Thursday, 21 March 2013

BYDC - BAB 23


Majlis cukur jambul Syed Aryan Hakim Bin Syed Hakimi Herizal selamat dijalankan di rumah besar umi dan abi. Ramai tetamu-tetamu yang hadir bagi memeriahkan majlis. Emak dan ayah juga tidak terkecuali sama-sama memeriahkan lagi majlis cukur jambul cucu sulung mereka. Adik-adikku; Jannah, Jasrina, Jazril dan adik-adik iparku; Haikal dan Rina turut hadir bagi menceriakan suasana majlis anak saudara mereka.
Intan dan Razlan juga turut hadir ke majlis itu. Mujurlah, Intan sudah habis berpantang. Bolehlah dia bergerak ke sana dan kemari. Intan melahirkan seorang anak perempuan comel yang diberi nama Intan Qusyairah Bt Razlan Hakimi. Aku dan Intan juga sudah berkira-kira untuk menjodohkan anak-anak kami berdua nanti. Tergelak Razlan dan suamiku mendengarkan perancangan kami berdua itu.
Syed Aryan Hakim Syed Hakimi Herizal, permata hatiku dan Encik Hakimi ini sudah berusia lima bulan. Aryan selamat dilahirkan di Hospital Ampang Puteri tepat jam 12 tengah hari. Encik Hakimi setia berada disisiku disaat aku hendak melahirkan Aryan. Dorongan dan sokongannya menjadikan aku kuat untuk melahirkan Aryan. Syukur Alhamdulillah, aku melahirkan Aryan yang comel dan gebu. Semoga dengan kehadiran Aryan ini membawa seribu kemanisan dalam rumah tangga kami berdua.
Umi, abi, emak dan ayah juga asyik tersenyum aje sejak mendapat cucu sulung ni. Aryan merupakan pengarang hati dan jantung mereka. Aku tersenyum melihat Jannah dan Rina yang sedang asyik melayan keletah Aryan yang comel itu. Asyik berkepit je dengan makcik-makciknya itu. Sampaikan berebut-rebut dengan umi dan emak.
“Sayang....” sapaan dari suamiku mengalihkan tumpuanku daripada Jannah dan Rina yang sedang mengagah-agah Aryan. Aku tersenyum memandang suamiku.
“Mari ikut abang kejap.” Katanya lagi sambil menarik tanganku kearah gazebo yang berada di luar rumah. Tetamu-tetamu yang lain sudah pulang ke rumah masing-masing. Aku menuruti langkah kaki suamiku.
“Kenapa ni bang? Banyak lagi kerja kat dalam tu bang. Aryan tu pula belum Jasmin kasi susu lagi.” Kataku padanya pula.
“Alorh sayang ni..Sejak ada Aryan ni, abang dilupakan ye. Nak merajuklah kalau macam ni.” ujar suamiku menarik muncung panjang. Aku ketawa geli hati melihat wajahnya itu.
“Alololo, suami Jasmin merajuklah. Dengan anak sendiri pun nak cemburu ke. Janganlah merajuk lagi bang. Dah tak handsome dah suami tersayang Jasmin ni.” kataku memujuknya sambil mencubit lembut pipinya.
Tergelak suamiku dibuatnya.
“Sayang ni betullah. Pandai pujuk abang tau.” Kata suamiku pula. Tangannya mencuit pula hidungku.
“Sayang, abang nak bagi sayang sesuatu ni. Before tu, sayang pejam mata tu dulu.” kata suamiku lagi memintaku memejamkan mata. Aku mengikuti sahaja kehendaknya. Dapat kurasakan seutas rantai leher dipakaikan di leherku.
“Okey, sayang dah boleh buka mata sekarang.” Ujar suamiku memintaku untuk membuka mata.
Mataku terpana pada sekalung rantai leher bertakhtakan berlian yang terletak elok di leherku. Mataku terus kuhalakan kepadanya.
