Monday, 31 August 2020

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia ke-63

Assalamualaikum...

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-63 ❤❤

Saya sayang negara saya, Malaysia.

Tahun ini tema kemerdekaan ialah Malaysia Prihatin #malaysiaprihatin. 

Stay at home, stay safe, kita jaga kita. 

I love Malaysia, tanah tumpah darahku. 🌺🌺

Walaupun tiada sambutan ambang kemerdekaan dan juga perarakan, namun sambutan masih tetap diteruskan dengan cara masing-masing. Kita semua sangat mengharapkan agar tahun depan kita akan kembali menyambut hari kemerdekΓ an dengan gilang-gemilang. Kita mesti menang dan kalahkan virus covid19 agar kita semua kembali ke kehidupan yang normal.

Jaga penjarakkan sosial walau di mana kita berada. Kita masih belum menang. Kita akan terus berjuang menangani masalah covid19 ini. Itulah perjuangan kita demi bangsa, anak cuci cicit kita yang akan datang.

Selamat Hari Merdeka dari Blog Cik CT 😘😘😘







Saturday, 29 August 2020

Saturday is Working Day - 29 Ogos 2020 -

Assalamulaikum..

Selamat pagi..

Sedang buat ape tu kalian-kalian semua? Aperr???

Masih tido lagi?? Huntonglerr, cuti hujung minggu boleh bangun lambat, tido sampai ke petang. Cik CT jer lah yang ade duk terperuk kat opis ni. Iyer..Cik CT kerje hari ni. Bile lah nak office nak hapuskan undang-undang kerja hari Sabtu minggu ke-5?? Memang lah tak selalu, tapi kebanyakan Sabtu minggu ke-5 ni hari seterusnya atau sebelumnya ada public holiday. Tak ke sakit hati namanye tu??? Hahahahaha...

Macam minggu ni, hari Isnin 31 Ogos cuti hari kemerdekaan. Dah best-best boleh balik awal hari Jumaat dah kene balik hari Sabtu. Hohoho. Tapi, ini kan Cik CT. Bukan Cik CT namenya kalau tak menggunakan entittle leave dengan sebaik mungkin. So, Selasa ni Cik CT sambung cuti lagi. Kihkihkih.

Well, bila kerja hari Sabtu ni macam biasalah masa tu rasenya sangat lambat nak berlalu. Sekarang ni baru pukul 10.30 pagi. Cik CT ada masa 2 jam setengah untuk tunggu waktu office hour berakhir. Kalau apply cuti hari ni, nanti leave Cik CT kene tolak as satu hari. Adil ke semua ini? Tak adil kan? Hohoho.

Tapi, tak per lah. Bila kerja hari Sabtu ni boleh lah settle kan mane kerja-kerja yang tak siap lagi. But the problem is QnE system pulak tak boleh di access. Time-time gini jugak IT kitorang, Hezuani tu nak buat maintenance. Tak boleh buat hari lain ke? Hari ni jugak ko nak buat ye Lang??

So, sudahnya Cik CT buatlah keje lain. Antaranya, update Blog Cik CT ni lah. Lagi nak buat ape ek???

Oh ya, habis kerja ni Cik CT terus balik kampung Johor. Well, Cik CT drive lah. Bila lagi nak practice make perfect. Dan kebetulan pulak, Baby O Cik CT tu nak bawak pergi second service kat Pontian. Sebab tu kene balik. Doa kan Cik CT selamat sampai kampung ye kawan-kawan. Cik CT ni nubis kubis. Cik CT bawak slow jer. Hehehe..

Okay lah korang. Cik CT nak sambung buat kerja pulak. Takkan lah nak makan gaji buta hari Sabtu ni. Opppsss!!!

Bye..bye..Assalamualaikum..



