Wednesday, 22 January 2020

Bye Bye Nabilah, Muaz & Sherine

Bye Bye Korang Semua....

Untuk tahun 2020 ni saje, 3 orang rakan sekerja meninggalkan Revongen. Nabilah pada 3 Januari, Muaz pada 14 Januari dan Sherine pada hari ini, 22 Januari. Bye bye korang bertiga. All the best dalam ape jua yang korang bertiga ceburi. ~ Tetap nak taip kat sini walaupun tahu depa tak baca pun blog Cik CT ni ~ Hehehe....


Farewell Lunch di Honest Bakery untuk Nabilah


Nabilah ~ gadis cantik manis lagi sopan dan santun. Bertuah siapa dapat si cantik manis ni sebab dah lah sopan dan santun, pandai masak pulak tu, senyuman pun manis je, marah?? Kalau marah pun serupa macam tak marah. Hahaha. Gelarkan diri sendiri Nabby Manjerr, sebab katenye dia manja orangnya. So, kitorang layankan jer lah panggil die BiyJerr..Hahaha.

Buat Nabby, thanks sudi jadi kawan kak yus. Walaupun tempoh perkenalan kita boleh dikatakan agak singkat tapi ukhwah yang terjalin tu sepertinya kita sudah lama kenal. Kak yus doakan Nabilah berjaya dalam apa jua yang Nabilah ceburi mahupun yang Nabila lakukan. Kalau ada salah dan silap, harap dimaafkan ye walaupun raya belum lagi. Hahaha. Thanks juga untuk bawal merah yang Nabilah bagi pada kak yus tu. By the way, tak terpakai lagi. Orang kate belum sampai seru lagi. Kahkahkah. In sha Allah, one day kak yus pakai ye. 

Kak yus doakan jugak Nabilah berjaya mengejar cinta sejati yang Nabilah impikan. Jangan lupa jemput kak yus mase kenduri nanti ye. In sha Allah, kak yus mai. Nak kak yus jadi pengapit pun boleh. 🤣🤣 ~ Amik berkat walaupun before ni dah pernah jadi pengapit 3 kali. Hahaha ~



Muaz pulak meninggalkan Halquest tanggal 14 Januari yang lalu. Actually, terkejut jugak Muaz decide untuk resign tapi kalau itu yang Muaz rasa betul, kami semua sebagai rakan sekerja terima keputusan Muaz dengan hati terbuka. In sha Allah, rezeki tu sentiasa berada di mana-mana. Yang penting berusaha, doa dan tawakal. Betulkan Muaz!!!


Muaz ~ boleh jadi seorang pendengar yang baik. Kalau nak mintak ape2 nasihat, in sha Allah dia pasti akan membantu. Seronok berkawan dengan Muaz. Aku dah anggap macam adik aku sendiri eventhough aku dengan Faiz kat kampung kdg2 tak sebulu. Hahahaha..Muaz kalau dah keluar tazkirah die memang seronok dengar. Banyak info yang kitorang dapat. Kadang2 kalau aku ade problem, aku boleh tanya dan mintak pandangan die from perspective seorang lelaki. Hehehe..Thanks Muaz sudi jadi kawan kak yus. Walaupun tempoh perkenalan kita juga singkat tapi kak yus selesa giler berkawan dengan awak. Story pasal kereta, motor, cinta, aura 18 19. Oppss...hahahaha...

Kak yus doakan jugak Muaz berjaya dalam apa jua yang Muaz ceburi dan lakukan. Moga Muaz bertemu dengan apa yang Muaz cari selama ini. 😊😊



Farewell untuk Muaz oleh Team Halvec. Aku tumpanglah sekaki...


Gigih time ni Muaz p basahkan rambut dia, kalau tak jadi Muaziyah budak tu..Hahaha...


