Skip to main content

Berakhirnya Drama Hello Mr Perfect!!!!

Thank God!!!!

Berakhir sudah drama yang Cik CT kira telah membuatkan ramai peminat tegar drama slot Akasia di luar sana merungut setiap waktu. Komplen itu dan ini. Kondem sana dan sini. Berakhirnya drama ini bermakna berakhirlah juga penderitaan dan penyeksaan mereka.

Jujur dari hati Cik CT yang bersih lagi nurani ini, drama "hello mr perfect" tidak berjaya meninggalkan satu impak yang kuat dalam diri dan hati Cik CT. Drama yang Cik CT kira banyak kelemahannya. Ini bukanlah bermakna Cik CT meng'kondem' karya-karya artis kita. Tapi, mungkin di masa akan datang perlu diberi lagi penelitian dalam menghidupkan sesuatu drama itu. Ecewaahhh..gaya Cik CT berkata macam gaya karyawan lagaknya.

Cik CT setia jugak untuk menunggu sehingga tamatnya episod terakhir drama ini walaupun jauh disudut hati, hati ini bagaikan memberontak untuk blah dari depan kaca tv dan naik ke dalam bilik. Tapi Cik CT nak tengoklah jugak apakah kesudahan kisah hidup Izzul dan Alya tu.

Hurrmm...rasanye gandingan mereka berdua tidak menjadi. Mungkin jugak A.Aida silap membuat percaturan dalam pemilihan pelakon utama. Nampaknya gandingan Fattah Amin dan Ruhainis tidak menjadi. Tak ade chemistry antara mereka berdua. Same lah seperti yang terjadi pada drama "playboy itu suami aku". Gandingan Fattah Amin dan Ristina...Ruhainis dan Ristina ni rupe2nye mereka pasangan adik beradik.

Rasenye Fattah Amin tak boleh nak meng"expose"kan dirinya sendiri bila berlakon dalam drama ni. Nampak kejanggalan di situ. Ade je bende yang x kene dengan lakonannya. Kaku. Kayu.

Hurmmm..tapi kenapa menjadi pulak lakonan die dalam satu telemovie raya yang pernah Cik CT tengok yang tajuknya ialah "punjut buat mertua".  Yang tu okaylah plak lakonan si Fattah ni. Tak ader lah kayunya pun. Ternyata gandingan Fattah Amin bersama Rozana menjadi. Sweet sangat...Cik CT terhibur tengok telemovie tu.

Kawan-kawan Cik CT kate jugak lakonan Fattah Amin dengan Fathiya dalam "plan cinta tak jadi"  juga menjadi. Fattah Amin nampaknya tak ada aura untuk die naik dengan sendirinya. Die mungkin perlukan supporting. Senang cerita chemistry itu pentinglah. Iyer lah...Fattah Amin dan Ruhainis masing-masing masih lagi baharu dalam bidang lakonan. Takper lah...mungkin lepas ini lakonan mereka berdua akan bertambah baik. Kita doakan saja yang baik-baik untuk mereka. Lihat saje lah Ristina sekarang. Lakonan die dah bertambah baik. Dah glemer dah minah tu la ni. Baguslah tu.....

Cume satu je yang Cik CT nak gelak bile tengok episod terakhir "hello mr perfect" ni. Ending yang kelakar. Tak sweet langsung. Sebenonye ader je scene yang kalau dilakonkan betul2 memang meninggalkan impak yang mendalam buat penonton. Boleh menusuk ke kalbu. Boleh buat kite tersengih sorang-sorang. Tapi ianya sama sekali langsung tidak ade dalam episod terakhir "hello mr perfect". Semuanya nampak pelik dan akward". Kate orang Melayu ader bunyik cengkerik disitu..."krik...krik...krik..."

Pendek kate..."hello mr perfect" bukanlah drama yang terbaik untuk tahun ni. Bukanlah drama yang dapat meninggalkan kesan yang mendalam kepada penonton sepertimana drama-drama yang pernah ditayangkan sebelum ini..

Apa-apa pun, bersyukur sangat sebab Cik CT jarang follow drama ni. Cube kalau Cik CT follow dari awal drama ni, maunye menyesal x sudah. Hahaha...Sebab Cik CT tak boleh blah lah tengok watak Izzul tu..sokmo nak berkerut je. Takde lah perfect mane pun...bile tengok Fattah dalam drama ni dah rase die ni x handsome dah....orang kate hilang dah ke"handsome"mannya.

Sorrylah Fattah yer...lakonan anda nampaknya tidak berjaya. Sila cuba lagi!!!.....Ruhainis...anda berjaya bawak watak Ain tapi tidak pada watak Alya..


Lagi satu...yang ni buat Cik CT geli-geliman dan meremang bulu roma. Lagu OST drama ni memang x boleh blah langsung....rase nak meraung bile den donga..."sorry..sorry sayangku, i love you...sorry...sorry sayangku, i miss u".....eeeuuuwwwww...muntah hijau maks nokkss....

Itu ajer lah luahan perasaan Cik CT terhadap drama "hello mr perfect". Harap2nya tak ade lah ye tayangan kali kedua..ketiga..atau pun yang keseterusnya....Tutup tv lerr jawabye kamiii.....

Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...