Friday, 28 August 2020

Recovery Session @ Gunung Lambak

Tarikh: 19 Julai 2020

Tempat: Gunung Lambak, Kluang

Starting Point: Hutan Lipur Gunung Lambak

Ketinggian: 510 m (1,673 ft)

Tahap Kesukaran: Easy to Moderate

Total Pendakian: 2 jam

 
Recovery session done ✔


Lydia di puncak paling tinggi


View yang dapat dilihat dari puncak Gunung Lambak


Gunung Lambak 3.0 checked



We are here kawan-kawan


Wajah ade banyak senyum lepas naik tangga hazabedah


Jumpe time nak turun...


Alhamdulillah, jejak lagi kaki ke puncak Gunung Lambak selepas 3 tahun yang lalu. Kali terakhir pergi adalah pada tahun 2017 bersama-sama dengan Vajidah dan Pika.

https://ctfaiross.blogspot.com/2017/07/pendakian-kali-ke-2-ke-gunung-lambak.html

Kali ni aku pergi pulak bersama kawan-kawan hiking aku, Lydia, Adda & Nabila. Actually pada hari semalamnya, 18 Julai aku join trip Trans Payong under Gunung Hub bersama dorang ni. So, bila dah alang-alang ade kat Batu Pahat balik lah kampung terus. Iye dok...

https://ctfaiross.blogspot.com/2020/08/trans-payung-pt-sulong-batu-pahat.html

Lydia, Adda & Nabila stay semalam kat rumah aku. Plannye nak mengajak lah deme bertiga jalan-jalan pantai petang tu. Namun tak kesampaian pulak bila mana petang tu hujan turun lebat selebatnya. So, sambung tido semula lah. Bestnye duduk rumah aku, makan je lah sokmo. Hahaha...

Family aku memang suka terima tetamu. Nak datang rumah aku sila lah. Hehehe.

Untuk recovery session, aku plan ngajak dorang bertiga naik Gunung Lambak. Dorang bertiga memang onz jer. Dah alang-alang sampai Johor kate mereka. Aku okay jer. Plan asalnye nak gerak awal pagi. Dalam kul 7 pagi macam tu. Tapi memang idok lah kan. Hahaha. Kitorang keluar rumah dalam pukul 8 pagi. Ajak dorang bertiga sarapan dulu. Pagi tu Cik Ani siapkan sarapan kitorang ala-ala western gitew, ayam goreng Ayamas Spicy with Fries. Pak Sarip pulak beli banyak nasi lemak. Mak siap bekalkan kami berempat ayam goreng ngan fries sorang satu untuk dimakan masa kat puncak tu nanti. Lap u lah Cik Ani. 😘😘😘

Aku drive Baby O sampai ke Kluang. Boleh tahan jugak jalan ke Kluang pagi tu. Agak jem. Tapi okay jer. Kitorang selamat sampai di kawasan Hutan Lipur Gunung Lambak pada pukul 9 pagi. Sedikit sesi panaskan badan then kami terus menuju ke Jambatan Gantung untuk ke laluan pendakian. Dorang bertiga memang sangat teruja. Hehehe. Namun........................................................

 
Sunkisses


Penamat trail simen

 
Time ni kat puncak. Duk lepak makan lunch pack ayam guring


Lydia, ayam guring & puncak Lambak


Dulu takde tu kayu penghadang tu.

Di sini, penderitaan bermula. Lepas dari jambatan gantung, ade laluan trail simen terus menuju ke starting point off-road trek Lambak. Kat sini okay lagi. Santai-santai. Huhahua. Hirup udara pagi, snap gambo. Lepas tu jumpa dah anak-anak tangga lepas dari kawasan air terjun kecil. Amekkaw, tangga die mencanak ye kawan-kawan. By the way, tangga dah nampak baru. Cantik. Dulu time pergi panjat batu. Kalau basah confirm licin. 

Starting off-road, naik tangga then terus mencanak sampai ke atas. Seriously, aku kene cop scammer paling terunggul oleh dorang bertiga. 😎😎😎


Hidangan lazat yang disediakan trek Lambak


Are u ready guys???


