Tuesday, 27 November 2012

BYDC - BAB 3


“Amboi..sejak kebelakangan ni asyik betul Intan tengok Jenna mengelamun tau. Apa yang seronok sangat tu?? Hehehe.” Tanya Intan cuba mengorek rahsia.
“Hehehe...tak der papelah Intan. Saja je...berangan. Bosan asyik duk mengadap buku je. Rasa nak muntah hijau tau.” Kataku meluahkan rasa hati.
 Selebihnya aku cuba mengelak Intan bertanya dengan lebih lanjut perihal apa yang aku lamunkan. Aku belum bersedia lagi untuk bercerita pada Intan tentang Jojo, kekasih lama ku itu dan siapa lelaki yang aku lihat siang tadi.
Peperiksaan semakin dekat. Aku begitu tertekan sekali. Nasib baiklah ada Hisyam yang sedia memberi nasihat yang berguna kepadaku untuk menghadapi peperiksaan akhir ini. Lebih-lebih lagi ini peperiksaan aku yang terakhir. Aku ingin graduate dengan jayanya dan membanggakan kedua ibu bapaku. Doa restu dari mereka berdua amat aku perlukan. Ibu dan ayah aku pun sentiasa berdoa akan kejayaan aku.
Bercerita mengenai prinsip aku tu, Hisyam dengan senang hati menerimanya. Dia pun sudah meminta maaf kepadaku dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Dia ‘tabik spring’ terhadapku kerana mempunyai prinsip seperti itu. Katanya susah zaman sekarang nak jumpa perempuan yang masih lagi menjaga adab-adab pergaulan mereka. Amboi...bukan main kembang lagi aku bila dipuji sebegitu. Tergelak Hisyam dibuatnya.
Perihal aku hampir jatuh terduduk depan MPH dan Hisyam menarik tanganku lembut ke kerusi itu tidak mengapa. Itu kerana aku dalam keadaan darurat. Hehehehe....
Pada saat itu juga, Hisyam ingin memberitahu aku sesuatu. Tapi katanya tunggu aku habis menghadapi peperiksaan akhirku. Katanya ingin membuat surprise padaku. Apalah agaknya surprise yang ingin Hisyam buat padaku itu. Nantikan sahajalah.
Akhirnya aku selesai menduduki peperiksaan akhirku dengan leganya. Kini aku berada di rumah bersama ibu dan ayah serta adik-adik. Aku ingin berehat sepuas-puasnya sebelum melangkah ke alam pekerjaan pula. Di rumah aku asyik terfikirkan tentang luahan perasaan Hisyam padaku selepas sahaja tamat kertas terakhirku. Aduhai. Tak sangka aku, rupa-rupanya Hisyam menyimpan perasaan terhadapku. Kata Hisyam dia mula jatuh cinta pandang pertama terhadapku apabila dia ternampak aku bersama rakan-rakanku di Unit Fasiliti.
Merah padam mukaku ketika Hisyam meluahkan kata-kata cintanya padaku. Aduhai. Cukup romantis saat itu. Hanya dibayangi cahaya lilin, Hisyam mengatakan betapa dia menyintaiku dan rupa-rupanya selami ini sudah lama dia memerhatikan aku dari jauh.
Tiba-tiba Hisyam mengeluarkan sesuatu dari poket suitnya. Aku lihat ada sebuah kotak berbaldu warna merah berbentuk hati. Jantungku mula berdegup kencang. Hisyam menghulurkan kotak berbaldu merah itu padaku. Katanya, jika aku sudah benar-benar bersedia dan terima cintanya, pakailah cincin ini apabila berjumpa dengannya. Aduhai. Aku rasa mahu menangis saat itu juga.
Dan sekarang, cincin berlian itu terletak elok di jari manisku. Tidak sabar rasanya aku ingin menunjukkan kepada Hisyam dan memberi balas kata cintaku padanya. Sabarlah wahai hati. Saat itu akan tiba tidak lama lagi.
********
Pada pagi itu aku menemankan emak ke rumah makcik Gayah kerana ada kenduri rewang di rumahnya. Anaknya si Milah akan berkahwin pada hujung minggu ini.
Kahwin jugak budak ni. Eloklah tu, si Milah tu pun memang sudah mempunyai ciri-ciri isteri mithali. Elok benarlah kalau si Milah tu berkahwin. Memasak, mengemas, menjaga anak kecil sudah menjadi satu perkara yang teramat mudah baginya. Beruntung jejaka yang dapat memperisterikan si Milah ni.
Aku??? Siapa lah agaknya jejaka yang malang yang dapat memperisterikanku ini. Aduhai..Kasihanlah pulak pada Hisyam. Nampak gayanya mulai dari sekarang aku kena berguru dengan emaklah ni.
Sesampai sahaja aku dan emak di rumah makcik Gayah sudah ramai kaum-kaum ibu berkumpul di dapur. Masing-masing sibuk mengupas bawang dan menyediakan bahan-bahan untuk di masak oleh kaum-kaum lelaki. Kebiasaannya memang kaum-kaum bapa akan memasak makanan kenduri. Kaum-kaum ibu pulak akan menyediakan bahan-bahan masakan dan menyiapkan bunga telur.
