Skip to main content

KWSP PUN SETEL

Alhamdulillah...urusan pengesahan cap ibu jari pengeluaran KWSP aku dah selesai. Tunggu dapat confirmation dari KWSP yang mengatakan duit dah masuk ke PTPTN. Lega bila tunggakkan semua dah setel bayar.

Gigih lah jugak aku bawak motor dalam hujan-hujan renyai nak ke Pejabat KWSP kat Shah Alam pagi td. Dengan tangan sebelah pegang phone nak google maps IDCC tu. Dengan mata nak contrate pandang jalan. Aku tahu itu sangat membahayakan nyawa aku sendiri. Dah tu aku nak harapkan siapa yang meneman kalau bukan diri ini sendiri. Mujur jugak tak ada ape-ape yang tak diingini berlaku sepanjang perjalanan tadi. Selamat jugak sampai walaupun dah hampir kebasahan. Hehehe...Urusan ku dipermudahkan olehNya.

Bila sampai KWSP pun urusan tersangatlah cepat. No giliran pun tak sampai lima minit menunggu dah dipanggil. Staff pun sangat-sangat membantu serta sangat peramah. Rasa terharu pulak bila akak staf tadi risaukan aku yang datang naik motor ni. Die tengok cermin mata aku penuh dengan air hujan tadilah kot. Sempatlah jugak aku bersembang dengan akak tu. Al-Fatihah jugak untuk arwah adik akak tu. Adik dia meninggal ketika menunggang motorsikal. Eksiden dengan lori. Moga arwah adik akak tu ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amiin....

Cepat sangat urusan dengan KWSP setel tadi. Kalau tahu aku just amik half day jer. Tapi dah alang-alang amik full day so gunekan jer lah sebaik mungkinkan. Ikutkan tadi kalau hujan bertambah lebat aku just nak naik KTM nak ke Pejabat KWSP kat KL tu jer. Tapi bila dipikirkan rasa malas nak bergerak ke sana so aku tekadkan jugak nak meredah hujan naik motor ke IDCC ...Dekat pun dekat.

Apa-apa pun segalanya dah selesai. Aku pun selamat tiba di rumah. Lepas ni tak ada lah lagi rasa gelisah takut kene tahan kat imigresen nanti. Almaklumlah, teman kan nak ke Acheh minggu hadapan. Moga-moga segala urusan nak ke sana dipermudahkanNya nanti. Aminn....



Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Novel Review : Dia Imamku

Novel: Dia Imamku Novelis: Siti Rosmizah Rate: 9/10 Tarikh Bacaan: 27 - 28 Jun 2020 "Lemah ke seorang lelaki andai dia menitiskan air mata?" Sinopsis Kulit Belakang: Sombong! Berlagak! Itulah diri Cempaka Humairah. Dia benci dengan cucu angkat neneknya. Amiruddin, lelaki kampung yang tak dipandang sebelah mata. "Suka kamu kata Bangla. Budin ni ada kebun pisang." tegur Nenek Bunga. Kebun pisang? Lagilah Humairah tak pandang. Amiruddin itu kekasih Dahlia, sepupu Humairah. Dahlia ni tak adalah baik mana. Mata duitan. Boleh pula jatuh cinta dengan Rafiq, kekasih Humairah. Peranglah jawabnya. Amiruddin dianiaya oleh pak longnya. Nenek Bunga dapatkan dia kerja sebagai pemandu Humairah. Kesian Amiruddin, hari-hari kena marah, kena maki. Sabar aje dia. Kalau orang lain, dah naik pelempang kat muka. Datin Orkid ibu Humairah, kecewa dengan suaminya, Dato' Malik kerana menjadi wali pernikahan Lily, anak sulungnya. Demi cin...