Cikgu Ganti
Walaupun tittle itu hanya untuk
Sementara aku pegang
Tapi aku rasa cukup puas
Rasa teruja
Rasa bangga
Kerana salah satu impianku
Waktu kecil dahulu
Akhirnya terlaksana jua
Untuk mendidik
Mengajar
Dan memberikan sedikit ilmu
Buat anak-anak sekolah Merlong
Hasratku Cuma Satu
Agar segala ilmu yang kucurahkan
Ku ajar ini kelak sampai
Kepada mereka semua
Semoga ilmu yang diajari
Oleh Cikgu Ganti ini
Berguna buat mereka
Kelak menjadi panduan
Serta peransang buat mereka semua
Agar terus berusaha
Dan Berjaya apabila dewasa nanti
Dan aku sendiri...
Ku doakan agar ilmu-ilmu yang aku
Berikan
Diberkati dan dirahmati
Oleh Allah
Tuhan kita Yang Maha Esa.....
Comments
Post a Comment