Skip to main content

Misi Menjejak Perak - Perak III

Okay...Hari kedua tu kitorang dah pergi kenduri belah suami Alin serta melawat Kellie's Castle kan...
So, hari ketiganya pulak kitorang dah nak balik Subang dah. Tapi macam biasalah plan nak gerak pukul 10 pagi kelaut dalam jadinya. So, kitorang pakat nak gerak dalam tengah hari.

Pagi tu bangun siap-siap Amy dan mak dia nak bawak kitorang p sarapan pagi kat luar. Apa lagi pekena lah roti canai sorang dua keping bersama dengan teh tarik. Amy kata sedap roti canai kat situ. Kalau datang lewat memang habis lah. Mujur rezeki kami ada pagi tu. Kiranya kitorang ni orang yang terakhirlah dapat roti canai tu. Ada yang datang, balik dengan perasaan yang hampa bilamana pakcik tebar roti canai tu kata roti dah habis. Huhuhu.... 

Pas makan sarapan tu aktiviti seterus kitorang sebelum balik Subang,...ialah shooting tengah lalang-lalang tinggi yang ada disebelah rumah Amy. Seriously, nampak cantik wei lalang-lalang ni. Unik kot. Buat photoshoot memang cun. Mujurlah jugak masa kitorang duk syok posing-posing tak de benda lain yang lalu. Kalau tak nyaya jer. Hahaha....


Amy di sebalik dedaunan lalang-lalang....


Poyo sungguh minah ni taw...


Dalam semak pun jadi kitorang bergambo. Dah lah memang jenis yang mudah terhibur. Selfie lagi lah, memang memanjang selfie je kojenye...


Memang tinggi betul lalang-lalang rumah Amy ni. Tak ditebas ke ek? Amy kata ni bukan lalang dalam kawasan rumah dia pun. Tapi kawasan rumah makcik sebelah rumah Amy tu. Masalahnya cantik jer lalang ni tumbuh tepi jalan masuk ke rumah makcik tu. Tak kacau pun laluan ke rumah dia. Tapi bagi aku macam bahaya je rumah dikelilingi lalang-lalang rupe gini, bukan apa takut ada ular ke, kala jengking ke, pendek kata takut binatang-binatang berbisa ni buat tempat tinggal dorang kat situ. Tak ke nyaya tu. Huhuhu...

Puas dah kitorang duk berposing dalam semak tu kitorang amik pulak gambo kat depan rumah Amy. Tak leh move on lagi dengan style rumah Amy ni. Lama tau tak tengok rumah style gini. La ni orang suka buat rumah batu. Tak main dah rumah-rumah papan yang tinggi-tinggi cenggini..


Dalam pukul 12 lebih kitorang bergerak balik Subang. Dalam perjalanan kitorang sempat lagi singgah masuk sawah bendang kat area Teluk Birah. Pendek kata di sepanjang perjalanan kitorang ni, kamera phone memang tak lepas dari tangan. Di setiap tempat yang menarik dan cantik pastinya kitorang akan berhenti untuk mengambil gambar. Aku memang cukup teruja dengan keindahan suasana sawah bendang ni. Serasa nak buat rumah sebijik lah kat tengah bendang tu nanti. Hahaha...




Yeayyy...Wajah-wajah ceria kami..

Puas dah duk tengah panas kat bendang tu kitorang teruskan semula perjalanan balik..Ehhh..singgah pulak ke Teluk Intan. Apa lagi, dah alang-alang sampai Teluk Intan apa kata singgahlah sekejap ke Menara Condong. Yeayy..akhirnya dapat gak tengok Menara Condong. Tak dapat tengok Menara Condong Pisa kat Itali dapat tengok Menara Condong kat Perak pun jadilah. Condong jugakkan. Hehehe...


Amy, Norma dan kak Dayah bergambar di hadapan Menara Condong..


Sedikit info mengenai menara ini:

Telah dibina di dalan tahun 1885 oleh kontraktor Leong Choon Chong.

Asalnya menara ini menempatkan sebuah tangki air untuk dibekalkan ke bandar ini sekiranya berlaku kemarau atau kebakaran. Ianya juga pernah berperanan sebagai penanda waktu dan penunjuk arah laluan kapal ke Pelabuhan Teluk Anson suatu masa dahulu.

