Skip to main content

Si Buku Merah Siap!!!

Alhamdulillah...setelah tertangguh terlalu lama, akhirnya aku berjaya jugak buat passport. Asyik hold aje nak buat. Bila dah sampai imigresen, boleh pulak patah balik sebab terlalu ramai manusia-manusia kat imigresen tu. Lagipun sebelum ni tak ade benda yang mendesak aku untuk buat si buku merah ni. So, aku abaikan jer lah keperluan nak buat si buku merah tu. Tapi dah bulan 2 ni aku dan kak Dayah nak travel ke Acheh so nak tak nak kene lah buat jugak si buku merah tu. Kang tak berjalanlah pulak teman...

So, Si Buku Merah checked.


Punyerlah lama nak tunggu turn buat si buku merah ni. Bila dah sampai turn tu tak ader lah lama mane pun proses nak dapatkan si buku merah ni. Tapi tulah...ramai sangat orang yang berpusu-pusu nak buat. Betullah, orang Malaysia ni suka naww berjalan walaupun ekonomi sekarang tengah merosot. Termasuk lah aku ni haaa...hahaha...

Tanggal 07hb Januari 2017 akhirnya berjaya jugak aku dapatkan si buku merah. Seharian korang tahu aku tunggu turn. Aku amik nombor pukul 9.15 pagi tapi nombor aku dipanggil pada pukul 4.30 petang. Bapaklah hai nak menunggu...Tapi nak tak nak jugak, aku mesti tunggu sampailah ke petang tu. Dah tu takkan nak tunda lagi buat passport kan. Nasiblah aku ditemani oleh Alin dan kak Dayah ke UTC Pudu tu. Oh ya..aku buat si buku merah kat UTC Pudu jer..Situ semua ada cuma KWSP je yang tak ada kat situ. Huhu..Dahlah hari yang sama tu aku ngan kak Dayah plan nak p KWSP. Nak setelkan pinjaman PTPTN kami.

Masa aku amik turn nombor aku - 1232, nombor waktu tu ialah 1022...Kau bayangkan ada lebih kurang 200 orang lagi sebelum nombor kau dipanggil. Aduss...ni kalau rumah dekat memang dah lama aku balik dulu. Tido ke..Makan ke..Layan cerita korea ke...Tapi nak buat lagu mana, takkan aku nak balik Subang semula. Sure kalau aku balik Subang, memang aku dah tak mai dah. Hahaha...


Pagi tu aku ke UTC Pudu dengan Alin. Kebetulan pulak Alin punye site memang kat kawasan UTC Pudu tu. Dah alang-alang tu aku tumpanglah die sekalikan. Jimat sikit duit tambang LRT. Kitorang makan sarapan dulu lepas amik nombor. Ikutkan abang Din yang nak tolong ambilkan nombor giliran untuk aku pagi tu. Tapi rupa-rupanya, masa kitorang keluar rumah tu dia still belum bangun lagi. Hurrmmm...Ke laut dalam lah jadinya. Tu yang dapat nombor lambat. Sabar jer lah. Hahaha...

Lepas ambil nombor tu aku pegi makan sarapan dulu dengan Alin sementara tunggu kak Dayah... ohhh tidak..kitorang p dulu pejabat PTPTN nak setelkan tunggakkan melalui potongan KWSP. Kat PTPTN tak ramai orang. Lebih kurang dalam 15 minit menunggu, no. giliran aku dipanggil. Tapi sayangya, prosess nak setelkan tunggakkan aku melalui pemotongan KSWP gagal sebab aku tak aktifkan lagi akaun KWSP online (iAkaun). Huhuhu...Dahlah hujung minggu. Hotline KWSP pun tak available. Huhuhu. So, tunda lah dulu. Lepas tu baru aku dan Alin naik ke aras 4 menuju ke medan selera sementara nak tunggu kak Dayah tiba. Tak silap aku lebih kurang dalam pukul 11 kak Dayah sampai UTC Pudu tu. After makan tu, Alin bawak kitorang jalan-jalan tengok site dia yang berada di aras 1 pulak. oohhh..ini rupanya, site Alin. Tu yang selalu balik lewat malam tu. 

Alin meneruskan pekerjaanya, aku pulak teman kak Dayah masuk semula pejabat PTPTN. Sama kes jugak dengan aku, kak Dayah nak buat pemotongan KWSP. Tapi proses kak Dayah setel sebab dia memang dah ada iAkaun. So, die tinggal buat pengesahan kat Pejabat KWSP untuk proses yang seterusnya. Jam waktu tu dalam pukul 1 petang. So, aku decide naik semula ke aras 2 nak tengok progress nombor giliran. Masha Allah...bergerak ke tak no ni???? Ade lebih 100 orang lagi aku kene tunggu. Lambat lagi ni. So, kak Dayah ajak aku keluar p cari pejabat KWSP sebab nak buat iAkaun tu. So, pada hari itu berpeluh-peluhlah aku berjalan area KL dengan kak Dayah mencari bangunan KWSP. Nyesal sungguh tak naik LRT. Kalau tak turun je station LRT Bandaraya dah jumpa dah bangunan KSWP. Takper..bila lagi nak trekking tengah-tengah bandaraya kan. Tapi masalahnya, sampai-sampai jer kiosk KWSP under maintenance la pulak. Ya ampunn..dugaan apakah hari ni. Sabo jer lah kiah oiii...So, aku dah tak larat sangat ni kalau nak jalan kaki semula menuju ke UTC Pudu. Kitorang decide nak naik LRT jer. Sesampai jer UTC Pudu, kitorang makan tengah hari dan solat Zuhur dulu. Pastu baru kembali semula ke Jabatan Imigresen. Dan akhirnya, pada pukul 4.30 petang macam tu nombor giliran aku dipanggil. 




Mak aii..proses tak sampai berapa jam jer dah setel...Dari ambil gambar, buat pembayaran dan jugak ambil passport kita tu. Tapi bila dah dapat si buku merah, aku luahkan perasaan tak puas hati pada kak Dayah mengenai gambar passport aku yang diambil. Sampai hati kakak imigresen tu tak cakap pape pun kate dah ready ke..kate betulkan sikit tudung tu ke..atau pun kata senyum sikit dik..Ini tak..alih-alih dah siap dah ambil gambar...Saje je tau. Dan hasilnya, gambar passport aku muke masam macam mempelam...Hahaha..Penat tau saya tunggu dari pagi tu nak dapatkan si buku merah ni. Ingatkan cun lah gambo yang diambil. Rupenya nan hado...Hahaha..

Nak buat lagu mana jah oii..Asalkan siap si buku merah ko tu pun dah cukup bagus...
Alhamdulillah...Moh ler kite berjalan!!!


Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...