Skip to main content

BYDC - BAB 18

Pagi itu aku rasa tidak sedap badan. Kepalaku terasa berpusing-pusing dan teramat pening. Bagaikan ada sebiji batu menghempap kepaluku ini. Tekakku pula terasa loya. Rasa mual-mual. Rasanya aku keracunan makanan ni. Tapi apa pula yang aku dah makan.
            Aku hanya terbaring diatas katil. Tak terlarat rasanya hendak bangun dari katil. Bagaikan badanku sudah melekap di atas katil yang empuk ini. Encik Hakimi pagi-pagi lagi sudah ke pejabat. Semasa menghantar pemergiannya ke pejabat tadi, tak adalah pula rasa loya-loya ni, tapi lepas sahaja dia pergi perutku bagaikan dipulas-pulas, bergelodak. Akhirnya, cepat-cepat aku lari ke bilik air dan memuntahkan air sahaja. Perut aku masuk angin agaknya ni.
            Aku tak larat nak buat apa-apa lagi. Mengemas dan memasak pun belum lagi ni. Kalau ada kat rumah umi dan abi, tak payahlah aku bersusah-susah macam ni. Kak Tini dan Mak Jah ada. Sebenarnya, sudah dua minggu aku dan Encik Hakimi berpindah ke kediaman baru kami di TTDI. Terpegun aku melihat dekorasi rumah ini buat kali pertamanya. Designya bercirikan Inggeris. Ada air terjun mini dan juga taman mini di luar rumah membuatkan rumah banglo dua tingkat ini kelihatan sungguh klasik dan nampak cantik. Aku cukup berpuas hati dengan design yang suamiku sendiri lakarkan.
            Umi dan abi membenarkan kami berdua hidup berdikari di luar sana. Hanya pesan mereka agar selalulah pulang ke rumah mereka. Bukannya jauh sangat TTDI dengan Mont Kiara. Lebih kurang 30 minit aje sampailah. Perpindahanku ke kediaman baru juga telah ku khabarkan kepada emak dan ayah. Ternyata mereka amat gembira kerana selepas ini tak adalah rasa segan sangat kalau datang melawatku nanti.
            Planning hendak menghubungi Rina melalui Skype juga terpaksa aku tangguhkan dahulu. Nanti-nanti ajer lah soal selidik mengenai rahsia-rahsia suamiku itu.
            Setelah aku menelan dua biji panadol dan sedikit asam, rasa pening dan loyaku sudah berkurangan. Rasanya aku sudah boleh buat kerja ni. Nanti ditangguh-tangguh lambat pula aku nak masak makan tengah hari. Baik aku kemas barang-barang dalam bilik stor dulu. Banyak lagi kotak-kotak aku dan juga Encik Hakimi masih belum berkemas.
            Novel-novelku juga sudah ku angkut masuk ke bilik bacaan di tingkat atas rumah ini. Awal-awal lagi novel-novel aku tu, aku kemas. Nasib baik jugalah Encik Hakimi memang menyediakan satu bilik hanya untuk bilik bacaan dan bersantai-santai. Dia menyerahkan bulat-bulat kepadaku bagaimana untukku mendekorasikan bilik itu.
Dan keputusannya, bilik itu penuh dengan novel-novel yang aku kumpul ketika dari zaman bujang lagi. Terkejut Encik Hakimi melihat banyaknya koleksi novel-novelku tersusun cantik di atas rak. Kemudian, dia hanya tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. Aku buat muka toya.
            Baik aku kemas dahulu kotak-kotak ni. Semua ni kotak-kotak abang. Boleh tahan banyak juga suamiku bawa ni. Semua diangkutnya. Hahaha. Mengata laki sendiri, diri sendiri tu pun sama juga.
            Eh, kotak apa pula ni? Comel semacam jer. Apa agaknya isi dalam ni ye. Apakata aku jenguk-jenguk sikit isi dalam ni. Tengok apa benda yang ada kat dalam ni. Kotak ni nampak macam barang-barang penting suamiku. Manalah tahu ada gambar zaman kanak-kanak suamiku itu. Boleh buat bahan ni. Hahaha.