Lunch tadi kitorang buat farewell untuk Sherine pulak. Sherine last today. Sherine ialah staff Revonrisk. Selalu bagi kitorang macam-macam. Limau lah, coklatlah, souviner lah, kopi lah, kuih lah...lepas ni kami dah tak dapat lah macam-macam tu lagi. Sherine dah tamat kontrak dengan Revonrisk. Baguslah tu Sherine, dah tiba masanya u duduk rumah, rest, manjakan diri u pulak kan. Sherine dah lama pencen. Dia masuk Revongen ni pun sebab Mr Tern yang tarik untuk join Revonrisk. Kata Sherine, dari tak buat apa-apa kat rumah baiklah die bekerja


Sherine berketurunan baba nyonya kalau aku tak silap dan sangat fluent berbahasa Melayu. Seronok kitorang dapat kawan dan kenal dengan dia. Sherine kelakar dan comel kekadang. I hope u always healthy and happy in whatever are u doing. 



3 orang lagi sudah meninggalkan Revongen. Selepas ini giliran siapa pulak??? HEHEHE....

Sunday, 19 January 2020

Bila Mirr & Zaty 1st time naik Denai 3 Puteri

Tarikh: 19 Januari 2020
Tempat: Denai Tiga Puteri
Starting Point: Taman Eko Rimba, Kota Damansara
Ketinggian: 321 m
Tahap Kesukaran: Easy
Distance: 3 - 4 KM
Tempoh perjalanan: 1 jam 45 minit naik, 1 jam 30 minit turun


Finally, this is my 3rd time hiking here. DENAI 3 PUTERI. Untuk trip kali ini, ada 5 orang puteri yang cantik-cantik lagi chomel berusaha keras untuk sampai ke puncak. Aku dan Lydia dah lame sangat tak naik Denai ni. Last aku pergi tahun lepas bulan Oktober yang lalu. Lydia pulak last naik bulan Ogos yang lalu. Kebetulan pulak Izaty Natasya, kawan sekolah Lydia tengah mencari hobi baru. So, aku suggest untuk naik Denai Tiga Puteri jer. Aku pun apalagi, p lah jarum Mirrah dan Izzati untuk turut serta. Bila lagi kan nak suruh budak berdua tu masuk hutan. Asyik masuk mall jer. Hahaha..











Mulanya mereka macam teragak-agak nak join. Tapi baik punye pujuk, aku berjaya jugak jarum dorang berdua. Dak berdua ni bukan tak pernah hiking. Pernah je. Tapi, sebab dah lama sangat tak hiking tu yang memasing berat punggung. Hehehe.

Roughly, secara keseluruhannya kami berlima berjaya jugak sampai ke puncak walaupun ade sedikit kesulitan ditengah pendakian. 😂 Start naik pukul 8.20 pagi dan tiba di puncak around pukul 9.45 pagi. Kami turun pulak around pukul 10.25 pagi dan sampai di kaki bukit around pukul 11.50 pagi. Alhamdulillah, semuanya okay2 cuma tu lah, bila nak sampai peak tu, Mirrah kepenatan ya amat. Die rasa nak muntah. Kesian budak mirr tu, mental die dikerjakan aku. Mana taknye, aku dilabel penipu besar bila kata trek Denai 3 Puteri pendek je. Mind set Mirr dah set trek sampai ke peak dekat je. Dahlah dengan tak makan sarapannye.  Hihihi. Sorry Mirr..Bukan kak yus nak tipu, cume nak bagi pembakar semangat Mirr dan Izzati untuk join. Tapi finally, Mirr dan Izzati berjaya jugak kan??? Siap dapat ayam sorang seketul lagi kan. Hahaha..

Alahh, mental dan pewai tu lumrah dan perkara biasa dalam dunia hiking. Sepanjang perjalanan Mirr duk tanya jauh lagi ke kak yus. Kak yus tipu besaq ni. Hahahahaha. Ampunn Mirr!! Next time akak tak tipu lagi na. 












