Skip to main content

Misi Menjejak Perak - Part 1

Assalamualaikum...

Tak sangka tercapai jugak Misi Menjejak Perak pada minggu terakhir tahun lepas. Kiranye misi ni penamat bagi tahun 2016 la ye. Kebetulan pulak pergi kenduri kawen teman serumah, Alin kat sana. So, dah alang-alang jalan-jalan jugaklah area Perak nun. Actually, mujur jugak ada Amy. Jimat sikit duit penginapan sebab sepanjang misi tu kami bermalam di rumah Amy kat area Manjung. Tak jauh pun dari rumah Alin tu. Lebih kurang sejam perjalanan jer. Rumah Amy memang kampung style. Jenis rumah lama-lama dulu. Yang tiang rumah tinggi bukan main tu. Hahahaha...

Trip bajet kali ini adalah kesinambungan kepada trip bajet menjejak JDT dua tahun yang lepas. Tahun ini kalau tak ada aral kitorang nak plan trip bajet Menjejak Penang pulak. In sha Allah..


Bismillah...semoga dipermudahkan perjalanan kami...


Yeayy...kami dah sampai rumah Alin..Lapo...


Alhamdulillah...Muka kekenyangan...

Trip Misi Menjejak Perak@Wedding Alin diwakili hanya aku, Amy, Norma dan kak Dayah jer. Rakan-rakan yang lain tak dapat pergi. Masing-masing punya suami. So, yang bujang-bujang ni jer la yang available untuk pergi. Perjalanan bermula pada pukul 9 pagi hari Sabtu, 24.12.2016. Plan asalnya nak bergerak dalam pukul 8 pagi tapi alih-alih pukul 9.30 pagi jugak kitorang gerak. Biasalah..orang perempuan bila bersiap. Faham-faham ajer la kan. Hahaha...Takper lah..sempat lagi sampai rumah Alin ni, nengok dia bersanding di pelaminan. In fact, kitorang x dan pun tengok Alin atas pelamin sebab kitorang sampai rumah Alin pun masa tu dah pukul 12 lebih. Tapi mujur jugak Alin dan suami ada lagi kat rumah. Dorang berdua belum keluar buat photoshoot wedding outdoor lagi. Giler ko panas-panas buta nak p shooting gambo kawen. Agak-agaklah Faiross oiii..Hahaha...

Sampai-sampai je rumah Alin, kitorang disapa oleh mak dan ayah Alin. Lepas tu mestilah kitorang diminta untuk menjamu selera kan. Perut masing-masing ni pun memang dah kelaparan tahap zombie ni. Iyerlah..sarap pun nasi lemak je pagi tu. Perghhh...lauk kenduri kawen Alin memang mabeles wa cakap lu. Sedap giler bai. Macam bukan lauk kenduri kawen pulak. Tak dan lah pulak nak mengambil gambonya sebab dah amik makanan tu, cari tempat duduk then terus 'ngap'. Tak pandang dah kiri kanan. Hahaha...

Lepas makan tu, kitorang jumpa Alin dan suami. Apalagi, sesi selfie-selfie bermulalah. Lagipun tetamu yang lain dah puas tengok pengantin kan, so bagilah pulak kami rakan-rakan pengantin nak merasai momen-momen terindah dan turut sama berkongsi kebahagiaan dan kegembiraan di hari bahagia raja sehari ni. Tak giteewww...Ayattt...hahaha...


SELAMAT PENGANTIN BARU ALIN & IRFAN....



Dan bakal-bakal jadi pengantin...


Destinasi pertama checked.

Destinasi seterusnya ialah rumah Amy. Rumah Amy terletak lebih kurang sejam perjalanan dari rumah Alin di Teluk Birah, Teluk Intan. Di sepanjang perjalanan, kami disajikan dengan pemandangan sawah bendang yang kekuningan dan jugak kehijauan. Subhanallah. Cantik sangat-sangat. Melihatkan keterujaan kami, Amy akhirnya memberhentikan keretanya berdekatan sebuah warung menjual cendol dan ABC di tepi jalan. Bagus sangat tu. Tekak masing-masing pun mula haus ni.


