Saturday, 13 February 2021

Bubur Kacang Hijau Cik CT

Hai gaisss....

Happy holiday!! Ya, 2nd day cuti CNY. Hari ni aku tetibe teringin nak makan bubur kacang hijau. Craving something yang sweet. 

So, semalam gigih lah kejap aku turun g mini mart raya bawah apartment ni beli kacang hijau ngan baji sagu. Santan ngan gula perang ade lagi kat umah tu.

Jom, kite buat bubur kacang hijau versi cik ct.

Of coss, kite kene sediakan bahan-bahan nak buat pemanis mulut ni..

Yesszaa..ini bahan-bahan yang aku ada.. 

Bahan-bahan...

1. Kacang hijau - 1 packet beli dekat mini mart raya.

2. Biji sagu - amik dalam 1 ke 2 sudu. Jangan banyak sangat. 

3. Satu kotak santan - mujur ade lagi santan kat rumah ni. Aku kene topup santan lagi ni nanti.

4. Gula merah/perang - balance yang lepas-lepas.

5. Gula putih - habis aku p rembat gula kat rumah. Ni pun nak kene topup.

6. Daun pandan - tapi aku tak letak sebab tak ade. Lebih rasa malas nak keluar pergi beli. Hahaha.

7. Sedikit garam - pun aku tak letak sebab lupa. Hahahaha. Sedap sangat kot sampai tak terletak garam.

.

.

.

Kacang hijau rendam dulu okay...

Ok, mari kita terus ke cara memasaknya. 1st of all, kite rendam dulu semalaman kacang hijau tu. Biar esoknye masak cepat empuk dan tak perlu menunggu lama semasa merebus. So, aku ikut tips mak aku untuk rendam dulu semalaman kacang hijau. Mujur aku tak tertidur lagi. Around pukul 1.30 pagi gigih aku ke dapur g rendam kacang hijau ni. Hahaha.

Ko tengok..mendidih-didih dah tapi tak empuk-empuk jugak kacangnya

Esok paginya around pukul 12 tengah hari aku start masak. Hurmm, tengok macam dah empuk sikit kacang hijau ni. So, kita masukkan air dalam periuk. Tunggu sampai agak mendidih dan masukkan kacang hijau yang dah direndam semalam. Bagi aku, kacang hijau belum cukup rendamannya. Lama gak tunggu die nak empuk tadi. Hahahaha.

Kacang hijau yang dah direndam

Gula satu mangkuk kecil

Santan 1 kotak

Sagu sedikit. Rendam, basuh dan bilas..

Tapi, aku tetap masukkan satu mangkuk kecik gula merah dan satu mangkuk gula putih. Sukatan aku agak-agak jer. Asal rasa dan cun okay lah tu. Tunggu sampai mendidih. Tunggu..tunggu dan terus menunggu. Isshhh, lambat lah nak empuk betul. So, aku masukkan je santan satu kotak. Kacau-kacau berterusan agar santan tak berketul-ketul. Rasa sikit...hurmmm rasa dah okay dah ni. Biarkan sampai mendidih. Last sekali baru masukkan biji sagu. Sagu ni aku amik sikit je. Jangan banyak sangat. Kang likat korang punye bubur. Sudahnya likat jugak ahh aku punye bubur. Hahaha. Kurang berkuah. Misi kurang berjaya gamaknya.

Biarkan ianya mendidih. Dah rasa kacang hijau tu dah empuk boleh lah tutup api. 

Not bad gak ahh bubur kacang hijau aku hari ni. Ingatkan nak bagi pada Fatin, jiran sebelah. Tapi aku jadi segan pulak sebab aku rasa tak menjadi dan..ehh, tak yah lah bagi...buat malu je nanti. Hahaha. Sudahnya aku dengan budak-budak rumah je makan. 

Tapi, craving aku dah sastified lah. Hahaha. Makan sejuk-sejuk pun sodap. 1 bekas aku dah siap masuk dalam peti dah.

 Tadaaaa....siap dah bubur kacang hijau aku. Cun dah warnanya. Cume kurang berkuah. Hohoho.

So, setel dah menu masak-masak aku hari ni. Boleh lah nak buat makan sendiri. Makan lunch tadi pulak aku just beli Ayam Masak Kicap 3 Budak Gemuk thru Food Panda. Tak ade ape yang nak dimasak kat dapur tu. Hohohoho..  

Okay gaiss...see u in the next entri....

No comments:

Post a Comment

Hi Blog Cik CT 2025 - Cik CT kembali

Hello Blog Cik CT..... Ommoo...ommoo...Lame giler tak bukak blog Cik CT ni. Berhabuk giler dah. Bukan ape cuma tak de masa nak mengupdate. S...