Dan selebihnya, ada jugak kaum-kaum ibu yang sibuk membuat “ketupat” dengan kata lainnya ialah mengumpat sesama sendiri.
Sedang aku sibuk membantu emak mengupas kulit bawang, aku terdengar satu suara, suara makcik Senah menegur ibuku. Aduhai, tak berkenannya aku dengan peel makcik Senah ni.
“Ani, kau bila pulak nak bermenantu? Takkan tak teringin nak timang cucu kot? Kau tengok aku ni, dah ada empat orang menantu tau. Cucu pulak bukan main lagi berderet. Jangan dibiarkan anak dara kau tu lama-lama. Belajar tu belajar jugak. Yang penting pasangan tu kena ada. Aku takut je anak kau tu jadi andartu. Tak laku.” Kata makcik Senah menyindir.
Aduhai, panasnya telinga aku mendengar sindiran yang keluar dari mulut makcik kepoh sekampung tu.
Ingin sahaja aku menjawab semula kata-kata makcik Senah. Tapi, belum sempat mulutku mengeluarkan suara, emak terlebih dahulu berkata “Belum sampai jodoh lagi Senah oi. Kalau ada jodoh adalah. Biarlah dia cari duit sendiri dulu. Biar hidup stabil. Taknak pulak aku bila dia dah kahwin nanti tiba-tiba kena tinggal dek laki. Kalau kena tinggal pun takpe sebab kedudukan dia sendiri pun dah cukup stabil. Dan aku harap jugak kau janganlah doakan anak aku jadi andartu.” Kata emakku pula membalas percakapan makcik Senah tadi.
Sedih aku dengar apabila emak berkata begitu. Tapi betul jugak cakap emak. Biarlah aku sendiri mempunyai ekonomi yang stabil. Ada rumah dan jugak kereta sendiri. Dan aku sendiri ingin membahagiakan kedua ibu dan ayahku.
Tentang Hisyam aku belum bercerita apa-apa pun pada emak dan ayah. Biarlah dahulu. Lagipun kami baru di peringkat permulaan perhubungan. Kalau tak jadi, malu jugak aku. Sampai masanya nanti, akan aku bawa Hisyam berjumpa dengan emak dan ayahku.
Malam itu aku, emak dan ayah duduk bersantai di halaman rumah sambil menghirup angin malam yang segar. Sudah lama rasanya aku tidak menghirup udara sesegar ini. Angin pantai betul-betul mempesonakanku. Seronok juga tinggal di tepi pantai ni. Kalau di Shah Alam tu memang payahlah nak hirup udara macam di kampung ni. Buat mendatangkan penyakit aje.
“Jenna jangan ambil hati dengan kata makcik Senah kau siang tadi ye. Makcik Senah tu memang begitu. Tak tahulah apa kena dengan dia. Suka benar jaga tepi kain orang. Jaga tepi kain sendiri sudahlah.” Bebel emakku tiba-tiba.
“Kamu ni Jenna, takde sape-sape ke yang kamu berkenan kat kampus tu. Dah hampir lima tahun kamu kat sana takkanlah takda seorang lelaki yang kamu berkenan?” tanya emakku tiba-tiba. Ni mesti mak dah termakan juga dengan kata-kata makcik Senah tadi.
“Belum ada lagi mak. Yang Jenna berkenan tu ada lah. Tapi lelaki tu pulak yang tak berkenan dengan Jenna ni. Hehehe..” lawakku pada emak.
“Ishh, kamu ni Jenna. Takkanlah lelaki tu tak berkenan dengan kamu tu. Rabun apa mata budak tu. Kamu ni kan cantik, lawa pulak tu. Macam masa emak zaman muda-muda dulu tau.” Kata emakku sambil ketawa.
“Eh..eh..cik Ani oii. Puji diri sendiri nampak. “ kata ayahku tiba-tiba sambil melipat surat khabar yang dibaca dan terus duduk disebelah ibu.
 “Hehehe. Betul apa kan. Dulu saya antara gadis tercantik kat kampung tau. Kalau tidak masakan satu kampung awak kejar saya.” Kata emak sambil tersengih pada ayah.
Aku suka melihat ikatan yang erat antara ayah dan emak. Romantis selalu. Cemburu aku kadang-kadang melihat keintiman mereka berdua. Aku harapkan juga aku seperti emak dan ayahku pada suatu hari nanti.
“Dah-dah lah cik Ani oii. Kalau ada jodoh tak kemana. Kahwin jugak anak kita tu nanti. Awak sabar jer la kalau nak timang cucu tu.” Kata ayah cuba memujuk emak.
“Kamu Jenna, kalau kamu dah berkenan dengan sesiapa tu bawalah datang jumpa dengan emak dan ayah ni. Nak juga kami tengok bakal menantu kami tu.” Kata ayah kepadaku pula.
Hampir tersedak kopi yang aku minum. Ayah ni....
