Skip to main content

Sweet Memory With Farah - Part 2

Hai...bertemu kite kembali dalam entri terbaru Sweet Memory with Farah - Part 2. Kite nak sambunglah sikit story pasal kedatangan Farah ke Subang tempoh hari. Meriah beno bile budak cinooo ni mai tau.

Aper last scene tempoh hari yer?????

Oh..ya...kitorang take a lunch kat A&W kan... Disebabkan Wong Solo penuh hari tu, tak dapat lah nak memenuhi permintaan Farah untuk mentekedarah nasi ayam penyet. Kesian Farah. Datang dari jauh tu cari nasi ayam penyet. Katanye kat Penang tu tak ada nasi ayam penyet especially nasi ayam penyet Wong Solo. Yang ader nasi kandar. Hehehehe....


 Tengoklah tu reaksi Norma...Teruja benor bile nampak waffle aiskrim tu..

Takper lah. Kita take a "kudapan" dulu la yer. Pastu kite serang rumah Kak Dayah. Mintaklah dia masakkan ape-ape untuk kitorang yang tahap kebulurannya dah sampai tahap nak pengsan ni. Hahaha. Plak tu ader member kitorang tu kene gastrik plakkan. So, memang kene cari makan lah. Kang pengsan kene tahan ward nyaya jer tau. Kui..kui..kui...

Around pukul 1 lebih tu, lepas habis pekene float A&W dan waffle aiskrim kami geraklah on the way p rumah Kak Dayah kat Ampang. Aku rase dah berapa kali kitorang p rumah kak Dayah ni tau tapi still tak ingat-ingat jalan nak kerumah die tu. So, bantuan Google Maps diperlukanlah untuk sampai ke destinasi. Kalau tak memang balik ke Subang ler jawabnye. Huhuhu. Yang paling tak tahan tu Google Maps bawak kitorang ntah jalan mane ntah. Dari nak elak tol akhirnya die bawak jalan ader tol jugak. Hampeh punye apps....Akhirnya, around pukul dua kami tiba di rumah kak Dayah and kak Dayah sudah sedia menunggu kami dekat tempat parking.

Actually, kak Dayah ader hal pagi tu. Dia pergi jumpe Fatin yang tengah bukak booth kat dataran DBKL sempena event Pesona Terengganu. Terkilan jugak tak dapat nak jumpe Fatin. Takper lah.nanti ader rezeki lain kak Yus jumpe Fatin naaa...Fatin judak adalah salah seorang alumni Tentoobies. Antara orang yang terawal masuk Tentoobies.

Okay lah..berbalik semula pada cerita tadi...Kak Dayah yang sedia tunggu kitorang kat tempat parking ajak lah kami berempat naik kerumah die dulu. Berpeluk-peluk sakan deme..almaklumlah, lama dah tak jumpe kan. Kak Dayah pun dah jarang mai Subang. Kitorang solat Zuhur kat rumah kak Dayah before keluar tu. 

"So, Kak Dayah nak masak ape untuk kitorang ni..jauh Farah mai dari Penang ni.." 

Hahahaha...request kitorang pada kak Dayah minta die masak, Memang taklah jawapannya kan. Lagipun kak Dayah baru balik jugak. Tak ade nye dia nak masak. So, sementara tunggu aku dan Farah solat, kak Dayah jamu lah jeruk mangga dengan bubur Assyura. Bolehlah buat nak alas perut. Tenkayu Kak Dayah. Susah-susah jer dia kan...Hahahahaha....


