Skip to main content

Mengejar Sunrise di Bukit Batu Chondong

Date: 11 Januari 2020
Tempat: Bukit Batu Chondong, Kemensah
Starting Point: Near ATV Kemensah
Ketinggian: 260m (865ft)
Tahap Kesukaran: Sederhana
Distance: Not sure
Tempoh perjalanan: 30 minit naik, 20 minit turun



BBC 2.0 @ 9 a.m




BBC 2.0 @ 7.45 a.m

Memanglah satu kerja gile bila pagi-pagi ko dah daki Broga, lepas Broga ko tapau pulak Batu Chondong. Perghh!! Boleh tahan jugak nafsu mendaki ko ni Cik CT. 🤣🤣 Training nak ke mane tu???Kihkihkih.

Alhamdulillah, ini kali kedua aku mendaki Bukit Batu Chondong yang terletak di Kemesah, Ampang, KL. Berdekatan dengan Zoo Negara yang hanya sekali je aku masuk disebabkan harga tiketnye yang boleh tahan mencekik leher. Nak ke bukit ni, senang je. Taip je kat Waze mahupun Google Maps, "Bukit Batu Chondong trail" atau pun "ATV Kemensah". Jumpelah nanti mengkome semua. 

After turun Broga, rehat sebentar meregangkan otot-otot dan Hassan pekena sebatang dua rokok, barulah kami memulakan perjalanan ke Kemensah. Perjalanan mengambil masa selama lebih kurang sejam dari Petronas Semenyih. Drivernye ialah Hassan. Mujur jugak ade Hassan. Kalau nak harapkan aku dan Adda yang drive, jawabnye kami balik ke HOA semula lah. Hahaha. Alhamdulillah, sampai di Zoo Negara around pukul 6 pagi. Kitorang berempat menunggu kehadiran Yati dan seorang lagi rakannya, Tini. Mereka juga akan sama-sama mendaki BBC pagi itu.

Selang beberapa minit kemudian ternampak kelibat Bezza merah milik Yati dan kami meneruskan perjalanan masuk ke dalam untuk menuju ke pintu trail BBC. Perjalanan hanya mengambil masa selama 15 minit sahaja. Sampai sahaja memang x ade kereta yang parkir lagi. Kereta kami je yang ada. Jalan pulak agak gelap sedikit. Mujur jugak ade lampu jalan dan headlamp. Sedikit regangan badan, kami memulakan perjalanan dalam pukul 6.50 pagi. Yati ialah kenalan ketika sama2 naik GAP GUS tahun lalu. Orangnye comel dan cantik gitew dan masih single. Ooppsss...

Aku dan Hassan je yang pernah naik BBC ni. Aku kali terakhir naik 3 tahun yang lalu memang tak teringatlah jalannye. Mujur ade Hassan. Mase mula2 nak naik kami disambut dengan salakan anjing diatas bukit sebelah kanan kami. Terkejut teman dibuatnya. Trail masuk BBC hampir tak berapa jelas. Trail disepanjang jalan pun boleh buat kami terkeliru. Tengah-tengah jalan tetiba dah tak jumpe trail. Dah nampak semak samun. Macam sengaja ditutup. Mungkin ramai yang tak masuk kot. Ke sebenarnya trail BBC ni dah ditutup untuk orang ramai? Kan Julai tahun lalu ade yang maut kat situ. Jatuh. Huhuhu.


Trail masuk yang kurang jelas


Laluan ATV, terus tu ke Air Terjun Sofea Jane



Anjing tu duk menyalak dari situ lah. Tetanjat mak nak pagi tu.

Trail memang awal2 dah memacak. Ade ketika kami kene meredah semak samun. Membongkok dan merangkak bawah batang buluh yang jatuh. Kene berhati-hati. Alhamdulillah. Lebih kurang 20 minit perjalanan, kami berjumpa pulak dengan kawasan batu yang perlu kami panjat disebelah kiri trail. Actually, jangan risau. Dorang ade buat jalan lain disebelah kanan yang tak memerlukan kita memanjat pun. Tapi nak rasa thrill, aku dan Lydia rock climbing lah. Hahaha.






Sebelum sampai puncak BBC ade satu laluan yg sgt tactical dan bahaya. Pertama kali aku naik memang memerlukan sekurangnya 2 lelaki dewasa untuk membantu aku naik ke atas. Mana taknya, kalau ko terlepas tali atau tergelincir alamat memang ko akan menjunam jatuh ke bawah. Bahaya weii. Alhamdulillah, Hassan kata depa dah buat bypass, jalan lain kat area bawah trail yang tactical tu. Aku memang tak nak menanggung risiko nak naik ikut trail tu. Lydia pada mulanya nak naik ikut situ. Tapi Hassan suruh kami ikut je bypass yang telah disediakan. Next time ye lydia. Hehehe.



Kalau dah start jumpa laluan berbatu ni, maknanya korang memang on the right track and dah dekat nak sampai. Yeehaa...


Melepaskan lelah sebelum memanjat naik.







Tak silap aku, gambar-gambar di atas ini ialah trail yang aku ceritakan kat atas tadi kalau korang tak nak rock climbing teroxx. Trail ini berada di sebelah kanan korang nanti. Follow je !!  Trail berbatu yang aku dan Lydia panjat tu tak dan lah aku nak snap sebab eksaited nak sampai atas. Hahaha


Finally, we made it to the BBC Peak...


Kan aku ade cerita trail bypass yang disediakan kalau kita tak nak panjat trail yang tactical tu sebelum sampai puncak kan? So, tiga gambar diatas dan di bawah ini ialah one of bentuk trail yang ade kat situ. Okaylah, cume kene treking jauh sikit jer lah. Tapi okay what!! Lagi selamat kan..



Alhamdulillah, around pukul 7.25 pagi kami sampai di puncak Bukit Batu Chondong. Mase kami sampai tu ade 3 orang hikers Chinese yang dah naik dulu. Lame jugak lah kami melepak kat atas tu. Sembang-sembang, amik gambar. Hirup udara segar. Oh ya, tak nampak pun sunrise. Kihkihkih. Tak ape lah. Hampir sejam setengah jugaklah kami lepak kat atas tu. Hassan dah bising suruh kami turun, tapi kami tak nak turun lagi. Hahaha. Macam ayah yang tengah marah anak-anaknye pun ada. Around pukul 9 baru kami start turun. Itu pun dah start ramai orang kat atas tu. Matahari pun dah mencanak naik. Lagipun bahaya ramai-ramai kat atas tu. Bahaya woo. Buatnye tengah seronok-seronok tetiba kawan tertolak ke, fuhh jatuh ke gaung tu. Hishh, nauzibillah...kebanyakan kes jatuh pun disebabkan eksaited bergambo. Huhu. So, kawan-kawan please be extra carefull. Jangan excited sgt. Sayangkan nyawa kalian semua. 


Port ni memang kitorang chop awal-awal masa sampai atas. Port tangkap gambar baik punyer ni. View from that side memang cantik. Saujana mata memandang.


Ko tengok tu Cik CT. Ajet-ajet retis letuww...


Ko ingat tak gerun ke nak ke sini. Ko kene turun sikit kat bawah tu. Hati-hati tau. Alhamdulillah, aku bukan jenis yang gayat. So, okay jer. Hehehe.


Termenung, bila lah nak on trek dengan suami sendiri. Huhuhu.








Jodoh, di manakah kau?? EHHH!!!


Saranghae yo!!



Aduh!! Seriau mak nak oiii...


Tapi bila disuruh senyum, confirm senyum.


After lepak lame kat port batu yang mengadap kehijauan alam tu, kitorang move pulak ke port yang mengadap view Kuala Lumpur. Dari puncak BBC, belah kiri ko akan nampaklah bangunan TRX, KLCC, KL Tower. Pendek kata view Kuala Lumpur lah. So, 11 gambar di atas ni, gigih aku berusaha turun bawah batu tu untuk dapatkan view yang cantik. Thanks pada Yati. Dalam gayat-gayat dia, sempat dia snapkan gambar kitorang dengan Huawei P30 beliau.

Kami berlima selamat turun ke kaki bukit around pukul 9.25 pagi. Bile turun memang lajulah kan. Berdesup. Okay, plan asalnye nak hiking pulak ke Bukit Wawasan, nak lepak2 mandi air terjun kat sana. Yati dan Tini tak follow disebabkan mereka berdua ada urusan lain selepas itu. So, kami berlima je lah yang meneruskan perjalanan ke Bukit Wawasan tu. Perjalanan balik semua ke area Puchong mengambil masa lebih kurang 45 minit. Dalam kereta aku, Lydia dan Adda masing2 dah terbongkang tidur. Hassan sorang je yg drive. Dalam perjalanan tetibe hujan turun dengan lebatnye. Hassan pun kata tak jadi lah kita ke Bukit Wawasan ni. Haripun dah hujan. Kitorang bertiga pun okay je. Iyer lah, bukit tu tak lari kemana lah. Next time pun boleh pergi. So, lepas hantar Hassan balik ke Puchong then Lydia pulak hantar Adda ke stesen LRT Taipan dan aku balik ke rumah USJ12. Before tu kami g lah makan dulu. Lapar bhai. Balik je memang aku terus terbongkang. Hahaha.

Memang fully utilize Sabtu semalam aku. Seronok mendaki ni. Selain dapat lihat view yang cantik dapat jugak menyihatkan tubuh badan serta mengeluarkan peluh. So, next week kemane pulak trip Cik CT?? Nantikan aje lah entri baru Cik CT ya. 

Bye bye. Sekian...

Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...