“Baik ayah. Nanti kalau ada, Jenna bawak jumpa dengan ayah dan emak ek. Emak dan ayah janganlah risau. Jenna nak kerja dulu. Cari duit untuk mak dan ayah serta adik-adik dulu.” Kataku berjanji pada emak dan ayah. Adik-adikku masing-masing sudah masuk ke bilik. Kami memang telah di didik supaya tidur lebih awal. Bangun juga akan awal seawal lima pagi. Kata ayah kalau bangun awal pagi, rezeki senang nak masuk.
Bosanlah duduk rumah lama-lama ni. Penat jugak berguru dengan emak ni. Sekarang aku sudah pandai memasak tau. Cakap aje nak suruh aku masak apa, aku akan sediakan. Yang paling pandai aku masak ialah lauk favourite aku iaitu ikan keli masak lemak cili api. Senang rupanya memasak ni. Asal ada semua bahan memang mudah dan cepat. Hehehe. Tak sabar pula aku nak bercerita pada Intan tentang kemajuan aku. Nak bercerita pada Hisyam pulak? Mestilah aku malukan.. Jatuhlah pulak saham aku nanti. Hehehe.
Sebut pasal Intan dan Hisyam, lama dah aku tak jumpa mereka berdua. Tapi telefon bimbit dan juga email yang menghubungkan kami. Intan sekarang bukan main bahagia duduk di rumah. Katanya, badannya sudah naik dua kilo. Aduhai. Relaks sakan si Intan tu. Sampaikan Intan bercerita padaku, Razlan menegurnya mengapa badannya dah nampak macam Barney, watak utama rancangan kanak-kanak Barney’s and Friends. Intan, Intan.
Aku pesan padanya, jaga badan tu. Nanti Razlan cari orang lain pulak. Menjerit dia bila aku berkata begitu.
Hisyam.. Selalu jugak dia menghubungi aku ketika di rumah. Katanya tidak sabar mahu berjumpa denganku. Kalau boleh dia hendak datang ke rumahku hendak hantar rombongan meminang aku. Ketawa aku bila mendengarnya. Ish.. tak sabar betullah mamat ni.
“Rindunya saya pada awak Jenna. Tak sabar rasanya nak jumpa awak. Nak lihat awak pakai ke tak cincin yang saya beri hari itu. Awak pakai ke Jenna cincin tu?” kata Hisyam padaku suatu malam ketika dia menelefonku.
“Mana saya boleh bagitahu. Nanti tak surprise lah. Awak sabar ye Hisyam.” Kataku cuba memujuk Hisyam. Sekilas aku terpandangkan cincin comel yang tersarung cantik di jari manisku.
“Ye la. Saya tunggu. Tapi saya yakin yang awak akan memakainya.” Kata Hisyam dengan suara yang cukup menggoda. Aduhai. Lemah jantung aku dibuatnya bila mendengarkan suara gemersik Hisyam. Selain Hisyam mempunyai lesung pipit yang dalam dan mata yang cantik, Hisyam juga mempunyai suara yang cukup gemersik. Bisa membuatkan mana-mana perempuan tidak tidur malam. Termasuklah aku. Hehehe.
“Saya rindukan awak Jenna. Rindu nak lihat wajah awak tau. Wajah awak yang natural dan manis itu. Kalau ikutkan rasa hati ini, saya nak terbang jumpa awak sekarang tau. Tak pun, saya nak pinjam ‘pintu suka hati’ Doraemon, saya nak jumpa awak tau.” Kata Hisyam membuat lawak. Aku cukup terhibur sekali dengan lawaknya itu. Hisyam memang pandai berlawak.
“Awak ni kelakarlah. Sabarlah sayang. Saya pun rindukan senyuman manis awak tu tau. Lebih-lebih lagi lesung pipit awak tu. Cemburu saya tau.” Kataku pada Hisyam.
“Aikk...senyuman manis dengan lesung pipit saya aje awak rindu? Saya awak tak rindu? Sampai hati awak tau. Sedihlah saya camni.” Kata Hisyam mulai merajuk.
“Aduhai..merajuklah pulak cik abang sorang ni. Hehehe.” Kataku memujuk Hisyam.
“Okeylah. Dah larut malam ni. Saya dah terasa mengantuk. Saya nak masuk tidur dululah.” Kataku pada Hisyam. Memang aku rasakan aku begitu mengantuk sekali. Pedih mataku kerana menahan ngantuk.
“Alah..sayang dah nak tidur ke? Okeylah kalau gitu. Sayang tidurlah dulu. Nanti sayang mimpikan abang ye. Sweet Dream ye sayang. Jangan lupa baca doa tidur tau. Hehehe. Okey. Assalamualaikum sayang.” Kata Hisyam kepadaku lalu mematikan talian.
‘Sayang’ dan juga ‘abang’....teringat aku kembali pada Jojo. Panggilan itu juga yang selalu kami gunakan. Mengapa aku sering teringatkan Jojo sejak kebelakangan ini. Dan Hisyam jugak tanpa sedar mengingatkan aku pada Jojo.
Arghh....Aku cukup mengantuk sekarang. Apa-apa pun aku mahu tidur. Aku mahu 