Sedappp...


Sedap sangat ni



Memang sedapppp...


Aduhai, sedap sangat...


Lazat sehingga menjilat jari


Tak cukup jari tangan, jilat jari kaki


Nak rasa lagi ke hidangan lazat Lambak???

" Kak Yus tipu. Kata senang!! Sejam je boleh sampai!! "

" Hahaha..Sorry sesangat korang. Actually, kak yus lupa dah trek Lambak camner. Dulu tak de lah secanak ini. Propaaa!!!! "

Kitorang naik dan terus naik. Actually, stamina kitorang okay je pagi tu. Cume sedikit slow lah. Lydia macam biasa terus di hadapan. Die dak-dak padu. Crew Gunung Hub kate kan. Hahaha. Tapi tu ahh, die bajet santai-santa sepak daun je trek Lambak ni. Rupa-rupanya mencanak sepanjang masa. No discount at all. Kitorang memang tertonggeng-tonggeng panjat. Pegang akar. Pegang tali. Well, best kan. Hahaha. Untuk recovery session, sebenarnya tak best lah. Ni namenye menambah penderitaan Trans Payong semalam. Adoiii. Kelakar bile ingat balik. πŸ˜‚πŸ˜‚

Dalam mulut terkumat-kamit bila nak sampai, bila nak sampai, finally weolss sampai puncak around pukul 10.15 pagi. Tepat dalam jangka waktu yang aku inform dorang iaitu 1 jam. Cume treknye hazabedah lah sikit. Ala, aunty & uncle relaks je naik Lambak tu. Siap bagi semangat lagi kat kitorang. Hahaha.

Sampai atas, orang agak ramai. So, bagi peluang dorang ambil gambo dulu. Tapi, nampak je spot lengang tak de orang, terus kitorang masuk line nak bergambo. Haruslah bergambo bila dah sampai puncak. Alhamdulillah, sampai jua akhirnya. Dorang pun actually happy aku bawak dorang ke sini. Hehehe. Best kot trek Lambak!! Sempat lah jugak memasing panjat tiang batu yang boleh tengok view dari Puncak Lambak. Bergambo kenangan dekat menara pemancar yang ada kat situ. Actually, nak terus ajak dorang ke pokor gergasi tu tapi time tu cuaca macam nak start hujan. Hujan pun dah turun renyai-renyai. Lepas kitorang makan bekalan yang mak sediakan, kitorang terus bergerak turun. Around pukul 12 tengah hari kitorang sampai kat parking kereta semula. Sempat lah jugak cicah-cicah kaki kat air terjun kecil yang ada kat situ. Mujur Adda tak wat hal nak mandi kat situ. Hahaha. Elok pulak bile tang turun, hujan dah berhenti.

Masa nak turun aku bagi dua piliha pada mereka bertiga sama ada nak turun ikut trek yang kitorang naik tadi atau ikut trek yang lebih landai dan santai. Pikir punye pikir, dorang decide untuk turun ikut trek yang mencanak naik tu. Well, kate pendaki muka pinggan!!! Barulah ade beran!!! So, bila turun dengan trek yang menjunam kene lebih berhati-hati dalam melangkah dan memijak akar kayu. Well, nak dijadikan ceritanya...aku kan lupe trek Lambak camno ghuperrye, so aku naik Lambak pakai sandal hiking aku. Time naik okay ke. Time tang nak turun tu. Sandal aku agak licin bile memijak. Tergelincir jugak lah. So, aku decide untuk berkaki ayam jer lah. Jangan buat selalu ye kawan-kawan. Bahaya jugak bile berkaki ayam ni. Risau terpijak dan tersadung akar je. Dah turun harga hantaran kahwin Cik CT. 