“Untuk isteri tersayang abang ni.” katanya lagi membuatkan aku terus memeluknya erat.
“Abang ni...Tak payahlah belikan Jasmin barang mahal-mahal macam ni. Kasih sayang yang dah abang beri ni pun sudah cukup untuk Jasmin. Lebih berharga daripada barang-barang mahal ni semua.” Kataku sedih. Air mata sudah membasahi pipiku. Encik Hakimi menyapu lembut air mata yang jatuh ke pipi.
“Eh, kenapa sayang menangis ni? Jangan menangis lagi. Malu aje kalau Aryan lihat mamanya menangis macam ni.” katanya membuatku tergelak kecil. Aku mencubit lembut pinggangnya.
“Abang ni, memang tau. Aryan tu kecil lagilah. Mana dia faham lagi.” Kataku pula tersenyum manis.
“Hehehe...Kan sayang dah tak menangis lagi. Abang kan dah berjanji tak akan buat sayang menangis lagi. Abang tak mahu lihat sayang sedih-sedih lagi macam ni.” katanya lagi sambil mengenggam erat jari-jemariku.
“Maafkan Jasmin bang. Terima kasih bang pada apa yang sudah abang beri pada Jasmin selama ini. Kasih sayang dan cinta yang sudah abang berikan pada Jasmin. Jasmin bersyukur sangat-sangat kerana dikurniakan seorang suami yang penyayang seperti abang.” Kataku jujur padanya.
Sememangnya itulah yang aku rasakan kini. Bahagia dan gembira dengan suami tersayang. Dan kini, kehidupan kami diceriakan lagi dengan kehadiran permata hati kami, Aryan pengikat kasih sayang antara kami berdua.
Di dalam hati ini, aku berdoa agar rumah tanggaku bersama Encik Hakimi akan terus berkekalan sehingga ke akhir hayat kami dan juga dikurniakan lagi dengan anak-anak yang soleh dan solehah.
Untuk arwah Hisyam, Jenna ucapkan terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup Jenna dan membahagiakan Jenna walaupun untuk seketika. Hanya doa yang Jenna panjatkan agar roh Hisyam ditempatkan disamping orang-orang yang beriman.
Untuk arwah Jojo pula, Jasmin ucapkan juga ribuan terima kasih kerana pernah hadir juga dalam hidup ini. Menceriakan hari-hari Jasmin. Doa juga Jasmin titipkan untuk Jojo agar roh Jojo tenang di samping orang-orang yang beriman.
Buat kalian berdua, Jasmin telah menemui kebahagiaan yang Jasmin cari selama ini. Buat suamiku Syed Hakimi Herizal Syed Lokman, terima kasih di atas segala-galanya. Terima kasih di atas kasih sayang yang dicurahkan selama ini. Doa isterimu ini agar kebahagiaan rumah tangga kita akan berkekalan sampai bila-bila.
Ya Tuhan, aku bersyukur di atas limpah kurniamu kerana menganugerahkan kepadaku insan-insan yang mengasihi diri ini. Menganugerahkan aku seorang suami yang penyayang dan anak lelaki yang comel. Nikmat yang Engkau beri ini tidak tergambar olehku dengan kata-kata. Semoga Engkau terus memberkati kehidupan kami sekeluarga kerana Engkau telah memberikan aku kebahagiaan yang aku cari selama ini. Amin...Amin Ya rabb amin...

''Ayat terakhir tamat pada hari Ahad, pukul 10.55 malam pada tanggal 11/11/2012 bersamaan dengan 26 Zulhijjah 1434H''

No comments:

Post a Comment

Hi Blog Cik CT 2025 - Cik CT kembali

Hello Blog Cik CT..... Ommoo...ommoo...Lame giler tak bukak blog Cik CT ni. Berhabuk giler dah. Bukan ape cuma tak de masa nak mengupdate. S...