Izzati pulak alhamdulillah prestasi die sangat memberangsangkan. Boleh tahan minah ni mendaki. Tapi tu lah, silapnye depa tak makan pagi tu. Tu yang memasing lemau. Tapi not bad ahhh depa berdua ni. Boleh ajak depa lagi ni. Hahaha...

Aku interview sikit2 budak berdua ni tentang trip pagi tadi. Secara kesuluruhannya, mereka okay je dengan trek Denai Tiga Puteri. Trek bagi mereka turun naik. Ade ketika landai, ade ketika turun dan ada ketika pacak. Pacak tu tak de lah pacak sangat pun. Cume bagi mereka yang menjangkakan perjalanan mengambil masa setengah jam je (disebabkan kata-kata aku), mereka rasa trek Denai Tiga Puteri jauh dan panjang. Tak de lah jauh sangat sebenarnya pun. Kalau berlari 25 minit maybe dah sampai kot. Hahahaha. Izzaty kawan Lydia sememangya padu. Budak fitness kot. Hehehe.

Oh ya, trek tadi agak basah. Semalam hujan kot. Habis jugaklah kaki seluar dan kasut. 🤣🤣 Sesampai je di kaki bukit, air yang pelbagai rasa menanti kami. Apalagi, bile dapat air sejuk masing2 eksaited. Perut pulak dah berkeroncong. Plan mulanya nak ke IKEA tak menjadi since memasing pun dah barai. Kami bertiga cuma sempat ke Chocolate Museum House dan Nasi Kukus Ilham untuk makan lunch.

Kesimpulannya, budak2 ni boleh je hiking tapi saje je malas. Hahahahaha...











Sunday, 12 January 2020

Mengejar Sunrise di Bukit Batu Chondong

Date: 11 Januari 2020
Tempat: Bukit Batu Chondong, Kemensah
Starting Point: Near ATV Kemensah
Ketinggian: 260m (865ft)
Tahap Kesukaran: Sederhana
Distance: Not sure
Tempoh perjalanan: 30 minit naik, 20 minit turun



BBC 2.0 @ 9 a.m




BBC 2.0 @ 7.45 a.m

Memanglah satu kerja gile bila pagi-pagi ko dah daki Broga, lepas Broga ko tapau pulak Batu Chondong. Perghh!! Boleh tahan jugak nafsu mendaki ko ni Cik CT. 🤣🤣 Training nak ke mane tu???Kihkihkih.

Alhamdulillah, ini kali kedua aku mendaki Bukit Batu Chondong yang terletak di Kemesah, Ampang, KL. Berdekatan dengan Zoo Negara yang hanya sekali je aku masuk disebabkan harga tiketnye yang boleh tahan mencekik leher. Nak ke bukit ni, senang je. Taip je kat Waze mahupun Google Maps, "Bukit Batu Chondong trail" atau pun "ATV Kemensah". Jumpelah nanti mengkome semua. 

After turun Broga, rehat sebentar meregangkan otot-otot dan Hassan pekena sebatang dua rokok, barulah kami memulakan perjalanan ke Kemensah. Perjalanan mengambil masa selama lebih kurang sejam dari Petronas Semenyih. Drivernye ialah Hassan. Mujur jugak ade Hassan. Kalau nak harapkan aku dan Adda yang drive, jawabnye kami balik ke HOA semula lah. Hahaha. Alhamdulillah, sampai di Zoo Negara around pukul 6 pagi. Kitorang berempat menunggu kehadiran Yati dan seorang lagi rakannya, Tini. Mereka juga akan sama-sama mendaki BBC pagi itu.

