Skip to main content

14 days quarantine ended - Part II

Okay..jom kite sambung kembali cerita kuarantin 14 hari aku minggu lepas.

Lepas jer tak dapat benda yang aku carik kat Setia City Mall, aku terus pulang ke rumah. Masa tu jam dah pukul 8 malam. Aku whatsapp Fatin tanya pasal insurance medical aku. Boleh tak aku gune medical card aku untuk buat ujian covid-19 di hospital panel. Fatin kate memang Takaful Malaysia boleh cover case patient Covid-19 tapi untuk mereka yang warded je. Mereka yang positive. Kalau nak buat ujian saringan insuran tak cover, kena bayar sendiri. Dan bayaran ujian saringan memang mahal kalau di hospital swasta. So, Fatin suggest untuk aku check dulu dengan hospital kerajaan.

So, aku decide call Norma dan inform keputusan aku untuk buat check up di Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang. Mujur jugak Norma sudi nak hantar aku. So, aku bersiap-siap, mandi, solat Isyak semua dan menunggu kehadiran Norma. Facemask memang tak lupa dipakai. Norma tentu sekali pakai. Dia sebenarnya cuak jugak nak bawak aku g hospital ni. Hahaha. Kami sampai Hospital Klang dalam pukul 10.30 malam. Memang ramai orang diperkarangan hospital. By the way, Hospital Klang ni memang one of hospital di negeri Selangor yang buat ujian saringan covid-19. Norma drop aku depan kaunter hospital. Sampai di kaunter, aku cakap dengan petugas hospital yang aku nak buat ujian saringan covid-19 sebab aku baru pulang dari Bandung, Indonesia. Petugas tu cakap, aku tak perlukan lagi ujian saringan disebabkan aku baru balik dr daerah yang bukan dalam kategori red zone covid-19. Katanya lagi, kawasan red zone di Indonesia ialah Jakarta, Bali, dan Batam. So, sesiapa rakyat Malaysia yang baru pulang dari daerah2 ini wajib menjalani ujian saringan covid-19.

Aku just mention Indonesia je tau. In fact kalau korang baru balik dari China, Taiwan, Italy, Korea, Jepun, korang wajib buat ujian ini bagi memastikan yang korang bebas dari virus merbahaya ini.

So, aku dah clear dengan penerangan petugas tersebut. Yang aku concernkan sekarang ni, aku perlukan ubat batuk dan sakit tekak since klinik swasta tak nak terima aku. Petugas tu kata dun wurry dik, aku boleh amik ubat kat situ. Prosedur macam biasalah, kene amik nombor giliran dulu. Bila nombor aku dipanggil, aku dibawak berjumpa dengan penolong pembantu perubatan. Die check suhu badan aku dan check tekanan darah aku. Perkara rutin seorang petugas hospital lakukan pada pesakit. Nak dijadikan ceritanya, suhu aku tiba-tiba naik mendadak, 37.9C. Aku tak tahu lah, mungkin aku nervous kot. Hahaha.

So, aku di bagi nombor giliran untuk ke kaunter pendaftaran pulak. Pelik, kat sini barulah petugas hospital amik semua details aku. Then aku diberi nombor giliran untuk berjumpa dengan doktor pulak. Yeszaa, disinilah penantian yang sangat lama aku rasakan untuk berjumpa dengan doktor nan seorang. Hahaha. Hampir 2 jam jugak lah menunggu nama aku dipanggil masuk. Kesian Norma tunggu kat luar. Bila nama aku dipanggil, aku masuk ke dalam bilik rawatan 7. Ada seorang doktor lelaki India dan seorang nurse perempuan disitu. Depa dah ada data aku. Aku diperiksa sekali lagi suhu, tekak, tekanan darah dan juga degupan jantung aku kalau tak silap. Aku cakap dengan doktor, aku baru balik dari Indonesia dan aku nak buat ujian darah bagi memastikan yang aku negative covid-19. Doktor India tu kata, kalau nak check Covid-19 kene buat ujian saringan covid-19 tapi since aku balik dari daerah yang bukan dalam kategori red zone, aku tak perlu menjalani ujian tersebut. 