bermimpi yang indah-indah bersama Hisyam. Biarlah Jojo terus luput dari ingatanku.

Biarlah di hatiku kini cuma ada insan yang bernama Nur Hisyam Amin Zulkifli.

***************************************************************


1 comment:

  1. BOLAVITA merupakan Agen Judi Online Terpercaya
    Kami menyediakan berbagai macam judi online seperti :

    - Sportsbook (SBOBET, MAXBET, 368BET, CBO855, GD88 )
    - Live Casino (SBOBET, MAXBET, CBO855, GD88, SV388)
    - Bola Tangkas (TANGKASNET, 88TANGKAS, TANGKAS365)
    - Fishing World
    - POKER ONLINE
    - Slot Games
    - Sabung Ayam (S128, SV388, CFT2288)

    Dapatkan bonus hingga Rp.50.000.000,- dari kami!! Hanya dengan minimal deposit sebesar Rp. 50.000,- anda sudah bisa bermain games yang anda mau!!

    Hubungi kami customer service kami yang ramah yang standby 24jam melalui :
    Link Website Resmi kami :
    www.bolavita.site

    Situs Pembuatan Akun Sabung Ayam Online S128, SV388, CF88
    Wechat : Bolavita
    WA : +62812-2222-995
    Line : cs_bolavita
    BBM PIN : BOLAVITA ( Huruf Semua )

    ReplyDelete