Actually, kitorang kene kejar masa untuk sampai KL sebelum lewat petang. Sebab tu tak lama sangat kat Lambak. Kalau tak memang aku nak ngajak depa p cari kopi Kluang. Balik tu Lydia drive sampai ke Bangi. Alhamdulillah, perjalanan kami balik sangat dipermudahkan. Aku drop Adda, Lydia dan Nabila kat HOA dan aku terus balik ke Setia Alam. 1st time aku drive ye kawan-kawan balik Setia Alam. Well, bila 1st time dan sorang, nervous die terlebih sikit. Hahaha. Salah masuk susur itu biasa ye walaupun dah follow Google Maps. Sape yang salah? Aku yang tak pandai baca maps atau maps tu yang tak clear bagi petunjuk??? πŸ€”πŸ€”

Disebabkan salah masuk susur tu lah aku buat tawaf satu Putrajaya petang tu. Siot betul. Hahahaha.

Tapi takpe, pengalaman itu penting. Well, pengalaman naik Trans Payong, pengalaman digelar scammer terunggul di Gunung Lambak, kenangan pusing satu Putrajaya, kenangan kene game dengan tol Touch n Go. Adoiiii...Semuanya memberikan aku memori yang sangat indah. Dan haruslah aku coretkan di Blog Cik CT ini.

Oh ya...pengalaman aku kene game dengan tol. Tak silap aku mase aku sesat dan aku kene masuk highway MEX. Well, bila dah salah Google Maps reroute lah balik mapskan. So, masuk MEX highway. Bile masuk highway kene masuk tol kan. Nak dijadikan cerita, time aku nak touch kad Touch n Go aku, aku tak jumpe pun mesin touch tu. Omaigadd..camner ni??? 😱😱 Aku yang cuak terus bagi hazard light. Tapi tak sampai seminit aku turn off hazard light sebab mata aku nampak kaunter touch n go ade kat depan. Siot ahhh..kene game aku weiii. Malu siot..mesti kereta belakang pelik awat aku tetibe stop dan bagi hazard light. Dah lah baby O time tu transparent lagi. Malu mak nak!! Dalam baby O aku bantai gelak sorang2. Tapi, itu lah kenangan manis aku yang 1st time bawak kete ni. Hahaha...

So, korang layan kan jer lah gambar-gambar kenangan yang sempat kitorang ambil kat puncak Gunung Lambak ni.











Friday, 21 August 2020

Trans Payung, Pt Sulong, Batu Pahat

Tarikh: 18 July 2020

Tempat: Trans Bukit Payung (5 puncak)

πŸ’—Bukit Botak - Bukit Berdiri - Bukit Alam - Bukit Bungkuit - Bukit PayungπŸ’“

Total Perjalanan: 8 jam pergi dan balik

Starting Point: Kg Kangkar Merlimau, Pt. Yusof



Gambar kenangan bersama line up Trans Payong x GH


Gambar kenangam bersama line up Trans Payong x GH

 
Gambar kenangam bersama line up Trans Payong x GH
 

Tentatif Bukit PayongπŸ’•

Day 0

10.00 pm - Meetpoint di HOA by GH

11.00 pm Pendaftaran dan Taklimat trip.

Sahaja masa menunggu) dan Bertolak ke destinasi.

Day 1

3:00am - Meet point Exit Yong Peng 

5:00am - Start tracking 

6:00am - Tiba di Puncak Satu (Subuh)

Sunrise

7:15 am - Puncak 2. 

8.30 am - Puncak 3.

9.00 am - Puncak 4.

10.00 am - Puncak 5.

11.00 am  - Tiba di parking 

12.00 am  - Makan tengah hari dan bertolak pulang

5.00 pm - Sampai di Meetpoint di HOA by Gununghub

*Tentatif sebagai rujukan. Kemungkinan akan berubah mengikut situasi dan keadaan semasa hari kejadian

          .

          .

Yesszaaa, finally Gunung Hub ke selatan jua. Kali ni aku join Gunung Hub mendaki bukit area Batu Pahat pulak. Tak ku tahu rupa-rupanya banyak bukit yang ada kat kampun halaman ku itu. Adoyaii Faiross!!!!