Aku dah lupa apa sebab doktor tu buat jugak ujian darah kat aku. Oh ya, sebab aku kata aku risau. Aku tanya boleh tak ada pemeriksaan details mengatakan darah aku negative. So, doktor tu decide untuk buat ujian darah ke atas aku. Aku disuruh ke bilik rawatan sebelah. Di situ, aku di ambil darah oleh petugas tersebut. Dah lama aku tak menderma darah ni. Hehehe. Nasiblah aku bukan jenis yang takut jarum atau darah. Lepas je amik darah, aku disuruh tunggu sebentar di ruangan menunggu. Orang makin ramai pulak tgh2 malam ni. Facemask memang tak lepas dari wajah. Selang berapa minit kemudian nama aku dipanggil kembali masuk ke bilik rawatan 7. Hasil pemeriksaan ujian darah tadi mendapati aku negative. Tetapi doktor muda tu sekali menegaskan yang ujian tersebut bukan ujian saringan covid. Walaubagaimanapun itu dah cukup melegakan aku. Hehehe. Alhamdulillah. Doktor meminta aku memantau tahap kesihatan aku selama tempoh 14 hari. Jika terdapat sebarang symptom yang teruk aku diminta untuk segera call pihak hospital. 

Aku hanya menganggukkan kepala tanda faham. Then, aku tanya tak ada ke MC atau surat kebenaran untuk aku cuti 14 hari. Giler ko aku nak cuti tanpa gaji 14 hari macam tu aje. Apa aku nak makan bulan ni. Hahaha. Alhamdulillah, doktor tu keluarkan satu memo mengatakan aku dikuarantin selama 14 hari start dari tarikh 12 - 25 Mac 2020. Lega sikit hati aku ni. Tapi tak lega jugak lah sebab aku tak sure whether company terima memo tu sebagai medical certificate atau tidak. Huhuhu. Selepas mengucapkan terima kasih kepada doktor dan nurse aku segera beredar dari situ dan keluar mencari Norma. Kasihan Norma menunggu lama. Hampir pukul 3 pagi baru selesai semuanya.

Di dalam kereta, Norma mencadangkan aku inform Ms Yau mengatakan aku kene kuarantin 14 hari dan tunjuk memo tu. Mulanya aku risau lah takut menganggu Ms Yau pagi2 buta macam ni. Tapi last2 aku send jugak kat die. Hahaha. Norma drop aku bawah apartment. Mulanya aku suruh je dia tido rumah aku sebab dah lewat sangat. Esok pagi2 lah baru gerak balik Bukit Jelutong. Tapi tak jadi sebab kereta kena park kat luar. Jauh pulak Norma nak menapak keluar pagi nanti. Lagi2 tak tahu pukul berapa dia bangun nanti. So, Norma decide balik rumah sewa dia. 

Aku naik rumah dan mandi lagi sekali. Makan ubat yang doktor beri tadi dan terus tertido. Penat sungguh weh. Tapi lega. Hehehe... 

Esok paginya dapat balasa dari Ms Yau mengatakan yang aku tak perlu datang kerja since aku ada memo dari hospital. Dia akan forwardkan pada HR. Alhamdulillah. Lega aku. So, bermulalah self quarantine aku di rumah. Petang sikit dapat whatsapp dari Ms Yau yang mengatakan memo kuarantin 14 hari aku tu dikira sebagai hospitalized leave. Alhamdulillah gaji tak terusik. Syukur. Hehehe. Tapi MC aku habis begitu sahaja. Tinggal 2 hari je untuk tahun ini. Hahaha. Ms Yau akan back up PMP work.

Memang bosan wei duduk rumah jer. 2 3 hari tu boleh tahan lagi. Masuk hari ke-5 aku dah start bosan. Tak tahu nak wat ape dah. Hahaha. Hari ke-6 aku self quarantine, kerajaan umumkan restricted control order 14 hari, start dari 18 - 31 Mac 2020. Bertambah kembali cuti aku. Hohoho. Pishang weii. Semua orang disuruh untuk duduk di rumah. Tidak datang bekerja sebab gelombang kedua covid19 datang. Tapi nak dijadikan ceritanya, hari last sebelum RMO, semua orang duk pakat balik kampung. Allahu...apalah dorang ni.. ishhh...malas aku nak citer lah. Rakyat Malaysia susah sangat nak dengar kata...

So, aku sambung esok lagi lah story pasal RMO 14 hari yang diumumkan kerajaan....

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...