Kecondongan menara ini sering dibandingkan dengan Menara Condong Pisa, Itali. Namun, menara ini hanya mempunyai ketinggian 25 meter dengan 110 anak tangga berbanding dengan Menara Condong Pisa yang mempunyai ketinggian 55 meter.

Menara ini mempunyai senibina yang berkonsepkan seni bina sebuah pagoda. Dari luar, menara jam ini kelihatan seolah-olah sebuah bangunan 8 tingkat tetapi sebenarnya hanya 3 tingkat sahaja. Menara ini diperbuat daripada struktur kayu dan batu. Lapisan bawah bangunan ini berukuran garis pusat 13 meter dan semakin menguncup ke atas berukuran garis pusat 8.2 meter.

Kini, Menara Condong Teluk Intan hanya berperanan sebagai menara jam. Jam yang dipasang di dalam tahun 1894 dibeli dari London, buatan firma J.W Benson-Ludgathill.

Kitorang siap buat video mannequin kat sini tau...Dan inilah hasilnya....



Masuk ke sini adalah percuma. Terletak di tengah-tengah bandar Teluk Intan. Lebih kurang setengah jam perjalanan dari Manjung. Lepas dari melawat Menara Condong ni, kitorang memulakan perjalanan semula. Perut dah lapar. Mujur mak Amy bekalkan kitorang nasi goreng masa nak gerak tadi. Dapatlah mengalas perut kitorang ni. Amy nak ajak kitorang makan pau sedap kat Tanjung Malim. Tak silap nama kedai tu Yik Mun Pau. So, kitorang decide nak lalu jalan dalam jer. Mula-mula tu kitorang sesat sikit. Kiri kanan hutan. Tapi Amy steady je drive kereta. Dalam pukul 2 petang kitorang sampai jugak ke Yik Mun Pau. Hujan renyai-renyai time kitorang sampai tu. Masuk-masuk jer punyelah ramai orang. Tapi rezeki kami memang ada pada hari tu. Selang beberapa minit menunggu ada meja yang kosong. Apa lagi sebelum orang lain sambar baiklah kami sambar dulu. Perut dah mula lapaq ni. Aku dan Norma order nasi ayam. Kak Dayah pulak order Mee Kicap. Amy aku lupa die order apa. Hahahaha.. Pastu kitorang order 4 biji pau yang dikatakan sedap sangat kat kedai ni. Yess...memang sedap. Lembut je rotinya. Kat sini ada roti kawen tau. Aku tak tahu kenapa tuan punya kedai bagi nama roti tu roti kawen. Tapi sayangnya roti kawen depa tak buat hari tu. So, tak ade rezeki nak merasa roti kawen. Hahaha....Nasi ayamnya sedap. Sama seperti nasi ayam di kedai-kedai yang lain. Mee kicap die tak memenuhi citarasa aku sangat. Awat pelik bebeno rasanya. Ohh ya...baru aku ingat..Amy order Mee Rebus. Sedap jugak..



Kami di hadapan Yik Mun...

Lepas dah memenuhkan perut masing-masing kitorang meneruskan perjalanan semula. Perjalanan balik ke Subang kitorang petang tu diringi hujan yang sangat lebat. Alhamdulillah, kitorang selamat sampai ke rumah lebih kurang dalam pukul 7 petang. Banyak sangat melencong tu yang lambat sampai. Kalau straight je memang dah lama sampai. Hehehe...

Trip ke Perak yang menyeronokkan dan menghiburkan. Best sangat dapat menghabiskan masa bersama rakan-rakan. Bergurau senda dan bergelak tawa tak pernah lekang di sepanjang perjalanan kami. Trip bajet ke Perak kali ini hanya menelan belanja tak sampai pun RM50 seorang. Jimatkan??? Hehehe...So, next trip kemana pulak kite?? In sha Allah, Misi Menjejak Pineng will be coming soon. Kalau tak ada aral mungkin hujung tahun ini...

So, layan jer la video kami di sepanjang misi kami menjejak Perak ni. Gigih tau cik Norma ngan cik Amy mengedit. Hehehe....Selesai sudah entri untuk Misi Menjejak Perak. Kita bertemu lagi di entri yang lain pulak yer..


 Video " Journey To Desa" ...Selamat menonton...

Babaiiii...

Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...