Skip to main content

Sweet Memory with Farah - Part 1

Weekend  yang lalu mase kami dihabiskan bersama Farah. Opps..Farah mai dari Penang na. Terharu kami Farah datang Subang nak jumpa dengan kami semua. Sayang Farah. Muah Ciked...

Tapi, kami dapat luangkan mase bersama-sama just hari Ahad tu jer lah. Coz before tu Farah hangout sesame dengan kawan-kawan universiti die kat Shah Alam. Lagipun aku koje Sabtu tu. Jadi part time petani sat. Noma pulak p jaga event. Malam Sabtu tu baru Farah mai Tentoobie. Yang lawak nye, sampai-sampai jer Tentoobie si Farah ni dah kene jadi bibik pada si Aisyah. Hahaha. Aisyah lah minta Farah tolong warna kan rambut die. Al maklumlah, orang tu baru beli pewarna rambut baru. Ecah..ecah..






Teman sebantal dan sekatil bertemu kembali.  Farah dan Aisyah...Dorang berdua ni kalau berjumpe mesti nak bertekak punye. Main tarik-tarik rambut. Geng sekepala dah berkumpul katanyer...

Sabtu malam tu kami lepak-lepak kat Tryst. Habiskan masa bersama-sama. Just ade aku, Norma, Aisyah dan Farah jer. Berempat ni pun dah cukup riuh dan meriah. Gamat Tryst tu dengan suara kitorang gelak jer. Mujurlah, time tu Tryst tak ramai orang. Lame gak la kami lepak-lepak kat Tryst tu. Dari pukul 9.30 malam sampailah ke 12.30 pagi. Ishhh, anak-anak dara ni tak tahu nak duduk umah agaknya. Hehehe....

Kat Tryst tu kami berempat main Sahibba. Kat Tryst ni memang disediakan pelbagai jenis game indoor. Like korum, chess, monopoly dan sahibba. Disebabkan kami ade history main Sahibba yang semua ayat-ayat yang dibina mengarut belaka, so si Noma ajaklah main Sahibba tu. Kite tengok sape yang berjaya bina perkataan yang rare. Kalau main ngan depa bertiga ni memang mengarut punyer lah. Tu belum ade si Tia. Kalau ader Tia, mahunye bertarik rambut die ngan Noma sebab Noma main tipuuu...Hahaha...



Tengoklah tu...semua perkataan yang dibina ntah pape ntah...Noma lagi lah..perkataaan die cume tambah imbuhan jer. Farah pun boleh tahan sengal die tu. Hahaha..MEMBEROSLAHOI..TAHIKOME..IDUNGSUFIA..HANUS..CCTV..LUGILADOH...Adoiii...Lepak dengan dorang ni boleh jadi biollll...hahaha....Tapi ape-ape pun malam tu sangat have fun. Dah lama sangat kitorang tak have fun macam ni. Hilang segala stress.....






Dah penat kami buat bising kat Tryst tu, kami pun gerak lah balik Tentoobie. Mata pun dah berat semacam dah ni. Nak tido..Dahlah esok katenye plan nak p mandi air terjun kat Sungai Congkak. Hurrmmm...kelaut je plan tu semua. Hahaha...Ooohh..ya..Before kitorang duk melepak habiskan masa kat Tryst, kitorang kat rumah duk jadi batu api si Aisyah ni. Actually, Aisyah koje ahad tu. Tapi kami dengan penuh kegigihannya memasukkan jarum halus kedalam otak dan hati Aisyah untuk tidak pergi ke tempat kerja esoknya. 

"Kesian Farah mai jauh-jauh tapi Aisyah koje plak..Amik jer lah MC Cah..Takpun amik jer AL..Cuti Ecah kan banyak lagi...Awat ade AL tapi tak nak guna. Ala, biaq p lah aper manager hang nak cakap Cah. hang pun nak resign kan.."

Itulah antara ayat-ayat menghasut kami pada Aisyah. Dan akhinrnya.............Jeng..Jeng..Jeng..


Kesian Aisyah...dapat member macam kami bertiga ni...Huwahuwahuwa....
Dan kesian jugak Aisyah sebab doktor diagnosis si Ecah ni ade Gastrikk...Opppsss....
 Hahahahaahahhaha....... Nak sedih ke nak gelak ni???? Tak boleh blah. Akhirnya kitorang p bantai gelak satu poliklinik tu. Bengang je orang-orang yang datang klinik tu.

Gambar terpaksa di remove di atas permintaan rakan tuan empunya blog..Katenye nampak perut die yang comel tu..Hahahaha..

Kitorang ni tak sah kalau tak berselfie tau. Dalam duk tunggu Aisyah jumpe doktor sempat lagi tu....

Lepas settle p amik MC Aisyah, masing-masing perut dah lapaq kan. So, ekspedisi mencari makanan bermula. First plan nak bawak Farah p pekene ayaq A&W dan waffle aiskrim die..Sedap baq hang..Tapi dah masuk tengah hari dah. Molek sangatlah kalau p makan lunch terus kan. So, Farah request nak p makan nasi ayam penyet Wong Solo kat Seksyen 7, Shah Alam. Molek sangatlah tu sebab A&W tu pun dekat dah dengan area-area situ. So, kite pekena ayaq A&W dan waffle aiskrim pahtu baru pekena Wong Solo. Dan bengangnye Wong Solo penuh time tu. Penuh giler orang. Kitorang pun malas nak menunggu. Penuh dengan ibu bapa yang pergi konvokesyen anak-anak depa. Wrong timing lah kami pergi ni. Sabo jer lah...So, next destination rumah kak Dayah lah.. Kite p cari makanan kat sana jah...Yuhuuuu...

Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...