Kitorang tapau sekali 5 bukit wei..Wallawehhh!!! Bukit Botak, Bukit Berdiri, Bukit Alam, Bukit Bungkuit dan last sekali Bukit Payung. Sebab itu trip ini dinamakan Trans Payung. Well, macam biasa aku as Gunung Member just bayar RM45 jer untuk trip ini exclude transportation. Kalau bukan non-members, fee yang dikenakan adalah RM50 per pax. Alah..beza RM5 jerr...

What include together with this trip? Ecehh, kecek omputih. Hahaha...

Guide |  Meals 1x Breakfast, 1x Lunch | Sweeper | First Aid | Hand Sanitizer.

Bestt kan????

Did not include

Personal expenses. Yang ni kene sendiri lah. Takkan lah organizer nak kene sediakan jugak. Amboiii...

Trip mendaki kali ni 1st time bersama Baby O. Actually, minggu sebelumnya aku ngan adik bongsu aku, Pika bawak balik Baby O ke Setia Alam ni. Pika tak betah duduk lama-lama kat rumah sewa aku ni. Cukup seminggu dia dah tak sabar-sabar nak balik. Dan kebetulannya, aku memang ade trip hiking ke BP so Pika ikut balik sekali lah. Time ni aku takut-takut lagi nak drive. So, Pika jer lah bawak dari Setia Alam ke HOA, Bangi. Sampai HOA, aku pick up Lydia dan jugak Adda. Kali ni carpool dengan kereta aku.

Alhamdulillah, kami sampai exit Yong Peng pada pukul 130 pagi. Trip kali ni ramai, lebih dari 30 orang aku kira. Tapi kami tetap mempraktikkan penjarakkan sosial okay. Hahaha. Pika terus balik semula ke Merlong. Tak sabar-sabar dia nak balik. Risau jugak die drive sorang-sorang balik tu. Tapi, alhamdulillah sampai jugak.

Sedikit briefing dan regangan badan, kami memulakan perjalanan pada pukul 4.30 pagi. Well, jangan dipandang sebelah mata ye trek bukit-bukit ni. Boleh tahan mencanak jugak ahhh...oh ya, babi hutan memang ini kawasan dorang. So, letupan mercun bola pasti kedengaran untuk menghalau mereka dari menganggu perjalanan kami pagi itu. Kang tak pasal-pasal semua bertempiaran lari. 

Untuk trip ini, aku dah tak ingat log perjalanan kitorang. Serasanya kami solat subuh di Bukit Botak. Bukit Botak kawasannya agak limited. Tapi boleh lah untuk kitorang tunaikan kewajipan masing-masing pagi itu. Lepas siap solat subuh, kami semua bergerak ke Bukit Berdiri. Bukit Berdiri tak ambil masa yang agak lama. Kawasan trek pun dah landai dan kami sempat menikmati sunrise pagi tu. Cantikk woooo....

Lame jugakk ahh lepak Bukit Berdiri ni. Sampai kawasan dan jadi terang benderang. Sakan bergambo. Crew GH dah suruh kitorang move ke bukit seterusnya. Depa tak nak kitorang sampai Bukit Payung bila matahari dah naik atas kepala. Panas bak hang. Kami just melalui Bukit Alam dan Bukit Bungkuit. Actually, dua bukit ni tak ade view pun.

Kami semua sampai di Bukit Payung dalam pukul 10 pagi. Cuaca pada ketika itu dah panas bak hang. Terik nau nau. Nak bergambo pun dah tak rasa dah. Hahaha. Cari tempat redup dan makan lunch pack memasing. Mak aii, pedas namatey lunch pack pagi tu. Sedap dah memang sedap tapi tekak aku tak leh terima sebab pedas sangat. Terasa wei pijar tangan ni. So, surrender. Terpaksa buang je. Huhuhu.