Selang beberapa minit kemudian ternampak kelibat Bezza merah milik Yati dan kami meneruskan perjalanan masuk ke dalam untuk menuju ke pintu trail BBC. Perjalanan hanya mengambil masa selama 15 minit sahaja. Sampai sahaja memang x ade kereta yang parkir lagi. Kereta kami je yang ada. Jalan pulak agak gelap sedikit. Mujur jugak ade lampu jalan dan headlamp. Sedikit regangan badan, kami memulakan perjalanan dalam pukul 6.50 pagi. Yati ialah kenalan ketika sama2 naik GAP GUS tahun lalu. Orangnye comel dan cantik gitew dan masih single. Ooppsss...

Aku dan Hassan je yang pernah naik BBC ni. Aku kali terakhir naik 3 tahun yang lalu memang tak teringatlah jalannye. Mujur ade Hassan. Mase mula2 nak naik kami disambut dengan salakan anjing diatas bukit sebelah kanan kami. Terkejut teman dibuatnya. Trail masuk BBC hampir tak berapa jelas. Trail disepanjang jalan pun boleh buat kami terkeliru. Tengah-tengah jalan tetiba dah tak jumpe trail. Dah nampak semak samun. Macam sengaja ditutup. Mungkin ramai yang tak masuk kot. Ke sebenarnya trail BBC ni dah ditutup untuk orang ramai? Kan Julai tahun lalu ade yang maut kat situ. Jatuh. Huhuhu.


Trail masuk yang kurang jelas


Laluan ATV, terus tu ke Air Terjun Sofea Jane



Anjing tu duk menyalak dari situ lah. Tetanjat mak nak pagi tu.

Trail memang awal2 dah memacak. Ade ketika kami kene meredah semak samun. Membongkok dan merangkak bawah batang buluh yang jatuh. Kene berhati-hati. Alhamdulillah. Lebih kurang 20 minit perjalanan, kami berjumpa pulak dengan kawasan batu yang perlu kami panjat disebelah kiri trail. Actually, jangan risau. Dorang ade buat jalan lain disebelah kanan yang tak memerlukan kita memanjat pun. Tapi nak rasa thrill, aku dan Lydia rock climbing lah. Hahaha.






Sebelum sampai puncak BBC ade satu laluan yg sgt tactical dan bahaya. Pertama kali aku naik memang memerlukan sekurangnya 2 lelaki dewasa untuk membantu aku naik ke atas. Mana taknya, kalau ko terlepas tali atau tergelincir alamat memang ko akan menjunam jatuh ke bawah. Bahaya weii. Alhamdulillah, Hassan kata depa dah buat bypass, jalan lain kat area bawah trail yang tactical tu. Aku memang tak nak menanggung risiko nak naik ikut trail tu. Lydia pada mulanya nak naik ikut situ. Tapi Hassan suruh kami ikut je bypass yang telah disediakan. Next time ye lydia. Hehehe.



Kalau dah start jumpa laluan berbatu ni, maknanya korang memang on the right track and dah dekat nak sampai. Yeehaa...


Melepaskan lelah sebelum memanjat naik.







Tak silap aku, gambar-gambar di atas ini ialah trail yang aku ceritakan kat atas tadi kalau korang tak nak rock climbing teroxx. Trail ini berada di sebelah kanan korang nanti. Follow je !!  Trail berbatu yang aku dan Lydia panjat tu tak dan lah aku nak snap sebab eksaited nak sampai atas. Hahaha


Finally, we made it to the BBC Peak...


Kan aku ade cerita trail bypass yang disediakan kalau kita tak nak panjat trail yang tactical tu sebelum sampai puncak kan? So, tiga gambar diatas dan di bawah ini ialah one of bentuk trail yang ade kat situ. Okaylah, cume kene treking jauh sikit jer lah. Tapi okay what!! Lagi selamat kan..