Sawah padi yang kehijauan...



Teruja giler bila dapat tengok sawah padi. Luas mata memandang. Dan tak sah jugak kalau tak ade sessi forografi. Hehehe..Photographer kami yang diimportkan khas dari Subang tentu sekali Cik Norma kita. Yeayyy...Gigih dalam tengah teriknya matahari mengarahkan kami itu dan ini bagi memberikan pose gambar yang menarik. Hahaha...Dalam asyik-asyik bergambar tu, kami order lah sorang satu mangkuk abc dan cendol untuk pembasah tekak. Nikmatnya rasa..Alhamdulillah....


Lega tekak teman dan kawan-kawan...




Alorhh...spoil betul...tertutup plak matanya...


Curlasss ko jahh!!!..siapalah yang tolong pegangkan kain Amy tu ye??


Ehh..apasal kak Dayah nampak slim ni????

Lepas masing-masing dah puas bergambar di tepi bendang, perjalanan kami diteruskan. Lebih kurang dalam pukul 2 petang macam tu kitorang berempat sampai area Manjung. Sempat lagi tu melencong ke tempat lain. Amy bawak kitorang ke sebuah tokong besar yang ada di area Manjung tu. Nama tokong tu ialah Tokong Tua Pek Kong. Amy kata ramai pelawat berbangsa cina dari dalam dan luar datang ke sini. Kalau tiba musim perayaan dema ataupun apa-apa yang berkaitan dengan agama mereka, memang penuh lah kawasan tempat letak kereta dengan bas-bas persiaran. Memang besar giler kawasan tokong tu. Patung-patung buddha pulak mak aiii..memang besar betollah. Kitorang keluar sekejap dari kereta untuk mengambil dua tiga keping gambar untuk diabadikan sebagai tanda kenang-kenangan.


Di hadapan pintu depan Tokong Tua Pek Kong...


Okay..Hari bertambah panas dan terik ni. Moleklah kalau diteruskan perjalanan tu. Ehh..melencong lagi ke tempat lain. Kali ini tujuan ke arah Teluk Rubiah. Amy bawak tengok-tengok je kawasan tu. Tak boleh masuk pun tempat ni. Kata Amy, Teluk Rubiah telah diambil alih oleh sebuah syarikat besi dari Brazil iaitu Vale. Tiada lagi Pantai Teluk Rubiah dan padang golf. Tempat ini telah ditutup untuk selama-lamanya. Kiranya tempat ini telah bertukar menjadi sebuah kilang. Sayang sekali kan...

Oooo..ini lah Teluk Rubiah... Norma suruh aku cari maklumat mengenai Teluk Rubiah ni.

Dan ni dia info yang aku jumpa....


Sayang seribu kali sayang. Tempat peranginan yang sangat berpotensi besar untuk ke depan serta menjadi salah satu tarikan pelancongan di negeri Perak akhirnya diserahkan dan dijual kepada sebuah syarikat asing demi satu kepentingan. Dan mungkin jugak untuk wang. Wallahualam...

Memetik sedikit dari petikan blog di atas...

"Teluk Rubiah dijual atas nama "pembangunan". Dan alasan ianya dijual? Teluk Rubiah Beach & Golf Resort tidak mendatangkan keuntungan yang cukup.

Sebenarnya resort tersebut membuat keuntungan tetapi penyelenggaraan golf course melebihi keuntungan yang di buat.

Dengan kurangnya promosi yang baik sudah tentu tidak dapat menarik pelaburan yang cukup untuk menyelenggara resort itu dari segi kualitinya."

Hurmm..tiada sebarang komen nak diberikan. Tapi, kalau melihat dari sudut positifnya apabila kilang besi Vale itu dibuka, ia sebenarnya memberikan satu peluang pekerjaan kepada anak-anak muda kawasan itu. Contohya, adik Amy sekarang bekerja di situ. Nahh..dekat sangat dengan rumah. Iya, mungkin ada pro dan kontranya bila sesuatu itu dilakukan atau ditubuhkan. Just harapan aku, kekalkanlah keindahan dan kelebihan yang negara kita ada sekarang. Jangan diserahkan sewenang-wenangnya kepada orang asing.