            Perlahan-lahan aku buka penutup kotak yang berwarna biru laut itu. Sebaik sahaja aku membuka penutup itu, ternampaklah beberapa buah album gambar milik Encik Hakimi. Agak-agak boleh tak aku tengok album ni. Tengok ajer lah. Nanti suamiku tunjukkan juga gambar-gambar ni semua padaku.
            Album yang pertama aku selak, terserlah gambar-gambar comel Encik Hakimi semasa kecil dahulu. Aku tersenyum nakal melihat gambar-gambar keletah suamiku itu. Ada juga gambarnya bersama adik-adik kesayangannya, Haikal dan Rina. Di mana ni yer? Haa, tentu sahaja gambar-gambar ini diambil semasa mereka dibawa bercuti oleh umi dan abi ke Kota London. Seronokya. Kecil-kecil lagi dah dapat mengembara ke negara orang. Orang kayalah katakan.
            Selepas album pertama tadi habis ku selak, aku selak pula album kedua. Tertera ayat “Aku dan adik”. Eh, adik!!! Suamiku ada adik lain ke selain dari Haikal dan Rina. Tak pernah suamiku bercerita padaku. Lagipun, Rina juga tidak memberitahuku yang dia mempunyai seorang lagi abang. Masa majlis kahwinku hari itu pun gambar-gambar kenangan bersama keluarga mertuaku hanya ada umi, abi, Haikal dan juga Rina.
            Untuk meleraikan kekusutan di kepalaku ini, baik aku tengok aje album ni. So, akan terjawablah segala tanda tanya aku ni. Aku menyelak perlahan-lahan album gambar itu. Hati aku jadi berdebar-debar. Gambar pertama aku selak dan ianya benar-benar membuatkan aku terkejut besar.
Di depan mataku kini, gambar suamiku dan...................dan seorang lelaki. Seorang lelaki yang mempunyai raut wajah yang sama dan seiras dengan suamiku. Bagaikan mereka adalah pasangan kembar.
            Adakah sememangnya benar ini kembar suamiku. Tapi, kenapa suamiku tidak menyebut apa-apa tentang hal ini. Yang membuatkan aku terkejut adalah wajah lelaki di sebelahnya itu saling tak tumpah dengan Jojo. Dadaku berdegup kencang. Helaian gambar aku selak lagi. Memang album itu dipenuhi oleh gambar-gambar suamiku dan kembarnya. Aku menarik salah satu keping gambar yang ada. Ada tulisan di belakang gambar itu.
            “Kenangan Terindah bersama kembarku, Syed Nadzrizal Hakim Syed Lokman”
            Ya Allah...ternyata benar inilah Jojo yang ku cari-cari selama ini. Kenapa Jojo ada disini? Jojo yang ku kenali merupakan adik beradik kepada suamiku. Ya Allah, ujian apakah ini? Inikah dia juga abang Hakim, lelaki yang Haikal bualkan tempoh hari dengan suamiku. Ya Allah, Jojo adik iparku. Apakah dugaan yang Kau berikan padaku ini. Ya Allah.
            Air mata menitis perlahan dipipiku. Lelaki yang sebelum ini ku tunggu kehadirannya dan kini telah kian luput dari ingatanku kembali menjelmakan diri. Apakah perasaanku kini. Bisakah aku berhadapan dengannya nanti.
            Aku perlu tenangkan diri dahulu. Argh, baik aku simpan semua gambar-gambar ni. Aku tak mahu lagi melihat semua ini. Sedang aku menutup album yang ku pegang tadi, terjatuhlah sekeping gambar dari helai-helaian album tadi. Aku mengambil gambar tersebut.
            Sekali lagi aku terkejut besar kerana gambar yang aku pegang itu adalah wajahku sendiri. Gambar ku berseorangan yang masih ku ingat di ambil oleh Jojo ketika kami berdua sama-sama keluar ke KL semasa cuti hujung mingguku.
            Ya Allah, mengapa pula gambarku ada di sini. Adakah sebenarnya suamiku tahu mengenai perkara ini. Tapi kenapa dia tidak pernah bercakap apa-apa. Apa yang cuba disembunyikan oleh suamiku itu. Kalaulah suamiku itu tahu aku ini bekas kekasih adiknya, takkanlah dia melamarku dan mengajakku berkahwin. Atau adakah lelaki yang aku kahwini sekarang ialah Jojo. Mana mungkin pula.
