Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2017

KWSP PUN SETEL

Alhamdulillah...urusan pengesahan cap ibu jari pengeluaran KWSP aku dah selesai. Tunggu dapat confirmation dari KWSP yang mengatakan duit dah masuk ke PTPTN. Lega bila tunggakkan semua dah setel bayar. Gigih lah jugak aku bawak motor dalam hujan-hujan renyai nak ke Pejabat KWSP kat Shah Alam pagi td. Dengan tangan sebelah pegang phone nak google maps IDCC tu. Dengan mata nak contrate pandang jalan. Aku tahu itu sangat membahayakan nyawa aku sendiri. Dah tu aku nak harapkan siapa yang meneman kalau bukan diri ini sendiri. Mujur jugak tak ada ape-ape yang tak diingini berlaku sepanjang perjalanan tadi. Selamat jugak sampai walaupun dah hampir kebasahan. Hehehe...Urusan ku dipermudahkan olehNya. Bila sampai KWSP pun urusan tersangatlah cepat. No giliran pun tak sampai lima minit menunggu dah dipanggil. Staff pun sangat-sangat membantu serta sangat peramah. Rasa terharu pulak bila akak staf tadi risaukan aku yang datang naik motor ni. Die tengok cermin mata aku penuh dengan air hujan t...

Gunung Pulai - 15 Januari 2017

Hurmm...hari kedua aku di Baling, Kedah.... Hari kedua hari nak naik Gunung Pulai pulak. Malam tu kitorang tidur dalam lebih kurang pukul 11 malam. Niat dari awal tu memang dah ada untuk tak nak naik Gunung Pulai..Tapi masih berbelah bahagi. Nak naik ke tak nak naik....Okay..xper..tunggu pagi esok ajer... Esoknye...aku terjaga dalam pukul 2.30 pagi. Rupa-rupanya dorang dah terlajak tidur. Kelam kabut dorang bersiap. Mujur jugak Umi yang terjaga dulu, Kalau tidak memang ke laut lah semunya tu. Hehehe....Plan asal meeting point kat Kompleks Rakan Muda Baling pada pukul 2.30 pagi. Tapi dah kalau masing-masing baru nak bangun acaner tu?? Aku pulak??? Naik ke tidak ni??? Last-last aku pandang wajah V yang sedang bersiap tu...V, akak tak naik ea....Aku buat wajah kesian. V pandang semula wajah aku.. Betul ke ni tak nak naik kak? Aku hanya menganggukkan kepala. V pulak kata okay.,kak yus rehatlah... Dan, al-kisahnya, aku tak naiklah Gunung Pulai. Hahahahaha........Aircond dan...

Tunggakkan PTPTN hampir setel...

Alhamdulillah...setel sudah deal dgn PTPTN mengenai bayaran tunggakkan pinjaman melalui pemotongan KWSP akaun 2. Tinggal tunggu approval dari KWSP dan buat pengesahan cap jari nanti. Approval diambil dalam masa 3 hingga ke 5 hari. Lega bila dah nak setel tunggakkan PTPTN tu. Aku bayar untuk kedua-duanya sekali. Senang. Siap bayar lebih lagi untuk 3 bulan seterusnya. Akak staf PTPTN kat kaunter tadi pun sangat membantu. Sudi melayan dan menjawab pertanyaan aku yang macam-macam tadi. Hehehe..Thanks kak Zahira... So la ni tinggal nak setel dengan KWSP pulak. Bila nak setelnye? Tunggu SMS dari dorang dulu. Harap2 nya semua ni setel sebelum aku berangkat ke Acheh nanti. Mudah-mudahan...

Gunung Baling - 14 Januari 2017

Ekspedisi Gunung Baling - 14 Januari 2017 TRAVEL LOG Jumaat 13 Januari 2017 1.15 petang - Balik dari opis. Hari tu aku kerje separuh hari. Aku ambil half day. Lagipun kain baju aku tak pack langsung ni. Aiyoooo...... 2.00 petang - V bersama kakak dan adiknya selamat sampai ke rumah aku. Diorang tumpang solat zuhur sat kat rumah. Lepas siap-siap solat dan mengemas aku bawak dorang p makan tengah hari kat Proton sebab dah alang-alang nak jumpa Uji hantar kunci rumah sewa dia kat opis... 3.00 petang - Kitorang menuju ke Taipan sat sebab Umi, kakak V nak p Bank Islam buat akaun baru. So, aku dan V duk bersembang je dalam kereta sambil menunggu urusan Umi siap. Yakin pulak p Speed Mart cari makanan.  4.00 petang - Lepas urusan Umi setel kitorang on the way menuju ke destinasi iaitu Baling, Kedah. 1st time ni aku mai Baling. Berdebar jugak ni nak jalan jauh. Moga-moga dipermudahkan perjalanan kami berempat. Amiin...Kitorang banyak berborak di sepanjang perjalanan...