Kesian Farah....kami tak tahu nak bawak die jalan-jalan area KL ni. Takkan nak pergi shopping plakkan. Dah lah masing-masing tengah pokai. Aku lagilah..gaji belum masuk time tu. Nak ajak p melawat tempat-tempat menarik macam Muzium Negara, Muzium Kesenian Islam, Muzium Polis taknak. Katenye tak suke p tempat-tempat macam tu. Kalau tak boleh kenalkan kat Farah, Ruziah dan Ahmad. Hehehe..Baiklah adikku sayang...Kitorang tak tau nak decide p mane so, axtvt paling menarik baik pergi cari makanan dulu. Perut dah lapaq giler ni. So, kak Dayah bawak kami p makan tengah hari kat......hurmmm..ape name ye tempat tu?? Aku luper lah. Tapi kat situ memang banyak kedai makanan. Kalau malam mesti lagi meriah. Macam-macam gerai ader kalau waktu malam. Cakaplah nak makan aper..steamboat ader, nasi ayam ader, western food ader, kerang bakar, hisshhh...macam-macamlah ader kat situ. Tapi kami pergi waktu siang kan, so memang tak bukak lagi la kan..

Opppsss, Farah nampak restoran nasi ayam penyet Wong Solo..Yesss, Farah dapat makan nasi ayam penyet!!! Namun, sekali lagi kitorang kuciwa bile staff restoran tu kater kedai dah close..Close pekejadahnye ramai jer orang dalam ni. Aduiii..memang berhangin dibuatnyer tau. So, nak tak nak kitorang berlima keluaq lah dari restoran tu. Memang tertera kat depan pintu sign "close". Tapi disebabkan rase teruja yang melampau nak makan nasi ayam penyet sampai tak perasan sign "close" tu. Hehehehe...Okay lah, cari restoran lain plak. Kitorang decide nak makan kat satu restoran Thai ni. Tengok menu semuanye menarik belaka. Murah pun murah. So, aper lagi...masuklah kan..

Sessi memilih menu bermula...huissh, rambang mata bile nengok menu-menu yang ader. Macam-macam ader. Aku decide amik nasi goreng butter, Noma amik nasi goreng nenas, Farah dan Aisyah amik menu yang same iaitu nasi goreng honey. Kak Dayah plak amik kuew teow kungfu. Dalam pade menunggu makanan masing-masing sampai sempat lah kami berborak-borak, bergurau-senda, bergelak ketawa kat dalam restoran tu. Meriah suasana dibuatnye..Masing-masing buat lawak. Hahaha...Sokmo gelak jer lah kitorang hari tu. Penat tau gelak ni..Ingat tak penat ker....

Makanan masing-masing dah tibe.. Wahh, nampak menyelerakan. So, sessi menghabiskan makanan masing-masing bermula. Aku punye nasi memang sedap. Berasa butternye walaupun agak oily. Nasi Norma dan kuew teow Kungfu kak Dayah pun best. Sedap...Cume, nasib tak menyebelahi Farah dan Aisyah bila mana makanan yang dipesan tu punyer lah manis bak hangg..manis giler-giler...Memang betullah namenye nasi goreng honey tapi kalau dah semua rase madu..rase manis boleh hilang selera jadinya. Dorang berdua minta sambal belacan pun still lagi tak boleh nak atasi rasa luar biasa honew tu tau. Akhirnya, dorang berdua tak dapat nak menghabiskan makanan yang dipesan tu. Kesiannye deme berdua tapi lagi kesian Farah lah. Hehehehe....

Cuaca kat luar dah nampak gelap. Mendung jer. Tanda hari nak hujan ni. So, kemane kite nak p lepas ni???Kitorang plan nak bawak Farah p jalan-jalan kat Taman Botani KL. Dalam otw nak ke kereta tu tetibe perasan sign kat restoran Wong Solo dah open. Cisss..close ke open benonye ni?? Hampeh betollahh...Stresssss sekejappp....