            Kepalaku kembali berpusing-pusing dan pening. Tekakku kembali loya. Aku berlari ke bilik air memuntahkan angin. Ya Allah, dugaan apa lagi ni.
            Aku mengemas kembali album-album gambar itu dan meletakkannya kembali ke dalam kotak biru itu. Cuma gambar suamiku dan kembarnya dan juga gambarku aku simpan. Aku mahukan penjelasan yang sebenarnya dari mulut suamiku sendiri.
            Aku melabuhkan badanku di atas katil yang empuk itu. Tadi aku berada di dapur menyediakan makanan tengah hari. Namun, aku asyik muntah-muntah. Sudahlah kepalaku tengah pening memikirkan gambar yang kulihat tadi. Ini pula kepala dan tekakku terasa loya. Nak telan panadol, aku tak makan lagi. Perutku kosong. Lagipun, aku tak lalu hendak menjamah sebarang makanan buat masa sekarang.
            Aku memandang siling di atasku. Terlalu banyak persoalan dan tanda tanya yang bermain-main di benak fikiranku. Aku keliru, buntu dengan apa yang sedang terjadi dan apa juga yang akan terjadi selepas ini. Aku takut untuk menerima hakikat bahawa lelaki yang dahulu kucintai sepenuh hati kini merupakan adik iparku. Memang benar semua itu adalah masa silamku. Namun, aku sendiri tidak pasti dengan hatiku ini.
            Aku juga kecewa dengan sikap suamiku. Jika sebenarnya dia tahu aku ini siapa, kenapa tidak diberitahu sahaja padaku. Ketika aku berceritakan hal Jojo sebelum ini padanya, gayanya seperti orang yang tidak mengetahui apa-apa pun. Tidak mengenali langsung siapa itu Jojo.
            Perlahan-lahan mataku tertutup rapat. Aku inginkan ketenangan diri dan hati. Mengusir masalah yang melanda diri. Biar pergi jauh-jauh. Bermimpi yang indah-indah.
            Di dalam mimpiku, aku berjumpa dengan Encik Hakimi dan juga Jojo. Kedua-duanya hanya tersenyum memandangku. Aku jadi hairan apabila Jojo datang kepadaku dan berkata sesuatu kepadaku, namun tidak ku ketahui butir bicaranya kerana jelas tiada suara yang keluar dari mulutnya. Hanya gerakan mulutnya sahaja. Jojo juga seolah-olah cuba untuk menyampaikan sesuatu kepadaku.
            Perlahan-lahan dia mengenggam erat jari-jemariku dan membawaku kepada Encik Hakimi, suamiku. Encik Hakimi hanya tersenyum manis. Dia menghulurkan tangannya padaku. Aku agak teragak-agak untuk menyambut huluran tangannya. Aku memandang wajah Jojo. Jojo dengan senyuman manisnya menganggukkan kepalanya. Perlahan aku menyambut huluran tangan suamiku.
            Jojo berkata sesuatu kepada Encik Hakimi. Namun, sekali lagi aku tidak mendengar tutur bicara mereka berdua. Aku terpinga-pinga.
            Perlahan-lahan Jojo berlalu pergi dari situ. Melambaikan tangannya dengan senyuman manis di bibir. Aku jadi sedih dan sebak tiba-tiba. Air mata mengalir laju tanpa dipinta. Aku memanggil Jojo kembali datang kepadaku. Jangan tinggalkan aku. Aku ingin berlari ke arahnya namun, tanganku kejap di dalam gengggaman suamiku. Aku memeluk erat dirinya. Aku berasa amat sedih. Air mata tetap terus mengalir laju di pipi.
            “Sayang...sayang...Jasmin..” tepukan lembut di pipiku membuatkan aku terjaga dari mimpi sedihku.
            Buka sahaja mata, terpandang wajah bersih Encik Hakimi. Lalu, aku memeluknya erat. Air mata terus mengalir laju bersama hatiku yang lara.