Alhamdulillah, around pukul 7.25 pagi kami sampai di puncak Bukit Batu Chondong. Mase kami sampai tu ade 3 orang hikers Chinese yang dah naik dulu. Lame jugak lah kami melepak kat atas tu. Sembang-sembang, amik gambar. Hirup udara segar. Oh ya, tak nampak pun sunrise. Kihkihkih. Tak ape lah. Hampir sejam setengah jugaklah kami lepak kat atas tu. Hassan dah bising suruh kami turun, tapi kami tak nak turun lagi. Hahaha. Macam ayah yang tengah marah anak-anaknye pun ada. Around pukul 9 baru kami start turun. Itu pun dah start ramai orang kat atas tu. Matahari pun dah mencanak naik. Lagipun bahaya ramai-ramai kat atas tu. Bahaya woo. Buatnye tengah seronok-seronok tetiba kawan tertolak ke, fuhh jatuh ke gaung tu. Hishh, nauzibillah...kebanyakan kes jatuh pun disebabkan eksaited bergambo. Huhu. So, kawan-kawan please be extra carefull. Jangan excited sgt. Sayangkan nyawa kalian semua. 


Port ni memang kitorang chop awal-awal masa sampai atas. Port tangkap gambar baik punyer ni. View from that side memang cantik. Saujana mata memandang.


Ko tengok tu Cik CT. Ajet-ajet retis letuww...


Ko ingat tak gerun ke nak ke sini. Ko kene turun sikit kat bawah tu. Hati-hati tau. Alhamdulillah, aku bukan jenis yang gayat. So, okay jer. Hehehe.


Termenung, bila lah nak on trek dengan suami sendiri. Huhuhu.








Jodoh, di manakah kau?? EHHH!!!


Saranghae yo!!



Aduh!! Seriau mak nak oiii...


Tapi bila disuruh senyum, confirm senyum.


After lepak lame kat port batu yang mengadap kehijauan alam tu, kitorang move pulak ke port yang mengadap view Kuala Lumpur. Dari puncak BBC, belah kiri ko akan nampaklah bangunan TRX, KLCC, KL Tower. Pendek kata view Kuala Lumpur lah. So, 11 gambar di atas ni, gigih aku berusaha turun bawah batu tu untuk dapatkan view yang cantik. Thanks pada Yati. Dalam gayat-gayat dia, sempat dia snapkan gambar kitorang dengan Huawei P30 beliau.

Kami berlima selamat turun ke kaki bukit around pukul 9.25 pagi. Bile turun memang lajulah kan. Berdesup. Okay, plan asalnye nak hiking pulak ke Bukit Wawasan, nak lepak2 mandi air terjun kat sana. Yati dan Tini tak follow disebabkan mereka berdua ada urusan lain selepas itu. So, kami berlima je lah yang meneruskan perjalanan ke Bukit Wawasan tu. Perjalanan balik semua ke area Puchong mengambil masa lebih kurang 45 minit. Dalam kereta aku, Lydia dan Adda masing2 dah terbongkang tidur. Hassan sorang je yg drive. Dalam perjalanan tetibe hujan turun dengan lebatnye. Hassan pun kata tak jadi lah kita ke Bukit Wawasan ni. Haripun dah hujan. Kitorang bertiga pun okay je. Iyer lah, bukit tu tak lari kemana lah. Next time pun boleh pergi. So, lepas hantar Hassan balik ke Puchong then Lydia pulak hantar Adda ke stesen LRT Taipan dan aku balik ke rumah USJ12. Before tu kami g lah makan dulu. Lapar bhai. Balik je memang aku terus terbongkang. Hahaha.

Memang fully utilize Sabtu semalam aku. Seronok mendaki ni. Selain dapat lihat view yang cantik dapat jugak menyihatkan tubuh badan serta mengeluarkan peluh. So, next week kemane pulak trip Cik CT?? Nantikan aje lah entri baru Cik CT ya. 

Bye bye. Sekian...

Hi Blog Cik CT 2025 - Cik CT kembali

Hello Blog Cik CT..... Ommoo...ommoo...Lame giler tak bukak blog Cik CT ni. Berhabuk giler dah. Bukan ape cuma tak de masa nak mengupdate. S...