Skip to main content

Bye Bye Nabilah, Muaz & Sherine

Bye Bye Korang Semua....

Untuk tahun 2020 ni saje, 3 orang rakan sekerja meninggalkan Revongen. Nabilah pada 3 Januari, Muaz pada 14 Januari dan Sherine pada hari ini, 22 Januari. Bye bye korang bertiga. All the best dalam ape jua yang korang bertiga ceburi. ~ Tetap nak taip kat sini walaupun tahu depa tak baca pun blog Cik CT ni ~ Hehehe....


Farewell Lunch di Honest Bakery untuk Nabilah


Nabilah ~ gadis cantik manis lagi sopan dan santun. Bertuah siapa dapat si cantik manis ni sebab dah lah sopan dan santun, pandai masak pulak tu, senyuman pun manis je, marah?? Kalau marah pun serupa macam tak marah. Hahaha. Gelarkan diri sendiri Nabby Manjerr, sebab katenye dia manja orangnya. So, kitorang layankan jer lah panggil die BiyJerr..Hahaha.

Buat Nabby, thanks sudi jadi kawan kak yus. Walaupun tempoh perkenalan kita boleh dikatakan agak singkat tapi ukhwah yang terjalin tu sepertinya kita sudah lama kenal. Kak yus doakan Nabilah berjaya dalam apa jua yang Nabilah ceburi mahupun yang Nabila lakukan. Kalau ada salah dan silap, harap dimaafkan ye walaupun raya belum lagi. Hahaha. Thanks juga untuk bawal merah yang Nabilah bagi pada kak yus tu. By the way, tak terpakai lagi. Orang kate belum sampai seru lagi. Kahkahkah. In sha Allah, one day kak yus pakai ye. 

Kak yus doakan jugak Nabilah berjaya mengejar cinta sejati yang Nabilah impikan. Jangan lupa jemput kak yus mase kenduri nanti ye. In sha Allah, kak yus mai. Nak kak yus jadi pengapit pun boleh. 🤣🤣 ~ Amik berkat walaupun before ni dah pernah jadi pengapit 3 kali. Hahaha ~



Muaz pulak meninggalkan Halquest tanggal 14 Januari yang lalu. Actually, terkejut jugak Muaz decide untuk resign tapi kalau itu yang Muaz rasa betul, kami semua sebagai rakan sekerja terima keputusan Muaz dengan hati terbuka. In sha Allah, rezeki tu sentiasa berada di mana-mana. Yang penting berusaha, doa dan tawakal. Betulkan Muaz!!!


Muaz ~ boleh jadi seorang pendengar yang baik. Kalau nak mintak ape2 nasihat, in sha Allah dia pasti akan membantu. Seronok berkawan dengan Muaz. Aku dah anggap macam adik aku sendiri eventhough aku dengan Faiz kat kampung kdg2 tak sebulu. Hahahaha..Muaz kalau dah keluar tazkirah die memang seronok dengar. Banyak info yang kitorang dapat. Kadang2 kalau aku ade problem, aku boleh tanya dan mintak pandangan die from perspective seorang lelaki. Hehehe..Thanks Muaz sudi jadi kawan kak yus. Walaupun tempoh perkenalan kita juga singkat tapi kak yus selesa giler berkawan dengan awak. Story pasal kereta, motor, cinta, aura 18 19. Oppss...hahahaha...

Kak yus doakan jugak Muaz berjaya dalam apa jua yang Muaz ceburi dan lakukan. Moga Muaz bertemu dengan apa yang Muaz cari selama ini. 😊😊



Farewell untuk Muaz oleh Team Halvec. Aku tumpanglah sekaki...


Gigih time ni Muaz p basahkan rambut dia, kalau tak jadi Muaziyah budak tu..Hahaha...


Lunch tadi kitorang buat farewell untuk Sherine pulak. Sherine last today. Sherine ialah staff Revonrisk. Selalu bagi kitorang macam-macam. Limau lah, coklatlah, souviner lah, kopi lah, kuih lah...lepas ni kami dah tak dapat lah macam-macam tu lagi. Sherine dah tamat kontrak dengan Revonrisk. Baguslah tu Sherine, dah tiba masanya u duduk rumah, rest, manjakan diri u pulak kan. Sherine dah lama pencen. Dia masuk Revongen ni pun sebab Mr Tern yang tarik untuk join Revonrisk. Kata Sherine, dari tak buat apa-apa kat rumah baiklah die bekerja


Sherine berketurunan baba nyonya kalau aku tak silap dan sangat fluent berbahasa Melayu. Seronok kitorang dapat kawan dan kenal dengan dia. Sherine kelakar dan comel kekadang. I hope u always healthy and happy in whatever are u doing. 



3 orang lagi sudah meninggalkan Revongen. Selepas ini giliran siapa pulak??? HEHEHE....

Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Novel Review : Dia Imamku

Novel: Dia Imamku Novelis: Siti Rosmizah Rate: 9/10 Tarikh Bacaan: 27 - 28 Jun 2020 "Lemah ke seorang lelaki andai dia menitiskan air mata?" Sinopsis Kulit Belakang: Sombong! Berlagak! Itulah diri Cempaka Humairah. Dia benci dengan cucu angkat neneknya. Amiruddin, lelaki kampung yang tak dipandang sebelah mata. "Suka kamu kata Bangla. Budin ni ada kebun pisang." tegur Nenek Bunga. Kebun pisang? Lagilah Humairah tak pandang. Amiruddin itu kekasih Dahlia, sepupu Humairah. Dahlia ni tak adalah baik mana. Mata duitan. Boleh pula jatuh cinta dengan Rafiq, kekasih Humairah. Peranglah jawabnya. Amiruddin dianiaya oleh pak longnya. Nenek Bunga dapatkan dia kerja sebagai pemandu Humairah. Kesian Amiruddin, hari-hari kena marah, kena maki. Sabar aje dia. Kalau orang lain, dah naik pelempang kat muka. Datin Orkid ibu Humairah, kecewa dengan suaminya, Dato' Malik kerana menjadi wali pernikahan Lily, anak sulungnya. Demi cin...

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...