            “Sayang...kenapa ni? Tell me...Jangan buat abang risau.” Aku tetap juga terus menangis teresak-esak di dalam dakapannya.
            Kejadian dan mimpi semalam masih belum ku ceritakan kepada Encik Hakimi. Aku terlena di dalam pelukannya semalam selepas aku tidak henti-henti menangis. Suamiku mula risau melihatkan keadaanku itu. Dia hanya mengusap-ngusap lembut dan mencium rambutku cuba mententeramkan diriku.
            Pagi ini aku masih tidak larat untuk bangun dari katil. Encik Hakimi mengambil cuti kerana melihatkan keadaanku yang tidak berapa sihat. Badanku panas. Mungkin aku sudah demam. Mataku juga sudah naik sembap kerana terlalu banyak menangis semalam.
            Tiba-tiba, pintu bilik kami terbuka luas. Encik Hakimi dengan senyuman manis masuk ke dalam bilik sambil menatang segelas susu dan semangkuk bijirin. Aku buat muka tiada perasaan dan tidak membalas senyumannya kerana aku masih lagi sebal dengan apa yang aku jumpa di bilik bacaan semalam. Hari ini ingin aku rungkaikan semua rahsia yang selama ini disembunyikan olehnya.
            “Sayang dah bangun. Rehatlah dulu. Badan sayang tu panas. Nanti lepas breakfast, mandi-mandi, abang bawa sayang pergi klinik ye.” Ujar suamiku sambil meletakkan hidangan tadi di atas meja.
            Aku tidak memberikan sebarang reaksi dengan kata-katanya itu. Pandanganku dingin sedingin ais di kutub utara memandangnya. Aku masih sebal dan kesal dengan sikapnya.
“Kenapa sayang pandang abang macam tu? Macam abang ada buat salah jer.” Ujarnya sambil tersenyum.
Memang awak ada buat salah dengan saya. Awak tipu saya ye. Awak berahsia dengan saya. Sampai hati awak.....Ayat itu hanya terkeluar di dalam hatiku sahaja. Tak terkeluar dek mulut ini. Bagaikan berat pula mulut ini untuk bersuara. Tak apa..Tak apa..Aku nak mogok suara dulu. Nak tengok respon dia macam mana.
“Sayang...awat ni? Senyap aje. Sayang sakit sangat ke?” tanyanya lagi mula risau apabila masih melihatkan aku yang masih lagi tidak memberikan apa-apa reaksi. Aku masih lagi memandangnya dengan pandangan yang tajam.
“Sayang, kenapa ni? Janganlah buat abang macam ni. Kalau abang ada buat salah, maafkan abang. Abang risau tengok sayang macam ni. Hati abang gelisah tau.” Ujar suamiku sedih.
Alahai, kasihanlah pula tengok laki aku merayu-rayu macam ni. Ini yang cair dibuatnya. Tapi bila difikirkan semula, suami aku tu manalah tahu yang aku ni dah tahu rahsia yang dia simpan tu. Baik aku tanya dia depan-depan. Sebelum kahwin hari tu pun, emak dan ayah ada berpesan kalau ada apa-apa yang tak puas hati, bincang elok-elok. Depan-depan. Bersua muka. Jangan dipendam-pendam. Bila dipendam-pendam lain pula jadinya nanti. Baik aku tanya jer lah.
Tetapi, belum sempat aku nak bertanya, tekakku tiba-tiba rasa loya lagi. Cepat-cepat aku berlari. Muntah lagi. Asyik muntah aje ni. Sakit apa pula aku ni. Encik Hakimi yang mengekoriku dari belakang tadi perlahan-lahan menepuk lembut belakangku.
“Sayang, kita pergi klinik ye. Teruk sangat abang tengok ni. Abang risaulah. Kita pergi klinik ye sayang.” Katanya lagi sambil memimpinku ke katil.
Muntah yang berpanjangan membuatkan badanku menjadi letih. Tidak bermaya. Baik aku ikutkan aje lah cakap suamiku ni. Aku dah tak larat sangat ni. Aku hanya menganggukkan kepalaku tanda bersetuju untuk di bawa ke klinik.
******************************************************************

Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak ada sape y

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan