Skip to main content

Bila Ateh Datang KL

Ateh...oh...Ateh...

Dapat jugak Ateh jumpe anak sedara die. Sejak Ismail lahir 08 September tempoh hari, adik Cik CT yang nombor tiga tu still belum nengok wajah anak buah tunggal die ni lagi. Tapi akhirnya, weekend yang lepas terubat jugak rindu Ateh buat Ismail. Cik CT pun dah lame benonye tak pergi menjenguk Ismail. Padahal bukannye jauh mane pun Ampang tu.

Seronok sangat. Ismail pun dah besaq tau. Dah semangat dah. Yang paling comel tu, dagu Ismail terbelah tau. Nanti besar ni mesti handsome. Hahaha...Cik CT pun dah berani dukung Ismail. Kalau dulu punyer lah takut nak kendong Ismail. Iyerlah, kecik lagi kot. Dahlah kurus keding je masa lahir tu. Kuat minum susu ni. Bagus..bagus..kasi Ismail lagi debab dan montel. Hahahaha...




Ateh mai KL hari Jumaat tu. Naik bas pukul 130 petang. Adik ipar Cik CT yang p ambil die kat TBS. Ateh tidoq semalam kat rumah Angah, ibu Ismail. Sabtu tu Cik CT pergi Ampang pulak bawak Ateh jalan-jalan KL. Tak p mana-mana pun. Bawak die jalan-jalan kat Masjid Jamek jer. Belilah dalam 2-3 helai baju kurti. Mak dah bising dengan Ateh suruh cari baju lain nak pakai masa pergi kelas. Asyik baju yang same je dipakai. Bukan Ateh tu tak ade duit nak beli baju lain pun. Tapi, kalau nak tahu adik Cik CT yang ni memang berjimat sangat. Sayang beno nak gune duit PT die tu. 





Cik CT pun shopping bag koje jer lah. Hikhikhik...Takde beg nak bawak p koje. Petang tu bawak Ateh pergi rumah Cik CT. Ajak die p pekene cendol ngan laksa kedah kat area USJ4. Ateh tido rumah Cik CT malam tu. Ahad tu kitorang gerak semula balik Ampang. Hantar Ateh balik semula rumah Angah. Nak gomol-gomol dengan Ismail. Lepas ni biler lah gamaknye Ateh nk jumpe Ismail lagi kan. 

Tiket Ateh esok pagi (Selasa)..pukul 10 pagi. Ateh naik dari TBS. Die nak balik Changlun. Nak jumpe anak sedara punye pasal sanggup ponteng kelas tu. Padahal kelas dah start hari ni. Takper lah. Sekali sekala kan. Bukannya selalu. Dapat lah Ateh merasa naik public transport yang ade kat Malaysia ni. Dapatlah merasa naik tren. Dapat merasa naik LRT. Tapi katenye susah naik public transport ni. Pening kepala katenye. Nak kene tukar-tukar lah. Kate Ateh lagi senang naik bas. Die tak tahu kalau naik bas lagi jauh. Silap-silap lagi banyak bas kene tukar. Ateh oh Ateh!!!!



Ateh..oh..Ateh...first time turun KL katenye. Gelabah sikit adik Cik CT yang sorang ni. Hahaha..Kakak die pun boleh tahan gelabah jugak..

Apa-apa pun, weekend yang sangat best semalam. Dapat meluangkan masa bersama adik-adik memang sesuatu yang meninggalkan pelbagai kenangan. Iyerlah, masing-masing jarang sangat berjumpe. Yang sorang tengah study jauh kat Utara nun. Yang sorang lagi dah berkahwin. Dah ader anak dah pun. Cik CT pulak sibuk naww dengan aktiviti sendiri. So, bile dapat berkumpul sama-sama ni memang best dan meriah lah. Dah lama tak makan sama-sama. Dah lame tak borak sama-sama.

Kesimpulannya, sayangilah adik beradik kite. Kerana merekalah orang yang paling dekat dengan kita dan orang yang sentiasa ade dengan kita bile kite didalam kesukaran. 

Love your Siblings tooo.....




Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...