Skip to main content

Bukit Broga Just For Supermoon

Date: 10 Januari 2020
Tempat: 2nd view point, Bukit Broga
Starting Point: Ladang kelapa sawit, Broga Hills
Ketinggian: 400m (1300ft)
Tahap Kesukaran: Easy Peasy
Distance: 1.7KM
Tempoh on trek: 45 minit naik, 30 minit turun





We are @ Broga Hill @ 2.30 a.m


After 3 years baru aku kembali mendaki Broga. Last pendakian pada tahun 2017, mencuba trail baru yang disediakan pihak yang berwajib setelah tutup beberapa bulan bagi proses baik pulih bukit selepas terbakarnya Broga tahun itu. Kali ini pergi bagi melihat fenomena gerhana bulan yang terjadi pada awal pagi tadi, around pukul 1 hingga ke 5 pagi.


Actually, plan asalnye nak buat Bukit Putus-Angsi-Ulu Bendul. Namun tak terkesampaian plan itu bila mana, Shun founder of Gunung Hub mengajak kami semua naik Broga bagi melihat fenomena gerhana bulan tersebut. Di tambah pulak, Hassan mengajak naik Bukit Batu Chondong dan Bukit Wawasan selepas itu. Memandangkan Lydia dan Adda tak pernah lagi mendaki 2 bukit ini so, kami pun menukar plan BP-Angsi-UB. Tawan 2 bukit ni Afiq tak dapat join tapi Afiq join tawan Bukit Broga.

Aku macam biasa balik dari opis, berkemas dan mandi then Lydia pick up aku kat rumah dan terus ke HOA HQ kat Bangi. Meeting point kami di sana. Adda gerak naik LRT dan turun di TBS nanti. Afiq pulak kitorang pick up dia kat Petronas Semenyih. Bila plan asalnye bertukar, aku yang pada mulanya merancang nak tido sat rumah Along Diana di De Centrum tu tak jadilah sebab dah kene naik Broga. Rupa-rupanya Along ngan Apis dah siap masak dah untuk makan malam. So, aku hanya sempat datang makan malam di rumah Along Diana ditemani oleh Chot dan Lydia. Alhamdulillah. 



Janji nak jumpe Afiq di Broga pada pukul 11 malam. Namun pukul 11 malam baru gerak dari Bangi. Ape cer?? Hahaha. Afiq dah membebel, siap nak sumpah kitorang jadi pondan lagi kalau tak sampai2 lagi. Hahaha...Line up pagi itu ade 7 orang. Aku, Lydia, Afiq, Adda, Hassan bersama dua lagi line up Senaling, Faz dan Farah. Dari Bangi kami naik 2 kereta. Alhamdulillah, sampai di kawasan parking kelapa sawit pintu masuk Broga pada pukul 12.30 tgh malam selepas pick up Afiq di Petronas Semenyih.

Sedikit regangan badan, kami bertujuh meneruskan pendakian ke puncak Broga pada pukul 12.45 tgh malam. Kawasan parkir time tu hanya ada 4 biji kereta je termasuk kereta kami. Kawasan sekeliling jugak gelap namun bulan pada malam itu menerangi kawasan sekitar. Cantik sangat. Pendakian dimulakan dengan Faz di hadapan sebab die dah pernah naik situ baru-baru ini. Hassan pulak di bahagian belakang sekali sebagai sweeper. Pendakian melalui kawasan trail baru yang telah disediakan 3 tahun yang lalu. Pada mulanya kitorang tak jumpa tau pintu gerbang ke Bukit Broga tu. Rupe-rupenya dah runtuh dah. Huhuhu.

Perjalanan yang melalui kawasan trek balak memang menaik jer. Tapi naik die relaks2 chill2 je. Kalau ikut jalan lama memang pacak ler jwbnye. 20 minit pertama memang kita akan melalui je trek balak tu sehingga tiba di kawasan memanjat yang memerlukan kita menggunakan tali. Kat sini memamg dah start memacak sehingga ke 1st view point. Area 1st view point pun luas tapi kami terus ke 2nd view point. Sampai di situ bentang ground and ape lagi sesi bergambar lah dan menantikan fenomena full moon malam itu.

Ya Allah, memang cantik sungguh bulan pada malam itu. Kami masing2 berborak macam2 benda dan Afiq lah yang paling memeriahkan suasana dengan celotehnya itu. Bulan penuh malam itu menerangi kami bertujuh di atas Bukit Broga. Kate Afiq, nanti bulan akan bertukar kemerahan disebabkan fenomena gerhana bulan namun seperti biasa je bulan. 😂😂



Hassan yang juga merupakan photographer kami malam itu jugak tak melepaskan peluang mengabadikan full moon  fenomena itu. Bila on trek dengan Hassan ni, picture confirm kebabom meletup. Hahaha. Nanti aku upload kat sini. Kami menghabiskan masa lebih kurang 2 jam di atas ini dan around pukul 3.30 pagi kami mula bergerak turun semula. Sejuk weii...

Perjalanan turun semestinya tak lame sebab memang menurun je nanti. Tapi yang penting langkah kene berhati-hati. Lagi-lagi turun di kawasan yang bertali tu. Jangan terlalu gopoh. Kang cedera lutut tu. Lutut nak pakai lama kan.





Perjalanan turun tidak bertemu kesukaran. Alhamdulillah. Dekat2 nak sampai kawasan parkir, kami terserempak dengan 2 lagi group yang akan naik kat atas tu. Maybe dorang nak mengejar sunrise kat atas tu pagi nanti. Ohh, kami tak tunggu sunrise lah sebab kami nak mengejar sunrise di puncak yang lain pulak. Hahaha...

Sampai bawah, kawasan mula sedikit terang sebab dah ade orang mula jaga di pintu masuk parking Broga tu. Waktu2 camtu lah ramai pendaki dah start datang.

Faz dan Farah tak follow kitorang untuk plan yang seterusnya. Hassan akan transfer ke kereta Lydia pulak nanti. Drop Afiq semula di Petronas Semenyih. Finally, Pendaki Muka Pinggan berjaya jugak naik Bukit Broga. Maybe boleh naik lagi sampai puncak ke tiga pada waktu siang pulak. Hehehe...

Perjalanan kami bersama Hassan diteruskan ke destinasi yang seterusnya. Ke mana kami??? Nantikan di entri yang seterusnya. Hehehe.

Overall, prestasi aku sgt memberangsangkan. Mengah tu ade lah sikit tapi not bad lah. Hahaha. In sha Allah, akan naik sekali lagi untuk kali yang ke-6 nya Bukit Broga ini.

Bukit Broga officially checked in 2020 as my 2nd trip hike. Hehehe...





Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak ada sape y

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan