. Bagaikan tidak percaya. Aku cubit pipiku beberapa kali.
Aduh!!! Sakit..
”Eh..eh..tak gerak-gerak lagi rupanya dia. Sudah-sudahlah tu berangan sayang oii...Hisyam lapar dah ni.” Kata Hisyam setelah membuat pembayaran. Aku masih lagi berdiri kaku di situ, lalu Hisyam terus menarik tanganku. Terkedu aku seketika dengan perlakuannya. Lelaki yang aku lihat tadi terus hilang dari pandangan mataku.
Di bilik aku hanya duduk termenung memikirkan apa yang sudah berlaku siang tadi di Kinokuniya. Pelik aku dengan perangai Hisyam yang tiba-tiba begitu romantis terhadapku. Genggaman tangannya yang kejap itu benar-benar membuatkan jantungku berdegup dengan begitu kencang sekali. Tidak pernah sekali seumur hidupku membenarkan tanganku disentuh lelaki. Tapi dengan Hisyam ini aku bagaikan terpaku dan tidak dapat berbuat apa-apa. Teringat aku kepada Jojo. Pantang saja tangan dia ingin menyentuh tanganku dengan pantas aku menampar lembut bahunya. Aku katakan padanya itu adalah prinsip aku, tidak ada lelaki yang bisa menyentuh tanganku sebelum kami disatukan dengan ikatan yang sah. Nampak gayanya aku kena bertegas dengan si Hisyam ni.
Sebut mengenai Jojo, aku teringatkan peristiwa pagi tadi. Aku tidak menyangka akan melihat wajahnya kembali. Aku tidak pasti sama ada memang benar itu Jojo atau pun pelanduk dua serupa. Tapi tiada perbezaan di antara dua lelaki itu. Yang ada hanyalah lelaki yang aku lihat tadi memakai kaca mata dan rambutnya tersisir rapi. Tidak seperti Jojo yang aku kenali dulu. Tidak berkaca mata dan rambutnya sentiasa tercacak. Katanya hendak nampak ‘stylo’. Terkenang kembali lawak bodoh aku dulu mengenai rambutnya itu.
“Amboi abang ni...rambut tu...terpacak bukan main. Buatnya cicak jatuh atas rambut abang tu maunya koma setahun cicak tu.” Lawakku pada Jojo.
“Amboi...sedapnya kutuk abang.” Kata Jojo sambil mencuit hidungku.
“Abang!!!! Abang lupa ea???” marahku pada Jojo kerana dia lupa pada pesanku.
“Hehehe..tu lah. Siapa suruh sakat abang. Kan dah kena cubit. Abang tak lupalah sayang oii..abang minta maaf ye. Abang tak buat lagi.” Kata Jojo memujuk ku.
Indahnya saat bersama-sama dengan Jojo dahulu. Terlalu banyak kenangan manis yang kami cipta bersama. Walaupun pergerakan kami terbatas kerana Jojo tidak bisa memegang tanganku seperti pasangan kekasih yang lain. Tapi Jojo begitu memahami dan mengerti akan prinsip hidupku yang satu itu.
**********************************************************

No comments:

Post a Comment