Perjalanan turun memang dasat dari Bukit Payung ke bawah. Tak dapat bayangkan kalau kitorang naik dari Bukit Payung dulu. Toleh belakang mencanak weiii. Hahaha...Alhamdulillah, semua selamat turun pada pukul 12 tengah hari. Time tunggu Pika datang amik pulak. Lame weii tunggu dia. Sampai semua line up dah balik lah. Tinggal Roro, Omei, Faiq dan beberape crew GH selain aku, Lydia dan Adda. Rupa-rupanya mak dan ayah follow sekali. Patut lah. Hahaha. Jalan pulak jem. Sorry kengkawan. 

Aku ajak Roro dan Omei pergi rumah aku. Tapi dorang nak meneruskan perjalanan balik ke Bangi. So, aku, Lydia dan Adda meneruskan perjalanan balik ke Merlong. Home Sweet Home. Kesian depa berdua mengantuk bebeno. Hehehe. Sampai Parit Karjo kejut depa berdua, ayah ajak pekena cendol. Lega sikit tekak ni dapat ais. Alhamdulillah, sampai rumah dalam pukul 3 petang. Penat bhai. Adda dan Lydia pun memang dah barai habis. Ingatkan nak ajak dorang berdua lepak pantai, tapi petang tu hujan lebat selebatnya. So, bantai sambung tido lagi. Dorang berdua bangun untuk makan je. Hahahaha...

Memang pengalaman yang sangat menarik. Menawan 5 puncak bukit di Batu Pahat. Sape cakap Batu Pahat tak de bukit, tak de gunung? Ade ahhh..hahaha..

Esoknye bermula sessi recovery kami bertiga. Nak tahu ke mana? Sehingga aku dilabelkan sebagai scammer terunggul?? Nantikan di entri post aku yang seterusnya. Bye Bye...



1st trip hiking with Baby O..


Adik kesayangan ku, Pika. Ajak jugak hiking sama. Die lebih rela balik sorang2 pagi2 buta bhai. Aduhaiii...
 


Hiking Bukit Payong haruslah ade payungnye...


Bajet payung tu boleh bawak aku terbang lah..Memang idok lerr..


Panas lit lit di puncak Bukit Payung. Tak tahan sangat rasa panasnya tu. Surrender. Hahaha


Ke mane jugak lah Cik CT dengan payung nye tu


Hiking buddies yang sentiasa bersama


Andai dapat ku pegang matahari itu, akan ku berikan padamu cahayanya.


Terasa diri ini sangat kerdil 


Nikmat mana yang hendak kau dustakan lagi..


Bendera Johor tersergam indah di belakang ku..


Bendera Gunung Hub berkibar di Batu Pahat


Terus merenung dan menikmati keindahan alam selagi nyawa dikandung badan.


Antara denai-denai yang kami tempuhi


Ada trek yang memerlukan kami memegang tali untuk melaluinya.


Gambar kenangan di bawah batu besar


Wajah riang masing-masing


Sunrise di puncak Bukit Berdiri. So Syantekkk


Laju sikit gerak tu orang depan oiiii...


Hiking buddy paling setia ke mana aje trip, Adda.


Cantik giler sunrise pagi tu


Terus hilang penat mendaki bila disajikan dengan sebuah keindahan yang mengasyikkan di depan mata
 


View from Puncak Bukit Berdiri 


View from Puncak Bukit Berdiri 


By the way, ini budak sebenarnya demam tau. Sehari sebelum trip boleh pulak demam. adoiii.. 


Cer teka sape minah bertiga ni? 


Trek menurun dari Bukit Payong 


Trek menurun dari Bukit Payong  


Trek menurun dari Bukit Payong  


View bawah 




Hi Blog Cik CT 2025 - Cik CT kembali

Hello Blog Cik CT..... Ommoo...ommoo...Lame giler tak bukak blog Cik CT ni. Berhabuk giler dah. Bukan ape cuma tak de masa nak mengupdate. S...