Alamak, camner nak p Taman Botani ni. Hari dah start hujan dah ni. Kilat pun dah sabung menyabung. Hurmmm...kite terus gerak ke KLIA lah Farah yer...Takut jalan jem plak nanti. Flight Farah pun pukul 10 malam. Baiklah kite gerak awal. Sorry Farahhh..After masing-masing solat Asar, weollsss on the way hantar Farah ke KLIA. Betollah kate orang tua...kite ni jangan terlampau galak ketawa. Jangan suke sangat. Takut ader bende elok tak jadi nanti. Huhuhu...Nak dijadikan ceritalah kan...kami kesesatan dalam perjalanan nak ke KLIA tu. Norma lah ni...bagi instruction tak betol. Kan dah salah masuk jalan...Hishhh, nampaknye Norma bukanlah seorang co-pilot yang berjaya...Kitorang masuk susur ke Seri Kembangan. Berhadapan dengan Mines dan KTM Serdang, kereta kitorang stuck dengan jammed. Seriously, ini kali pertama aku melalui saat meredah banjir di tengah bandar. Air melimpah ke jalan raya dengan sangat cepat. Kereta kami masih lagi stuck kat tengah-tengah. Area kedai dah banjir. Aku rase kat depan memang dah banjir terus. Kereta bergerak dengan perlahan. Air dah nak sampai ke paras pintu kereta. Aku sure kalau aku bukak pintu kereta ni air memang akan confirm masuk. Paling tak boleh blah tu, bile dengar air berkocak kat bawah kereta. Mak aiiii...... masing-masing cuak. Cepatlah.gerak!!!!

Mujurlah kak Dayah yang yang bawak kereta time tu. Alhamdulillah, die nampak tenang. Tapi aku tahu dalam setenang-tenang die tu, cuak jugak kot. Kereta orang kot yang dibawanye tu. Norma pulak aku rase dah berkira-kira kos untuk kereta die ni kalau kereta overhole. Beratus kot habis. Silap-silap makan beribu. Farah plak mayb dah cuak, sampai ke idak die kat KLIA ni. Sempat ke naik flight ni. Aku plak dah cuak..bile kereta nak gerak ni. Bengang bile kereta depan lembap sangat geraknye. Nak je dijeritkan orang depan tu. Tapi aper boleh buat, kalau orang depan pun stuck jugak. Hanya mampu selawat dan zikir. Mintak-mintaklah kami lepas dari banjir kilat ni. Aisyah jugak yang maintain cool. Tapi tak tahu la plakkan dalam cool-cool die tu ader cuaknye. Hehehehe....



Image banjir yang sempat kitorang snap dari dalam kereta...

Alhamdulillah, hampir 30 minit kami didalam kerisauan akhirnya kami lepas dari banjir kilat tu. Mujur jugak kereta Norma tak mengalami ape-ape masalah. So, inilah pengalaman yang sangat menarik dan juga mendebarkan. Serik dah nak lalu area situ lagi. Kawasan spot banjir kilat. Maka, kami meneruskanlah perjalanan menuju ke KLIA menghantar Farah.

Okaylah...nak dipendekkan ceritanye...selamatlah sudah kami menghantar Farah sampai ke depan pintu balai berlepas. Gelak ketawa dan senda gurau memang takkan lekang dalam kalangan ahli Tentoobies. Nak hantar Farah pun kitorang sempat buat drama lagi. Warga Tentoobies ni memang kuat propa lah. Hahahaha....





 Propa sungguh kami-kami ni....

Buat Farah...Thanks sudi datang jenguk kami semua kat Subang. Ni kali kedua kan Farah mai sini...In sha Allah, kalau tak ader aral yang melintang kami pakat ramai-ramai mai Penang pulak bulan 12 ni yer. Nantikan kedatangan kami ke sana. Nanti bawaklah kami jalan-jalan Penang. Kami nak naik ferri, nak naik Bukit Bendera, nak pergi Batu Ferenggi. Pendek kate bawak jelah kami ke tempat-tempat yang menarik yang ader kat Penang tu..

Makanye, berakhir lah sudah sweet memory with Farah. Diharapkan Farah enjoy meluangkan masa bersama kami semua. Tapi seriously memang seronok. Dah lame tak rase seronok macam ni tau. Tentoobies yang sekarang nampaknye dah seperti hilang serinya. Bila sesekali jumpe memang masa tu akan dimanfaatkan sehabis mungkin. Sekali lagi, tenkayu banyak-banyak Farah sudi datang Subang jumpe kami semuaaaa...We love u Farahhhh...Muaahhhhhh....

Entri yang berkaitan: Sweet Memory with Farah - Part 1

Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...