Amu jugak bawak kitorang ke tempat janakuasa TNB yang terbesar di Perak. Perghh..memang besar. Dari belakang rumah Amy pun memang nampak stesen janakuasa Sultan Azlan Shah ini. Kata Amy lagi, dulunya rumah dia memang dekat sangat dah dengan laut. Tapi bila stesen janakuasa elektrik tu dibina memang jauhlah pantai dari rumah dia. Iyer lah, dah pihak TNB duk tambak laut tu. Huhuhu...Stesen janakuasa dengan kilang besi Vale (Teluk Rubiah) ni sebelah-sebelah jer. 

Badan masing-masing pun dah penat sangat. Mata pun dah kuyu. Yoklah kitorang bergerak ke destinasi asal, iaitu rumah Amy. Malam nanti kita jalan-jalan Perak lagi k...Sesampai saja dirumah Amy, kami disambut oleh mak Amy. Mak Amy suruh kitorang naik ke tingkat atas rumah. Kitorang akan bermalam di sini. Tinggi mak aii tangga rumah Amy ni. Mencanak beno. Dah macam panjat gunung dah. Hahaha..So, kitorang kene sentiasa berhati-hati semasa nak naik dan turun. Kang tak pasal-pasal jatuh tergolek dok nanti. Amy lainlah..Dah biasa dengan rumahnya sendiri. Tempat dia bermain dari kecik. Tangga tu pun dia boleh dah pakat berlari je naik turun. Hahaha....

Selesai solat jamak zuhur, kitorang merehatkan diri. Mengantuk betul ni bai...Tidur dulu ya....

Haish..melengas betul badan ni. Nak kene mandi dulu ni. Aku memang tak boleh nak tidur. Tidur pun tidur-tidur ayam jer. Disebabkan aku pun tak boleh tidur, badan pun rasa tak selesa, aku ambil keputusan nak mandi dulu bagi menyegarkan badan. Pulak tu aku tengah uzur lagi merimaskan aku.

Seronok bersembang dengan mak Amy ni. Ramah orangnya. Petang tu kitorang minum petang sat kat halaman belakang rumah. Seriously, tetiba aku rindu kampung aku waktu tu. Sebijik macam kat rumah Johor. Amy sediakan kitorang air teh, ade keropok dan juga apam manis. Best giler. Rancak sungguh kitorang berborak sampai tak sedar hari dah masuk ke senja. Aktiviti malam ini Amy nak bawak kitorang jalan-jalan bandar Manjung dan Lumut. Kitorang gerak dari rumah Amy lepas Isyak selepas makan malam. Tak berhenti pun. Just Amy round-round sekitar bandar. Lagipun time tu Norma dan kak Dayah penat sangat. Tak cukup tidur kot. So, Amy just tunjukkan kitorang kat mana Waterfront, Marina Bay, Pengkalan TLDM Lumut dan Jeti nak ke Pulau Pangkor. Pastu kitorang balik rumah semula. Lagipun jalan nak masuk ke bandar jammed. Ramai kot anak-anak balik bercuti. Iyer la nokkss, cuti krismas kan. Malam tu kitorang tidur depan TV ramai-ramai. Bentang tilam dan toto. Seronok giler. Sambil layan cerita Chappy..Sudahnya, kitorang tidur dalam pukul 3 pagi. Hahaha...Kata badan penat tapi bila depan TV, terus lupa nak tidur. Segar bijik mata.



ZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz................

Hari kedua pulak hari yang paling menyeronokkan. Makan kenduri kawen belah suami Alin pulak. Lepas tu kitorang pergi Kellie's Castle..

Nak tahu cerita yang selanjutnya???

Jumpa di entri "Misi Menjejak Perak - Part II".....

Daaaa......................



Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...