Skip to main content

14 days quarantine ended - Part 1

Lamenye tak mengupdate blog....

Sepanjang aku tak update blog ni, banyak benda yang dah terjadi dalam hidup aku dan jugak hidup semua orang.

Negara Malaysia ku yang tercinta sekarang tengah berdepan dengan suatu dugaan dan ujian yang diturunkan Allah kepada kami untuk kami semua harunginya.

Penularan wabak Covid-19...

By the way, virus ni bermula dari negara China. Ramai rakyat mereka terkorban disebabkan virus ini. Seriously virus Corona ni sangat jahat.

Nanti aku story details lah esok pagi..

Hari ni hari ke-14 self quarantine. By the way, balik jer dari Bandung tempoh hari aku diarahkan untuk self kuarantin selama 14 hari bermula 12 March sampailah ke hari ini 25 March 2020. Semuanya berpunca bila mana gelombang kedua corono virus tiba-tiba menyerang Malaysia. Allahu.. ramai yang terkena jangkitan. Positive Covid-19. Kisahnya bermula apabila seorang jemaah tabligh dari Brunei yang baru balik dari himpunan tabligh Sri Petaling disahkan positive virus. Time ni KKM mengerahkan mereka yang terlibat dalam himpunan tersebut membuat ujian saringan covid-19. 

Terperanjat jugaklah bila baru je touch down dapat wassup mesej dr Ms Yau mengatakan yang aku tak perlu datang ke office. So, dua hari aku duk terperap kat rumah. Masuk hari ke-3 aku ambil keputusan untuk buat ujian darah bagi memastikan aku tidak dijangkiti corona virus. Puncanya sebab aku dah menunjukkan symptom batuk-batuk dan sakit tekak. Tambahan pula, budak-budak opis risau aku datang keje bawak virus. Sedeh woo...

Ahad malam tu jugak Norma bawak aku g Hospital Klang untuk pemeriksaan. Al kisahnya, bermula bila mana aku pergi dulu klinik mediveron setia taipan petang tu. Nak amik ubat batuk dan sakit tekak. Tapi, staff klinik tu reject aku sebab aku ade history ke luar negara dan dorang dah tak nak terima patient yang baru pulang dr oversea. Okay..aku just nak ubat batuk dan MC jer. Staff klinik suggest aku pergi hospital besar. Aku tanya hospital yang terdekat. Dorang kate Hospital Besar Tunku Ampuan Rahimah, Klang. Aku keluar dari klinik dan masih berfikir-fikir nak pergi ke tidak hospital besar. Waktu tu jam dah pukul 6.15 ptg. 

Aku check google maps ke Hospital Klang. 23 minit dari setia alam. Check pulak ke Hospital Shah Alam. 18 minit perjalanan. Bila memikirkan aku lebih familliar dengan jalan ke Shah Alam, aku decide untuk terus ke Hospital Besar Shah Alam. Merempitlah aku ke sana. Alhamdulillah, dalam pukul  6.30 ptg aku sampai diperkarangan hospital. Memang ramai orang. Aku pergi ke kaunter pertanyaan. Aku kata aku baru balik dari Bandung dan nak buat ujian darah dan kesihatan. Staff hospital tanya symptom2 yang ada pada aku. Aku cakaplah batuk-batuk dan sakit tekak. Demam tak lagi. Die kata symptom aku tunjuk tak teruk lagi. So, die just bagi aku alert card jer. Alert card tu menunjukkan aku kene pantau sendiri tahap kesihatan aku selama 14 hari then kalau terdapat symptom2 teruk aku kene terus contact ambulan dan terus rujuk ke Hospital Sungai Buloh. Sempat jugaklah aku kene sound dengan petugas kat situ kenapa travel dalam waktu virus-virus ni. Aku hanya mampu tersenyum disebalik facemask dan menggarukan kepala yang sedia gatal. Hahaha...

Lepas jer isi details berkenaan diri pada staff hospital tu dan amik alert card tu, aku terus menuju ke motor yang aku parkir diperkarangan hospital. Aku tidak terus start engine dan balik. Aku wassup norma mintak pandangan. Norma advice beli thermometer check suhu kat farmasi memandangkan aku kene pantau tahap kesihatan aku sendiri. Dalam kepala aku, aku boleh jer pergi office esoknya. Tak ada masalah. Tapi disebabkan aku batuk dan sakit tekak, budak-budak akan jadi paranoid dan takut nak dekat dengan aku. Huhuhu.

Aku decide balik Setia Alam dan singgah jap Setia City Mall cari thermometer kat Watson dalam tu. Aku merempit giler2 kat highway. Mujur kereta tak banyak. Aku sampai Setia City Mall around pukul 8.30 malam. Masuk ke Watsons dan aku tak jumpa apa yang aku cari tu. Aku tanya ahli farmasi harga thermometer tembak kat dahi tu berapa. Bapak ahh mahal weh..dekat RM900 wei..thermometer yang check kat telinga tu paling murah RM199. Memang tak lah aku nak berabis duit beli benda alah tu. So, aku pulang ke rumah dengan kekecewaan....
.
.
.
.
Okay..aku dah mengantuk ni. Esok aku sambung story lagi...

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...