Si Buku Merah Siap!!!

Alhamdulillah...setelah tertangguh terlalu lama, akhirnya aku berjaya jugak buat passport. Asyik hold aje nak buat. Bila dah sampai imigresen, boleh pulak patah balik sebab terlalu ramai manusia-manusia kat imigresen tu. Lagipun sebelum ni tak ade benda yang mendesak aku untuk buat si buku merah ni. So, aku abaikan jer lah keperluan nak buat si buku merah tu. Tapi dah bulan 2 ni aku dan kak Dayah nak travel ke Acheh so nak tak nak kene lah buat jugak si buku merah tu. Kang tak berjalanlah pulak teman... So, Si Buku Merah checked. Punyerlah lama nak tunggu turn buat si buku merah ni. Bila dah sampai turn tu tak ader lah lama mane pun proses nak dapatkan si buku merah ni. Tapi tulah...ramai sangat orang yang berpusu-pusu nak buat. Betullah, orang Malaysia ni suka naww berjalan walaupun ekonomi sekarang tengah merosot. Termasuk lah aku ni haaa...hahaha... Tanggal 07hb Januari 2017 akhirnya berjaya jugak aku dapatkan si buku merah. Seharian korang tahu aku tunggu turn. Aku a...

Misi Menjejak Perak - Perak III

Okay...Hari kedua tu kitorang dah pergi kenduri belah suami Alin serta melawat Kellie's Castle kan... So, hari ketiganya pulak kitorang dah nak balik Subang dah. Tapi macam biasalah plan nak gerak pukul 10 pagi kelaut dalam jadinya. So, kitorang pakat nak gerak dalam tengah hari. Pagi tu bangun siap-siap Amy dan mak dia nak bawak kitorang p sarapan pagi kat luar. Apa lagi pekena lah roti canai sorang dua keping bersama dengan teh tarik. Amy kata sedap roti canai kat situ. Kalau datang lewat memang habis lah. Mujur rezeki kami ada pagi tu. Kiranya kitorang ni orang yang terakhirlah dapat roti canai tu. Ada yang datang, balik dengan perasaan yang hampa bilamana pakcik tebar roti canai tu kata roti dah habis. Huhuhu....  Pas makan sarapan tu aktiviti seterus kitorang sebelum balik Subang,...ialah shooting tengah lalang-lalang tinggi yang ada disebelah rumah Amy. Seriously, nampak cantik wei lalang-lalang ni. Unik kot. Buat photoshoot memang cun. Mujurlah jugak masa kitorang...

Misi Menjejak Perak - Part II

Salam 1 Malaysia.... Nak sambung story Misi Menjejak Perak - Part II pulak. Okay..Dalam part I kita bercerita pasal perjalanan kitorang ke kenduri kawen Alin dan rumah Amy di Teluk Birah dan Manjung. Buat photoshoot kat tepi bendang, makan cendol sama-sama, pergi tengok tokong besar  dan macam-macam lagi lah. Malam pertama kami tidur di rumah Amy. Macam rasa balik kampung bila tidur ramai-ramai depan tv. Hehehe... Esok paginya pulak, hari Ahad 26 Dec 2016, kitorang pergi majlis belah suami Alin. Alin dan suami ajak kitorang sekali sebab dah alang-alang ade kat Perak. Pulak tu rumah Amy dengan rumah Irfan, suami Alin tak berapa jauh sangat. Yeayyy....makan free lagi. Seriously aku cakap kenduri kawen Alin memang makanan yang disajikan terbaik giler. Memang puas hati. Sedap giler bak hang. Aku yang tak makan sangat nasi minyak makan banyak bila pergi kenduri kawen Alin ni. Macam-macam lauk ada. Kitorang gerak dari rumah Amy dalam pukul 11 pagi. Biasalah liat sikit nak ba...